aku tau korang dah bosan aku asek cerita pasal Barney dalam blog ni kan? macamla takde icon hiburan lain nak cakap. okelah okelah aku paham, bijik mata aku pun dah naik berbulu tengok gambar si Barney tuh.
kali ni aku nak cerita pasal spesis kera (apes) pulak.
sebenarnya aku sangat curious pada binatang, terutama spesis kera. dulu nyaris-nyaris hendak ambil Veterinar, tapi malang beribukali malang, result final tidak seberapa, kau ada hati pula hendak jadi doktor haiwan? HAHAHA mari gelakkan dia bersama-sama. hendak memotong usus kecil terpotong pula uretra, tidakkah itu akan menjadi suatu kezaliman? =__='
baiklah. mari pergi kepada topik asal. tujuan aku buat entri ini supaya kau semua dapat bezakan antara spesis-spesis monyet, tidaklah main sebut aje. asal nampak lembaga bergayut-gayut dekat pokok terus terjerit-jerit "BERUK WEH! BERUK!" padahal tidak sedar rupanya sahabat sendiri sedang memetik buah-buahan. -_-' maka, entri ini mengajar kau supaya tahu hendak match-kan rupa dengan nama. FAHAM TAK APA AKU CAKAP NI? katakan kau pergi camping dalam hutan kemudian ternampak siamang contohnya, bolehla kau jerit panggil "siamang! siamang!" tidaklah pula tersalah panggil nama kawan kau, contohnya "Dol! Dol! Apa yang kau buat atas pokok tu hah?" sudah tentu siamang itu tidak menoleh bukan?
nampaknya aku sudah banyak merepek dan membuat lawak bodoh di ats, kau pun macam sudah hilang sabar, marilah kita lihat gambar. (eh eh nak berpantun pula) aku harap kau dapat belajar sesuatu.
1. KERA
yang ni aku tak introduce pun pasti korang tau. muka femes sangat dah ni. asal nak minum air kelapa je, nampak muka dia. asal nak makan isi kelapa segar je, pun nampak muka ni. kalau dia pandang kita, merelap merelip je bijik mata dia. betui tak?
2. ORANG UTAN
yang ni pun wajib kenal dah ni, takkan tak kenal orang utan kot?
BABY-UTAN. rase macam nak dukung bawak jalan-jalan kan?
*look at those innocent eyes*
yang stok vateran ni kau nak dukung bawak jalan-jalan jugak ke?
3. CHIMPANZEE
olololo tomey-tomey lagi. kau toksah pergi geledah semak belakang rumah kau tu sebab dekat Malaysia memang takde mende nih.
4. SIAMANG
wajah siamang lebih kurang je dengan chimpanzee, cuma ia ada sejenis bulatan dekat leher ya. kalau ia marah, bulatan ni akan makin membesar. malah ia adalah tempat si siamang ni simpan stok udara untuk terpekik melolong sini sana. kau jangan nak gedik pergi cucuk-cucuk bulatan tu pakai jarum pulak.
5. LAR GIBBON
yang kecik-kecik ni LAR GIBBON name dia. ada pelbagai kaler, blond dan hitam.
baik. sekarang kita akan pergi kepada spesis apes yang semakin ekzotik ye. iaitu, spesis yang kau takkan senang-senang jumpe dekat pasaran.
6. BABOON
bila dia jeling dekat kau macam ni, kau patut tahu bahawa itulah masanya untuk kau bukak langkah Watson Nyambek. jangan hendak main kenyit-kenyit dengan dia pulak. oh dan satu lagi, itu memang hidung merah yang asli, bukan letak mekap ke cat ke hape. itu kau belum tengok lagi bontot dia punya merah macam mana...
7. HAMADYRAS BABOON
*mengenang nasib yang belum bertemu jodoh*
ini pun spesis baboon jugak, cuma bulu dia kaler kelabu dan idung dia pun takdek cat merah
bila dah bertemu jodoh dan berkeluarga inilah kejadahnya, habis nak bawak anak bini melayari internet dengan streamyx. maju ah. wa tabik sama lu Hamadyras!
8. PROBOSCIS MONKEY (MONYET BELANDA)
yang ini boleh didapati dekat Borneo, comel kan hidung dia? rasa macam nak picit-picit supaya keluar bunyi trompet. HAHA. tapi badan dia kelihatan tough pula? hmmm...
9. SAKI MONKEY
wah, dengar nama pasti akan ingat spesis monkey jepun. yang ini paling scary. tengok jari dia sahaja dah buat kau takboleh tidur malam-malam sampai terkencing-kencing atas tilam.
10. BIGFOOT
yang ni toksah cakap la. tawar hati aku nak masukkan dalam list. harapkan kaki je besor, tapi pengecut. sikit-sikit nak menyorok, sikit-sikit nak menyorok. hampeh je. *skali datang depan mata kau, nak?*
11. BUNOPITHECUS SERICUS
yang ni memang nazak dah dekat muka bumi nih, kalau ada pun sekor dua je. hendak sebut nama pun dah tergeliat urat lidah aku. apetah pulak hendak menengok secara life? MIMPILA. anyway ia kelihatan seperti BATMAN kan?
12. GORILLA
okey, ini paling glamor ok. siapa boleh lupa kisah percintaan ia dengan Naomi Watts dalam filem KINGKONG? memangla di luar tabii, tapi sangat sadis bila ia terjatuh dari bangunan tu kan? :(
KAU INGAT AKU BANGANG SANGAT KE NAK PERCAYA BAHAWA KAU IALAH SPESIS KERA TERBARU???
kau beruk dalam Bang Bang Boom tu kan? Baik bukak topeng sekarang!