Showing posts with label Da Nang. Show all posts
Showing posts with label Da Nang. Show all posts

24 December 2014

Vietnam Day 6 Hoi An - Da Nang - Na Thrang



Hari Keenam

Semalam dah all out, hari ni jadi malas. Lepas turun breakfast pukul 7.30 pagi, aku naik semula ke bilik dan sambung tido! Baik manfaatkan katil dengan selimut best, malam ni naik tren takde nak baring baring dah. Pukul 12 lepas siap berkemas dan jamak Zohor Asar sekaligus aku terus check out dan tinggalkan backpack dekat kaunter. Yang bagusnya walaupun dah checked out masih boleh pakai basikal. Ape kata aku pegi cycling... 


Jadi nak ke mana kah petang ni? 


Plan akupagi ini untuk ke An Bang Beach yang letaknya 2 km daripada hotel. Bawak kamera dan barang barang peribadi je. Jalan nak ke pantai tu lurus jadi senang nak mengayuh. Sampai dekat satu kawasan sawah padi yang luas terbentang, aku boleh nampak langit gelap dari arah pantai yang aku nak pegi tu. Awan kelabu bergulung gulung. Mak aih. Takpe go on je. Hari tu sebenarnya ada amaran berjaga jaga dengan ribut topan yang akan melanda Central Vietnam termasuklah area Da Nang dan Hoi An. Boleh jadi sebab tu lah cuaca macam berkabung je....

Tak lama mengayuh tiba tiba hujan mulai turun rintik tintik dan jadi makin lebat. Terpaksa patah balik ke hotel takut kamera basah haha. 




Sampai area hotel , hujan macam slow down balik so aku cycle kederetan  kedai runcit tak jauh dari hotel Sunshine tu. Beli air botol sikit, dahaga lah pulak... Lepastu aku balik lepak dekat lobi je. Hujan hujan takboleh ke mana jugak.

Kemudian dalam pukul 3 lepas dah bosan online, aku mintak reception call teksi untuk hantar aku ke bus stop. Teksi yang aku naik tu jenama Mailinh kaler hijau dia charged 20.000 dong ($USD1) ok la murah sebab pakai meter. Fair & square lagipun dekat je bus stop tu dengan hotel. 

Aku akan naik bas kuning sama yang aku naik semalam. Jeng Jeng Jeng! Adakah kena scam lagi? Berdebar nye... dup dap dup dap




Petang tu hujan lebat gila...

Teksi tak mengambil masa yang lama untuk sampai bus stop. Sampai je aku dah nampak bas kuning puaka menunggu. Tapi bukan bas yang aku naik semalam. Bas lain. Ada seorang pakcik ni datang ambik aku dengan payung (sebab hujan lebat gile) dan payungkan daripada pintu teksi terus ke pintu bas. Aku nak duduk kerusi belakang tapi kakak konduktor bas suruh aku duduk kerusi depan sekali. Tapi aku berkeras jugak, aku duduk kerusi tengah dekat pintu bas. Seat tepi tingkap. Diorang mengalah lagipun dah memang tak ramai orang pun, seat kosong banyak kot. Suka hati aku lah duduk mana pun.


[Tahu tak kenapa dia suruh aku duduk depan? Nanti kan diorang nak up harga tiket foreigner. Sedangkan, local bayar harga asal 20.000 dong. So kalau aku duduk depan skali... aku tak nampak lah berapa dong diorang kutip daripada local, dan diorang ingat aku takkan tahu penipuan diorang tu. Haa paham tak permainan dia?]


Bila bas yang lain sampai (bas daripada Da Nang), bas yang aku naik tu bergerak. Hujan boleh tahan lebatnya. Tengah melayan pemandangan di tingkap tiba tiba aku jadi emo nak menitiskan air mata pulak LOL. Kenapa, dalam dunia yang sepatutnya mengagungkan cinta dan kedamaian (world peace) masih ada insan yang tamak, menipu dan nak ambik kesempatan hah? Kita kena sentiasa berhati hati dan walau orang buat jahat dekat kita, kita jangan jadi jahat macam diorang. Bersyukurla sekadar kena scam 3,4 ringgit je. Belum lagi jumpa peragut, pengorek bijik mata manusia, operator keldai dadah, perompak......  
nauzubillah mintak dijauhkan semua tu.


Duk sekejap, konduktor perempuan datang. Yang ini muka macam Liza Abdullah haha. Aku dah get ready. Bila dia datang ke aku, aku buat cool dan hulur 30.000 dong. Dia ambik, tak kata apa-apa dan tak pulak bagi baki. Terus gi kutip kat depan pulak. Okla. Still kena paw tapi tak sebanyak semalam. Akak semalam tu memang hampeh gila cas sampai 50.000. Lepastu kan, sebelum sampai Da Nang tu bas berhenti berhenti ambik locals. Diorang duduk dekat kerusi depan. Bila Liza Abdullah pegi nak kutip duit tambang, aku perasan badan dia membelakangkan aku. Tak bagi aku nampak bahawa dia kutip 20 ribu je dengan locals. Obvious gila sikap nak menyorok tu. Aku peratiiii je. Takpayah nak sorok sorok la Kak. Satu dunia dah tahu la Kak...... Hadui. 

[Faith in humanity : LOST HOPE]


Arriving Da Nang

Sepanjang perjalanan dari Hoi An ke Da Nang hujan selebat lebatnya tak nampak pemandangan apa pun. Memutih je. Aku bagitau nak turun dekat Ga Da Nang (Stesen Keretapi); dan bas berhenti di satu simpang. Agaknya bas tu tak lalu depan stesen kot. Tempat aku diturunkan tu kaki lima kedai, jadi tumpang berteduh dari hujan kejap.


Di jalan raya motosikal masih tak putus putus walaupun hujan lebat dan semorang memakai raincoat bewarna warni. Comel je. Sesuatu yang payah nak nampak di Malaysia. Aku memang tak boleh nak ke mana mana sebab hujan masih lagi turun mencurah curah. Kebetulan ternampak seorang nenek tengah menyapu lantai kaki lima depan kedai dia yang berlumpur disebabkan hujan. Aku nampak ada raincoat bergantungan dalam kedai nenek tu. Terus aku pegi tanya. 

Can I have that? *tunjuk pada raincoat

Nenek tu senyum, dan dia ambik yang kaler pink bagi pada aku. 

How much? Bawak keluar not not 5000 dan 10000 yang bergulung, dan dia mintak not 10000. Diberinya baki dalam 3000. Harga raincoat dalam seringgit gitu lah. Lepastu nenek tu pegi sambung menyapu. 

Aku terus keluarkan raincoat daripada plastik dan pakai , tapi susahla pulak dah backpack besar dekat belakang dengan sleeping bag lagi bergantungan nye. Tak semena mena nenek tu letak penyapu, datang balik dekat aku dan tolong pakaikan raincoat tu. Dia selubungkan backpack belakang elok elok, betulkan topi raincoat tu elok elok dekat muka aku... Lepastu ikatan tu macam tak kemas, so dia betulkan beberapa kali dan tanya ok ke tak? (dia tanya dalam bahasa Vietnam haha aku tak paham pun tapi aku bajet tu lah maksudnye haha). 

 Mata aku berkaca. Rasa terharunya... Rasa macam dihargai dan disayangi. Disebalik manusia manusia yang menipu, masih ada lagi yang hati suci dan ikhlas menolong. So... never ever lose hope with world peace ok? dan kita kena jadi sebahagian daripada world peace itu. 

[Faith in humanity : RESTORED]

*Gambar sekeping pun takdok sebab kamera, fon semua dah balut dalam plastik sorok elok elok dalam backpack takut kena hujan. 


Stesen keretapi memang tak jauh. Belok simpang tu terus nampak. Tapi baru pukul 4 petang. Tren aku pukul 10.50 malam karang. Awal lagi kot. Haa ape kata gi lepak makan KFC dulu??? Hujan hujan macamni perut yang dah sedia lapar bertambah lapar. Daripada simpang stesen keretapi aku berjalan kaki ke KFC. Aku duk bajet bajet macam dekat, rasenye haritu aku pegi macam dekat je tapi sebenarnya boleh tahan jauh jugakla setengah jam jalan kaki wei!!! So imagine a mini human wrapped in pink raincoat from head to knees with 7kg backpack at the back walking by the busy streets under mild rain. MADNESS! Kegilaan apekah ituuuu??? Letih gilo mu tahu dok?!! Gigih nok mapuh cari KFC hahahaah



Dah sampai KFC aku macam bersyukurnyaaaa!!!


Nampak tak hujan dekat bawah tu? Makanan aku dihantar oleh sorang waiter ni sebaya adik lelaki aku. Dia kata dia perasan aku sebelum ni datang makan, lepastu berborak la kitorang... Dia tanya asal mana, travel sendiri tak takut ke apebende semua. Siap mintak nak add facebook pulak haha. 




Veggie Burger sampai 2 bijik, Coslaw dengan Milo taknak ais. Total 73.000 dong.


Masa dekat KFC , mentol bercahaya tumbuh atas kepala aku dan aku terpikir satu idea. Alang alang aku ada beberapa jam lagi sebelum naik keretapi, apa kata aku check in je dekat hostel Funstastic Danang yang aku stay haritu? Sekarang belum pukul 6, cincai cincai aku ada dalam 4 jam ++ lagi so kalau aku masuk dorm boleh la tidur, rehatkan belakang, mandi, tukar seluar, solat... Lagipun seluar aku dah separuh lencun kena air hujan. Memang dah kotor. Rate dia pun takde lah mahal sangat, 150.000 dong je dalam RM25. Aku rasa berbaloi bayar sebanyak itu untuk duduk di satu tempat yang selesa dalam masa beberapa jam sebelum aku board tren. 


Funstastic Danang Hostel tu kedudukan di tengah tengah antara KFC dengan Stesen Keretapi. So dari KFC aku jalan kaki 10 minit dah sampai Funtastic Da Nang. 





Yang jaga reception ialah the same cute guy yang jaga reception when I was checking out the hostel before. Muka dia macam hero cite Korea, the-guy-next-door kind, jambu jambu gitu. Dia punya English comel je sebab American accent hik hik. 

Bila aku ke kaunter dia macam, Eh its you again! Hi! *OMG dia masih ingat aku

Hello! Yeah its me......  Urm...Do you still have a bed in female dorm for tonight? 

Check sekejap... Yes there is one for you

Urm I'm a going to catch a train at 10 tonight so I'll just need to stay for 4 hours. So......... can I get half price or something? hehehe *sengih sengih

Oh. Actually you don't have to take the bed. You can put your bag here, use our bathroom and then you can sit in the common room. For free. *Haaa baik nye! 

Ermmm.... Panjng erm aku.

But if you still need to use the bed then you still have to pay full price. *Senyum manis

Its okay then. I'll just take the bed. 




Lepas bayar 150.000 dong aku dibawa masuk ke dorm. Aku kena ambik katil jugak macam macam mana pun sebab nak baring dan tido! Lagipun nak solat, nak tukar seluar apebende lagi so je memang dah expect akan bayar full pun. Cuma tak sangka receptionist tu boleh bagi cadangan untuk use the bathroom for free. Padahal kalau nak untung boleh je dia promote suruh ambik bed kan. Aaaaa baik budaknye (mata berkelip kelip bercahaya ada love love) 


Kali ni aku dapat katil atas, sebab 5 katil lain semua dah penuh. Punyalah sengsara gemuk gemuk macamni nak memanjat  sebab katil dia tinggi! Aku mandi, solat lepastu baring dan tido. Tapi susah pulak nak lena. Sebilik dengan aku awek awek mat salleh, bila diorang masuk diorang bukak lampu, tutup aircond lepastu bergosip pasal lelaki. Haih. Aku secara tak sengaja tercuri dengar pulak. Oooo macamtu gaya nya mat salleh mengumpat ye? haha. Dekat dekat pukul 850 baru aku tertidur kot. Pukul 10 bangun, bersiap dan terus angkut backpack untuk check out. 




Aku mula berjalan kaki ke Stesen Keretapi Da Nang jam 10.15 pagi. Pakai balik raincoat padahal tak hujan dah. Sebagai penyamaran local haha.




Walaupun reception boy tadi cakap it is completely safe to walk to the station tapi aku ada jugak perasaan cuak berjalan sorang sorang waktu malam. Dah pukul 10 kot. Tak biasa aku buat keje macamneh. Tawakal je lah. Pisau ada dalam poket LOL. Jalan tu bunyi motor sikit terus pandang kiri kanan belakang, paranoid gila dahla jalan laju. Oh, satu lagi nasib baik sebab tak jumpa anjing liar. 




Alhamdulillah sampai pun di Stesen Keretapi! Aku beli coke dengan air botol buat bekal dengan raincoat tak berbukak, pakcik penjual tu cakap dengan aku dalam bahasa Vietnam KAH KAH penyamaran sebagai local berjaya!




Manusia dah ramai menunggu, tren SE7 pun dah sampai sebenarnya tapi aku duduk sekejap. Bukak raincoat, buang (sebab dah terkoyak), dan keluarkan tiket tren daripada beg. Lepastu update lokasi dengan mak melalui Whatsapp. Sini ada wifi laju. 


Reunification Express SE7
Da Nang - Na Thrang
Ticket Fare: 367.000 dong


Coach 7 , Soft Seat

Dalam koc tu penuh dengan manusia dan takdok muka muka yang familiar. Takde muka Melayu. Aku sorang je yang pelik dalam tu. Seat aku tepi tingkap dan dekat sebelah ada sorang pakcik awal 40an. Lepas setengah jam keretapi bergerak dia dah mula berdengkur. Itu aku tak kisah masalahnya dia letak dua dua lengan dia kiri kanan dekat bende pemisah sisi kerusi tu.... Adoi pakcik ni. Dahtu aku takboleh nak lipat siku aku takut terkena lengan dia. Lenguh wey. Sepanjang malam mengadap ke sebelah kiri dan sandar kepala pada sleeping bag. Tido tido ayam je pun...


Since aku dah beli split ticket, besok 8.35 pagi bila tren berhenti di stesen Na Thrang , aku akan bertukar ke hard seat coach iaitu koc nombor 2. Aku rasa walaupun kerusi dia kerusi kayu 90 darjah tapi lagi selesa sebab tak compact macam ni.. Takpe...

Ada 16 jam lagi!!! Bertabahlah! 


Selamat Malam daripada Tren SE7!




19 December 2014

Vietnam Day 5 Da Nang - Hoi An Yellow Bus Scam


Assalamualaikum...

Dah masuk hari ke lima aku di Vietnam. Hari ini aku akan meninggalkan bandar Da Nang dan akan ke Hoi An pula. 



Hoi An merupakan sebuah lagi UNESCO Heritage Site di Vietnam. Bandar ini dikatakan telah berusia 2000 tahun dan dahulunya merupakan bandar pelabuhan. Tarikannya adalah pada bangunan-bangunan lama yang di preserved oleh kerajaan. If you like the artsy Jonker Street in Melaka then Hoi An perfect place for you to explore, too. 




 Dekat Hoi An takde stesen keretapi ok, jadi daripada Da Nang kita boleh menggunakan bas, van atau teksi untuk ke Hoi An. Jaraknya cuma 30km. Maksudnya besok daripada Hoi An aku akan kembali ke Da Nang untuk ambik tren dan teruskan perjalanan ke Ho Chi Minh. 

Kaedah yang aku gunakan untuk ke Hoi An adalah menggunakan public bus.

Da Nang - Hoi An Public Bas #1 (Yellow Bus)

Daripada hostel aku berjalan kaki dalam 10 minit ke bus stop. Kedudukannya dekat simpang KFC yang aku pegi makan semalam. Baru aje duduk di bus stop (nak melepaskan penat berjalan) macam biasa muncullah jeng jeng jeng tak lain tak bukan pakcik moto and I was like Hureyhhhh!!! not.

Pakcik moto ini muncul dengan wajah manis ceria dan menyapa aku samada nak naik motonya tak ke Hoi An. Mula mula dia letak harga 200.000 dong lepastu aku macam tak layan, jadi dia kurang dan kurangkan lagi sampai 100.000 dong ($USD5). Katanya, dia akan singgah di Marble Mountain dan dia juga akan guna laluan tepi pantai, dan boleh berhenti jugak dekat pantai untuk ambikkan gambar aku. Dengan hanya 5 dollar sahaja itu adalah satu offer yang sangat WOW murahnye! Dan untuk makluman, public bas yang aku nak naik ni takkan lalu jalan pantai. Dia pakai highway so memang takde lah pemandangan pantai ape semua. 




Do I accept this pakcik best offer? NO. Of course NOT. Never.

Sebabnya :

1) Perjalanan tu terlalu jauh untuk guna motosikal. 30km beb, apa apa boleh berlaku di tengah jalan. Dahla pakai jalan pantai, kot dia berhentikan tengah jalan lepastu mintak bayaran lebih daripada 100.000 dong , kalau taknak bagi dia tinggal je situ sorang sorang. Lagi teruk kena rompak, kena buat jahat, kena tikam, kena bunuh... Aaaaaaa takutnye!

2) Kau nak suruh aku monggek naik moto dengan pakcik tu sejauh jauh perjalanan... Kau gileeeee haaa? Tak kosser aku. Takyah cakap tambang free, bagi upah pun aku takmau nye! hahaha. Ingat ye anak anak , amalan memonggek di antara bukan mahram ialah suatu budaya yang kurang sihat dahtu aku takpaham kenapa orang dekat sini menjadikannya sebagai amalan harian. Hmmm pelik. (memonggek = membonceng)

Dalam 15 minit memekakkan telinga dengar pakcik tu memujuk rayu akhirnya bas kuning nombor satu pun sampai. Segala galanya berlaku dengan pantas, aku ditarik naik ke atas bas oleh kelindan, backpack aku dicampak ke satu ruang beg di depan bas dan aku ditolak supaya duduk ke sebuah kerusi yang lonely , palinggg depan mengadap cermin bas memang dekat je dengan driver. I swear everything happened VERY FAST. 




Tercongok di kerusi single dekat depan LOL


BEWARE! THE DA NANG - HOI AN YELLOW BUS SCAM ARE REAL!!!

Mengikut apa yang aku baca dalam Wikitravel; terdapat satu bentuk penipuan harga tiket dalam kalangan pemandu & konduktor bas kuning ni terhadap pelancong asing. Harga tiket yang sebenar cuma 18.000/20.000 dong (RM3.50) tetapi bila foreigner naik , depa up harga sampai 30.000 - 50.000 dong! Ada yang teruk lagi kena up harga sampai 100.000 dong. Melampau tak. So, aku pun beringat ingat lah tentang hal ni dan sediakan not 20.000 dong cukup cukup. 


Dalam 5 minit bas bergerak, kakak konduktor datang ke depan. Muka dia gaya gaya Rosnah Mat Aris. Aku tengok ai macam hamsap je makcik neh. Macam nak kena paw ngan dia je... Aku hulur pada dia not 20.000 dong tu dengan hati yang berdebar debar. Skali dia cakap... NO NO, not this. fifty fifty (English kurang jelas) sambil dia layangkan not 50 ribu depan aku. Aku dah agak dahhhhh! 

Aku cakap dekat dia, Ehh but the hotel said its just 20.000 dong ?

NO, NO, price UP. New price, new price!!!
(duk tadah tadah tangan mintak duit)

Makcik Rosnah ni kan Eeeeee hamsap tak menyempat sungguh!!! Aku keluarkan duit aku yang bergulung dan bagi not 50.000. Dalam bas tu takde foreigner lain. Entahla ada 2 orang awek nampak macam stailo stailo aku rasa pelancong tapi orang Asia jugakla, tak tahu diorang kena berapa. Lepastu sepanjang perjalan tu adela local yang naik, dan bila aku pandang belakang time Rosnah tengah kutip tiket, dia akan cepat cepat membelakangkan aku. Agaknya dia takmau bagi aku nampak orang lain bayar 20.000 kot. Rosnah... Rosnah... tak payah lah sorok kan penipuan itu dekat travel forum berlambak lambak orang bercakap pasal scam ni.


Yang aku baca lagi , ada je mat saleh yang fight benda ni. Bila kena cas extra, diorang fight sampai dapat harga 20.000 jugak. Aku nak confront lebih lebih aku tak berani sebab aku sorang , kang kena tampar ke kena terajang ke.... Pernah ada kes foreigner fight harga, last last konduktor tu mengalah, diorang bayar 20.000 dong je tapi lepastu separuh jalan dekat highway kena halau turun dari bas. Konduktor yang kutip duit tu berdendam. Oi bahaya.


Bukan tak mampu bayar, 50.000 dong tu dalam RM8 je tapi masalahnya duit tu akan masuk ke poket  yang bukan hak, dapat ke kak Rosnah dengan si driver bas tu lah. Kita bayar, tapi tiket tak diberi. Bila aku mintak dia kata tak ada. No Ticket. PENIPUAN. JELAS JELAS MENGEPAW!!! Kalau nak kata harga extra sebab foreigner, ok.Tampal siap siap depan pintu bas... harga local berapa harga foreigner berapa. Bagi tiket as proof of payment. Dengan senang hatinya boleh bayar walaupun mahal sikit, sebab tahu duit tu akan sampai pada pihak yang sebetulnya, bukan masuk poket individu individu yang tamak kan duit. Dah berlambak orang mengadu dalam forum pasal hal ni, aku rasa post tu dari tahun 2008 lagi kot. Sekarang tahun 2014 nak masuk 2015 dah tapi ade lagi kes. Akuuu salah sorang yang terkena. Sepatutnya pihak berkuasa kenalah buat sesuatu untuk stop semua ni......




Dah sampai Stesen Bas Da Nang. Dalam 35 minit je perjalanan, menipu lah bas macam ni tambang sampai 8 ringgit. Aku naik bas mini dari Tanah Merah ke Kota Bharu sejam perjalanan pun 5 ringgit je tau. 


Turun dari bas, aku tumpang duduk dekat sebuah kedai makan open air. Tunggu pick up dari hotel. Lepas semua penumpang dah turun, bas tadi akan tunggu bas lain sampai then they will return to Da Nang. Aku nampak si Rosnah beli air botol berperisa. Eeeee mesti dia pakai duit extra yang dia paw dari aku tadik! Geramnya... Aku ni dahla tengah pokai bercatu belanja bagai sebab tak dapat tukar duit Ringgit, dia riang riang suka hati je paw orang lepastu beli air minum sedap sedap. Sabar jelah! 

[Faith in humanity : LOST HOPE]




Tunggu pick up hotel. Nampak tak pakcik pakcik baju biru tu? Diorang teksi moto yang offical , ada uniform biru lepastu siap dengan tag. Mula mula tanya tanya aku jugak, tapi bila aku cakap orang hotel nak datang ambil diorang tak layan dah. Yessss! Nasib baik!

Van hotel pickup tepat pukul 11 pagi seperti yang telah dijanjikan melalui email. 


Sunshine Hotel, 
Phan Dinh Phung Street, Hoi An.
Double Room, RM66 (Hostel.com)



Bila masuk bilik aku dah macam, Yahuuu Yahuuu Heavennnn! Bilik ni aku booked online masa dekat Hue pakai Hostel.com, dan baru aku perasan Hostel.com dia terus tarik duit kita daripada debitcard, bukan bayar cash. Haaa bagusla dengan keadaan aku yang takcukup cash ni! Haha. 


Dalam banyak banyak bilik hotel yang aku tempah dekat Vietnam, Sunshine Hotel ni yang paling mahal. ...Walaupun sebenarnya, RM66 untuk bilik macamni dah murah sangat sangat dah. Pakai apps/website Trivago.com k, dia akan bandingkan harga bilik daripada banyak website dan pilih website yang menawarkan harga paling murah.




Sepanjang duduk sini aku tengok Fashion Channel je pah ceroh. Baru ku kenal Victoria Secret tu apa benda. Perasaan sakit hati terhadap kak Rosnah hilang begitu sahaja lepas tengok bilik mewah camni (haha mewah lah sangat). Boleh bajet diva yang ada bulu bulu ayam dekat tengkuk tau. 




Toilet disinfected bagai.




Bath tub! Malamni boleh basuh baju yay!!! Tapi slack iron takdok. Hotel ada menyediakan service iron, selai baju satu dollar. Humph pakai jelah berkedut berkedut pong hahaha cheapskate. Ha satu lagi, travel adapter pun takdok jadi aku rasa kena pegi cari nanti. Nak cas fon, kamera dan powerbank.




Beranda dia mengadap swimming pool dekat bawah. Hotel ni sebenarnya boleh dikatakan jauh jugak daripada Old Town kalau nak berjalan kaki, tapi basikal ada disediakan secara percuma so aku kayuh basikal je dalam 5 minit dah sampai ke Old Town. 


......bersambung



17 December 2014

Vietnam Day 4 Da Nang Mischievous



Daripada stesen keretapi aku berjalan kaki ke hostel. Mulanya macam nak sesat sebab aku tak dapat nak pahamkan maps dalam telefon. Serabut dengan seorang pakcik motosikal yang tak henti henti mempelawa aku untuk guna perkhidmatan motosikal dia. Padahal aku dah tolak sehabis baik. Yang geramnya, dia bagitahu hostel aku tu jauh sampai 4km. Memang menipu gile lah. Agak agak la nak menipu pun. Jauh jugak dia follow aku tapi aku buat tak layan. Last last dia mengalah dan berlalu pergi. Thankyou.


Hostel aku di Da Nang ditempah awal melalui Booking.com dengan harga RM24 semalam. Di sini mampu tinggal dekat dorm je, bukan private room. Sebab aku pilih hostel ni ialah kedudukannya yang dekat dengan Stesen Keretapi Da Nang dan bus stop ke Hoi An. 


Funtastic Danang Hostel
115 Hai Phong Street, Da Nang



Kurus dan krempeng bangunannya. Bila sampai, aku disambut oleh 2 orang receptionist lelaki. Diorang ni macam budak budak lagi. By budak I mean umur 20-an sebaya aku lah. Lepas check in aku dibawa ke dorm. Harga katil kena bayar dalam dong 150.000 + deposit kunci 100.000) . 




6 BED FEMALE DORM

Yang bagus pasal hostel ni : katil besar, tilam tebal, aircond fully-function dan ada macam kain langsir di setiap katil, so will give you more privacy lah. Lagipun aku solat atas katil je. 


But! There is also the bad side of this hostel. Iaitu jeng jeng jeng...... Bilik air dia! Dah nama nya dorm, mestilah bilik air kongsi kan. Yang tu aku tahu dah. Tapi yang aku tak tahu, rupanya bilik air dia adalah untuk SEMUA. Untuk lelaki dan untuk perempuan. Stress!!! Dalam bilik air tu ada 2 toilet ; 2 shower. Jadi setiapkali nak ke bilik air memang kena berpakaian lengkap dengan tudung bagai lah. Mandi pun lajuuu je asal cepat dapat keluar. Cuma aku bernasib baik sebab tak pernah bertembung dengan lelaki.


Lepas bersiap semua. Aku keluar. Aku nak beli tiket tren ke Ho Chi Minh untuk hari Ahad nanti siap siap. Dalam tangan aku sekarang ada $USD50 dan 230.000 dong SAHAJA. Memangla tak cukup even nak beli tiket tempat duduk sekalipun. Jadi, aku kena cari money changer atau bank untuk tukar duit Ringgit ke Dong




Aku berjalan kaki sepanjang Hai Phong Street tu dan ternampak satu outlet bank bewarna kuning (lupa dah nama). Terus masuk dalam bertanya samada boleh tukar duit Ringgit ke Dong. Yang menjaga di kaunter ialah seorang akak kerani yang comel. Katanya, diorang tak terima Ringgit Malaysia. US Dollar only. Sedikit kecewa di situ. Takpelah. Aku tukar je $USD40 dapat dalam 1,050.000 dong (Sejuta lima puluh ribu). Baki USD ada lagi 10. 


Akak kerani tu baik, dia bagi cadangan supaya aku tanya di Vietcom Bank. Tapi dia macam susah nak explain bank tu dekat mana, jadi dia tanya kawan kawan dia. Kebetulan ada sorang pakcik ni yang bos bank tu ke customer ke aku taktahu. Lepas akak kerani tu tanya, dia lukiskan map atas kertas A4 dan bagitahu aku lokasi Vietcom Bank tu. Baik gila. Bila aku keluar dari bank pun diorang siap keluar sampai ke pintu dan tunjukkan arah jalan. Waaa terharunya!


[Faith in humanity : RESTORED!]


Jalan sekejap , aku ternampak sebuah coffee shop fancy dekat simpang. Ala-ala Starbucks gituh la, Macam bestnye kalau boleh minum kopi panas... Tahu tak, Vietnam kan popular dengan kopi. Tapi dari Hanoi ke Da Nang satu gelas kopi pun aku belum minum. Geram sungguh la. Jadi aku berazam, kalau dapat tukar duit kejap lagi... Aku nak duduk order kopi mahal dalam kedai tuh. OK SET. Vietcom Bank pun tak jauh dari situ. 




Vietcom Bank ni bangunan dia boleh tahan besar, bila masuk ke dalam rasa macam gah macam hebat je. Macam masuk Gringotts dalam Harry Potter alah bank ahli sihir tu (kalau korang layan Harry Potter lah) Cuma bezanya dekat Vietcom ni... pegawai dekat kaunter semuanya cun cun you'll be like WOW! Perempuan perempuan bekerjaya yang cantik berkarisma terus buat aku terpikir bila lah aku nak jadi macamtu haha. Vietcom ni bank utama dekat Vietnam la kot. So aku ambik nombor, sekejap je tunggu dan giliran aku dipanggil. Not-not 50 Ringgit yang keras dan crispy dah dibawak keluar siap siap daripada purse. Ceh. Confident diorang nak terima.

I want to change Malaysian Ringgit to Vietnam Dong (hulur duit)

Pegawai tu ambik duit aku, dia tilik dalam beberapa saat dan berkata,
Sorry we dont accept Malaysian money!

HAAAA?!!! Apediaaa?!!! Terkejut lah makcik kau ni. Alamak. 

Rilek dulu Nurul, rilek. Lagu rilek brader... brader rilek yang biasa dinyanyikan anak murid aku terngiang ngiang dalam kepala. Ok takpe. Plan B ada. Haritu aku dah activated Visa debit card untuk kegunaan overseas. So aku pergi mesin ATM dan cucuk kad aku. Belum pun masuk no pin, kad kena tendang ape pasal entah. 3 kali try 3 kali tak dapat. Habisla. 

Aku nak minum kopi mahal! Waaaaaaa

Aku belum give up lagi. Rasa macam this can't be true. Eh aku ada duit la dalam bank! Mesti ada cara punya nak keluarkan duit aku tu... Kali ni aku pegi dekat kaunter pertanyaan, dekat situ ada sorang pegawai bank yang cantik jugak. Aku tanya, Can I take my money out from my VISA debit card? But I cant use the ATM.... Kakak cantik tu hulurkan aku sekeping borang, kena isi dulu maklumat semua. Ambik nombor sekali lagi, dan tunggu giliran. Pergi kaunter, pegawai tu ambik kad dan borang aku, katanya akan ada charge dalam RM8 untuk sekali pengeluaran, boleh ke? Tak kisah, makcik bereh je. Lepastu dia pergi ke meja bos dia dekat belakang (bos pun perempuan) dan swap pada credit card reader.  


Aku takdelah letak harapan tinggi sangat. Kalau dekat ATM pun card not recognised, besar kemungkinan dekat credit card reader pun tak recognise jugak. Dan memang betul telahan aku. Memang tak dapat. Tinggalkan Vietcom Bank dengan hampa nya. Takde peluang nak merasa minum kopi mahal dekat kedai simpang tu. Huhuhuuuuuu




Dari Vietcombank aku kembali ke bank kuning tadi dan tukar baki $USD10 yang aku belum tukar. Bagitau kakak baik tu, Vietcom pun tak terima duit Ringgit. Dapat dalam 200.000 dong something. So total duit dalam tangan ada dalam sejuta++ tapi tak kira berapa exact amount nya. Kena berjimat cermat nih. Bahaye bahaye.


Aku berjalan kaki entah ke mana hala dengan sedikit perasaan lapar; tiba tiba ternampak KFC. Seharian belum makan... mungkin aku boleh maafkan diri kalau aku gunakan sedikit duit untuk beli makanan. Berjimat cermat? Eh apetuuu hahaa. Masuk dalam KFC cari tanda halal Jakim takde la pulak. Usya menu, burger hidung terangkat takde. Bagusla tak bercampur. So aku order vege burger dengan coke. Yakin je. Dalam sejam aku melepak dekat KFC (sebab ada free wifi) dan dalam pukul 4 baru aku berjalan kaki ke Stesen Keretapi Da Nang. Nak beli tiket tren yang aku tak dapat beli tadi sebab tak cukup duit. 




Da Nang waktu petang. Hai Phong Street.




Orang menjual buah di tepi jalan. 

Da Nang kalau kita tengok city map dan muka bumi dia ; agak menarik sebab ada waterfront yang mengadap bukit besar dan pantainya pun cantik. Tarikan Da Nang aku rasa lebih kepada pantainya. Mula mula aku nak book hostel dekat tepi pantai tapi pikir pulak, jauh lah daripada stesen keretapi jadi susah nak bergerak. So book hostel dalam bandar jelah. 


Plannye petang tu nak berjalan kaki ke Waterfront nak tengok lampu lip lap dekat Dragon Bridge tapi disebabkan hal hal tukar duit yang tak berkesudahan ni aku cancel je semua plan. Masa tak cukup dan duit pun dah kena catu! Haha




Sampai di Ga Da Nang. Hampir senja. Budak budak baru balik sekolah tengah main menyorok panjat panjat atas replika keretapi di depan stesen ni. Aku masuk dan terus ke kaunter. Kakak yang menjaga ialah kakak yang aku jumpa tengah hari tadi. Belum habis shif kot. Tadi lepas turun tren dari Hue, aku tanya dia tiket sleeper (tempat tidur) dari Da Nang ke Ho Chi Minh masih available dan harga dalam 600.000 dong something , tapi aku tak dapat beli sebab kan duit dong tak cukup. 


Dan dan bila aku datang balik tu... tiket sleeper untuk semua kelas dah SOLD OUT!

Hamsapnyeeeee... Sabar jelah!


Yang tinggal cuma soft seat. Harga aku tak ingat berapa tapi tak banyak beza sangat dengan tiket sleeper. Bajet nak sleeper tapi takde pulak. Yang masalah nye soft seat ialah bila nak solat. Lepastu, perjalanan aku Ahad nanti akan mengambil masa selama 17 jam. Lembik weh nak duduk je 17 jam. Hilang pedoman sekejap. Aku duduk di kerusi yang disediakan dan berpikir pikir... Akhirnya , entah macam mana aku dapat idea untuk split ticket. Iaitu, beli dua tiket yang berasingan : Da Nang - Na Thrang dan Na Thrang - Ho Chi Minh. Masih tren yang sama cuma bila sampai di Na Thrang tukar masuk koc lain. Plan aku nye untuk duduk di soft seat pada waktu malam dan tukar ke hard seat pada waktu siang

Ok.Tren dari Da Nang ke Ho Chi Minh yang bersesuaian dengan timing aku ada dua iaitu SE3 dan SE7. Tapi kedua duanya bertolak pada masa yang berbeza. 

SE3 : Da Nang (1.35 t/h) - Na Thrang (10.04 mlm) - Ho Chi Minh (5.20 pg)

SE7 : Da Nang (10.50 mlm) - Na Thrang (8.30 pg) - Ho Chi Minh (4.00 ptg)

Kalau aku naik tren SE3 bertolak siang jadi kena ambik tiket hard seat dulu. Kalau naik SE7 pulak bertolak malam jadi kena ambik tiket soft seat dulu. Jadi memang banyak lah soalan aku pada kakak kaunter tu. Kalau tren macamni... masa macamni... berapa dong, kalau tren macam gitu masa macam gitu berapa dong pulak; lepastu totalkan harga untuk dua dua tiket, bajet dengan duit yang aku ada dalam tangan, buat kira kira...  MEMANG SATU KEJE YANG RENYAH. LECEH SANGAT!!! ......dengan orang tempatan yang potong queue nak beli tiket lah refund tiket lah...


Aku rasa lebih setengah jam aku berdiri depan kaunter tu untuk atur perjalanan aku dan dapatkan harga tiket yang paling win. Aku dah tulis perjalanan aku dekat satu kertas buruk, dan setiapkali aku tanya, aku mintak kakak kaunter tu tuliskan harganya. Akhirnya... lepas dah confirm ; aku hulur kertas pada kakak tu, tunjukkan masa yang aku nak dan cakap COMFIRM!!! Kakak tu ambik kertas aku dan sambil dia menaip di komputer (untuk sediakan tiket) aku dengar dia membebel bebel dekat member dia di kaunter sebelah dalam bahasa Vietnam. Aci cakap memang mengutuk aku hahaha!




Ni lah kertas buruk tu! Hahahaha 

Sape la tak sakit hati wey kalau dah melangguk depan kaunter tanya harga sampai sejam lepastu bagi kertas buruk kejadah macam neh. Kalau aku pun sakit hati, aku boleh paham sangat la kemarahan dia tu... bila dia membebel aku pulak nak tergelak. 

Miss, Sorryyy......!
*Buat mata kucing sambil senyum senyum 

Dia tengok ke aku, pause, dan dia senyum. Senyum yang ikhlas. Yay! Magic word aku berjaya! Terima kasih ye kakak kerana memberi perkhidmatan yang baik walaupun aku ni hamsap budaknye hihi

[Faith in humanity : RESTORED]




Nak zoom gambar kakak tu tapi tak dapat pulak. 2 split tickets tren SE7 berjaya dibeli dengan harga 558.000 dong. Orang tak ramai dekat tempat menunggu, aku ambik kerusi paling hujung tepi dinding dan keluarkan semua duit yang aku ada. Kira. Exactly 800.000 dong (Dalam RM120). Tiket ketapi dengan duit ni je harta yang aku ada sekarang. 

Kena jaga elok elok , guard them with your lifeeeeee! 




Perjalanan balik ke hostel. Lama sangat dekat stesen keretapi hari pun dah gelap. 




Sampai di hostel pukul 630 petang . Mandi, solat, kemas barang dan terus tido. Esok nak tinggalkan Da Nang seawal yang mungkin! 


Selamat Malam Da Nang! 


15 December 2014

Vietnam Day 4 Hue - Da Nang Scenic Train



Good Morning Hue! 

Harini aku bangun pagi tapi tidak merancang ke mana mana. Tunggu masa nak ke stesen keretapi je. Tren pukul 10.35 pagi jadi tak perlu nak rushing. 




Aku akan menaiki tren SE3 from Hue to Da Nang. Tiket dah dibeli semalam dengan harga 75.000 dong sahaja ($USD3.75). Aku rasa dalam banyak banyak route keretapi dekat Vietnam, this is the most anticipating train route of all. In fact, one of the main reason I came to Vietnam, is this. This route is also known as Ocean Cloud Pass, as the train will slip through the hillside , overlooking the spectacular Vietnam ocean. Dalam forum forum travel pun banyak memberi respon yang positif pasal route ni so here we go!


Kawe eksaited ni boh! 


Check out pukul 8.30 pagi. Breakfast dulu di lobi hotel.


......yang mana, penkek pisang dengan sos coklat. Pisang tu aku cakap jangan taruk tapi dia taruk jugak. Aih. Cuma terpegun dengan penapis kopi dia tu. Memang dengan penapis penapis skali diorang bawak hidang. Only in Vietnam




Sampai di stesen keretapi pukul 9.30 pagi. Yang bagus di setiap stesen keretapi utama di Vietnam ada free wifi. Boleh isi masa terluang dengan online! hehe Kadang kadang dah duduk dalam tren pun mengagau gagau cari line wifi. Nak wasap makkkk! haha




Begini aku datang dan begini jugaklah aku harap aku pulang nanti, no extra luggage please!




Tren sampai pukul 10.35 pagi tepat. Koc dah penuh dengan rakyat rakyat tempatan. Sorang pun takde rakyat Malaysia ataupun muslim; apetah lagi perempuan yang bertudung macam aku. 


Perjalanan mengambil masa selama 3 jam. Tapi baru setengah jam tren bergerak aku dah tak senang duduk. Menggelupur jiwa kuuu. Pemandangan cantik nye dekat sebelah kanan. Seat aku sebelah kiri. Koc pulak cramped dengan penumpang. Dahtu macam mana lah aku nak menghayati pemandangan, macam mana nak ambik gambar semua aaa? ......and this could be my only chance in my lifetime to ride Hue - Da Nang train. ONLY CHANCE. LIFETIME. Words tersebut sangat strong meggambarkan maksud dia yang deep and intense. Okay. MUST. DO. SOMETHING. Like, NAWWW!!!. 


Atas dasar neuron neuron otak yang bersambung , aku segera bangun dan berjalan ke koc depan. Koc depan kerusi kayu 90 darjah tapi yang bagusnya, tak penuh dengan penumpang pun. Do you think what I think? Yes! Aku balik ke kerusi aku tadi, angkut backpack semua pindah ke koc depan tu. Duduk dekat seat paling hujung tepi pintu. Cun gila. 




Haaa duduk sini. Sebenarnya 4 seat kosong. Aku letak bag sebelah sana, aku duduk belah sini. Kiranya aku ambik seat yang harga lagi murah lah ni haha tak kisah janji boleh tengok view.










Ni permulaannya. Keretapi belum memanjat bukit lagi. 
Lepasni akan lalu bukit sana. 




Aku dah start excited...




Wuhuuuu... pemandangan cantik!



 

Lebih kurang pukul 11.30 pagi. Dari sini sampai lah ke Da Nang sepanjang panjang perjalanan memang pemandangan macam gini yang kita boleh tengok. Pemandangan laut daripada tebing bukit.




Dekat sangat dengan laut nye kalau keretapi tergelincir ke apa, memang aku dengan beg aku semua jatuh bergolek bawah gaung. 




Masa ni aku dah berada dalam craziness tegar macam takjub sangat , kamera tak dapat berhenti daripada tangkap gambar. Masya Allah beautiful kan?




Tak tergambar ketakjuban melalui kata kata. Bukti kebesaran Allah di depan mata.




Aku rasa kalau koc jenis open-window mesti lagi best, boleh rasa angin laut. Nak ambik gambar pun clear. Tapi untuk pengetahuan tren SE3 memang takde koc open-window. Tren lain ade la kot. 




Rapat gile dengan gaung laluan keretapi ni, kalau waktu hujan bahaya, boleh berlaku tanah runtuh ke ape aiii mintak dijauhkan lah benda benda yang tak elok. 




Gambar berkabut sebab diambik melalui cermin tingkap keretapi. 




Cantik sampai tak letak kamera sepanjang panjang perjalanan. Sampai satu tahap aku dah macam, eh dahla Nurul ambik gambar cuba la duduk diam dan nikmatilah keindahan ini please. Because the pictures actually won't do the justice of how beautiful the real sceneries are.




Jadi aku bergerak dari sana ke sebelah sini dan macamtulah. Macam gila kan. Keputusan aku untuk bertukar koc ialah keputusan paling cerdik pernah aku buat seumur hidup ini ha ha.




Troli menjual minuman







Pantai. Tapi takde orang pun.




Aku rasa macam ternampak bot Vietnam yang bulat tu...




Pagoda. Dekat dekat nak sampai Da Nang dah. 
Keretapi dah turun bukit dan sama dengan paras laut. 




Macam ni lah rupa hard seat coach. Kerusi keras tapi lagi relaks, santai dan tak cramp macam dalam soft seat coach tadi. Soft seat coach tu kerusi dia macam dalam bas ekspres tempat kita lah. 




Sampai Da Nang Train Station pukul 1.25 tengah hari.




Reunification Express SE3 Train
Hue to Da Nang




Baiklah Da Nang. 

What do you have to offer?




Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE