04 March 2016

Japan Day 3 Kyoto


Semalam Sima offer aku join dia jalan jalan dengan kawan dia, tapi aku tolak. Malasla kacau orang. Harini aku explore sorang je. Masih lagi di Kyoto.


27.11.2015 (Day 3)


Aku keluar daripada hostel seawal jam 7.30 pagi. Nasib baik aku bangun awal dan bersiap awal. Masa aku nak keluar tadi aku tengok guest hostel kena beratur nak masuk bilik air. Hehe nasibla korang. 

Kekurangan hostel yang aku stay ni, satu floor cuma ada dua bathroom dan dua toilet. Waktu pagi kena berebut.


Fushimi Inari Shrine

Lokasi pertama, aku ke Fushimi Inari Shrine. Kira-kira setengah jam aku berjalan kaki untuk sampai ke sini. Ada makcik tu cakap 20 minit je jalan kaki... padahal 40 minit. Hampeh!! aku taknak pecaya dah bab kelajuan ni semua sebab kadar kelajuan diorang jalan tak sama dengan aku jalan. Diorang jalan laju gila kot. Penat tu memangla penat, tapi berbaloi sebab view cantik dan tak ramai orang. Jadi senang nak selfie selfie. hehe.
 

Shrine ni terdiri daripada 5000 buah torii gate yang tersusun hingga ke atas bukit. Tapi aku tak naik sampai atas bukit pun. Jalan separuh je lepastu patah balik. Tak kosser nak memanjat manjat. 




Fushimi Inari ni masuk percuma, tak bertiket. Dah jimat dekat situ. Agaknya sebab temple kot. Takkan la kawasan ibadat pun nak bayar kan. Dan kebanyakan pengunjung masa tu adalah photographer yang bawak lens gedabak gedabak. Aku yang pakai kamera fon dengan kamera simple simple ni rasa segan je haha.




Selfie sekeping. 




Daripada Fushimi Inari aku naik bas ke Kyoto Station. Aku pakai jalan lain pulak. Rupanya bus stop ni lagi dekat, 5 minit jalan kaki je. Tak ingat dah nama bus stop.

Aku nak pegi pos poskad kejap dekat post office besar sebelah stesen Kyoto... Harga poskad + setem lebih kurang 200 yen+/-




Istimewa dari Kyoto ke Tanah Merah... heh.


Daripada Kyoto Station aku naik bas lagi ke Arashiyama. Kyoto Station merupakan terminal untuk sebahagian besar route bas di bandar Kyoto, termasuk Arashiyama. Nak pegi mana mana boleh start daripada Kyoto Station. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit sampai aku tertidur.


Bas berhenti betul-betul dekat tepi sungai. Masa tu orang agak ramai jugak. Dekat jambatan tu penuh dengan manusia. 

Dahla ramai orang, cuaca pulak sejuk berangin. Sejuk gila. Tak tahu nak tuju ke mana. Jalan ikut sedap kaki je. Last last sampai dekat Bamboo Forest. 




Bamboo Forest

Manusia penuh wey. Nak ambik gambar solo ber background kan hutan buluh? Jangan harapla...... Tak lepas. Yang ini pun aku kena panjat benteng simen baru dapat tangkap. Haha




Bila dah bersumbat macamtu... aku jadi putus asa nak explore lebih lebih. 

Dekat Arashiyama ni ada banyak temple, shrine dan garden, tapi hanya satu yang aku sempat masuk... iaitu Tenryu-ji Temple (500 yen) dan ianya tak mengecewakan walaupun ramai orang. Tenryu-ji ni merupakan sebahagian daripada Unesco site jugak di Kyoto. 




Garden dia cantik. Pokok dengan daun bewarna kuning, oren dan merah ada di mana-mana. Walaupun dah hampir penghujung musim luruh tapi daun autumn masih galak di Kyoto. 




Bokeh teruk. Miaw Miaw.




Korang tengokla jalan sepanjang kedai-kedai di Arashiyama. Ramai gila orang kot! Lepastu sorang sorang jalan laju macam robot. Nak pegi mana tak tahu. Ramai-ramai macamni mulalah aku rasa nak blah cepat. 




Terliur tengok aiskrim. Nak beli... tapi tak yakin. Tapi kan makcik jual aiskrim pun kawaii.




Souvenir diorang dalam bentuk sweets ada macam macam jenis, dipek cantik cantik dan takde mahal sangat aku rasa dalam 20 ringgit sekotak.




Daripada Arashiyama aku naik bas ke bandar semula. Turun di Kawaramachi, iaitu kawasan mall moden dan pusat beli belah. Aku masuk mart cari lip balm. Bibir dah rasa kering-kering. Kesilapan terbesar bila akutak prepare lip balm langsung.. Ini baru permulaan...

Lepastu naik bas lagi. Turun dekat Gion. 




Dekat kawasan temple atas bukit sana ada wifi free. Bolehla ambik peluang whatssap mak kejap. Setiapkali jalan sorang, aku suka update lokasi (kadang kadang gambar selfie) dengan mak so she knows that I am safe. hehe. 




Temple lagi...




Menyusuri lorong-lorong sempit di Gion dalam perjalanan balik ke hostel.




Pukul 3.30 petang dah balik. Rehat dulu. Makan sandwich taruk sambal pedas ikan bilis. Laparrr! 

Sambal bilis ni mak aku yang buatkan special tau. Hari sebelum aku bertolak tu. Terharuuu T_T Tapi yang sedihnya bila bukak packaging ikan bilis jadi keras tak rangup dah, aku syak sebab suhu sejuk dan bekas tupperware aku tu tak cukup kedap. 

Tapi layan je... Makan dengan roti.


TA-Q-BIN DELIVERY SERVICE

Siap makan, aku kemas backpack besar, dan masukkan barang-barang penting ke dalam daypack. Petang tu backpack besar aku akan dipos terus ke penginapan malam esok di Matsumoto. 

Perjalanan esok banyak bergerak, nak adventure adventure, so malas bawak backpack ke hulu hilir. Delivery beg siap siap je senang. Mula mula risau jugak. Beg hilang ke, tak sampai ke, lewat sampai ke, tapi aku berserah je. Katanya delivery service di Jepun ni sangat reliable... Betul ke???

Aku gunakan service TA-Q-BIN dan kos delivery dalam 1200 yen ++ tak ingat berapa exact. Bergantung pada lokasi dan saiz beg kita. Semua orang hostel yang urus. Lepastu agen TA-Q-BIN tu pickup backpack aku dekat hostel. 




Pukul 6.30 petang, aku keluar balik ke Kyomizudera Temple. Saja datang sebelah malam sebab ada pencahayaan yang lebih menarik. Tiket masuk untuk night entry adalah 400 yen. Kiyomizudera Temple ni pun salah satu UNESCO site.




Orang sangat ramai dekat sini. Aku rasa Kiyomizudera ni attraction yang paling WOW yang aku sempat lawat dekat Kyoto.

Memang puas hati. Lagipun, hostel aku dekat je dalam 10 minit jalan kaki. Jalan mendaki lah.




Slow shutter speed




Ramai sungguh orang atas pelantar temple ni. Cuak jugak aku ramai-ramai ni karang runtuh ke apa...... tiba tiba ada sorang rakyat Malaysia terselit celah celah runtuhan tu haha tak ke memalukan diri dan keluarga? 

Gambar atas tu gambar original yang aku snap, bukan gambar google yaw.

 Daun-daun sekitar dah memang kaler oren, lepastu disuluh dengan lampu-lampu kuning lagi bertambah la glowing nye. Cantikkk.




Reflection daun-daun pokok dekat tasik. 




Perjalanan balik aku gunakan jalan yang berbeza sepanjang kedai-kedai souvenirs. Kedai souvenirs dia nampak cantik, nampak eksklusif je... Nak masuk pun tak berani. Tapi sebenarnya harga dia memang standard dah. Sama je kat tempat lain pun. Jadi kalau korang ternampak apa-apa yang menarik hati dan bajet, boleh terus beli. Takyah nak pikir pikir dah nanti tak jumpa.




Sampai hostel dah penat gila. Aku tak mandi dah sebab sejuk sangat. Hahha mandi esok esok je. Sebelum tidur tu sempat lagi kongsi cerita dengan Sima dan aku mintak dia tuliskan catatan dalam buku nota aku sebagai kenang kenangan. Esok aku akan check out awal, mungkin tak sempat nak say bye bye dah... 

Bagi aku... Kyoto bandar yang sangat interesting. Kalau ada rezeki lepas 10 tahun boleh datang lagi. Hahah 10 tahun tuuu. 

Selamat Malam Kyoto. 
Sampai ketemu lagi! 



5 comments:

edda(",) said...

bestnye. teringin nak ke sana

Hanis Amanina said...

happy baca bila awak mention pasal update lokasi tu. saya pun buat yang sama setiap kali travel, memang lega diorang rasa dan tak berat hati sangat nak lepaskan travel mana2. :)

hanisamanina.com

amira faqihah said...

masa pergi tahun lps,x sempat pergi kiyomizudera tuuu,,cantiknya waktu malam,!

cEro said...

Kenapa dekat Arashiyama tu ramai sangat manusia? Org tempatan ke pelancong? Ada apa-apa acara/upacara ke?

SOrry banyak soal :)

Syahira Mansor said...

@edda
nanti ada rezeki boleh pergi tu insyaallah. saya pun 2 tahun berangan baru dapat pergi.

@hanis amanina
ye lah. bila kita selelu update diorang pun akan rasa percaya dan tak risau sangat.

@amira
ada share dkt blog tak ur trip? nnati saya nk baca :D

@cero
bukan pelancong pun. orang tempatan jugak. takde mende pun. sebab weekend kot. Arashiyama tu pun memang tempat tumpuan pelancong.

DISABLE