Showing posts with label Thailand. Show all posts
Showing posts with label Thailand. Show all posts

06 May 2017

Thailand X China Solo Trip Day 7 & 8 : Bangkok Dangerous

Hari terakhir di Thailand sebelum aku meneruskan perjalanan pulang. 

Malam terakhir ni banyak pulak cabaran... sampai menangis menangis dekat negara orang yek! Hahah takpe. Benda benda macamni yang akan dibawak kenang sampai tua. So, entri penutup ni lebih banyak tulisan berbanding gambar. Tak sempat ambik gambar hahaha.


Perancangan hari ni... aku akan check out hotel, tinggal backpack besar dekat hotel, pergi Chatuchak Market kemudian balik semula semula ke hotel ambik backpack dan pergi Hualomphong Train Station untuk naik tren pukul 3.10 petang.


Tren ini adalah tren untuk balik ke Malaysia dan akan sampai di stesen Padang Besar, Perlis pada esok pagi. Dah lama aku nak cross Thailand - Malaysia melalui tren tau. Tiket dah dibeli beberapa hari lepas dengan harga 920 bhat.




Pada hari yang sama.... aku ada ambik order beli passport holder Chatuchak Market dari kawan-kawan. Alang alang nak ke Chatuchak Market. Ingatkan sorang dua je nak. Rupanya ramai jugak yang berminat. Ada dalam 18 bijik tak silap aku. Duk ngok ngek layan fon... aku keluar daripada hotel agak lambat pagi tu... kira-kira pukul 9.30 pagi. Dah bangun awal tapi... lepas mandi pun nak baring baring lagi. Penat balik China semalam belum hilang. 


Lepas keluar tu... aku terbuat satu keputusan yang kurang tepat, iaitu aku decide untuk pergi naik Chao Phraya River Cruise sebelum ke Chatuchak Market. Jadi daripada hotel, aku melencong pergi naik bot dulu instead of pergi Chatuchak Market terus. 




River cruise ini merupakan antara tarikan pelancong di Bangkok. Sory aku dah lupa berapa harga tiket, tapi dengan tiket tu kita boleh hop on and off di mana-mana stesen secara unlimited dalam masa sehari. Untuk pengetahuan, sepanjang Chao Phraya river ni ada bangunan/ popular landmark yang korang boleh tengok/ singgah. Kalau ada banyak masa... boleh habiskan one day untuk main bot ni sahaja. 


Bot ni dia bukan cruise sesuka hati ikut penuh tau, ada timing dia. Berhenti dekat stesen sekian sekian pukul berapa...  Korang boleh plan perjalanan korang supaya tak membazir masa. 


Masalahnya... aku yang tak plan betul betul. Bajet banyak masa senggang nak naik cruise bagai, tak sedar diri langsung. 




Keadaan dalam bot. 


Baru 20 minit naik bot, aku mula tak sedap hati. Masa tu dah lebih kurang pukul 1120 pagi. Ada 4 jam lagi sebelum naik tren balik ke Malaysia. Ai... nanti nak pergi Chatuchak Market lagi, perjalanan ke stesen MRT, masa menunggu MRT, perjalanan dengan MRT, nak berjalan ke market... Lepastu nak pilih design passport holder ikut yang orang order, nak tunggu orang kedai siapkan lagi... Berbelas kot. Lepastu kena naik MRT balik stesen Hualamphong (perjalanan lebih kurang 40 minit), ambik backpack dekat hotel, patah balik semula ke stesen Hualamphong untuk naik tren pukul 3.10 petang. 


ALAMAK. Aku berdebar tiba tiba. 




Tak boleh jadi ni. Next stop bot berhenti, aku trus turun. Tak jadi nak cruise lama lama. Aku terus Tunggu bot yang menghala ke arah bertentangan untuk patah balik. Bot seterusnya pulak, pukul 1145 pagi. Adoi... Terpaksa la tunggu. 


Bila bot sampai, berebut aku naik bot.... Macamkan aku yang nak kemudi bagi bot tu bergerak kan. Padahal kena tunggu orang lain naik habis jugak. 


Lepastu sampai dekat jeti, aku jugak yang berebut turun awal. Terus berlari pergi MRT station yang terdekat untuk ambik MRT ke Chatuchak Market. Itupun kalau tak silap aku, kena tukar line sekali. 




Duk ngok ngek ngok ngek naik turun MRT, pukul 1 tengah hari baru sampai stesen Chatuchak Market kau tahu. Aku keluar MRT terus berlari pergi market, rasa nak langgar semua orang macam gila. Untuk makluman para hadirin, Chatuchak Market tu sangat luas dan orang pun ramai sangat. Kadang kadang boleh tersesat mencari jalan keluar. Market ni hanya dibuka pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.


Lepas dah jumpa kedai yang buat passport holder, aku pun mula memilih design ikut pesanan. Setiap pesanan kena tulis atas borang tau, dan kena bayar dulu baru diorang akan buat. Itupun ikut giliran... Masalahnya ramai juga customer yang nak buat passport masa tu. Kedai buat passport mana-mana pun memang orang ramai. Jadi, masa menunggu jadi panjang. So untuk jimatkan masa... aku buat separuh separuh, pilih design, bayar, suruh dia buat. Pilih design lagi, bayar, suruh dia buat.


18 KEPING PASSPORT HOLDER OK.


Berzikir aku sambil duk tunggu mendalah ni siap. Last last... pukul 2.20 petang baru siap semua. Terus aku pergi stesen MRT tak singgah singgah kedai lain dah. Berdebar weh, takut tak sempat kejar keretapi pukul 3.10 petang. Nasib baik la MRT dia on time, dan tak tunggu lama sangat. Bila aku dah naik MRT aku check dalam google map, berapa lama nak sampai Hualamphong MRT Station (MRT Station dengan stesen keretapi Hualamphong adalah connected) 


Kau tahu??? Google cakap, 3.08 petang sampai Hualamphong. YA ALLAH TAKBIRRR!


Komfem la tak sempat, dah aku kena balik ke hotel dulu ambik backpack, patah balik ke stesen baru boleh naik keretapi. Kecuali kalau aku tak ambik backpack. Aku balik Malaysia lenggang lenggang macamni je dengan passport holder bolehla hahahahahh. Speechless kejap. Nak buat apa ni. Ke nak pergi stesen dulu, suruh drebar keretapi tunggu kejap aku balik hotel ambik backpack. Ke macam mana? Tapi... tak de nye dia nak tunggu aku. Kau sape? Anak raja Siammm? hahaha


Turun MRT dekat Hualamphong , aku buat keputusan untuk pergi hotel ambik backpack. Jalan ke hotel dalam seminit je. That maybe, just maybe... in a very slight chance... miracle happened,  the train delayed and I still can board the train. Masa tu... aku dah hopeless betul. Mata aku dah bergenang. Aku niat dalam hati, Ya Allah apa apa yang jadi nanti aku redho je. Aku terima seikhlas ikhlasnya apa yang Tuhan dah tentukan untuk aku disebabkan kekhilafan aku salah bajet masa. 


Lepas dah ambik backpack, patah balik dan aku sampai ke Hualamphong Station semula lebih kurang pukul 3.20 petang, lewat 10 minit daripada keretapi berlepas. Aku terus pergi dekat pegawai yang bertugas, untuk tanya platform keretapi aku. Aku tunjukkan tiket dekat dia, dia pergi tanya pegawai yang sorang lagi dekat kaunter yang tak jauh daripada situ. Aku dalam hati, please delay please delay pleseeeee.


Sorry.... you're late. Train has gone! OK. Takpe. 


Tiba tiba, pegawai tadi suruh aku ikut dia. Dia bawak aku ke depan stesen, dekat pintu masuk. Dekat situ ada beberapa orang motorcyclist pakai vest khas. Pegawai tu cakap dengan salah sorang abang motor tu sambil tunjukkan tiket aku. Abang moto tu terus suruh aku naik motor. 


Aku masa tu tengah blank... dah kena tinggal keretapi kan, aku ingatkan orang pakai vest ni kakitangan stesen, dia tolong hantar penumpang yang tertinggal keretapi... LOL. Aku tak berfikir panjang aku naik motor, backpack aku pikul dekat belakang, beg shopping empat segi aku letakkan dekat tengah antara aku dengan drebar tu (Eyyy korang jangan pikir aku nak berpegang pegang dengan dia pulak). Dan motor pun bergerak meninggalkan Hualamphong Station. Tak sangka macam tu rupa aku tinggalkan Hualamphong. Tragis sangat.




BANGKOK - PADANG BESAR
Sleeper train


Bila motor dah bergerak laju barulah otak aku yang loading tadi pun bergerak semula. Ya Allah abang moto ni bukan kakitangan stesen....... INI MOTO PREBER!!! Dahla main naik je takde tanya or deal harga dulu... habisla kena scam!!! 

Maksudnya sekarang ni, kitorang nak pintas keretapi dekat next station. Tengah tengah moto tu bergerak, aku tanya dia, how much? Dia kata, satu stesen dia cas 200 bhat, stesen terdekat tak sempat kejar dah. Stesen ketiga mungkin sempat. so... dalam 600 bhat. Bapak mahal! Aku check pouch duit aku ada dalam 400 bhat dengan sen sen je, hahahhaha mana nak cukup!

Aku bagitahu dia… I only got 400 bhat? Is that Okay?

No… no… 600 bhat. Haram betul cas mahal serupa apa.

but I only got 400 bhat…

You go ATM… ATM…


Tak lama lepastu... dia berhenti tepi jalan, dekat situ ada lot kedai dan ada mesin ATM. Adoi. Kalau aku keluar duit pakai credit card, memang sah sah la kena poww dengan abang moto ni. 600 bhat tu banyak dol, perjalanan dalam 20 minit je kot dia nak cas sampai 600 bhat. Ligat otak aku berfikir. 


Kalau aku bertekak taknak bayar, kena tinggal dekat sini susah aku weh. Entah mana mana dahni. Silap silap keretapi tertinggal, 400 kena bayar dekat dia, dan kena keluar duit lagi untuk sewa teksi dan kos kos lain sebab kena stay lagi sehari dekat Bangkok. Kita kena bijak...


Aku cakap aku takde credit card. I DONT HAVE CREDIT CARD... NO CREDIT CARD... So aku offer dia untuk bagi 400 bhat yang aku ada, dan tambah duit Malaysia RM20 sekeping. Aku cakap, this all together, 600 bhat. Okeyy??? Please... lets go! lets go! haha. 

Lepastu dia macam kira kira sekejap. Apa yang dikiranya pun tak tahulah. Haha. Lepastu dia macam, Okey Okey... Padahal... RM20 tu tak cukup pun 200 bhat, dah Ringgit kita kan jatuh, kalau dia tukar nanti dapat dalam 150 bhat je kot hahahahah lantak dia lah.


Dan kitorang teruskan perjalanan ke stesen keretapi. Dia bawak moto laju weh, Ada sesetengah jalan tu banyak kereta, ada yang kena menyelit menyelit antara kereta... rapat sangat. Masa tu aku duk berfikir kalau jadi apa-apa dekat aku habisla, eksiden contohnya... berterabur atas jalan dengan isi dalam backpack semua terburai... Komfem masuk dalam berita pukul 8 nanti dekat Malaysia, malu mak aku nanti weh. Ya ALLAH mohon dijauhkan benda benda yang tak elok. Aku berserah diri dan keselamatan aku pada Allah... Tapi serious rasa macam scene citer Hollywood.... macam tengah kejar penjahat dengan moto dekat kota Bangkok. Bangkok Dangerous. hahahaha Adventure sungguh. 





Pukul 3.35 petang, sampai dekat Stesen Keretapi Bang Bamru. Aku melompat turun dari motor, rupanya abang moto tu pun melompat turun jugak. Dia yang lagi laju. Dia pergi dekat pekerja stesen dan tanyakan tren aku dah sampai ke belum. Alhamdulillah... Keretapi belum sampai, maksudnya aku ada peluang untuk naik keretapi balik ke Malaysia. Rasa nak sujud syukur dekat situ jugak.


Aku bayar abang moto tadi, 400 bhat dengan RM20, aku saje je nak nganjing dekat dia... dengan duit duit syiling bhat tu pun aku nak bagi sekali haha tapi dia tolak, dia kata takpe takpe. Malu lettew pow budak kecik. Huh! Nasib baik tak ada apa-apa. Nasib baik dia tak bawak melencong ke tempat lain, bunuh lepastu jual organ aku. 


Tapi kan, dalam pada dia ambik tambang berlebih lebihan tu pun aku ucap terima kasih beberapa kali, ikhlas daripada hati aku sebab dia tolong bawakkan sampai ke stesen dengan selamat. Takpelah aku redho je tambang mahal pun, itu bahagian rezeki dia and keluarga dia. Aku anggap semua ni ujian dan bantuan yang Allah turunkan untuk aku. Bila bermusafir, kita kena sentiasa berbaik sangka dan berlapang dada dengan ujian yang Allah bagi dekat kita.


Aku tak tunggu lama pun. Dalam 5 minit keretapi sampai dan aku naik. The first 2 hour... aku duk menangis je, tak boleh tahan keluar air mata dol. Tak tahulah orang sekeliling perasan ke tidak.


Daripada awal, everything seems impossible, tertinggal keretapi dah pun. Tapi... sekarang aku dah berada dalam keretapi yang sama dan dalam perjalanan balik ke Malaysia dah... Syukur alhamdulillah. Syukur sangat sangat. Aku percaya kalau kita redho dengan ujian yang Tuhan bagi, Tuhan akan permudahkan urusan dan kerja kita Insya ALLAH. Yang penting kebergantungan pada Tuhan tu kena tinggi, banyakkan berdoa semoga perjalanan kita dilindungi...  




Haa nampak gambar dekat atas? Macamtu lah rupa sleeper coach. Waktu siang kita boleh duduk, nanti dalam pukul 6 petang akan ada attendant yang datang dan pasangkan tilam dan cadar. Dia akan bagi skali bantal dengan selimut yang bersih. Memang sangat selesa, best. 


Ada attendant datang offer menu makan malam... tapi aku tengok tengok je sebab tak cukup duit. Nak order kopi pun tak dapat sebab duit dah habis bayar tambang moto tadi wuuuu. Tinggal sen sen je. 




Keesokannya... tren sampai di Hatyai lebih kurang pukul 7 pagi kot aku tak ingat. Lepas Subuh. Masa tu hujan agak lebat la. Keretapi berhenti lama dan tak salah aku keretapi lebih lewat daripada masa yang sepatutnya....


Masa dekat Hatyai tu jugak... ada kakak kakak Muslim cantik bertudung masuk menjaja ayam goreng pulut. Nampak macam sedap je weh aku nak mennagis tengok ayam garing macamtu warna oren, tapi bila tanya berapa harga dia cakap 30 bhat, aku takde duit bhat dah nak beli huuuuuu... Takpelah sabar jelah tunggu sampai Malaysia sikit lagi beli lah apa kau nak beli kan. 


Masa perjalanan daripada Hatyai ke Padang Besar tu jugak.... aku perasan kebanyakan tempat dah naik air, ada satu kawasan tu kiri kanan air je. Tak silap aku esoknya aku tengok berita, kawasan selatan Thailand memang dah banjir dan jalan keretapi yang aku lalu tu dah tersekat. Huhu nasib baik aku sempat lepas. 




Stesen Keretapi Padang Besar

Urusan masuk imigresen tak ada masalah, semua smooth. Cuma sebab keretapi sampai lambat, kitorang dah ter missed komuter Padang Besar - Butterworth pukul 1030 pagi, dan terpaksa tunggu komuter seterusnya pukul 1230 tengah hari ke entahla tak ingat masa. Lepastu pulak, stesen ni takde kantin ke apa, jadi agak bosan. Habiskan masa duk melangut gitu je. 


Lepastu naik komuter ke Butterworth. Sampai stesen Butterworth, aku terus naik feri ke area pulau (Georgetown). Aku stay dekat backpackers hostel di Georgetown sementara naik bas balik ke Tanah Merah pukul 10 malam karang. Sempat la mandi manda, baring baring bersihkan diri. 




Aku stay female dorm dekat Syiok Hostel . Rate RM39/ night kot. Sangat sangat berbaloi. Hostel bersih, aircond sejuk, wifi functioning, tilam pun tebal, location strategik (dekat dengan bus stop free CAT bus), dan dekat bawah hostel ada SUBWAY so aku makan SUBWAY je malas gi jauh jauh. Sayang sebab dapat stay kejap je dekat sini. Just 4-5 jam je. Tak bermalam.

Tapi sempatla tido tido kejap. 

Lepas Maghrib, baru aku check out. Jalan kaki ke bustop dalam 5 minit, naik CAT bus free ke jeti dan jalan kaki ke tempat pelepasan feri. Jalan dia (kalau siapa yang biasa) macam tinggi sikit kan, masa ni Ya Allah baru terasa hazabnya.... Penat mengusung backpack dengan bag shopping dengan kaki aku yang dah lenguh lenguh. Penat gilaaaaa!


Tapi penat pun tak boleh nak merungut. Bila dipikirkan balik... takde sape sape suruh kau buat keje macamni kan. Kau sendiri yang pilih jalan hitam begini so... RASAINNNN! hahahahha




Pemandangan malam daripada feri. Syok wooo naik feri ni. Duduk diam diam dekat sudut mana-mana, boleh bermuhasabah diri. Tenang je haha.


Feri sampai dekat Buteroworth. Aku berjalan lagi ke stesen bas. Dan tunggu bas untuk balik ke Kelantan. Ingat nak beli jeruk dekat stesen bas... Rupanya semua kedai  tempat aku membeli jeruk dulu dah dirobohkan sebab nak bina terminal bas yang baru. Hampehh. Last last seketul jeruk pun aku tak bawak balik.


Pukul 3 pagi, sampai rumah... Alhamdulillah selamat semuanya....


Maka selesailah perjalanan aku kali ni. Bermula daripada Kuching - KL - Bangkok - Xi'an - Bangkok - Georgetown - Tanah Merah. Perjalanan yang memberi banyak pengalaman... Teruk macam mana pun tempat yang aku pergi, there is no such thing as worst trip - serius cakap, semua trip, mana-mana negara pun best cuma yang membezakan adalah bentuk pengalaman yang kita lalui dekat negara tu. Sebab tu aku tulis blog, nak simpan semua sampai aku tua.

At least nanti boleh dijadikan rujukan.... hehe.

Ok bye... sehingga berjumpa lagi dalam kembara yang seterusnya. Tak tahu dekat mana or bila lagi. Kalau ada rezeki and umur panjang ye!


24 March 2017

Thailand X China Solo Trip Day 6 : Xi'an - Bangkok


Sambungan dari:


Assalamualaikum WBT. 

Dah nak habis bulan Mac... entri Thailand X China tak habis habis lagi. Busy weh takde masa nak update blog. Adoi. Bila makin lama diperam... details kecik kecik masa trip tu tak ingat dah, sedangkan details kecik kecik tu lah yang menjadikan trip lebih bermakna untuk dikenang. Aku cuba perah otak ingat balik apa yang berlaku masa trip 4 bulan lepas ye? Sekejap je dah 4 bulan. Double adoi. 


Sebenarnya aku tengah tunggu page Malindo loading ni ha. Nak beli tiket. Tapi lambat pulak. Tetiba teringat blog. Kita update blog sambil sambil ye!




Pagi yang dingin dan foggy di Xian, aku keluar seawal jam 8.00 pagi selepas siap berkemas. Ada masa sekejap je untuk ronda ronda. Hajat di hati nak melawat Xi'an Mosque.


Untuk Muslim, tak perlu bayar kalau nak masuk ke dalam. Free je. 




Yang special nya pasal masjid ni ialah ia dibina pada zaman dinasti Ming. Dan masih digunakan sehingga sekarang sebagai tempat ibadat kaum China-Muslim Hui. 




Kawasan masjid ni agak luas. Sebelum sampai ke prayer hall kita akan melepasi beberapa pintu gerbang yang berbeza. Tak ingat dah berapa banyak...




Klasik senibina dia, walaupun dah lama tapi kawasan sekitar bersih dan terjaga rapi. 




Menara tempat azan. 




Masuk lagi ke dalam... Kalau duit lebih boleh menderma untuk kebajikan dan pembangunan masjid ni. 




Tadahh. Dah sampai ke dewan solat utama. 




Aku teringin jugak nak masuk ke dalam. Aku tengah period lagi sepatutnya tak boleh masuk masjid. Kalau dapat jenguk dari pintu pun dah ok. Nak tengok interior dia. Tapi entahla... Dekat luar tu ada  sorang pakcik jaga, aku tanya dia... can I get inside? Dia cakap, boleh masuk tapi kau pegi ambik wudhu' dulu. Hahahaha memang tak la kan. Alahhh ruginya. Tak dapat nak merasa solat di masjid dekat China ni ha. 




Menjenguk dari luar sahaja... Intai intai dari pagar jelah...




Pemandangan semasa balik dari arah yang berbeza.




Memang cantik taman dalam masjid ni. 




Macam setting dalam drama Cina kungfu dulu-dulu kan?




Lepas keluar daripada masjid... Aku terus berjalan balik ke hostel. Walaupun masih awal... aku tak berani nak berlambat lambat. Nanti nak naik metro pergi stesen bas, kemudian naik bas pergi airport dah dekat sejam. Dekat airport nanti nak kena check backpack, immigration, body scan... semua tu akan makan masa. So biar lambat asalkan selamat. Kalau tertinggal flight... Habisla kacau plan aku. Nak beli flight baru last minute bukannya harga sepuluh ringgit.




Dekat Muslim Street ada satu gerai ni. Pagi petang malam sentiasa orang beratur nak beli. Aku tak sure apa. Nampak macam roti tempayan kecik dengan kuah sup macamtulah. Aku nak beli tak berapa nak yakin, takut daging kambing. Sebab aku tak makan kambing haha. So tengok je la. Perut macam dah kruk kruk. 




Pastu nampak kuih ni. Macam best je. Macam ok je. 

So aku beli sebijik try. Dia macam kuih chek mek, rasanya kulit dibuat dari ubi keledek. Dalam inti kacang merah, bijan dengan manisan. Sedap tapi manis.




OK nak balik dah. Orang lain heret luggage. Kita bawak backpack je hehe. 

Aku naik metro daripada Zhonglou (Bell Tower) - Beidajie (tukar line) - Wulukou
*beli tiket terus kepada destinasi ye, tak payah beli tiket separuh separuh walaupun nak tukar tukar line metro

Daripada station metro Wulukou, kena exit dan cari tempat beli tiket bas & bus depart - somewhere dekat hotel. Aku lupa nama hotel apa. Agak mengelirukan jugak mula mula nak cari. Pandai pandai la tanya orang. Tapi takpe, tak jauh pun dari exit tu. 




Wulukou - Xi'an Airport 

Dekat sini bukan stesen bas banyak banyak tu ye. dia cuma serve airport bas sahaja. Harga tiket 25 yuan kadar rata. Beli tiket, tunggu bas dan bila bas dah sampai boleh terus naik. Dia jalan ikut timing tak silap aku. Bukan tunggu orang penuh. 




Aku first naik. Terus duduk seat depan. 




Pemandangan kedai kedai di tepi jalan. Semua tulisan Cina kan?




Aunty korek hidung spotted.




Pemandangan ke airport? Tak ada apa-apa yang menarik sangat rasanya. Cuma bangunan dekat sini disusun dalam bentuk grid. Kalau tengok daripada flight... lagilah jelas. Perancangan bandar yang kemas dan tersusun.




Kualiti udara dekat China memang tak berapa nak bagus. Berkabus je. 




Aku sampai awal dekat airport tapi urusan immigration & security sangatlah lama sebab beratur panjang. Aku dah berdebar gila weh takut kena tinggal flight. Tapi alhamdulillah sempat. 

Aku dapat seat tepi tingkap tau. Sebelah aku family China. Sorang perempuan dalam hujung 30-an dengan sorang budak lelaki gebu dalam 4-5 tahun. Daripada awal aku tak melayan sebab aku dah beragak budak ni mesti nakal gila gila hahahah. Memang betul pun. Sepanjang flight tu dia duk main dengan sepupu sepupu dia kot cong ceng cong ceng. Lepastu ada sekali...diorang main keretapi keretapi pegang bahu masing masing lepastu jalan sepanjang panjang aisle tu hahahahah. Ada sekali tu dia bergayut pulak antara kerusi sebelah sini dengan kerusi sebelah sana. Ya Allah! Hahahaha. 




Kau nakal ye budak? Nah makcik tempek gambar kau dekat blog sebagai pengajaran bersama. 




Aku naik flight daripada hari siang pukul 325pm sampai dah gelap 635pm baru sampai Bangkok. Alhamdulillah selamat semuanya....




Touchdown Dong Muang Airport aku pergi Domestic Departure... Cari Bang Mad Cafe. Tapau Green Tea dengan Nasi Goreng Kampung. Aku duk teringat Green Tea masa dekat China lagi kot. Memang sedap lemak manis menggelupur. Nasi goreng biasa biasa je. Sebab nasi dia pakai nasi dagang. Cepat muak. Semua tapau makan kat hotel je. 


Daripada airport aku ambik tren biasa pergi Hua Lamphong. Tren agak penuh. Tapi masih dapat seat.



Akhirnya sampai di Hualamphong Station. 

Jalan kaki balik hotel. Masa untuk berehat...



21 December 2016

Thailand X China Solo Trip Day 2 : Ayutthaya



Hari Kedua di Thailand.

Plan nak kejar tren pukul 8.20 pagi pergi Ayutthaya. Last last tren entah ke mana. Lama duk bermalas-malasan je. Sempat tengok Hannah Montana The Movie dalam bilik. Pukul 9.00 pagi baru keluar. K. 

Sebab aku dah dengan sengaja missed the train, maka perancangan terpaksa diubah (which is not good actually) iaitu, aku pergi makan dulu, baru pergi Ayutthaya tengah hari karang. Tempat makan yang aku nak pergi ni ialah Yana Restaurant, Level 5, MBK Mall. Authentic halal Thai Tom Yum. Adakah sekadar khayalan atau kisah benar???




Hualamphong - Silom (MRT) 19 Bhat

tukar kepada, 

Sala Daeng - National Stadium (Skytrain) 25 Bhat


Skytrain tu ala-ala kita punya monorel. Sistem pengangkutan dekat Bangkok ni senang je k. Lebih kurang dekat KL. Dia punya line tak berserabut sangat. 




Aku order, Shrimp Tomyum, Seafood Spicy (ada ketam, sotong, udang - kuah kari tapi not so kari) and sayur sos cendawan. And semua sedap! Harga pun sedap lebih kurang RM45 semua sekali, tapi berbaloi. Sebenarnya dalam menu aku tengok macam kecik je, macam sikit je portion dia. Skali bila lauk sampai... Ya Allah mengucap aku dalam hati. Dia punya pinggan lagi besar dari aku punya kepala hahah. Sape nak habiskan banyak banyak ni woi??? Last last aku habiskan sayur dengan tomyum je, seafood tu aku mintak tapau. 

Sempat la tengah hari balik hotel kejap. Nasib hotel dekat dengan stesen keretapi.




Lepastu naik tren pukul 12.55 tengah hari pergi Ayutthaya. 

Hua Lamphong - Ayutthaya (15 Bhat)




Perjalanan lebih kurang sejam setengah.


Blurr di Ayutthaya




Ayutthaya ni istimewanya ada banyak ruins daripada pemerintahan Siam lama dan mendapat pengiktirafan UNESCO Site. Ruins ruins tu semua terletak dekat kawasan yang macam pulau tau, daripada stesen keretapi korang kena cross jalan lepastu akan jumpa tempat untuk seberang menggunakan bot. 




Aku nye blurr ya amat masa tu. Kenyang sangat kot lepas makan nasik tadi. Aku senang lenang pergi duduk atas bot. Ingat free. Lepastu ada budak naik, dia cuit aku dan tunjukkan aku pada sorang makcik dekat atas. Makcik tu duk melambai lambai aku. Hahaha tambang belum bayar daaa. 

Terpaksa lah aku turun balik daripada bot dan pergi bayar. 5 Bhat je. Hikhik malu kakak tau. Nasib baik takde orang kenal.




Bot simple je. Nak seberang ambik masa dalam 2-3 minit sahaja.

Dah sampai seberang... blurrr aku masih tak hilang. Bicycle rent ada je tepi jalan tau, tapi aku buat dekk je. Bajet Ayutthaya ni sempit macam padang sekolah kau. Rupanya tidakkk. Huhu. Aku berjalan kaki dalam 30-40 minit baru sampai. Dengan panas nya. 

Dalam Ayutthaya ni ada banyak temple ruins tau, korang boleh pilih nak melawat yang mana based on how long you want to spend your time here. Since aku ni pemalas, dan sampai pun dah lewat petang so aku nak pergi satu je. Iaitu, Wat Mahathat yang ada kepala Buddha dalam akar pokok tu. Lagipun esok kan nak bangun awal nak fly ke China jadi tenaga kena simpan. 




Wat Mahathat




Masuk percuma YAY! Kalau harga tiket asal 50 Bhat tak silap.




Ni lah benda nya. Dekat pintu masuk je.




Creepy tak? 




Orang tak ramai sangat.




Panas Ya Amat. Kalau ada topi kat rumah bawaklah topi. Dan pakai sunblock tebal tebal sikit ye.




Round round sekejap...




Side yang ini cantik. Antara ruins dekat Ayutthaya dengan Siem Reap, pendapat aku Siem Reap lagi cantik. Tapi tak tahu la sebab aku sempat tengok satu temple ni je kan. 




On da way mencari jalan pulang... aku nampak satu lagi ruins... Alang alang kan. Masuk jelah. Free admission jugak. 


Wat Ratcha Burana




Cantik atau tidak? Dalam ni tak ada orang. Sunyi je. 




Masa aku ambik gambar ni... aku terdengar bunyi rumput dipijak pijak. Macam bunyi orang berlari datang ke aku. Mindset aku, ingat ada orang nak meragut beg. Bila aku pusing belakang... sekali anjing! Besar gila ok! Bila aku berpusing tu aku terkejut, dia pun terkejut sampai melompat haha. Cuma nasib baiknya lepas dia terkejut tu dia tak terkam aku tapi dia berlari pergi tempat lain. Kalau buatnya dia gigit aku... boleh kena rabies anjing siam weyyy! hahah


Dahla aku sorang je. Aku pun tak pasti dia memang nak approach aku ke, atau dia sekadar lalu tepi tu je. Bila aku berpaling, dia terkejut. haha. Lepastu aku dah lembik lutut. 




Snap gambar ni sekeping lepastu blah. Nak balik dah kejar tren. 




Keluar daripada Wat Ratcha Burana tu... aku jadi sesat. Blurr buat kesekian kalinya... Tak tahu ke mana hala. Aku lupa dah jalan nak balik ke stesen keretapi semula. Daripada stesen keretapi tadi sebenarnya jalan lurus je 40 minit, lepastu sampai la ke wat wat ni. Tapi bila blur menguasai diri... nak lurus ke mana pun tak tahu dah huhu.

Tiba-tiba aku ternampak sorang budak lelaki. Umur dalam 14-15 macamtu kot. Pakai baju pengakap sekolah. Aku bajet dia akan ada sifat suka membantu dan peka dengan arah jalan. So aku approach dan tanya dia (dengan ayat paling simple), Where is the train station? 

Kau tahu dia jawab apa?

Dia pusing pastu blah macamtu je dengan muka tak ada perasaan! Hamsapp! Harap je pakai baju pengakap. Tak paham kot? Ini mesti pesen malas dalam kelas, English dapat E hahahha

Nasib baik ada Google map. Google cakap kalau jalan kaki ambik masa 38 minit. Bia betik. Tadi rasa macam sekejap je jalan. Sekarang dah pukul 4. Keretapi pukul 4.37pm. Nak naik bot lagi... Dahtu mana sempat nye???




Dalam duk rushing tu sempat masuk pasar dia. Baju baju warna hitam banyak dijual. Orang Thai ni sungguh sungguh diorang punya berkabung?




Jalan kaki memang betul 38 minit. Aku naik bot pukul 4.38pm, aku pasrah je memang confirm dah kena tinggal dengan keretapi. Kecuali... kalau keretapi delay. Jeng jeng jeng.




Aku masuk je stesen, aku nampak keretapi baru jalan. OK. BYEEEE *nanges

Takpelah. Next train ada. Aku check , the next train is pukul 6 , lagi sejam. Pergi kaunter nak beli tiket. Rupa rupanya pukul 6 tu tren air conditioned ada seat 2nd class yang mahal je, 345 Bhat (RM36). Hamsapppp! Lagi sekali huhuhu. Memang tak la. 

Tren yang murah 3rd class pukul 648pm 15Bhat, so aku ambik yang itu. Memang lama la nak kena melangut dekat stesen keretapi. Dekat 2 jam tu. huhuhuhu




Ayutthaya - Bangkok (Hua Lamphong)

Pukul 8.30 pm baru sampai Bangkok. Nasiblaaa. Sape suruh blurr. 




Masa jalan balik daripada wat tadi, aku sempat lagi menyinggah beli Iced Lemon Green Tea ni. 25 Bhat je. Aku rasa kalau aku tak singgah memang sempat kejar tren pukul 4.37 tu haha. Tapi its worth it. Sedap gila ok, dahla banyak. Duk lepak minum air sambil online & people watching je. 




Hari makin gelap...

2 jam menunggu, akhirnya sampai jugak tren. 

Pukul 8.30 malam aku sampai Bangkok, terus balik hotel. Kemas kemas beg dan rehat untuk hari esok. Esok awal pagi nak bertolak pergi China.




Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE