27 September 2012

22 September 2012

Selebrity Crush ♥ Lee Jin Wook


Since last week aku dah menonton 3 siri drama lakonan Lee Jin Wook and officially crushing! (。♥‿♥。) Thanks to Jin Wook this post is going to be very long with lots of picture. Ha! Me too, keep fainting over and over again during the making of this entry due to Jin Wook's cuteness. 



 Drama Pertama

Drama : Spy Myung Wol
Year : 2011
Rate : 4.1
Watak : North Korea Spy, Major Ryu


Mula-mula aku tak notice sangat watak Major Ryu. Cuma episod pertama dia appeared in military uniform I was like, amboi hensem kemain mejar korea utara nye pun. Watak dia takde personaliti sangat, most of the time hanya berbual dengan muka ketat. The coolest thing when he did the gaduh-gaduh tumbuk action scene and the moments he protect the girl. Such a protective bos gituw. Awal best, hujung-hujung masa konflik cinta dah jadi boring sikit tapi ending tak mengecewakan.





Drama Kedua

Drama : Powerful Opponent 
Year : 2008
Rate : 3.9
Watak : President's Son, Suho


Drama ni pun best jugak. Other than Jin Wook, I had my favourite actress Chae Rim (previously on All About Eve) as main leader. Jin Wook bawa watak president's son, Suho yang buat perangai tapi lepastu berubah ke jalan yang benar. Tak macam watak Major Ryu, watak Suho dalam drama ni ada banyak emosi. Rambut & pakaian dia macam messy sikit (still hensem) tapi dekat akhir dia buat makeover supaya nampak kemas lepas kena sound dengan anak dia. Perjalanan story ok, takde episod yang bosan terpaksa skip cuma ending dia macam tergantung, which ruined the earlier excitement of the drama :-(





Drama Ketiga

Drama : Before & After: Plastic Surgery Clinic
Year : 2008
Drama Rate : 4.7
Watak : Plastic Surgeon, Dr Han

Oke ini paling best.

Al kisahnya Dr Han (Jin Sook) sorang doktor yang mewarisi klinik plastic surgery daripada arwah ayah dia. Pada masa yang sama dia tanggung hutang ayah dia 3 juta won daripada lintah darat. Selalu la jugak along melepak klinik dia mintak hutang. Dan, Dr Han ni tak brani pegang pisau sebab dia pernah cederakan orang masa first time dia buat surgery. Macam trauma la. So dalam klinik dia round2 ke hulu ke hilir & bagi consultation before customer buat pembedahan je.






 Mula mula nak tengok drama ni aku macam, alamak muntah darah la lepasni komfem tak minat Jin Wook dah sebab bosan, tengok 2 drama dia dalam masa seminggu. Actually, I'm not. I'm not bosan at all. In fact it makes me loves Jin Wook more! Kakaka. 






Jin Wook is like an eye candy in this drama, tahu tak eye candy? Dr Han ni ada fashion sense jugakla.  I mean stylo & fashionable clothes from his coat, suit, shoes, even cool casual-tshirts! Lepastu scene drama ni masa winter & spring, ommo dia punya winter coat cool gila wehhh dahla dia tinggi, everytime he came up no matter what he wear he looks like a model! *die* 






Selama 12 episod tu dia pakai different clothes. Tak pernah pakai baju sama. Amboi, dengar macam hutang banyak sangat tapi baju nak lawa lawa aje. I can say they have really good stylist for this drama. 







Antara tiga drama Jin Wook yang aku pernah tengok, aku paling suka yang ini sebab watak dia comel gila! Sebagai Director klinik dia macam bossy sikit. Banyak cakap & full of expression. Sesuai dengan muka dia. Watak kali ni berlawanan gila gila dengan watak dalam cite Spy tu. 






Awal-awal Dr Han macam mata duitan cari customer supaya dia dapat bayar hutang ayah dia. Episod 2 siap ada pompuan skizo kaya nak jadikan dia sebagai suami tahu? haha. Banyak gila scene lawak tau penat aku gelak. Especially episod 6 ke atas lah. 






Dr Han minat dekat sorang nurse yang keje dekat klinik dia. Tapi nurse tu pulak pegi minat dekat Dr Choi, sorang lagi doktor klinik tu yang pakai botox. Dr Choi tu yang buat surgery, sebab Dr Han tak berani pegang pisau. But at the end dia berjaya jugak mengatasi ketakutan dia & buat banyak surgery dengan berjaya.






Nurse ni menumpang dekat rumah Dr Han. 






I like how Dr Han gradually likes the nurse. Comel tau, nurse tu minat dekat Dr Choi tapi sebenarnya dia tak boleh hidup tanpa Dr Han. Tapi dia tak tahu perasaan dia. Haa gituw. Kesian dekat Dr Han ni. Tapi aku tau last-last episod mesti diorang bersama jugak ♥(οΎ‰´∀`)






Setiap episod isu dia lain-lain. Harini pasal artis yang nak bedah hidung, next episod pasal suri rumah yang nak tukar muka sebab larikan diri daripada suami jahat, dan sebagainya. Cite ni takdelah menunjukkan plastic surgery tu bagus/takbagus, tapi lebih kepada perspektif kehidupan pekerja2 dekat klinik tu. 






Masa ending , mana-mana watak utama akan bagi info pasal permbedahan plastik yang berlaku dalam episod tu. Sebab dekat korea benda ni common sangat, pegi buat plastic surgery macam pegi pasar beli ikan. 






Aherherher sorry la banyak pulak gambar Jin Wook. Nampak scene Jin Wook aku pause cite sekejap pegi print screen lepastu save dalam picture kahkahkah. sikit sikit nak print screen, sikit sikit nak print screen. the cute things about Jin Wook ialah, suara dia yang comel, sharp eyes & his beautiful rabbit-teeth smile. luls.














Ending dia pun comel. After one year, dia tinggal dekat kampung mana entah tengah ambik gambar pakai dslr lens panjang (cool gila jadi photographer la pulakkk) lepastu ada budak datang approach and... lebih-lebih malasla nak cerita. Drama ni ada good storyline, takde plot merepek repek tertukar anak, hilang ingatan semua, konflik cinta pun tak meleret. Episod 9 baru start cintan cintun. Sebelum tu Dr Han dengan nurse tu manjang gaduh dengan berebut makan je. tsks. 






tengok gambar → pengsan → sedar → set gambar sebagai wallpaper handset & laptop → pengsan balik  (。’▽’。)♡



 oklah. penat dah menaip. kalau rasa nak tengok boleh pegi maadu.com. aku kena stop kejap tengok drama. weekend depan pulak. hari mengajar takboleh kacau. babaiz. \(^▽^*)





18 September 2012

Model Penempatan Zaman Dahulu Kala



Subjek Kajian Tempatan dah habis mengajar semua semua bab. Pungpang pungpang kitorang decide hendak buat ulangkaji balik semua bab. Start dengan Bab 1, Topik Penempatan Awal Manusia. Alah penempatan gua, pinggir sungai, tanah lapang... Penempatan zaman batu haaa ingat tak? Nak baca buku teks macam bosan sebab masa mula-mula belajar topik ni dulu sure dah ngadap buku teks kan? So we decide to make a model. Model Penempatan Zaman Dahulu Kala. Gituw.  Berbekalkan kertas pelbagai warna, plastisin, batu yang dikutip depan rumah, dengan cat air kitorang pun memulakan kerja. Yeahhh!




Peringkat awal





Jangan risau, semua orang cikgu bagi chance pegang berus okay ?





Ini, kumpulan Dragon. I shared the same birthday with both boys behind me. June 20th, FTW!





Ini, kumpulan Harimau Malaysia. Amboi tukang snap gambar tak beragak betel, takde kiraan langsung. Tak sempat cikgu nak senyum. :p





Mind my ugly handwriting on the blackboard. Kahkahkah. Tak biasa menulis pakai kapoor.





Nasib tak terbalik menatang model tu. 





Tadahhh! Hasil kerja kelas 4A bersama cikgunye. Kelakor tak? Hehehe



Okay itu sahaja laporang ringkas dari SK Tok Che Dol.
besok ada Sambutan Penutup Bulan Kemerdekaandengar kata ada aktiviti berarak keliling Kampung Halban Chomel sambil kibarkan Jalur GemilangAhhh I am reallyyy looking forward for tomorrow's event! 


Bye!



09 September 2012

Tok Chek Dol Who?


Assalamualaikum. Hello guys. 
Well it's me again. 


So I've been in school for almost a week now. As cikgu ganti. Everything is going well, except that I'm still adjusting myself to those little kids calling me Teacher, when I keep addressing myself as Cikgu instead. I don't really like to say Teacher, as sometimes I got my tongue twisted and I said Cicer. Retarded isn't it?



The school is very small with a population of 250 students, one (or two) class for every standard. I teach English for Standard 4 and 5. Yes, English! (Sebab tu bajed bajed tulis BI kahkahkah) Tahu tak betapa cuaknya aku bila PK cakap aku kena ganti BI?, ingatkan kena ajar Maths ke Sains ke. Rupanya BI. (Terubat kesedihan dulu apply TESL maktab tak dapat :-( , merasa la jugak jadi teacher) Aku takdelah pandai English sangat pun. Aku ajar based on my knowledge jelah. Tapi takboleh memandai ajar jugak, must always refer to the textbook. Sebab setiap chapter dalam textbook dah ada part writing, spelling, grammar & general knowledge. Complete dah.



Masa aku sekolah dulu, English is one of my favourite subject because my English sir/teacher is awesome! So I'll try my best to make every English period meaningful and exciting. Supaya boleh develop love pada English. Haa gitu. Lagi satu, always, always, always galakkan student untuk bertanya & keluar ke depan kelas untuk bercakap. Sebab dulu aku takut gila nak ke depan, bila nak disuruh bercakap tu sampai tak terkeluar suara. Kita taknak macamtu okay. So let's prevent daripada sekarang.




Today, we had a reading competition. Class is divided into 5 groups. Budak, kalau buat grouping grouping ni terus bersemangat nak collect markah.




That's Debi, yang paling kecik tu. Super duper cute. Time aku menulis dekat papan hitam dia boleh datang kedepan lepastu tanya random question. haha




The girls. Group PALING bersemangat kumpul markah.




Nama group semua nak ada kaitan dengan bola. Harimau Malaya lah. Kelantan FC lah. Team Malaysia lah. Semangat kesukanan lah sangattt -___-" I hope they all have fun during the lesson ;)



Sekolah ni terletak ke dalam jugaklah. 23km daripada bandar Tanah Merah, aku bawak motor dalam 25-30 minit one way (Jauh weh). Jalan tak sibuk, agak lengang waktu pagi. Masuk kawasan kampung tu lagilah. Dengan bukit berkabus nya, kiri kanan pokok getah. Sekolah ni kecik je, very simple tapi lengkap dengan basic accommodation. Tandas student cantik gila. Dinding dekat luar bercat dengan colorful mural, ada kerusi menunggu lepastu dalam, bersih. Lagi satu best, tiap kali lepas rehat student dapat vitamin & minum susu free. Standard 1 sampai 6 akan pergi kantin ramai-ramai ambik susu kotak tu, lepastu menyusu. Untung gilaaa! Aku takde pun macamtu masa sekolah dulu? :-/



It's easy to control the students too. Anddd, you would recognize & know almost every students in school! Thank You PPD for giving me the chance to be a primary-school teacher walaupun sekejap je. Haritu masa praktikal pegi sekolah menengah dekat tengah-tengah bandar, sekarang pegi sekolah rendah dekat kawasan pedalaman pulak. Kontra bebenar situasinya. Setiap satu ada kelebihan masing masing. Cuma kita sebagai cikgu, serve our best. Betul dak?



Penyelia aku ada pesan (sampai sekarang ingat dia punya suara tu gema-gema doh), bila jadi cikgu, dan kita dibayar gaji, kita kena buat kerja betul-betul. Mengajar sepenuh hati. Pastikan setiap kali kita masuk kelas, murid dapat something. Jangan sambil lewa, barulah duit yang kita dapat, yang kita buat makan jadi darah daging tu berkat & halal. Hati pun tenang. Actually this applied to every job, tak kiralah cikgu ke, nurse ke, buruh kasar ke, lawyer ke, buat sesuatu pekerjaan ikhlas kerana Allah Taala Insyaallah... Jadi cikgu memang cita-cita aku daripada dulu lagi. Harap-harap tahun depan mana-mana graduate student dalam pendidikan dapat posting. Takmo tunggu lama-lama. Aminnn.



Amboi panjang la pulak. Sampai situ jelah. Ada story, aku sambung lagi. By the way OK tak design baru blog? Haritu aku stress macam mana entah, terus pegi tukar design semua. Ape ape jelah. OK bye, Thanks for reading. Assalamualaikum see you next time.




Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE