13 July 2011

Customer Bengong dekat McD


ada sorang auntie cine ni tau, umur dalam 60 camtu, tapi songeh boleh tahan. dia order Fillet O Fish set (skali ngan coke + fries). order dekat kaunter aku la. lepas 30-40 menet macamtu dia datang kaunter balik marah-marah, cakap Fillet dia tu takde cheese slice. so manager aku pun bagitaula dia, ok kitorang kasi Fillet baru untuk ganti dengan Fillet lama yang takde cheese tu. tapi bila mintak fillet yang lama, auntie tu cakap dia dah makan habis. pastu manager aku bagitau dia balik, takbleh tukar sebab yang lama dah makan. auntie tu pun satu hal, dah tau takde chesee cepat-cepat la gi tukar, yang dia pegi ngap jugak tu apesal??? 

so manager aku cuma boleh kasi cheese je sekeping, sebagai ganti balik cheese dia yang (kononnya) takde tu. pastu tetibe dia marah-marah. dia cakap nak duit dia balik. kalau tidak, dia buat komplen. ek eh, nak cover malu lettew sebab dah makan abes. hahaha. pastu saje nak tinggikan suara membebel depan kaunter yang tengah ramai-ramai orang. macam watde... ade ke patot? dah habis makan perut kenyang baru nak kecoh takde cheese, pastu mintak duit. ai lemak betul. nak makan free ke ape oi? sebab muka dia macam serius bebenau time tu, urat bijik mata semua terkeluar, so manager aku pun kasila balik duit dia, 100% full harga set fillet o fish yang dia beli. customers always right kannn. padahal coke, fries, dengan fillet semua dah abes dia makan. takpelah. aku harap walau di manapun dia berada, semoga dia bergembira selalu .



nilah dia Fillet O Fish. roti dia lembut sesangat. macam nak penyet-penyet je...


ps: elok la sangat kan. 2-3 minggu tak blogging. muncul je tibe-tibe, terus up entri mengumpat orang tua. bagus sangat-sangat.
-___-"



11 comments:

nyna said...

haha kemain auntie tu dah salah boleh pegi makan dulu bru mintak tukar.ape2 ntah ish

Hany Izazie said...

nmpak sgt lah makcik ni kebulor!

Izyanti said...

buat lawak lettew auntie cine tu. =P

bella said...

teruk la aunty tu..hukhuk..saba ye syira

anish said...

hahahaah apela mak cik nih. elok2 dah tau xde, jgn la makan. -.-'' murungnya ada customer mcm nih.

Cahaya Mata @ Nurul Are Inn said...

Hahaha aq pn nk mkn free la..
area mna mcd 2 ekekekeh...:)

maszull said...

sebenarnya auntie cina tu nak mkn free agaknya tu yg wat mcm tu..x senonoh feel dah kenyang bleh plak minta wet blik...muka x tahu malu tol...mcm2 cara sekarang ni kn...:)

WZulhilmi said...

lawak bila baca manager ko bagi sekeping cheese dkat dia. habis rosak binasa plan makcik tu nk dpt 2 beger.

tapi tu lah dh mkn habis baru nk mintak. What the...!!

ღ TeRU²bOzUღ said...

Ish kalau la orang ni manager tu, baling je cheese kat muka dia hihi

eno farhana said...

syira.. aku nak jd mcm makcik tu la. aku g kat kaunter kau.. beli ape2 burger.. pastu dtg balik minx ganti rugi.. cume cara aku x jerit2 la.. aku cakap baik2.. huhu.. kenyang pastu duit dapat balik.. ngeh3x.. best2.. =)

Bashtiah said...

Sengal habis lah auntie tu...

DISABLE