Showing posts with label Brunei. Show all posts
Showing posts with label Brunei. Show all posts

18 February 2015

Trans Borneo 4 Brunei - Labuan



Misi hari ini : meninggalkan Bandar Seri Begawan secepat mungkin.
Hampir jatuh muflis dahne weyyy haha


Day 3, Wednesday 17 September 2014
Brunei - Labuan




Pukul 7.30 pagi aku check out daripada hostel.


Aku akan menggunakan feri ke Labuan melalui Terminal Feri Penumpang Serasa.

Daripada pusat bandar kena naik bas mini No 37, 38, atau 39 untuk ke pekan Muara. Kemudian, daripada stesen bas Muara perlu bertukar bas No 33 untuk ke Terminal Feri.

Pusat Bandar - Pekan Muara - Terminal Feri Serasa




Suasana waktu pagi di depan Tamu Kianggeh. Depan ni ada bus stop. Mula mula aku tunggu dekat sini, lama jugakla. Tapi bas yang ditunggu tunggu tak kunjung tiba. Bas lain ade la. Aku tanya seorang pakcik ni rupanya kena pergi terus dekat stesen bas. Stesen bas dia seberang jalan ni je tapi agak tersorok ke dalam. Dah sampai stesen bas, kena tunggu lagi. Bas tak ada. Sempat beli mee goreng murah makan ape benda semua haha. 


Bila bas sampai aku terus naik. Masa perjalanan tak ingatlah berapa lama tapi aku tertidur dalam bas. Sedar sedar je dah sampai pekan Muara. 




Perhentian Bas Pekan Muara

Dekat sini, aku tunggu bas No 33. Tak payah beli tiket baru ok, tunjuk je tiket bas tadi. Dan sila bagitahu driver bas nak berhenti dekat Terminal Feri.

Perjalanan ke terminal feri mengambil masa selama 5 minit. Sampai je terminal aku rasa semacam. Kenapa sunyi sepi? Takde manusia? Takde kereta dekat parking? Kenapa macam lonely sangat terminal ni... Aku dah salah tempat ke? 




Terminal feri yang nampak sunyi dan menakutkan.

Rupa rupanya...... feri ke Labuan baru je berlepas pukul 9.30 pagi!!!

Hamsap sungguh. 

Waktu aku sampai tu betul betul pukul 9.30. Aku tanya pegawai dekat situ, boleh naik lagi tak? Dia kata gate semua dah tutup dik. Next trip pukul 1 tengah hari dan kaunter tiket bukak pukul 11.30 pagi. Aduiii... patutla lonely lain macam. Sabar jelah!

Awal awal bila aku google dalam internet memang tak jumpa exact time bagi feri ni. Maklumat tak cukup. Kalaulah aku tahu timing dia, memang pukul 6.30 aku dah check out dari hostel. Tapi tadi pun aku rasa dah awal, cuma sebab ambil masa yang terlalu lama untuk tunggu bas. Takpelah. 

Things happened.




Aku takmau orang lain pun termiss feri sebab tak cukup maklumat. 
Jadual perjalanan feri dari Terminal Feri Serasa ke Labuan :

8.00 pagi
9.00 pagi
9.30 pagi
1.00 t/hari
4.40 petang




Ada 5 kali trip feri ke Labuan dan penumpang kena berada di terminal sekurang-kurangnya sejam sebelum masa feri berlepas ya. Sebab akan ada immigration  dan security check. Sebab nak keluar Brunei dan masuk ke Malaysia. Macam mana lah aku boleh lupa semua tuh. Aku ingat sampai je terus boleh naik feri hahaha. 




Bergelandanganlah aku dekat situ. Baring dekat kerusi. Takde orang pun. Aku penat main ke hulu ke hilir angkat backpack tadi huhuhu.




Pukul 1040 pagi macamtu, aku makan di kantin yang terdapat di situ. Perut kosong karang naik feri, karang pening pulak. Ambik nasi sikit dengan sambal telur. Air kopi. Semua berjumlah $2.50. Padahal dekat stesen bas tadi dah makan mee. Ni makan lagi. Opps. 




Kaunter tiket dibuka pukul 11.30 pagi dan aku adalah pelanggan pertama. Harga tiket feri sebanyak $17 (termasuk $2 tax). Pukul 12.30 tengah hari baru boleh masuk ke departure hall ye. 




Lepas beli tiket $17, duit dollar aku ada baki lagi $11.90. Kalau convert ke Ringgit nanti mesti aku kaya raya LOL.




Lepas imigresen dan security. Terus ke feri. 




Tu dia dah boleh nampak feri.




Sama je dengan feri nak pegi Langkawi. Tak penuh pun. 




Perjalanan dengan feri memakan masa sejam setengah. Feri berlabuh di Terminal Feri Labuan jam 2.30 petang. Alhamdulillah selamat sampai...


Aku akan bermalam di Labuan malam ni. Tapi hotel belum book. 

Hmm what comes next?




16 February 2015

Trans Borneo 3 Bandar Seri Begawan




Sekitar jam 2.30 petang aku keluar daripada bilik hostel. 
Apa yang menarik di ibu negeri Brunei ni ya?

Day 2, Tuesday 16 September 2014
Bandar Seri Begawan




Lokasi pertama ialah Tamu Kianggeh

Tamu Kianggeh ialah pasar yang menjual pelbagai barangan tempatan macam buah, sayur, makanan, kuih muih dan cenderahati. Malangnya masa aku masuk kebanyakan peniaga sedang berkemas nak tutup kedai dah. Kalau nak melawat, sebelah pagi lebih sesuai.




Daripada Tamu Kianggeh tu aku berjalan kaki ke tempat bas ekspres turunkan aku tengah hari tadi. Di situ ada beberapa pelantar kecil atas air , dan ada banyak bot kecik yang korang boleh naik untuk ke Kampung Ayer. Bot dikenali sebagai water taxi dan merupakan pengangkutan utama untuk ke Kampung Ayer.




Mula mula aku ingat kena tunggu bot penuh, rupanya kalau sorang pun dia bawak je ke sana. Tambang cuma $0.50 sahaja. 


Kampung Ayer, Bandar Seri Begawan


Kampung Ayer ialah perkampungan yang dibina di atas Sungai Brunei. Mengikut wikipedia, kampung ini merupakan kampung atas air terbesar di dunia dengan 42 kampung dan 30,000 penduduk.




Galeri Kebudayaan & Pelancongan Kampung Ayer


Pakcik bot suggest aku supaya turun dekat galeri ni. Aku tak ambik gambar di dalam, rasanya macam no camera allowed inside. Tapi menarikla jugak, dalam nya ada pameran, gambar, dan sejarah Kampung Ayer. Lepastu boleh naik ke menara peninjau galeri ni. Boleh tengok pemandangan 360 darjah daripada sini. 


Yang paling best, bila aku tulis nama dekat guestbook aku diberi sebijik badge I Love Brunei , for free! Hehehe jimat duit takpayah beli souvenir dah. Terima kasih :)




Kampung Ayer dihubungkan oleh walkaways macamni. Daripada galeri aku berjalan masuk ke kawasan perumahan pulak.




Rumah rumah di sini dikekalkan binaannya, kebanyakan diperbuat daripada kayu tapi ada je perumahan batu/simen yang baru dibina. Dekat area galeri tadi.




Walkaways kayu yang menghubungkan rumah-rumah di sini. 


Kampung Ayer sebenarnya mengingatkan aku pada Kampung Hulu Laut di Kabong, Sarawak iaitu tempat aku mengajar. Lebih kurang macamni lah perkampungan dia ada laluan kayu ape semua, petang petang aku siap main basikal lagi atas laluan kayu tu. Cumanya, dekat Kabong perkampungan dia di tepi laut tapi yang aku lawati ni betul betul di atas sungai. Suatu pengalaman yang agak berbeza. Kalau ada masa aku share gambar dan story ya. 




Sepanjang explore Kampung Ayer ni, sunyi je. Jarang nampak penduduk. Agaknya panas panas macamni diorang berehat dalam rumah kot?




Di sini lah penduduk menjalankan aktiviti seharian. Kalau perkampungan biasa kita lihat motosikal atau kereta di depan rumah, dekat sini pulak boleh tengok bot di bawah rumah. Pehh. 




Tengah berjalan tu aku terserempak dengan seorang nenek, rasanya sebaya dengan nenek aku di kampung. Dia pelawa duduk untuk berehat dekat beranda rumah dia. So aku dudukla situ sembang sembang sekejap. Bila dia tahu aku travel sorang sorang dari Sarawak, haa terus kena bebel bahaya lah ramai orang hisap dadah la ape semua hahaha. Caring sangat nenek ni. Just like my own grandma hihi. 


Yang aku perasan, slang bahasa Melayu Brunei tak sama langsung dengan slang Sarawak atau Sabah. Mula mula aku ingatkan lebih kurang je tapi sebenarnya memang completely different. Diorang ada slang yang tersendiri. Kadang kadang ada perkataan yang aku blurr eh ape tuuu?




Lepas setengah jam berborak, aku bersalam dengan nenek tu. Sebelum berpisah dia berkali kali pesan supaya aku berhati hati. Baik!




Sebab penempatan ni besar sangat, they have their own sekolah atas air, surau, kedai makan, balai polis, balai bomba, dan sebagainya. Cuma aku tak sempat nak menjelajah ke sekolah dia sebab panas dan jauh sangat. Kalau boleh tengok best jugak ye macam mana la sekolah yang dibina di atas air! Takpelah mungkin lain kali kalau ada kesempatan.




Dalam pukul 3.20 petang azan Asar berkumandang. Aku nampak surau tak jauh daripada tempat aku berdiri. 




Kemudian aku ambik water taxi dan turun dekat dock betul betul depan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mall. Water taxi ni, kalau time dia bergerak pun kita boleh tahan (angkat tangan) dan dia akan berhenti. Yang aku naik ni, tengah2 laju bergerak, aku lambai dan dia boleh brek mengejut. Peh. Seriau tengok. Kali ni pun aku naik sorang, tambang tetap sama $0.50. 




Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mall


Bangunan ni sangat besar, dalam ada lot lot kedai tapi yang peliknya jarang jumpa budak budak remaja. I mean, kalau di negara kita (atau tempat tempat lain) biasanya yang ramai menyesakkan mall ialah golongan remaja. Tapi dekat sini jarang sangat. Dan tak ramai orang pun. Mungkin, sebab hari bekerja. 


Aku berjalan cari restoran yang bersesuaian dan paling penting dan cari yang ada FREE WIFI. Makanan halal memang tak ada masalah langsung dekat sini. Cuma... nak cari FREE WIFI sangat sangat payah! Masuk KFC takde, masuk restoran yang macam fancy fancy... pun takdek wifi! Penat dah keluar masuk kedai tanya wifi tapi semua takde. Aaaa aku dah menggelupur takdapat online. Teruk betul aku ni. Last last aku pikir, ah nasibla. 





Akhirnya masuk fastfood Jollibee (ada translation Lebah Gembira hehe) dan aku order set spagetti dengan coke ni cuma $3.50 boleh tahan la. Rasa macam nak beli je sekotak lagi ermm ermm..


Pukul 4.00 petang aku keluar daripada Yayasan dan berjalan ke Masjid Omar Ali Saifuddin. Masjid ni sangat besar, daripada jauh dah boleh nampak kubahnya yang bersalut warna emas.




Masjid Omar Ali Saifuddin




Masjid ni dikelilingi oleh tasik buatan. Rasa rasa macam berbentuk bulatan, entahla sebab luas sangat. Aku berjalan mengelilingi pagar untuk masuk melalui pintu pagar di sebelah kiri masjid. Aku tak berhenti klik pada shutter, setiap sudut sepanjang aku berjalan tu aku snap gambar. Takde orang pun dekat luar ni sunyi je. 




Jambatan yang menghubungkan kepada masjid




Masjid ni terkenal dengan kubah yang bersalut emas. Dulu masa budak budak aku ingatkan kubah yang besar tu. Rupanya bukan. If you can see the small thing at the tip of the big kubah, thats it. Yang itulah yang bersalut emas nye.




Malangnye... aku uzur masa dekat Brunei so tak dapatlah nak masuk solat dekat dalam masjid. Sekadar intai intai dekat luar je.




Besar gila dan cantik. Bila travel aku paling terhibur bila dapat lihat dan hayati seni bina yang unik. 


Dekat Terengganu banyak masjid besar dan cantik kan? Masa tengah tulis entri ni tiba tiba aku terpikir nak buat roadtrip drive dari Jerteh travel melalui bandar Besut hingga ke Kuala Terengganu, dan sambung ke Marang Dungun dan berakhir di Cukai.


Sepanjang perjalanan tu nanti aku akan singgah dan rekodkan masjid-masjid yang ada. Sebab kan, selalu kalau aku travel dengan family dari Kelantan ke Kuala Terengganu mesti banyak gila masjid yang kitorang jumpa sepanjang perjalanan. Setiap 1 hingga 2 km mesti ada masjid atau at least surau. Kebanyakannya pulak mempunyai seni bina yang cantik. Takpe, kalau ada peluang nanti boleh buat roadtrip ni hehehe. (cc: Kak Aza)




Kira kira pukul 5.30 petang, aku berjalan balik ke hotel. Dalam perjalanan pulang ternampak...


jeng jeng jeng... Gloria Jean's Coffees! Dan lebih best bila aku masuk dalam tanya ada wifi tak? Dia kata ada! Hahaha bersyukurnyaaaa ape lagi terus order Caramelatte (entahla aku tak pernah minum kopi mahal mahal sebenarnya, sekadar nak wifi je). Kebetulan hari Selasa diorang ada discount 30% for ladies (eh? ladies kah aku haha) so harga segelas kopi cuma $4.05. hehe. Aku melepak online dekat situ sampai pukul 7 baru aku balik ke hotel. 


Besok aku akan tinggalkan Bandar Seri Begawan yang serba mahal ni dan balik ke negara Malaysia. Besok aku akan cross ke Labuan menggunakan feri yay! 


......bersambung


07 February 2015

Trans Borneo 2 Miri - Brunei



Sambungan dari:



Day 2, Tuesday 16 September 2014
Miri - Brunei


Yahuuu dah sampai di stesen bas Miri selepas perjalanan yang sangat panjang...


Humble je stesen bas dia. Turun daripada bas, aku menjadi terpinga pinga. Azan Subuh kedengaran sayup sayup tapi dekat situ tak ada surau. Aku nampak tempat duduk tidak berbumbung di depan kedai menjual jajan yang terletak jauh sikit daripada tempat bas berhenti. So aku jalan kaki ke sana. Malas nak serabut dengan orang.


Tiba tiba... lelaki India Mumbai 2 orang yang duduk depan aku dalam bas tu , kalau korang masih ingat cerita aku dalam entri lepas... tiba tiba diorang datang dan duduk bertentangan dengan aku. Ai menyibuk betui. Lelaki pertama tanya macam macam soalan yang menguji minda dan kesabaran. Lepastu dia minta Facebook (amboi) tapi aku kata tak ada. Tup tup sekejap lepastu aku pegi scroll timeline FB depan dia hahaha OPPS!




Mereka datang tanpa diundang dari arah sana.... 


 Tak lama lepastu member aku datang ambik. Member aku ni Cikgu Kabong jugak, dia memang asal daripada Miri. Kitorang pegi makan dekat sebuah restoran, borak borak dan dalam pukul 7.30 pagi member aku hantar aku balik ke stesen bas. Aku akan teruskan perjalanan ke Brunei pulak. 

Miri sekadar persinggahan... mungkin lain kali kalau panjang umur boleh menerokainya.




Pukul 7.30 pagi di Stesen Bas Miri.


Oh ye, Hari ni 16 September. Selamat Hari Malaysia!!!




Kaunter tiket bas ada banyak, tapi yang menjual tiket direct dari Miri ke Bandar Seri Begawan cuma ada satu, iaitu kaunter bas Bintang Jaya yang terletak paling hujung di sebelah kanan.

Tapi ingat, kita bukan naik bas Bintang Jaya, mereka cuma agen jual tiket je. Bas yang kita akan naik ialah PHLS Express. Tambang RM50 dan kerani di kaunter akan mintak passport sebelum tiket dikeluarkan. 




PHLS Express 
Miri - Bandar Seri Begawan , RM50


Kekerapan bas dari Miri ke Brunei cuma 2 kali sehari iaitu,
pukul 8.15 pagi dan 3.30 petang

Jadi aku beli tiket pukul 8.15 pagi . Bas dia ON TIME. 
Jangan ter miss bas sudahla.

Sebelum naik bas aku ternampak lelaki lelaki India Mumbai tadi masih duduk di tempat yang sama. Tak tahu diorang tunggu sape. Dan mereka ternampak aku naik bas...




Begini lah keadaan dalam bas. Aku duduk di belakang supaya senang hendak selfie har har. Sebenarnya bas tak penuh pun.


Tiba-tiba perkara yang sangat menyayat hati telah berlaku, salah seorang daripada India tu rupa rupanya datang dekat bas bila dia ternampak aku tadi. Dia berdiri dekat bawah sambil lambai lambai ke aku dalam bas. Terharu sungguh hahahaha. 

Sejak bila kita jadi bestfriend ni? Belum declare bestfriend lagi masalahnya ni. Boleh jadi aku sahabat pertama yang mereka kenali sahaya tiba di Malaysia. Dahtu pulak aku melayan mereka dengan teruk sekali... nak add Facebook tak kasi, tanya soalan jawab acuh tak acuh, bila diorang datang duduk dekat aku tarik muka patbelas...... Berdosakah aku? huhuhuhu (kesat air mata).


Whatever.

NEXTTTT!




Penumpang akan diberi Arrival Card oleh konduktor bas untuk diisi. 


Mula mula bas berhenti di Sg Tujuh Checkpoint untuk check dan cop passport keluar daripada Malaysia. Tak lama lepas tu sampai di Kuala Belait Checkpoint untuk check dan cop passport masuk ke negara Brunei. Masa menjejakkan kaki ke dalam bangunan imigresen ni. Aku terhidu bau minyak atar yang sangat kuat lalu diri ini terasa seperti hendak menari tarian padang pasir.....




Beratur dia punya panjang macam nak ambik duit BRIM.




Seterusnya ialah pemeriksaan beg dan untuk perhatian, pemeriksaan adalah secara manual. Ya, manual. Maksudnya pegawai imigresen akan bukak dan selongkar beg kita depan depan tu jugak. Nasib baik aku sorokkan benda benda pelik yang aku bawa di bahagian yang lebih tersembunyi kalau tidak... ermm.




Akhirnya sampai juga ke Brunei. Excited aku nak tahu apa yang menarik dekat Brunei ni ya? Brunei kan negara pertama di dunia yang melaksanakan undang-undang Islam. Lebih menarik, tulisan jawi masih diguna pakai di sini. Semua signboard pejabat kerajaan, swasta dan bangunan kedai mempunyai traslation dalam tulisan jawi. So cute. 


Pukul 12 tengah hari, bas berhenti di tengah tengah Bandar Seri Begawan (dekat waterfront). Cuaca sangatlah panas. Malam ni aku akan stay dekat Pusat Belia. Pusat Belia ni kiranya tempat penginapan paling murah yang ada di Bandar Seri Begawan, iaitu $10 sahaja. Dia macam asrama dan di bawah seliaan kerajaan.


Aku berjalan lebih kurang 15 minit dari tempat aku turun bas tadi ke Pusat Belia. Sebenarnya bas tadi dah lalu dekat Pusat Belia, so aku takde masalah nak mencari balik bangunan dia. Tapi masa berjalan tu malu gila. Aku sorang je kot jalan kaki tepi kaki lima, dahla bawak backpack besar tengah tengah panas macamtuh. Traffic light nye pulak banyak, bila lampu merah kereta semua berhenti lepastu driver driver dalam kereta mewah tu semua macam pandang keji je... ape bende kah yang sedang bergerak dengan beg besar itu??? hahahaha




Bangunan Pusat Belia yang besar dan mudah dilihat. Kaki lima di sebelah kanan. 


Akhirnya aku sampai dekat Pusat Belia. Masuk dalam cari kaunter. Buat muka paling manis.

Assalamualaikum. Saya nak tanya, boleh tempah dorm lagi kah? 

Oh bahagian asrama bukan dekat sini. Pergi sebelah sana ya?

OK. 

Assalamualaikum. Boleh tempah dorm lagi? Untuk satu malam. 

Oh. Maaf. Minggu ni hingga minggu depan kita tutup asrama untuk pelawat luar. Asrama ada pakai untuk peserta program. 

HAH??? NO!!!!!!

Alamak.  Aku takde backup hotel lain langsung. Memang bajet nak stay dekat Pusat Belia je. Skali Dorm di reserved untuk peserta program pulakdah. Nak stay hotel takde duit. Mahal kot! Dahla aku belum tukar duit Brunei. OMG.


Takkan nak terus ke Labuan hari ni ? Eh. Tak boleh. Takkan takmau explore Brunei. Alang alang dah sampai. Rugi. Lagipun daripada semalam naik bas bontot dah kejung seperti batu bata, takkan nak sambung travel lagi? Baju taknak tukar? Taknak mandi? Taknak tidur elok, selesa, rehat sikit? Takboleh. Nanti sakit, susah. Macam mana pun, kena stay di Brunei jugak malam ni. 


Nak google cari hotel tak dapat sebab line Celcom aku dah disabled. Automatik jadi line telco Brunei, memang data plan disabled terus. Ah sudah. Tapi takpe, jangan panik dulu, kekalkan pedoman diri. Aku jalan kaki balik semula ke tempat aku turun bas tadi, dekat Kianggeh Market. Dekat situ aku ternampak satu resthouse yang macam murah. K.H. SOON Budget Stay. Lokasi dia depan The Brunei Hotel, tingkat atas. So aku naik dan tanya dekat kaunter. Ada bilik kosong tak? Alhamdulillah ada, tapi the cheapest room was $35 waaaa mahalnyaaa! Itu pun bilik air dekat luar and NO WIFI. Adui.


Life is not fair huhuhu tapi aku terpaksa ambik, karang takde tempat tidur pulak. Huhuhuhu




Aku tukar duit di sebuah money changer. Money changer ni letaknya di bangunan yang bertentangan dengan KHS tu. Cer teka dapat berapa dollar??? $78.40 dollar Brunei je wey! Aaaaaaa menangis lagi sekali...


Dengan duit tersebut aku bayar harga bilik $35 dan beli air botol oren $1.20. Air oren tu best, yang aku minum dekat Indon dulu. Dekat Malaysia belum ada jual lagi. Lepastu bila kira-kira, duit dollar aku tinggal $42.20 je. Bolehkah aku survive di Brunei sehingga hari esok berbekalkan duit sebanyak ini? Semoga aku tidak mati kebuluran.....




Inilah biliknya. Ada dua katil single, meja buruk, rak buruk dan aircond. Oldschool sangat bilik hostel ni. Layan jela. Aku berehat mandi sekejap, lepas Zohor nanti aku keluar mencari benda yang menarik di Bandar Seri Begawan ni.

...bersambung


Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE