17 April 2013

Mencongkil Bakat yang Tidak Ada Sebagai Guru Prasekolah


Assalamualaikum.


Can I bebel a little bit? Yes of course I can! Because this is my blog and I have the password. Kau ader password aku? Takde kan so dok diam. 


Lepas tinggalkan UPM , aku ada mengajar ganti di beberapa buah sekolah sementara tunggu posting yang tak tahu bila ni. Daripada pengalaman aku mengajar prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, dan lepasan SPM , aku rasa yang paling mudah nak ajar ialah student lepasan SPM. (aku pernah mengajar student yang ambik paper SPM ulangan). Mostly umur 19, 20. Pelajaran yang nak diajar untuk tahap SPM tu susah, tapi kita sebagai cikgu nak ajar senang je sebab student bagi full attention masa kita mengajar, kalau 90 minutes period, tempoh tu memang digunakan sepenuhnya untuk explanation, exercises, discussion soalan... takde masalah disiplin dan takde masalah nak dapatkan attention pelajar. Memang pelajar mengadap dengar kita membebel, lepastu diorang tanya soalan. Sekolah rendah & sekolah menengah pun okeylah kot.






Minggu ni masuk minggu keenam aku mengajar di Prasekolah. Agaknya nak jadi cikgu prasekolah ni kena ada bakat kot, penat aku menyungkil bakat aku untuk menghadap budak prasekolah tapi bakat tu tak jumpe jumpe. Rasanya ni yang paling penat, paling besar cabaran dia. Cabaran apa? Cabaran budak nakal. Aku percaya, semua cikgu mesti jumpa dengan budak yang nakal. Tapi yang umur 5,6 tahun ni lain sikit. Because they are very young and knows little. Kadang kadang kita tegur sekali, baru lepas habis cakap je dia buat balik. Penat nak kena ulang, ulang, ulang berjuta juta kali benda yang sama. Sorang duduk diam, yang lain pulak huha huha. Paling stress bila diorang start main kejar kejar keliling kelas. Kelas prasekolah bukan macam kelas biasa ada meja kerusi, seting dia lain. Time aku mengajar diorang duduk di tikar mengadap whiteboard, leapstu bila nak buat keje pegi duduk bersila dekat meja . Ni pun first time aku masuk ke dalam prasekolah, new experience, ooo macam ni rupanya prasekolah. Walaupun apa yang nak diajar tu mudah (membaca, mengira je) tapi class management tu susah lah sikit bagi yang takde experience. Control budak, nak bagi budak senyap. 



Kadang kadang rasa macam nak give up sebab stress budak tak dengar kata, nak suruh beratur dekat tikar pun dah setengah jam. Stress bukan sebab budak sebenarnya, diorang manalah tahu apa apa selain nak main je. Lainla kalau student sekolah menengah, aku dah usaha mengajar tapi kau takmau dengar lantak pi kau lah dan boleh pikir sendri kan. Aku stress memikirkan kompetensi diri sendiri, pikir macam mana aku nak tarik perhatian budak, macam mana nak suruh diam dan dengar, macam mana nak disiplinkan each of them. Ada sorang budak dalam kelasni, malasnya ya ampun. Datang sekolah nak makan dengan berak je. Time orang mengajar dia telentang, time menulis, mewarna, membaca dia takmau buat. Lepastu kacau budak budak lain.  Adoi. Mula mula aku macam, lantak kau lah budak, nak telentang ke ape. But then, I feels like its not fair for the kid. Budak besar tu manalah tahu kepentingan belajar ke ape, kita sebagai cikgu yang kena tarik dia. Rupanya kalau aku atau akak pembantu tu duduk sebelah dia, tunggu dan tengok dia buat kerja barulah dia buat. omg. itu impossible since we have another 24 students to be taken care of. habis kalau mengadap dia je, yang lain macam mana? yang lain pun nak kena tengok jugak. pening. 




Ada rasa macam nak letgo job cikgu ganti prasekolah ni, but still, lepasni kerjaya aku cikgu jugak walaupun bukan cikgu prasekolah. amboi, takkan semudah itu nak mengalah? ni baru permulaan beb. so redha dan terima jelah. buat yang terbaik. ada lah budak yang daripada tak kenal huruf masa aku datang, sekarang dah boleh baca suku kata. bila diorang boleh sebut, rasa macam gembira sangat sangat. kita sebagai cikgu dapat pahala, kalau ilmu tu digunakan untuk kebaikan betul tak. itupun aku pakai powerpoint almost everyday, tiap tiap malam buat slide kaler2, bunyi bunyik bagi budak tengok supaya interesting nak mengajar. kena buat solat hajat kot, supaya anak murid tu lembut hati dan dengar kata sikit, permudahkan belajar. macam lecturer aku dulu yang selalu buat solat hajat untuk students dia. kena jadi mak dulu, ada anak sendiri baru teserlah sifat keibuan dan kebekengan itu secara semulajadi kot? ekspresi muka tak menakutkan langsung luls macam manalah budak nak dengar kata?






bye. 




1 comment:

nZaOdonut said...

hi syira!
best bace blog kamu...mencabar kn mngajar budak pra-sekolah?..sy ade sket pgalaman mcm tu..1mggu suare pon dh serak habes menjerit je...haha

best of luck to u!

meh skOdeng blog kite yep :)

DISABLE