10 April 2013

Penilaian Khas SPP


Assalamualaikum semua. 

Hari Isnin lepas aku dah selesai menjalani Penilaian Khas oleh SPP untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dekat Riverview Hotel KB. Alah macam interview jugaklah cuma lebih santai. 


Aku punya sesi pagi 730, lepas Subuh terus bertolak daripada rumah takut jem ke ape dekat KB. Ayah aku lah yang membawak nye. Nasib baik takde jem pun. Pukul 7 dah sampai. Tapi aku tak terus masuk dalam, aku study notes dulu dalam kereta kot kot dia nak tanya soklan ker, 715 baru masuk dalam. Cuak weh. Intisari program? Masuk je terus dia check dokumen, lepastu taklimat, dan group discussion. Kitorang punya tajuk ialah, 


"Teknologi mklumat dan komunikasi (TMK) dlm pengjaran dan pmbelajaran melahirkan modal insan yg berkeupayaan, berinovasi dan meneroka bidang baru bagi menjana kekayaan negara. Bincangkan."


Masa discussion tu, Pengerusi SPP sendiri yang round setiap kumpulan & buat penilaian. Friendly je. Siap tulis point atas kertas, hantar kepada urusetia SPP. Lepastu tea break. Makanan nampak sedap tapi aku ambik sikit je. Tak lalu nak makan selagi belum dapat surat pelantikan. Wakaka. Ada sesi Q&A, last sekali baru penyerahan Surat Pelantikan DG41. Alhamdulillah semua lulus! Hehe




Kumpulan 5 all-girls. Keciknya aku. Duduk sebelah orang tinggi makin la nampak kecik, Aku sorang je wakil UPM dalam group ni. Selebihnya kawan kawan yang baru kenal dari UPSI & UIA. Cosmate aku semua dah selesai berpenilaian khas dekat zon-zon lain. Yang dekat Kelantan ni je lambat sikit.




5 orang cos Bimbingan & Kaunseling - UIA, UPSI, & UPM




Dengan (nama dah lupa hehe) bersama sama surat pelantikan kitorang! Selesai satu hal. Selama ni penat pikir, nak study baca notes lah apebende. Sekarang kena tunggu penempatan dari KPM lah pulak, mintak mintak dapat Semenanjung lah, Pengerusi SPP tu asyik ulang ulang nak hantar ke Lahad Datu je. Aku harap beliau cuma berjenaka sobs.



 OK lah bye bye. Seronoknya besok hari Khamis lepastu cuti. Sekarang cuaca dah mendung sikit, petang hujan renyai boleh tidur petang di hujung minggu. Yezza! 



1 comment:

DISABLE