24 August 2015

Bali Day 1 Jimbaran Beach Seafood Dinner Review

Jimbaran Beach merupakan destinasi terakhir untuk hari ini.

Jimbaran Beach

Semua restoran di sini menghidangkan masakan seafood sahaja, ayam daging tak ada. Kenapa beriya sangat nak makan dekat Jimbaran ni ha? Sebab nya, banyak review mengatakan bahawa Jimbaran ni tempat makan seafood yang best di Bali. So… how best is the food? And how best is the price? Kitorang tak tahu. Lalai nak research sebelum pergi.

Pak Wayan tinggalkan kami dekat sebuah restoran. Tengok ada sign halal, insyaallah yakin. 




Kami diberi welcoming drink (air oren peach) dengan buku menu. Orang belum ramai masa ni. So terus pilih meja yang paling dekat dengan pantai.




Duduk je, staff datang letak lampu minyak ni. Romantik dol hahaha. 


Bukak buku menu….. 
Special Romantic Dinner set for 2 person Rp1.000.000 (1 juta rupiah)
Seafood dinner set for 2 person Rp 800.000
And other sets for 4, 6, person

Kitorang macam… WEYYYY MAHAL GILA! Mana nak mampu mahal mahal macamni… I mean, even our cash, both combined pun tak sampai sejuta rupiah hahahahahaha


Lepastu kitorang bawak buku menu pegi kaunter dan tanya, ada tak menu lain selain dari set set tu semua? Hahah MALUUUU. Luckily, ada. Boleh terus pergi ke tempat fresh seafood, pilih nak lauk apa dan masak macam mana. Prices is based on kilo, dan termasuk nasi, sayur, sup dan sambal. Air order asing. Kitorang order udang masak butter setengah kilo dengan sotong grill BBQ kot, setengah kilo jugak. 




Tengah menunggu makanan dengan sabar, aku dok perati ada geng geng pemuzik (pengamen) yang bergerak dari meja ke meja. Diorang bawak gitar, cello, dram yang besar besar dan akan menyanyi dekat kita. Nanti hulur la berapa berapa yang patut. Ada group awek awek Jepun 2 meja selang kitorang, siap menari nari lagi. Lepastu bila sampai dekat meja sebelah kitorang, couple Cina, diorang nyanyi lagu slow lenggok lenggok romantic sikit. Suara diorang memang best. Tapi… dekat dekat nak habis aku bisik dekat Ain, Wey lari weh larikk.


Pastu bangun pegi ke depan dekat stage. Kebetulan ada persembahan menari masa tu. Buat buat ambik gambar penari. 




Hahahahahha bijak tak? 

Lepastu bila rasa dah selamat baru kembali ke meja.




Duk sekejap, Pak Wayan datang. Dia bagitahu dia tak dapat hantar kitorang balik. Dia nak ambil orang dekat airport. Tapi… ada orang yang akan hantar kitorang nanti ke hotel, tak payah bayar dah. Datang nak inform pun sempat lagi tanya kitorang nak ambik gambar berdua tak? Hahahaha rajin sungguh Pak Wayan. Good Good. 




OK makanan dah sampai!


Review makanan:

Udang Butter tak sedap langsung, takde rasa lemak manis. Tawar je. 
Sotong boleh layan, but I have tasted sotong that is better than this. 
Sayur (kangkung) OK. 
Sup rasa macam hambar. Sangat. 
Sambal dia tu pulak… SO-SO je.
Kesimpulannya… Hwarghhhh Tak Sedap!

Kecuali kitorang dah tersalah masuk restoran tak best atau tukang masak moody haritu, I think Jimbaran Beach Candlelight Dinner ni overrated la. Tapi, bagi honeymoon couple mungkin best la kot, sebab suasana romantic berlatar belakang kan bunyi ombak di tepi pantai.


Tu belum part membayar. Kitorang bajet bajet dalam Rp250.000+ lah. Skali keluar resit… Rp387.000 termasuk GST dan service tax. Woi kalau convert RM, lebih kurang RM110 total (RM55 seorang). Makan seafood dekat Top Spot Kuching lagi murah, lauk lagi banyak dan lagi best kot. Kesiannya kitorang, rasa dia tak berbaloi pun dengan money yang kitorang invest. Sedih. Hahaha.




Penari yang ceria pun tidak dapat menceriakan hati kitorang yang berduka lara.




I am not saying that Jimbaran Seafood Dinner is not good overall, NO. Sebab ada banyak restoran dekat sini. Tapi kalau nak pegi makan kali kedua memang tak la. Kalau korang nak try jugak, mungkin boleh google dulu reviw review review restoran yang best. 


Dah siap makan, terus balik hotel. Dan tidur. Penat sudah.



1 comment:

Nieda Ramly said...

SO SAD....HUHUHU
banyak duit keluar tapi tak sepadan dgn rasa

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE