02 April 2010

Paula

ola! , mi amigos
(hai kawan-kawanku)
*eceh. macam ALONG pulak tiba-tiba nak ber-kawan kawan kan. eh bukan ALONG yang kasi pinjam duit kalau tak bayar dapat bunga tapi ALONG yang geng dengan siti sifir tuh.*


lama betul tak post entri baru. taktaulah knape. rase malas betul nak blogging. sebab busy melampau dekat-dekat hujung sem nih, lepastu bila busy mesti takde benda nak story. hari-hari mengadap buku, assignment, lecture. buku, assignmnet, lecture. tapi di dalam kesibukan kotaraya Serdang yang penuh pencaroba, di sebalik kehidupan kampus yang mencabar, di tengah-tengah timbunan buku pelajaran dan kegesaan mengejar kelas ke sana ke mari, ada juga hiburan yang boleh buat aku sedikit relief walaupun sangat penat.

ok guys. kali ni aku nak bercerita pasal akademik pulak. ilmiah-ilmiah. selama ni dok cerita mengarut je kan, ape salahnya kalau aku buat-buat intelektual sikit . aku nak habaq dekat korang pasal satu kelas baeekk punye yang aku amik masa semester 4 nih. presenting,

the story about my spanish class.


mula-mula masuk UPM dulu, aku dapat tau boleh ambik subjek bahasa asing macam france, german, tamil, jepun mandarin etc. etc. even bahasa thailand pun ada, you ! tapi dalam banyak-banyak bahasa aku interested dengan spanish. sebab kalau nak dibandingkan dengan bahasa lain aku rasa spanish yang paling senang. ;") sebab,

  1. kalau korang ada basic English lagi senang nak blaja Spanish. sesetengah words Spanish lebih kurang je ngan words English. Contohnya father = padre, three = tres


  2. penulisan dia pakai alphabet biase je. takde nak pening-pening belajar huruf baru macam Tamil, Mandarin, Jepun, Thai. blaja bahasa ni, nak fahamkan makna dah satu hal. pastu nak menulis dengan bercakap lagi dua hal.spanish just ada tambahan simbol-simbol kecik je dekat certain huruf.


  3. masa jaman aku sekolah menengah dulu aku dah biasa dah tengok citer-citer latin cam Rosalinda, Betty, La Mujer en el Espejo so dah tau ar sebut spanish sikit-sikit macam gracias, por fabor bla bla. macamla korang tak biase pulak dengan words2 nih kan.

tapi sem satu dengan sem dua kelas aku sangat packed dengan lab kaunseling jadi takbleh nak amik subjek lebih. :( sem tiga  pulak, walaupun free nak mapos tapi aku banyak main, pastu terlupa cita-cita nak daftar subjek bahasa. dah rugi satu sem. tapi sem ni aku sempat gak daftar untuk kelas Bahasa Sepanyol level 1 walaupun awal-awal sem tu pelbagai emosi bermain-main di minda seperti, "NAK-AMIK-KE-TANAK-NAK-AMIK-KE-TANAK" dan juga KALAU AKU AMIK SPANISH AKU BLEH GI SPAIN MENGORAT CHRISTIANO RONALDO eh eh terbagi tau niat sebenar pulak kan. haha.

kelas spanish sangatlah best. lecturer best. lecture best. aku rasa aku tak pernah mengantuk dalam kelas, lepastu apa-apa yang lecturer ajar mesti dapat serap dalam palotak. rasa macam ceh kacang giler. semua yang lecturer ajar semuaaaa paham. KAN BAGOS KALAU SUBJEK-SUBJEK FAKULTI SENDIRI PUN BOLEH MACAM NI ? tapi satu je slack, lepas abes kelas aku tak study balik. sebab keje subjek wajib pun dah bertimbun-timbun ko nak aku dahulukan keje tak wajib APE AKU NAK MAPOS KE. jadi vocab yang bunyi pelik-pelik tu bolehla aku ingat dalam kepala macam buah epal, la manzana. tapi yang payah-payah macam anjakan paradigma dalam bahasa sepanyol takdela pulak aku nak ingat maksudnye. (=__=!)

lepastu untuk subjek ni student pakai text book bukan modul. DICHO Y HECHO. masa beli text book nih, aku macam terharu giler-giler, siap hidu agi bau kertas buku tuh sebab rasa best sangat dapat peluang blaja kan. text book dia ni comel tau. macam kamus bergambar kanak-kanak pun ade. colorful giler. tapi cekik darah gak la... sebijik RM65. sebulan aku tak makan nasik sebab duit habis wat beli buku nih tau tak?

classmate pun oke. tapi aku takdela rapat ngan semua orang boleh ajak sorang-sorang keluar tengok wayang main snuker lawan catur takde ah. mostly chinese. ade dua indian girls yang macam kerek. ada couple yang slalu datang naik moto sama-sama. budak lelaki 2 orang yang gelakkan aku sebab datang lambat kelas lab pastu berpeluh-peluh termengah-mengah. deskmate aku yang sangat la genius spanish. lonely boy yang slalu sorang-sorang tapi datang kelas awal. dan lain-lain yang tidak perlu disebutkan nama mereka kerana taktau nama pun hahaha. and oh, my lecturer gaves each of us Spanish name. so everytime she checked the attendence she will called our Spanish name. comeltak? comeltak? tapi nama aku PAULA. bosan betul. aku jeles dengan diornag yang dapat nama best seperti RONALDO, ROSALINDA, dan ISABEL. PAULA macam nama makcik-makcik la. (=___=!)

kelas 2 kali seminggu. dari Fakulti Pendidikan nak pergi Fakulti Bahasa Moden agak jauh jugak la. Biasanya aku jalan je, nak tunggu bas macam hampeh je jadi lebih baiklah aku berjalan kaki dengan niat untuk menuntut ilmu pasti mendapat keberkatan dan boleh bakar lemak lagi ! *tapi maintain gemuk je aku rase*

mula-mula blajar memang senang la. dalam hati FUYOH SENANG GILER SPANISH. COMFEM FLUENT GILER CAKAP SEPANYOL PASNIH. tapi makin lama bila masuk grammar, huiyoh agak mencabar keperempuanan aku gak la. balik cuti mid sem aritu aku ingat nak tengok cerita Latin dekat TV3 apetah namenye yang lelaki tukar jantina jadi pompuan tuh? LA LOLA ke mende? ingat boleh la testing skill kan. paham ke tak diorang cakap emnde. skali HAMPEH KAU! orang TV3 dah alih bahasa melayu. bengang tol aku. APE DAAA..... DAH MACAM CERITA SENARIO DAH JADINYE CITE TUH SEBAB ALIH BAHASA. TAKDE MOTIF BETOL.


la mujer en el espejo
(the girl in the mirror)

DULU AKU SANGAT SUKA TELENOVELA NIH !



sekarang aku tengah pikir nak tambah subjek apa pulak sem depan ??
taekwondo, maybe?

anyway, kalau korang tengah belajar dekat universiti dan kebetulan Uni korang ada tawarkan subjek bahasa asing maka ambik la. EVERYTHING IS FREE man! bila lagi nak blaja secara percuma ? kalau amik kursus bahasa asing dekat luar untuk 3 bulan aku rasa mau cecahnye RM300++

so this is the time for us to REBUT. REBUT. dan REBUT. sebab aku dah tau sah-sah punye kampung aku belum ada lagi orang bukak kelas bahasa Sepanyol jadi sebelum aku balik terperap tersengih dekat rumah baik aku blajar dulu dekat sini. susah nak cari kelas bahasa woh !

kalau korang macam berminat nak ambik kelas Spanish boleh usha-usha dulu website nih. memang mantop ah.
boleh blaja Spanish online secara FREE JEH !

till here i guess. melayan blog ni tak siap keje dah. ok bye. aku nak gi makan cloud nine sekejap.
adios.

1 comment:

Zainatun Adilah said...

Yo tambien puede ablar espanica! :D

DISABLE