02 February 2021

Jeju Island Spring Day 1

Assalamualaikum!

After another 2 years since the last post, I'm back! Rasanya nak blogging balik. Ada beberapa trip 2-3 tahun yang belum masuk blog lagi. Bukannya apa, haritu entah macam mana aku terbaca entri-entri travel yang lama.... Eh seronoknya baca penulisan sendiri... terhiburnya... haha. Yang paling penting aku boleh recall balik the moments and the details of the trip. Kalau dibiarkan macam tu je... 5, 10 tahun lagi mungkin akan lupa terus. So I guess it should be kept somewhere... yang aku boleh rujuk balik di kemudian hari. 


*************************************


Entri kali ni nak bercerita tentang trip ke Jeju Island, South Korea selama 5 hari di bulan Ramadhan, tahun 2018 dengan bajet RM1312 sahaja. 



Flight depart daripada KLIA2 jam 650 pagi dan touch down di Jeju Airport jam 150 petang waktu tempatan. 



Sampai di Airport, aku terus ambil bas ke bus stop Hankook Hospital untuk check in hostel. Hostel aku untuk first day dekat area hospital ni. 

Sepanjang 5 hari ni main transportation aku adalah bas dan kudrat kaki sendiri sahaja... Tak mampu dan tak berani nak sewa drive kereta sendiri. Nasib la. Harap semuanya dipermudahkan... 


YEHA Guesthouse 

6 Bed Female Dorm Room (19000 won/ night)



Direction to Guesthouse: Take bus number 315, 331, 332, 343, 465-2 bus (1,200KRW) at gate no.2 of the 1st floor, Jeju airport and get off at Hankuk Hospital (next to Jeju bus terminal). From there, it is a 2 minute-walk.


Hostelnya dekat small alley dekat sahaja dengan Jeju Bus Terminal dan bus stop, so senang nak bergerak ke mana-mana. Bilik kecil tapi bersih dan selesa. Paling penting washroom/toilet attached in the room. Very convenient.


Lepas setelkan urusan di hostel, aku keluar semula untuk ke Yongyeon Pond. Tapi aku tak ingat naik bas ke jalan kaki haha. Lama dah.



Ini lah pond nya. Biasa biasa sahaja.




Lepastu aku berjalan lagi... Hasrat nak ke Dongmun Market. Tengok dalam map macam dekat. 
Tapi... entahla hahaha



Lepas perjalanan yang jauh dan panjang, akhirnya sampai juga ke Dongmun Market.



Pasar basah je... hehe. Tapi katanya pasar ni antara yang terbesar di Jeju. Plan nak cari seafood mentah untuk dijadikan lauk berbuka nanti. Kita tengoklah sape yang kena ya.



Pelbagai jenis ikan



Ikan kena gilis pun ada. Hmmmm....



Sashimi (ikan mentah kan?) siap dipek bersama sos pencicah.



Lepas meninjau kawasan akhirnya aku beli sotong 3 ekor dengan harga 4000 won.



Buah buahan pun banyak dijual terutama buah limau. Jeju memang popular dengan buah limau nya. 



Beli orange juice dalam botol 2000 won untuk berbuka. 



Waktu petang dah, orang pun dah tak ramai. 



Ni masuk area baju. Tapi aku tak beli pape. Cuci mata je. 




Tak silap aku masa aku dekat Jeju ni tempoh berpuasa lebih kurang dekat Malaysia je. Imsak dalam pukul 5 lebih... berbuka pukul 7 lebih... Tak ada beza sangat pun. 

Sebelum sampai hostel sempat menyinggah 7E beli air mineral dan nasi putih dalam pek.



The good thing about this hostel is, dia punya shared kitchen ada separate utensils for muslims. Dia dah asing sesiap, maybe sebab dah ramai Malaysians/ Indonesians yang datang Jeju ni. 

Pukul 10 malam lepas siap mandi, solat, rehat baring semua barulah aku turun untuk masak dinner. Aku malas nak bersesak dekat dapur masa orang tengah ramai.



Sotong yang aku beli aku potong dan gaulkan dengan perencah ikan bakar Adabi. Lepastu aku stir fry atas pan. Adoi bau dia... sedap wehhh. Aku dahla lapar gila. Tadi berbuka dengan air je. Lepastu panaskan nasi putih 7E dalam microwave. 



Tadaa! Ni lah hasilnya. Sotong bakar dengan nasi putih. Sotong grill tu rasa lembuttt sangat I'm crying. Alhamdulillah kenyang. Sekali dengan sahur dah ni. 


Okey selamat malam... Esok pulak.



No comments:

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE