19 December 2016

Thailand X China Solo Trip Day 1 : Bangkok


Assalamualaikum wbt.


Hujung November lepas... aku sempat pergi ke Bangkok, Thailand. Tiket KL- Bangkok dibeli dengan harga RM159 selepas diskaun melalui Traveloka. Trip kali ni adalah trip solo sepenuhnya. 




Pada hari yang dijanjikan, aku berlepas daripada KLIA2 menggunakan flight pukul 6.45 pagi. 


Duk tunggu tiket murah Seoul, sampai ke sudah tak ada. So aku booking tiket ke Bangkok. Tak lama lepas aku beli tiket KL - Bangkok tu, aku terjumpa tiket murah Bangkok - Xi'an - Bangkok. Rezeki last minute. Hehe. So, Bangkok menjadi bandar persinggahan sebelum aku travel ke China. 


Sebab trip solo dan kedua-dua negara yang aku lawati ni agak berisiko, maka aku ambik travel insurans. China and Thailand kot. Manalah tahu jatuh gunung ke, gempa bumi ke, sakit kejung ke apa  kat sana... sekurang-kurangnya ada perlindungan untuk family di rumah betul tak? wuwu. Aku beli Etiqa Insurance & Takaful : International Travel.  Aku ambik Plantinum Plan - ni yang paling mahal LOL,  yang menawarkan insuran sehingga 500k untuk kematian/kecacatan kekal. Harga insurans RM55 untuk 10 hari. Agak berpatutan aku rasa sebab dia cover semua. 





Okey dah sampai Don Muang Airport. Muka lepas menangis atas flight tiba-tiba.

Keluar daripada arrival hall tu aku terus singgah beli simcard. Aku guna AIS Travel 7 Days Unlimited Data = 299 Bhat.  Coverage & speed sangat memuaskan. 




Daripada Airport nak ke bandar, ada banyak kaedah. Bas boleh, teksi pun boleh. Tapi aku pilih kaedah paling murah dan mudah, iaitu naik keretapi. Don Muang Railway Station betul betul depan airport, jalan kaki je melalui jejantas. Nak access jejantas tu, guna lif Amari Hotel dekat arrival level




Stesen Don Muang tak besar pun, dan masa aku sampai aku agak terkejut bila tengok hampir kesemua rakyat Thai memakai pakaian bewarna hitam kerana masih berkabung dengan kemangkatan Raja mereka. Tak silap aku baru sebulan lebih.

Pergi kaunter, dan terus beli tiket. Harga tiket cuma 5 Bhat (65 sen). Aku turun dekat Hua Lamphong Station tau, iaitu stesen keretapi utama di Bangkok. 




Perjalanan ambik masa lebih kurang 45 minit. Perjalanan dengan tren kelas ketiga sahaja, free seating. Agak panas dan berdebu.


Sampai Hua Lamphong pukul 10.00 pagi, dan terus cari hotel. Aku dah booking siap siap daripada booking.com . Aku booked @Hualamphong Hostel, lokasi dia betul betul depan Exit Hualamphong MRT. Memang senang sangat-sangat. 




Aku booked untuk 2 malam, Single Room RM92/night. Agak mahal sebenarnya dengan taraf aku sebagai backpackers. Kalau nak cari dorm sebenarnya berlambak dekat Khao San Road sana... tapi malas pulak. Rasa nak privacy privacy. Bilik dia sangat selesa. Semua ok. Cuma tak ada breakfast. 




Tuk Tuk depan hostel.




Lepas bersiap ala kadar, aku keluar ke Chatucak Market.

Senang je naik MRT Hualamphong - Chatuchak Park (42 Bhat) 40 minit. 




Chatucak Market ni hanya ada pada weekend sahaja. Dan kebetulan aku sampai Bangkok hari Ahad, so why not? Bagi aku, Chatucak Market ni best gila sebab ada macam-macam benda. Kalau korang pernah pergi market Rantau Panjang dulu (sekarang dah dirobohkan) ha lebih kurang macam tu lah rupanya, cuma lebih luas dan ada macam-macam barang jualan. 

Aku habiskan sejam berpusing cuci mata, tak tahu nak beli apa haha sebab semua benda macam nak beli. Duit je tak berapa nak ada. Last-last aku beli Green Tea , 40 Bhat tapi biasa je. 

Ronda ronda lagi, aku masuk kedai urut. Kecik je, boleh muat dalam 6 orang. Ada aircond and WIFI. Aku buat foot massage 30 minit = 150 Bhat. Best gila. Perbelanjaan yang paling WIN untuk hari tersebut. Dia punya urut takdelah sakit, just light light je. Aku suruh urut dekat tapak kaki je. Betis jangan kacau. Maluuu nanti orang nampak bulu kaki kite ;p




Ronda ronda lagi, jumpa Saman Islam ni. OK jom makan dulu. 




Aku order mihun sup bebola daging. Bakso kot. 150 Bhat. Not the best, tapi bolehla. 

Dah kenyang, jom sambung meronda lagi. Hari ni memang aku khaskan untuk Chatucak Market sahaja. Hehe. Tak shopping pun takpe janji boleh cuci mata. 




Bath bomb. Terliur nak beli. Dalam RM12 kot sebijik yang besar. 




Barang pinggan mangkuk.




Lantern comel comel *_*

Dulu aku ada beli dekat Cambodia, tapi dah hilang entah pergi mana. Beli balik dekat sini. Harga 100 Bhat je. 

Dulu, 100 Bhat kita boleh genapkan jadi RM10. Tapi sekarang (Nov 2016) semenjak duit ringgit kita dah makin jatuh, maka 100 bhat adalah lebih kurang RM12.60




Patch macam ni pun banyakkk. Adoi sakit hati aku nak beli tapi mahal. Sekeping RM4.50. Sekarang kan trend mende ni, semua tempat nak tampal patch. Dekat shawl lah baju lah peti ais lah -_-




Ini kedai jual passport holder. Boleh pilih nak warna apa, material apa, design macam mana... Siap on the spot tapi kena tunggu la dalam sejam dua. Orang memang ramai, tak pernah kosong kedai dia. 

Dah membeli apa yang patut... aku ambik MRT semula balik ke Hua Lamphong. 




Stesen Hua Lamphong serupa hangar kapal terbang.




Malam tu jugak aku pergi beli tiket tren Hua Hin - Padang Besar untuk balik Malaysia hari Sabtu nanti. Aku balik pakai tren je. Memang dah lama aku nak try naik sleeper train ni. Tapi tak naik dari Bangkok, aku naik dari Hua Hin. Nak lepak Hua Hin sekejap, pastu baru balik. 

Harga tiket tak ingat. Tak silap aku 895 Bhat (Katil bawah) dan aku bayar menggunakan credit card sebab rasa rasa macam sikit je duit bhat tinggal lepas shopping dekat Chatucak tadi huhu. 




Ada pameran fotografi tentang Raja yang mangkat. 




Ni aku tak pasti apa benda, tapi ia adalah tempat memperingati Raja. Ada buku untuk tulis kata-kata takziah dan ada gambar Raja terpampang besar besar. Actually benda ni ada di hampir kesemua tempat, dari Airport, stesen keretapi, mall dan sebagainya. 


ok. dah. balik hotel, mandi air panas. tido. 

sambung esok pulak. 




7 comments:

Hanis Amanina said...

teringin sangat nak try tapi hmmm I wonder if my parents will let me go solo trip ke Bangkok T_T

hanisamanina.com

Scdha Sein (SS) said...

Rasa nak merepeat lg... he he he..

Syahira Mansor said...

@Hanis Amanina
dulu i pun macamtu... susah nak dapat permission. kena yakinkan diorang dulu. tunjukkan minat kita, apa persediaan kita... kalau first time mungkin boleh try dengan safe country first, contoh japan/ south korea / singapore etc.


@Scdha Sein
Bangkok memang dalam list untuk repeat hehehe

LdyNisa said...

saya pun teringin nak naik sleeper train. sayang je dah takde yang terus sampai sg tu.

WZulhilmi said...

"Tapi... disebabkan aku dah tak ada trip ke tempat lain... maka Thailand pun bolehlaaa"

Biadapnya aku baca ayat ini untuk orang yang tak pernah pergi ke Thailand.

Syahira Mansor said...

@wzulhilmi

hahahah sorryyyyy aku dah tukar . memang kedengaran biadap walaupun bukan itu maksudnya haha

Wadi Hazard-17 said...

Passport holder tu bole buat nama kan ? Maklum la plan nk g situ , byk pulak org nk kirim . Saya pun nk try g sorang gak . Nk belajar survive sorang diri

DISABLE