14 December 2016

Pengalaman Buat Visa ke China (Cawangan Kuching)


Assalamualaikum. 

Aku nak kongsi pengalaman buat Visa ke negara China (People Republic of China) yang agak hazab jugak ler untuk trip baru-baru ni.


Pertama sekali, service centre untuk rakyat Malaysia buat Visa China ada dua. Iaitu, satu di Kuala Lumpur (untuk semua warganegara Malaysia) dan satu lagi di Kuching, Sarawak (untuk penduduk Sarawak dan orang yang bekerja/menetap di Sarawak SAHAJA).


Visa China akan mengambil masa 4 hari (maksimum) untuk disiapkan. Memandangkan aku bekerja dan menetap di Sarawak, dan aku punya trip pulak agak last minute maka the only option I had is to settle the visa in Sarawak itself.


Alamatnya:

2nd Floor,Wisma Naim 21/2 Mile, Rock Road, 93200 Kuching, Sarawak, Malaysia


Business Hour: Monday - Friday (except holidays)
Visa application: 9:00 - 15:00(urgent application 10:00)
Payment and collection: 9:00 - 16:00
Contact information 
Tel: 082-259885
Fax: 082-256885




Service centre bukak weekdays je tau. So aku apply cuti dengan bos hari Jumaat untuk pergi buat Visa ni. Nasib baik lepas cuti aku, since hari Jumaat tu memang dah hujung-hujung tahun sangat dan sekolah pun tak ada program apa-apa. Aku bertolak dari Kabong hari Khamis, singgah bermalam rumah member aku dan esoknya Jumaat aku drive ke Kuching.


Gigih tau nak buat Visa China nye pun. Sanggup drive 360km sorang-sorang dari Kabong ke Kuching huhu.



Bangunan dia senang cari, Wisma Naim dekat bawah dia ada Bank of China. Nak parking pun agak senang. 




Aku sampai lebih kurang pukul 9.30 pagi. Masa aku sampai tu, tak ramai pun orang.


Takde nak kena tunggu lama-lama. Prosedur dia:

1) Masuk, staf dekat pintu masuk dia akan minta kita isi borang dahulu (disediakan di situ). Tapi, untuk memudahkan kerja, dan taknak tergagau gagau cari information, aku dah download siap-siap borang daripada website China Visa dan isi sebelum datang lagi.


Kalau korang nak download boleh rujuk di sini:
http://www.visaforchina.org/KCH_EN/generalinformation/downloads/index.shtml


Borang dia agak detailed jugak, jadi lebih senang dan cepat kalau kita download awal dan isi siap-siap dari rumah.


2) Bila dah isi borang, staf akan check maklumat samada lengkap atau tak.


3) Dah lengkap borang, baru dia bagi nombor untuk pergi proses borang dekat kaunter. Benda-benda yang dia nak:

Passport Original

Salinan Fotostat Muka Depan Passport

Return Flight Ticket ATAU Tempahan Hotel

2 keping Gambar Berukuran Passport (Background Putih SAHAJA)
Aku punya tak lengkap sebab tak ada gambar passport background putih. Dia nak 2 keping. Tapi worry not sebab dekat situ boleh buat , cuma charge agak mahal RM18. 

dan, khas untuk ORANG SEMENANJUNG yang MENETAP/BEKERJA di SARAWAK, mesti ada Dokumen Perjalanan Terhad (DPT) -Passport Biru, okey.


Haa masa ni lah timbul masalahnya. Sebab aku tak ada DPT tu!!! DPT tu untuk mengesahkan bahawa seseorang tu (orang Semenanjung) bekerja & menetap di Sarawak. Sebelum ni aku keluar masuk Sarawak pakai Passport Merah je. Tapi, dalam Passport Merah tu memang dah ada cop khas yang menyatakan aku bekerja di Sarawak. Malangnya... orang service centre tu tak terima. Penat aku terangkan, bahawa cop khas pada Passport merah tu dah membawa maksud yang sama dengan DPT.  Dia kata, kena ada DPT jugak macam-macam mana pun. China Consulate punya requirement.


OMG. Blank kejap.


Aku dah ambik cuti datang sampai jauh-jauh, lepastu tak dapat apa??? Kalau tak setel Visa ni, memang aku tak ada peluang dah nak buat hari lain. Nak apply cuti datang Kuching lagi? Memang tak la. Minggu depan dah cuti sekolah, aku nak fly balik KL dah.


Pastu. Nak cancel ke macam mana trip ke China ni??? Adoi.


Aku try bercakap dengan staf tadi lagi sekali. Dan, dia bagi suggestion untuk aku pergi UTC Kuching untuk buat Passport DPT dan datang balik untuk apply hari tu jugak. Application close pukul 3 petang. Esok (weekend) tutup ya.


Takpe. Kita try. Alang-alang dah sampai. Jauh ni.


So, aku start enjin kereta pergi UTC. UTC Kuching letaknya betul-betul dalam bandar Kuching. Dalam 20 minit kot driving daripada service centre tadi.


Dekat UTC, datang satu masalah pulak. Bila aku pergi Jabatan Imigresen pegawai dekat sana bagitahu, DPT siap dalam masa 24 jam - maksudnya kalau aku buat hari ni, esoklah baru boleh ambik. Sedangkan esok service centre Visa tu tutup dan aku nak balik Kabong dah petang ni.

Oh NOOOO! T_T  Nangesss.


Mula mula tu memang pegawai tu cakap, tak dapat siap harini. Tapi lepastu aku pergi lagi sekali... merayu lah dol. Mintak tolong sangat-sangat, supaya dapat ambik hari tu jugak. Aku bagitahu masalah aku driving dari Kabong 5 jam, petang tu nak balik dah, pastu kalau tak dapat buat memang tak jalan la aku punya trip ke China ni ha. Dengan muka macam nak menangis nye haha. Pastuh, Alhamdulillah pegawai tu kesian kot, dia kata boleh. T__T


Masa nak collect DPT tu aku terharu sangat, rasa macam nak menangis dekat situ jugak. Rasa macam, ucapan terima kasih tu tak cukup untuk balas budi pegawai yang tolong. Kalau Allah tak gerakkan hati dia untuk tolong, memang tak merasalah aku pergi China. Aku hanya boleh doakan supaya Allah balas kebaikan dia dan bagi kebaikan dan rezeki yang melimpah ruah pada dia. Huhu.


Urusan DPT aku selesai dalam pukul 12 tengah hari, dan terus aku pergi service centre balik. Submit dokumen semua, dan staf bagi resit untuk collect selepas 4 hari bekerja, iaitu the next Wednesday. Petang tu jugak aku drive balik ke Kabong. Bertolak balik dari Kuching pukul 3.30 petang dan sampai Kabong dalam pukul 8.30 malam.




Satu lagi orang yang aku terhutang budi, adalah adik aku yang belajar dekat UNIMAS. Sebab the next Wednesday tu aku mintak tolong dia pergi collect Visa dekat service centre dan hantar dekat aku di airport pada hari Sabtu masa aku nak fly ke KL. Gila kan.


Charge dibayar masa ambik visa tu ye, harga lain-lain bergantung kepada berapa kali kita nak masuk ke negara China. Aku punya sebab sekali masuk sahaja... maka charge yang dikenakan adalah sebanyak RM88.30. Kalau next month nak pergi China lagi, kena la apply Visa lagi sekali lol memang tak laaaa. Senarai harga boleh rujuk di sini:

http://www.visaforchina.org/KUL_EN/yyxz/264516.shtml


OK panjang jugak aku menulis kali ni. Memang banyak sangat cabaran nak ke China ni, daripada beli tiket sampailah ke buat Visa. Itu belum masuk cabaran masa dekat China sendiri hehe. Tapi yang mencabar tu yang kita akan kenang sampai bila bila kan? Nanti ada masa aku akan share pengalaman  travel sorang sorang dekat sana pulak. Insya Allah.


Bye!

1 comment:

Scdha Sein (SS) said...

Tahniah dah sampai Mount Huashan! 👏🏻👏🏻👏🏻

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE