02 June 2017

Jalan Jalan Kuching (2) - Imperial Riverbank Hotel Kuching (Review)


Okey rakan-rakan, aku nak share/ review hotel yang aku stay dekat Kuching dengan member aku baru-baru ni. Mana tahu ada yang nak ke Kuching dan mencari penginapan yang sesuai, kan?


Kitorang stay dekat Imperial Riverbank Hotel. Semalam je. 

Aku book by phone call 2 minggu sebelum pergi kot? Tak payah bayar deposit pun. 

Dapat promo rate RM139/room




Nampak gah kan bangunan dia hehe.


Lokasi

Hotel ni terletak betul-betul tepi jalan, dekat Waterfront Kuching. Lokasi sangat strategik sebab dekat dengan Waterfront (boleh tengok sunset cantik), dekat dengan kedai kek lapis (naik perahu seberang sungai je), dekat dengan Top Spot (jalan kaki) dan, tugu Kucing yang tourist suka ambik gambar tu memang depan hotel je. Jadi boleh ambik gambar dengan kucing banyak banyak kali. 

Cuma, PARKING KERETA TIDAK DISEDIAKAN. Kalau korang datang dengan kereta... kena cari parking sendiri dekat tepi tepi jalan atau park dalam bangunan carpark berbayar berdekatan. Which, agak menyusahkan dari segi kos, kerja kerja mengangkut barang dan keselamatan kereta kita. Tapi kalau korang takde kereta datang dengan public transport memang ok cun gila hotel ni. 




Superior King Room

Bilik kitorang, Superior King Room.  Satu katil king, TV, bilik air (shower sahaja) and ada workstation - meja panjang. Bilik pun luas. 




WIFI aku tak ingat ok ke tak hari tu. Sebab dah lama. Sorry! 

Karpet bersih, maksudnya selalu dicuci. Ada hotel yang aku pernah pergi, karpet dia macam tak pernah vacuum je terpijak benda tajam lah apa lah. Tapi dekat sini ok. Cleanliness tiada kompromi. 




Bilik air sangat bersih. Hot shower functioning. Tapi... toilet tak ada hos hehe. Pandai pandai ler. 




Ada bathrobe, ada iron board dengan iron, dan ada room slipper jugak kitorang dah tapau bawak balik. Ermmm slipper tu memang bagi kan??? hahahaa




Pemandangan daripada bilik. 




Pemandangan waktu malam. 




Esoknya, awal pagi pukul 8 dah turun breakfast. Buffet breakfast is included in our room rate. 




Pilihan makanan ok, banyak dan sedap jugak. Loveee it! Kami kekenyangan. 


Keseluruhannya, puas hati stay dekat sini cuma tak best part parking je. Masa nak check in dengan check out punyalah susah nak mengusung barang ke hotel/ dari hotel like apebende niiii hahaha tapi hal hal lain semua ok sangat. Recommended!



No comments:

DISABLE