12 August 2011

Roller Coaster @ Cosmo World Theme Park, Times Square


(sambungan entri lepas). 


aku pegi Cosmo World dekat Times Square betul-betul 2 minggu lepas aku balik daripada Genting. kebetulan pulak, aku dapat cuti hari Isnin. so aku keluar dengan sorang member. dia lagi muda daripada aku tapi dah banyak kali main dekat Cosmo World. masuk je dalam, nampak roller coaster tinggi gila terus mengucap dalam hati. terus macam, "...gile wei. kau biar betul. tingginya!!!" dalam hati je nak gile, gile tapi sebenarnya teruja. 



Asia's Largest Indoor Theme Park 




 ni aku snap daripada luar theme park. aku babai babai dekat semorang yang naik tapi diorang tak lambai balik. sombong betul. sebok menjerit je. 




kalau pergi weekdays macam ni la kekdahnye. takde orang. takpayah nak berebut tolak-tolak orang kalau nak main game ape-ape. 


kitorang start dengan game yang paling kurang mencabar kepada yang paling mencabar, ikut urutan menaik. yang paling kurang mencabar ialah Ooze Express. dia macam keretapi yang pusing-pusing dalam bulatan. nampak macam kacang, tapi LAJU GILAAAA! sakit tengkuk aku naik ketapi ni, sebab dia tarik tengkuk kita ke tepi. haritu adela satu group muda mudi yang naik skali ngan aku. orang kampung mana entah. HUHA. HUHA buat bising terpekik pekik. dah abis seround tu, diorang tepuk tangan ramai ramai suruh technician tu repeat. sebab takde orang pun. so technician tu layankan jela. bukan repeat seround tapi sampai 3 round. lama gila. kau bayangla. seround pun dah terteleng-teleng kepala aku inikan pulak 3 round non stop. sepanjang duduk atas tu kitorang gelak-gelak je sebab lawak sangat keadaan tengkuk ne ha. kau tak percaya gi la terai sendiri. haha. 




eskalator keramat pergi Roller Coaster: Supersonic Odyssey


aku cuak sebab roller coaster dekat sini lagi tinggi daripada yang aku pernah naik dekat Genting.  berdebar lain macam je. lepastu seatbelt tu berbelas kali check nak pastikan supaya dah betul-betul kemas dekat badan. mula-mula coaster bergerak poyo, konon-konon nak angkat dua-dua tangan ke udara bajet fly. fly la sangat. skali dia bergeliut, terus bertempik WARGHHHHHHHHHHH sebab macam nak tercampak. masa tu takde maknenye nak fly fly. terus tangan melekat dekat besi pemegang. haha. sedikit info Supersonic Odyssey ni ada 2 inverted loop. setiapkali coaster lalu loop tu kan, kepala kita dekat bawah kaki dekat atas. lepastu memang takboleh nak angkat kepala. kepala kita akan tunduk tengok kaki je. taktaulah sebab graviti ke G force ke ape, manela aku tau. dulu belajar Fizik sampai SPM je kahkahkah. 



 the biggest loop.




masa lalu dekat sini coaster mencapai kelajuan paling maksimum 80kmj. menangis. 


dekat sini takdela lama sangat aku rasa dalam 2 minit. tapi lagi lama daripada dekat Genting. dan lagi BEST! alih-alih bila dah brenti rasa macam, eh habis dahke? serius tak puas rasa nak repeat banyak banyak kali. macam yang aku cakap, weekdays takde orang so aku berjaya repeat coaster sebanyak 5 kali! best gila hahaha. exactly 2 minggu lepas trip yang pertama aku pergi lagi skali. tapi dengan orang yang berbeza la pulak. kali kedua pegi, repeat lagi 6 kali. gila tak gila. tu pun tak puas puas lagi. sapa-sapa yang nak pegi main dekat cosmo... AKU NAK IKOTTT!!! 

tapi dalam banyak banyak ride, yang paling seram bagi aku, bukan roller coaster. tapi DNA Mixer. first time pergi, member aku paksa naik. aku menjerit macam nak mati, dia boleh gelak-gelak. haramjadah betul. kali kedua pergi (ni dengan member lain) aku pulak paksa member aku naik. kononnya nak balas dendam. HAHA. dulu aku kena paksa main, sekarang aku nak paksa orang pulak! layan jela, rase skali macam mana. alang-alang dah masuk park ni kan. tapi mampu main skali round je. nak lebih-lebih jangan harap. HARAMMM sangat. macam nak bunuh orang. 

masa 2nd trip tu, and main DNA Mixer, aku dengan member aku terseksa kena lambung. nak dijadikan cerita adela minah ni duduk syok ambik gambar kitorang pakai dslr. BANGANG GILA. masa tu kitorang dalam keadaan upside down, jadi muka aku memang dah terlangkup dengan tudung. nampak tengkuk kot? dia boleh sedap-sedap ambik gambar dekat depan. GERAM GILA!!!! ADE KE PATUT AMBIK GAMBAR ORANG YANG TENGAH TERSEKSA!!!



nilah dia DNA Mixer:
(AWAS kalau tengok real depan-depan lagi rase gerun)

KLIK SINI (LINK YOUTUBE)


ps: apesal la sejak akhir akhir ni takboleh embed video?



kesimpulannya Roller Coaster memang best gila. baru tahu adrenalin rush tu macam mana, dan kau akan menjerit secara semulajadi. sebab aku ni bukan jenis yang keluar suara sangat kalau depan masyarakat. tapi bila main coaster tiba-tiba eh? MENJERIT MACAM BABUN, KUAT GILA. aku rasa itu sesuatu yang sangat... WOW. dekat situ point yang seronok nye. dan boleh release tension jugak.  :D lepas aku bercerita panjang lebar , sekarang bagitau aku. sape yang rase macam nak terai main? *keningkening*



3 comments:

.: iEyLa :. said...

cam best je..huhu

missamy said...

macam nak terai je . hee .

Ryna Tri Asmara said...

hahahaha~ best la baca entri ne. teringat time kakak main roller coaster di cosmo world hari tu. seriously teriak semulajadi kan ? siap keluar jeritan anak tekak lagi. kahkahkah~ :))

DISABLE