03 August 2016

Western Australia Day 3 Indian Ocean Drive


Hari Ketiga.



 Sepatutnya harini pergi Leeuwin tapi lepas perbincangan serius dengan ayah aku di meja makan… akhirnya kitorang decide pergi Pinnacles Dessert dengan Lancelin Sand Dunes yang tak sempat pergi semalam. Cancel je Leeuwin. huhu. Maybe next time. 

Kitorang akan drive menggunakan Indian Ocean Drive (jalan tepi laut). 




Breakfast pagi ni aku buat coslaw, telur rebus, pancake pisang dengan maple syrup & coffee. Kat sini maple syrup $1.80 je (RM5.60) kalau Malaysia aku rasa sebotol tu dekat RM10 kot…




Bergambar belakang kereta. Dah sihat dah. Muka pun ceria. Hihi.




Dalam 15 minit perjalanan daripada hotel, aku dengan ayah singgah ambik gambar dekat satu kawasan perumahan mengadap laut. Ada tempat parking kereta. Aku tak ada gambar perumahannya tapi memang rumah cantik-cantik lah. Banglo 2, 3 tingkat. Siap beranda bagai. Ayah aku cakap kerja seumur hidup pun belum tentu boleh beli rumah dekat sini. haha.




Scarborough - Lancelin - Pinnacles Desert (Nambung)




Pemandangan kiri kanan – padang rumput, kambing biri-biri, kincir angin tinggi-tinggi, kebun… Tak mengantuk pun. Sebab pemandangan cantik, lepastu berborak je dengan ayah aku. Banyak jugak tarbiah dia. Aku komen apa apa pasal biri biri ke, kecanggihan teknologi ke, kedamaian penduduk ke, last last mesti kena tarbiah. Haha tak tercapai dek akal. Insaf insaf.




Highway dekat sini tak banyak kereta. Kadang-kadang je selisih. Bas aku tak nampak langsung. Jadi kalau datang Western Australia ni lagi senang dan jimat travel pakai kereta. 




Signboard kangaroo pun selalu nampak. Betul ke ada kangaroo melintas? Atau sekadar gimik?

Betul. Memang ada.

Buktinya… sepanjang driving tu 3-4 kali ternampak bangkai kangaroo tepi jalan. Mintak dijauhkan lah daripada langgar kangaroo. Boleh kemek kereta. Silap silap penumpang pun kemek.




Akhirnya… lepas sejam setengah perjalanan, kitorang masuk simpang dan sampai di pekan Lancelin.




 Singgah Community Centre kejap buat-buat tanya soalan. Lepastu terus ke Lancelin Sand Dunes yang popular tu.




Parking kereta dulu…




Tadaaa. White sand dunes terbentang di depan mata!




Angin dekat sini kuat jugak. Jadi, better standby spek la. Masuk pasir dalam mata karang… free free je jadi buta. Nasibla aku ada spek RM4.90 buat backup.




Pasir memutih. Cantik. 




Kalau nak main sand boarding, boleh sewa sandboard dekat kedai dalam $10 - $12 sekeping. Tapi tak kosser la aku nak main. Masa tak banyak. Ayah aku pun cakap tak payahla main... Bajet-bajet tengah sandboarding je dah cukup Hahaha. 




Yang datang dengan tour, kenderaan diorang (van/ jeep) memang masuk sampai ke dalam. Luas gila kawasan bukit pasir ni. Kalau ada tenaga… boleh jalan sampai ke tepi pantai. Sebab pasir ni habis sampai ke pantai...




ok lah. bye. nak pergi tempat lain pulak.


Dalam perjalanan ke Pinnacles Dessert (Nambung National Park), kitorang singgah masuk ke Nilgen Lookout Point (atas bukit). Nampak signboard macam best. Rupanya tak ada apa yang special pun dekat situ. Ada papan maklumat dengan pondok rehat je. 


Pemandangan daripada Nilgen Lookout : 


Dekat bawah tu highway yang aku lalu tadi. Nampak tak pemandangan padang rumput petak petak tu? Kebanyakan pemandangan sepanjang jalan yang aku lalumacam tu lah . Luas seluas-luasnya saujana mata memandang.

Sambung driving dalam 30 minit lagi ke utara, untuk sampai ke destinasi seterusnya...

Pinnacles Dessert, Nambung National Park



Kalau tadi padang pasir putih, kali ni padang pasir kuning pulak. Yang specialnya dekat sini ialah batu yang 'tumbuh' daripada tanah.

Ayah aku buat beberapa assumption... 
1. Batu ni sebenarnya kubur orang dahulu kala yang buat dosa dan dilaknat Allah
2. Kerajaan Australia arahkan askar punggah batu ni senyap senyap waktu malam masa orang tak perasan... lepastu tanam dekat sini untuk dijadikan kawasan pelancongan. Hahahah




Unik tempat ni. Tak sia sia aku cancel trip ke Leeuwin.




Lost in planet Mars.




Bayaran masuk cuma $12 per kereta. Tak kira lah dalam kereta ada sorang ke 12 orang ke. Kereta boleh bawak masuk ke dalam sebab ada laluan kereta yang dipanggil sebagai Pinnacles Drive. Jalan dia sehala je. Kalau nak berhenti, ada disediakan ruang parking. Bukan maksud kalau dah bawak kereta... tak boleh berhenti ye. Boleh berhenti dan turun di mana mana spot yang bersesuaian.




Ini pulak gambar daripada viewing deck. Laut pun boleh nampak daripada sini. 




 Steady big boss. Heh.




Daripada Pinnacles Dessert kitorang akan drive turun ke selatan, iaitu terus ke hotel dekat bandar Bunbury.

Maksudnya patah balik ke Lancelin - Perth - Fremantle - Mandurah baru sampai bandar Bunbury. Lebih kurang 300km. Tak tahu pukul berapa sampai. OMG.




Dalam perjalanan kitorang melintas bukit pasir yang sangat besar… Tiba tiba ada setempek pasir dekat situ. Tak ke pelik??? Tanda kebesaran Nya.




Daripada Pinnacles Dessert tadi, pukul 4 petang baru masuk Perth (jalan jammed) turun lagi ke Fremantle, Mandurah…...

Perjalanan terasa amat panjang dan tak berpenghujung. Punggung dah cramp, bila tengok km to go dekat GPS rasa macam seksa sangat nak habiskan km tu haha. Nasib baik la pemandangan cantik kiri kanan. Jalan ke selatan ni aku perasan, lebih landai tak berbukit macam jalan ke utara tadi.




Lagi setengah jam nak sampai Bunbury… Ada satu area ni. Macam dalam cerita fairytale. Pokok dia Ya Allah seram gila. Daun tak ada, tinggal ranting je. Tapi ranting dia tu bercabang cabang macam tangan orang duk melambai. Dahla nak masuk Maghrib dah masa tu. Fuhhh.


Masa Maghrib tu aku ter witness sunset cantik gila, Ya Allah tak pernah aku tengok sunset macamtu. Layer putih, pink, kuning, oren dengan biru gelap. Memang cantik. Nak je aku berhenti ambik gambar. Tapi kena bebel dengan ayah aku pulak sebab dah Maghrib kan tapi tak sampai sampai lagi. Terus tak jadi nak berhenti huhu.




Aku sendiri pun memang cuak sebab masa tu aku driving… hotel tak tahu dekat mana. Dahla gelap. Google dekat GPS memang tak keluar nama hotel. Adoi. Ikut instinct je lah. Seingat aku, daripada map hotel yang aku tengok dulu… hotel tu dekat tepi jalan menghala ke Busselton (makin ke selatan). Maksudnya luar daripada bandar Bunbury. So aku drive je terus. Berdebar jugakla sebab makin jauh tinggalkan Bunbury ni.

Tup tup… masa berhenti dekat traffic light. 
Nampak nama hotel dekat batu penanda besar. Hihi Alhamdulillah sampai.


Discovery Holiday Parks - Bunbury


Sebenarnya kawasan Discovery Holiday Parks ni ada villa penginapan private dan ada jugak tempat caravan/ motorhome park. Agak luas jugakla. Aku dah booking dan bayar siap siap pakai credit card. Nasib baik masih ada pekerja lagi dekat reception. Dia bagi kunci, terus pergi cari bilik.




Aku book Standard Villa (RM306/night). Antara penginapan kitorang dekat Australia, yang ini paling unik. Villa dia A-shaped, ada loteng, bilik air bersih, sofa dan TV LCD (so boleh charge telefon dekat USB).




Katil double dekat bawah. 




Katil single ada dua dekat loteng.




Seram dol nak turun tangga rasa macam nak terbang terus ke lantai je. 




Siap jamak solat. Terus masak dinner. Peralatan memasak dekat sini semua lengkap. Masak nasik pakai periuk je no rice cooker, tapi nasi masak cantik je haha #cookinggoal




Ok menu malam ni. Tomyam cendawan (tomyam tak ada serai dengan daun limau sebab dah kena rampas imigresen LOL), sayur goreng ikan bilis, dengan telur dadar. Minum kopi extra susu. Susu kat sini memang murah kot. Setiap hotel mesti ada susu segar dalam peti ais. 


Nanti aku share gambar Villa comel ni daripada luar pulak k. Tunggu siang esok. Bye!



28 July 2016

Western Australia Day 2 Caversham Wildlife Park


Hari kedua di Australia



Aku dan ayah check out seawal jam 8 pagi daripada Fremantle Prison YHA.




Pintu masuk ke Fremantle Prison - sebelah je dengan Fremantle Prison YHA Hostel yang kitorang tinggal semalam.


Lepastu kitorang berjalan kaki ke Bayswater Car Rental untuk mengambil kereta yang aku dah booking melalui internet. rasanya… Aku dah fahamkan siap-siap map yang ada dekat board hostel. Tak jauh pun daripada hostel lebih kurang 10 minit jalan kaki.




Daripada pembacaan, Bayswater merupakan perkhidmatan sewa kereta yang termurah. Ada cawangan di Fremantle, Perth City (ada dua) dan di bandar-bandar besar lain di Australia. Tapi… mesti booking secara online dan bayaran dibuat semasa mengambil kereta menggunakan kad kredit sahaja. No cash accepted.

Makin lama kita sewa, makin murah harga yang dikenakan per day. Aku sewa untuk 3 hari… dikenakan bayaran sebanyak lebih kurang RM550 termasuk sewa GPS, Full-Coverage Insurance (maksudnya, kalau accident kita tak perlu bayar apa-apa) dan extra cost untuk lesen luar negara. Korang rasa, mahal tak? Aku rasa sangat berbaloi… sebab kereta yang disediakan memang kereta baru. Mileage baru 17000 km je kot. Aircond semua tip top lepastu kereta tak ada calar apa. Wooo seram nak bawak. Kereta diberi pada kita dengan full tank petrol, dan masa hantar pun mesti full tank. Oh satu lagi… lesen memandu Malaysia (yang baru) sah digunakan di Australia. 

Kereta yang aku sewa jenis Toyota Hatchback muat 4 orang, model ni tak ada di Malaysia. Bayswater ni kereta dia semua Auto ok. Kalau nak tahu… seumur hidup aku tak pernah bawak kereta Auto. Memang tahu bawak Manual je. Tiba-tiba datang Australia terpaksa bawak Auto. hahaha. Sebelum sampai aku dah download artikel dekat internet “How To Drive An Automatic Car” haha jakun dol. Dan ternyata bawak kereta Auto ni senang nak mamposss. Bila balik nak bawak kereta kat rumah (kereta Manual) asyikla lupa nak tekan klac. Hahah. 


Destinasi hari ni :

1) Caversham Wildlife Park
2) Pinnacles Dessert
3) Lancelin Sand Dunes


Pemanduan di Australia boleh dikatakan agak mudah. Sebab pertama, pemandu dia sangat berhemah dan kedua, jalan dia sama je macam Malaysia. No worries. 

Daripada Fremantle ke Caversham… mengambil masa selama 1 jam. Tapi kitorang sesat lebih kurang 30 minit… Masalahnya Caversham Wildlife Park tak ada dalam data GPS. Dia bawak dekat taman anjing mana entah. Ada satu geng India (orang Malaysia) sesat tak jumpa jugak. Memang masalah GPS. Jadi kitroang explore cari sendiri je sampailah jumpa Caversham Wildlife Park tu… Pukul 10.30 pagi baru sampai. Hampeh.




Caversham Wildlife Park ni macam Zoo yang menempatkan haiwan-haiwan terutama yang ada di Australia sahaja. Yang specialnya kita boleh pegang, main-main, bagi makan dengan haiwan tu (sesetengah je la bukan semua). Review pun cakap, sini lagi best berbanding Perth Zoo. So why not? Datang lah sini. Tiket masuk $27 seorang (dewasa). 




Sampai tu… terus tuju café dia dulu. Sebab ada jual makanan halal. Jurujual dia kindly inform and guide us whats halal and whats not. Ada lah nasi berlauk (frozen, dia akan re-heat) and muffins. Aku beli muffins je besar gedabak sebijik $4.50. Satu perisa Apple Crumble satu lagi Blueberry Cheese. Memang sedap. 




Park ni terbahagi kepada banyak section. Mula-mula kitorang masuk kawasan kangaroo dulu. Hehe. Harusla kan. Kangaroo kan haiwan paling popular dekat Australia. 




Dalam kandang dia tu… Ya Allah ramainya kangaroo. Lepas macamtu je. So suka hati kita lah nak pergi dukung ke, bagi makan ke, selfie ke, Tapi yang lagi lawak… bilangan orang Malaysia dalam ni sama ramai dengan bilangan kangaroo. Hahahha. Sana sini ada Malaysian. 





Kalau nak bagi makan, diorang ada sediakan makanan. Ambik je. Lepastu boleh bagi kangaroo makan daripada tangan kita. Aku geli laaa. Last last bila dia nak makan tu mesti aku akan campak je makanan tu ke tanah. Sebab masa tu dah pukul 11 pagi… kangaroo pun macam pandang tak pandang je orang bagi makan. So better (nak best) datang awal pagi pukul 9 park baru bukak masa diorang semua tengah kelaparan kan.




Yang ni stok tak berapa nak sopan sebab tido terkangkang. Aku pergi dekat ambik video pun tak sedar -____-




Yang bagusnya park ni tak berbau busuk. Ye lah. Biasa kalau pergi zoo ke taman haiwan mana-mana mesti ada bau yang tak sedap. Tapi dekat sini ok. Padanla dengan harga tiket mahal ye dok, buat maintainence park.




Binatang lain yang pelik-pelik macam burung helang, burung hantu muka topeng (yang macam dalam Harry Potter tu), wombat yang bentuk macam beruang tapi sama besar dengan kambing, burung pelangi ni...




Koala jangan dilupa! Bila tengok secara live… Ya Allah macam anak patung! Tak rasa macam benda hidup langsung. Tapi koala ni special sikit, kita tak boleh dukung sendiri. Petugas dia je boleh dukung. Nak gosok rasa bulu dia bolehla tapi kena gentle gila, tu pun gosok pakai belakang tapak tangan dan kena basuh dengan sanitizer dulu sebelum sentuh. 





Yang aku ambik gambar ni actually mama koala. Ada anak dia menyorok dekat dalam. Susah nak ambik gambar. Orang ramai. huhu. Ni pun... penuh orang depan aku tunggu turn ambik gambar. Nak posing beriya pun segan. 




Dalam pukul 1 kitorang keluar daripada park. 

Tiba-tiba sakit migrain aku datang. Berdenyut habis kepala, maka perancangan untuk ke Pinnacles Dessert & Lancelin terpaksa ditangguhkan. Terus straight check in hotel. 

Sorry lah daddy...




Hari ni kitorang menginap dekat West Beach Lagoon. Apartment satu bilik (satu double bed, satu single bed, living room, kitchen & kitchenette appliances, bathroom & balcony). Rate RM336/night kot. Yang special nya… hotel ni terletak dekat area Scarborough Beach. Memang tepi pantai. 




Sampai dekat hotel terus aku gi check in sementara ayah uruskan parking. Masa check in tu kepala aku berdenyut gila, rasa mual macam nak muntah. So aku bayar pakai credit card je walaupun duit cash ada. Malas nak keluar duit segala. Memang rugi lah sebab bila pakai credit card... conversion rate dia tinggi sikit. Adoi.




Lepastu dah selesai check in... ambik kunci, aku pergi dekat kereta balik nak ambik barang. Tiba tiba tak tahan termuntah dekat tepi pokok tu hahaha. Ayah aku je tolong ambikkan barang semua, masuk apartment telan panadol lepastu terus kong. 




Pukul 4 petang baru aku bangun, sakit kepala dah kurang. Ayah aku dekat sofa tengok tv. Masa tu lah baru nak jamak Zohor dan Asar.




Lebih kurang pukul 4.30 petang kitorang keluar jalan kaki pergi Coles Supermarket yang letaknya 200 meter sahaja daripada hotel. Nak beli barang dapur untuk masak malam karang… esok dan lusa. 

Aku terlupa nak ambik gambar dalam supermarket. Haha. Takkan dalam supermarket pun nak bergambar ye dak. Tapi best. Alah macam Giant dengan Tesco tempat kita je. Cuma, barang-barang dia kan kita tak jumpa dekat sini. So macam jakun lah sikit. Buah-buahan memang banyak dan murah. Ayah aku memborong buah lagi – buah epal, pisang, kiwi (dia paling suka). 




On da way balik kitorang jalan sepanjang pantai Scarborough. Dah Maghrib (5.30 petang), dan pemandangan sunset masa tu cantik gile. Turun ambik gambar kejap. Alang-alang.




Semua ni aku beli $22 je haha. Kalau convert lebih kurang RM66, tapi okeylah boleh cover makan 3 hari. Kan dah bawak beras. Masak jelah. Kalau makan di kedai, maunya $30 sekali makan.

Malam tu nasib baik kepala aku tak sakit dah. So boleh masak. Tapi yang simple je lah. Haha. Simple simple pun ambik masa sampai sejam sebab nak kena samak dulu semua peralatan daripada periuk belanga, pinggan sudu mangkuk semua. Aku samak pakai sabun samak beli RM8 dekat KB. Sabun sekali, kemudian bilas dengan air paip 6 kali niat samak. 




Nah. Dah siap. Hahahahahha kesian ayah aku makan macam ni je. Telur goreng, sup sayur dengan kuah sambal taruk cendawan. Asalnya nak beli udang… tapi dekat supermarket tu, tempat letak udang, skali dengan daging-daging lain. Ayah aku cakap toksah la beli. 




Lepas habis makan semua. Turn ayah aku pulak basuh periuk. Hehe. Ayah aku memang the best daddy in the world :p

Keseluruhannya apartment ni memang best. Puas hati.




Dapur. Peralatan memasak semua lengkap. 




Bilik air. 




Single bed dekat luar mengadap pintu masuk. Ayah aku tido sini. 




Ni bilik aku double bed. WIFI dapat dalam bilik ni je. Dekat ruang tamu takde line. 


 OK goodnight!



Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE