31 July 2012

Entitled : Psycho Baby (Edisi Seram)



Dalam family, aku ialah anak sulung. My baby life is quite lonely and boring. Takde kawan sepermainan. Aku memang tak berkawan dan tak bersosial dengan bayi-bayi lain sebab, jiran disekeliling rumah aku takde bayi. Sebab takde, jadi kita kena import bayi lain bawak mari ke rumah. Haaa. So, sekali sekala sepupu aku akan datang untuk jadi kawan bermain aku. 





Yes. Yang body taf tu, ialah aku. Jangan memain, gagah weyyy. Kah3. Dah macam orang sakit duduk telentang gitu. Sepupu aku macam tengah melawat orang sakit. Sakit gout. 










Adik bawah aku pulak, lahir masa aku umur 4 tahun. Jadi cuba bayangkan loneliness aku. 4 tahun menjadi lonely baby, takde rakan sebaya. Tiba-tiba terpikir. Apa yang aku buat sorang-sorang masa bayi dulu eh? Cuba kau tolong pikirkan untuk aku skali. Hmmm... 










Until today, I found this photo:


Lepas tengok gambar ni aku dah syak. Aku syak aku ada imaginary friend. Dahtu. sapedia ajar pegi gelak sorang-sorang mengadap dinding ? Perangai apebende entah macamtu. 

= , = '



Last Post about School, I Promise



Seminggu di rumah dan aku telah merasa rindu nak duduk sekolah. 




Bawak student pergi Putrajaya masa Hari Belia Negara. Cari aku dekat mana. Cukup mencapab tak aku?






Kaunselor-kaunselor sekolah.






Yang ini masa sambutan Hari Guru. Tema oren. 






Ini student Form 3. 






 Dengan kakak-kakak kaunselor. Semua muda-muda lagi. 






Last day dekat sekolah. Ada majlis perpisahan dengan guru-guru sekolah. Thank You semua orang ! 






Lepasni mesti rindu gila dekat Jia Wen. Dia sangat comel & innocent, budak sekolah petang. Sebelum masuk kelas mesti dia lepak dekat Bilik Kaunseling. 







Dengan Kak Farida Cikgu Pembimbing subjek major yang paling baik di dunia :)
Alah gambar dengan Puan Chua Cikgu Pembimbing subjek minor takde :(






Cikgu Abu punya stail bagi salam tu aku boleh ingat sampai bila bila. Boleh praktikkan dekat rumah haha







Student Form 5. Diorang buatkan kek. Sweetnyeee korang :)






Terharu gila weh. Seumur hidup tak pernah orang buat kek untuk aku.






Yang inilah pembuat kek nye. 






Rainbows






My favourite students from 3F :)






My favourite student juga, kategori Tingkatan 2. Budak petang. Berkenalan & jadi friends lepas Hari Sukan sekolah. Haha






Kalau aku sarungkan tudung sekolah dan pakai baju putih, boleh masuk geng dengan diorang tak? He He He






Ini, kelas yang aku ajar subjek Pendidikan Moral. Diorang dah lupakan aku ke ? Aku syak, mereka sudah tidak ingat Cikgu Syira itu siapa tsk tsk. Takpelah. Good Luck trial PMR ! :)







Anddd last but not least. Student Form 5 yang aku memandai pegi ajar Maths kepada mereka. Student paling rajin dan ada effort, better than me when I used to be a student. 



Bye sekolah dan semua keseronokan yang terkandung di dalamnya. 
Panjang umur, kita jumpa lagi ya. 



29 July 2012

Entri Berterima Kasih dan Meminta Maaf



so. 
this entry specially goes to ......
(drum rolls pleasee. Selalu hendak main dram dekat blog. takpelah, kasi can)





KAKZA !






Can you see Kakza ? Say Hi to Kakza. hehehe.



Siapakah Kakza ? 

Kakza ialah, partner praktikal aku dekat SMK Bandar Damai Perdana. Maksudnya kitorang jadi cikgu dekat sekolah sama. Sebelum ni aku takde featured Kakza dekat blog sebab, takdelah baik sangat dengan Kakza pun. HAHA. eh. sebelum ni baik juga, cuma takdelah berkepit ke hulu ke hilir macam masa praktikal.




entri ni nak ucapkan Terima Kasih dekat Kakza sebenarnya, Terima Kasih untuk semuanyaaa !


Terima Kasih sebab selalu bawak pegi Pasar Malam;

Terima Kasih sebab jadi Idola Motosikal aku Kategori Wanita, masa awal-awal aku belajar bawak motosikal , aku memerhatikan kecekapan Kakza bawak motor baru aku ada confident untuk bawak moto sendiri; 

Terima Kasih sebab perkenalkan aku kepada Kerang Bakar yang paling sedap di dunia dekat Restoran Paradise yang jauh dan cakap restoran itu comel macam aku; 

Terima Kasih sebab mengajar aku hal-hal kehidupan (hahaha); 

Terima Kasih sebab melayan lawak aku yang tidak seberapa semasa kita menjadi roommate;

Terima Kasih sebab perkenalkan aku kepada kedai yang jual Air & Nasik yang murah dekat Padang; 





dan di kesempatan ini aku nak Mintak Maaf juga , 
(Ekhem Ekhem list memohon maaf panjang sikit sebab banyak buat dosa kepada Kakza hewhewhew)


Sorry sebab tumpahkan air atas kereta kesayangan Kakza, lepastu cakap nak basuh tapi sampai ke sudah tak basuh basuh. Buat-buat tak ingat akhirnya perkara itu benar benar hilang daripada ingatan;

Sorry sebab selalu berbual & merepek repek dalam bilik sampai Kakza jadi serabut gila aku duduk ulang tanya soalan sama macam iklan burung murai Petronas; 

Sorry sebab aku selalu buat-buat tido masa Kakza nak parking kereta dekat KTDI sebab kalau terjaga nanti kena tengok belakang samada lepas ke tidak, adoy sakit tengkuk aku nak kena tengok belakang...;

oh. tiba tiba teringat. Sorry sebab air Neslo aku tertumpah dekat ekzos moto Kakza sehingga meninggalkan kesan;

Sorry sebab haritu kereta Kakza berbunyi pelik bila nak di lock lepastu aku cakap, Ada pintu tak tutup rapat kot yang sebenarnya memang ada pintu tak tutup rapat pun, dan ia adalah pintu aku hewhewhew;

Sorry sebab masa bonceng moto dengan Kakza, aku main turun je tanpa memberi amaran. Takpun, masa nak turun daripada moto tu aku tekan belakang Kakza dengan sangat kuat; 

Sorry sebab, sekali sekala terbahasakan diri sebagai aku dengan Kakza, padahal tidak sedar diri sedang bercakap dengan orang yang lebih tua;

Sorry sebab gelak dengan gaya yang pelik mengerekot;

dan sebagainya...






I am happy to have you as my practical partner. 
Thank You

I have a wonderful practical days :)



26 July 2012

Mimpi yang Terbawa ke Realiti


1256 am tadi aku rebahkan badan atas tilam. Tak dapat nak kemas barang,  sebab penat sangat. Lelap je, terus mimpi. Mimpi pergi 7E lepastu ada negro , muka macam Samuel L Jackson. Dia nak rompak kedai dan acukan pistol dekat cashier. Dia cakap , "Kau nak aku tembak kepala kau sampai berkecai? Bagi semua!" Lepastu , aku pun tersedar. Dalam gelap tu , aku macam nampak tangan negro tu keluar daripada tilam. Nak tarik aku ke dalam mimpi balik supaya dia dapat tembak aku skali. Aku gigit2, lepastu baru aku perasan rupa-rupanya itu adalah tangan aku sendiri. Gila. 

-___-"



TROLOLOLOL !


Aku tengok jam , 105 pagi. Baru 10 minit rupanya aku tidur. 


14 July 2012

My Practical School




Sekolah aku tinggi, kena panjat bukit. 
Berkabus-kabus macam dekat Genting Highlands. Heee


SMK Bandar Damai Perdana




10 July 2012

1 Murid 1 Sukan


Assalamualaikum.

Tadi ada Senamrobik dekat sekolah. Senamrobik dengan tagline , 

1 Murid , 1 Sukan

kahkahkah nak tergelak aku. minta maaf kerana tergelak. 





Aku , Ira (Cikgu praktikal juga) & Kak Faridah (Cikgu Pembimbing Aku)

*my pipi has been veryyy tembam, as if its bloated and going to rupture anytime , if you cucuk them using jarum peniti. Arghhh ! macam mana tak kembang , hari-hari makcik kantin sekolah masak lauk sedap, ape lagi makanla. lepastu , balik sekolah petang-petang makan lagi. makan serupa hari esok takkan ada. - -"






sekali lagi . 1 Murid , 1 Sukan
(tergelak lagi bahahaha)

so here's the Cikgu's : (from left)
Cikgu Aza , Cikgu Faridah , Cikgu Ahmad Nizar , Cikgu Shazira dan akhir sekali (drum rolls) , 
Cikgu Syahira

hehehehe



ps: nametag aku terpatah , aku malas nak beli baru. lantaklah tak pakai nametag.



Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE