Showing posts with label Hakodate. Show all posts
Showing posts with label Hakodate. Show all posts

21 April 2016

Japan Day 8 Hakodate


02.12.2016 (Day 8)

Setelah sampai jam 1.30 petang dengan perjalanan tren yang jauh daripada Tokyo, aku rehat sekejap sebelum keluar semula daripada hotel jam 3.00 petang. 

Sebab Hakodate terletak jauh di utara Jepun, lepastu musim Winter pulak jadi waktu siang lebih pendek. Hari ni waktu Maghrib adalah jam 4.10 petang. Jadi aku tak boleh berlengah. 




Sebelum keluar aku beli mee udon ni dekat 7E. Dia ada mee, udang tempura dengan fishcake. Tapi tak habis sebab sos dia macam sejuk sejuk gitu... sepatutnya kena heat dulu kot haha manalah aku tahu. 




Bandar Hakodate ni relaks, tak ada jammed. Kereta pun tak banyak. Yang specialnya ada tram service dan streetcar. Perhentian dia macam kecik je. Macam bus stop je. 




Bangunan dekat sini pun nampak lain sikit... Macam berkotak kotak.




Nak kata elemen Inggeris tak jugak. Tapi kebanyakan bangunan kotak-kotak lepastu tingkap pun bentuk empat segi.




Aku naik tram dan berjalan kaki ke Red Brick Warehouse. Kawasan ni merupakan bangunan lama yang ditukar kepada gudang membeli belah. Macam dekat gambar atas, aku sempat masuk ke dalam tengok sayur dan lauk pauk yang segar-segar jugak. 




Red Brick WarehouseS




Starbucks pun ada outlet dekat sini. 




Unik dan vintaj. 




Tak ada orang pun... Dalam bangunan ni ada kedai-kedai, aku try masuk dalam pulak.




Kebanyakannya souvenirs dan sweets.




Candies wonderland




Daripada Red Brick Warehouse aku berjalan kaki ke Mount Hakodate Ropeway. Mount Hakodate ni merupakan tarikan wajib bila datang ke Hakodate, sebab pemandangan daripada Mount Hakodate pada waktu malam pernah di quote as one of top 3 views in Japan. 




Tiket ropeway/cable car 1290 yen untuk perjalanan 2 hala.

Tapi yang lawaknya masa nak masuk dalam bangunan tu ada ramai gila orang cina tanah besar lepastu punyalah bising congceng congceng masa beratur nak naik cable car tu. Adui. 

Tapi dalam ramai ramai tu aku sempat menyelit seat tepi tingkap dan berjaya ambik video masa cable car naik ke atas. 




Pemandangan Hakodate daripada pelantar atas bukit. Bangunan pelantar tu ada banyak bahagian jugak, ada beberapa tingkat dan boleh tengok daripada dalam dan daripada luar (open-air). Restoran ada, kedai souvenir ada, tempat cop pun ada. Kalau korang bawak notebook boleh cop dekat buku nota korang tu tanda dah jejak Hakodate Mountain. 




Arah pemandangan yang berbeza.




Masa ni baru nak gelap, belum gelap sepenuhnya lagi. Kalau dah gelap nanti baru cantik sebab lampu lampu semua dah menyala...




Nampak tak banjaran gunung? Inilah gunung yang aku nampak depan stesen keretapi tadi. Dari situ lagi jelas dan gunung nampak lagi besar berbanding dari atas bukit ni.




OK dah makin gelap... Yang ini aku naik dekat pelantar paling atas. Sejuk dol. Dahla ramai orang, kalau dapat space untuk tengok view tu terus stay dekat situ. Tunggu je sampai gelap.




Mount Hakodate




Memang cantik. 




Masa ni dah gelap betul. I think this is the best view.

Masa untuk turun balik.




Hachiman-jaka Slope

Dekat Hakodate ada banyak slope (jalan berbukit macamni) dan Hachiman Jaka ni yang paling famous sebab boleh nampak laut. Sekitar bandar ada banyak lampu-lampu yang dipasang di pokok dan tiang-tiang.




Tram masih beroperasi pada waktu malam. 

Aku rasa bandar Hakodate ni ala-ala San Francisco dekat US. Ada tram, kawasan tepi laut dan bandar yang berbukit-bukit. 




Dalam perjalanan balik aku naik tram sekali lagi ke Stesen Hakodate. Tak larat nak jalan dah.




Kemudian jalan kaki balik ke hotel. 

Sapporo lagi 282km ke utara Hakodate. Masa ni, bandar Sapporo dah bersalji penuh. Sayang masa tak banyak... tak dapat nak merayau sampai ke Sapporo.

Hotel Shaorom 2 (RM139/night)
Private single room

Sampai hotel aku mandi, solat dan rehat. Hotel ni memang best gile siap ada bilik air, heater, iron, kimono dan WIFI pun terbaik. Nanti kalau ada masa aku share pasal hotel pulak.

Alhamdulillah untuk segalanya. Selamat malam Hakodate!





18 April 2016

Japan Day 8 Road to Hokkaido



Selepas menempuh perjalanan lebih kurang 7 jam daripada Himeji ke Tokyo semalam, pagi ini aku akan teruskan perjalanan ke bandar Hakodate yang terletak di kepulauan Hokkaido di utara Jepun.

02.12.2016 (Day 8)



Perjanan daripada Tokyo ke Hakodate sejauh 813km akan mengambil masa selama 5 jam  menggunakan 2 tren iaitu shinkansen Hayabusa dan tren Super Hakucho Limited Express.




Shinkansen Hayabusa




Dalam ramai ramai shinkansen aku rasa Hayabusa ni yang muncung paling panjang. 




Suasana dalam tren. Penumpang tak ramai pun. Macam biasa, aku booked seat tepi tingkap.

Untuk pengetahuan, tren Hayabusa beroperasi daripada Tokyo ke bahagian utara dan stesen terakhir adalah Aomori. Bandar Aomori terletak di bahagian paling hujung kepualauan Honshu (pulau terbesar  - rujuk map Jepun). 




Pemandangan dia aku boleh cakap, memang cantik gila. Sebab makin ke utara, cuaca lebih sejuk dan aku nampak makin banyak banjaran gunung di kiri kanan jalan. Tak sempat nak tidur pun.




Yang ini aku tak ingat dekat mana, lagi 30 minit sebelum sampai Aomori. Ada banjaran gunung dengan bahagian atasnya dah dipenuhi salji. Cantik. 




Kembar Mount Fuji ke? 




Kalau Mount Fuji tu, bentuk dia tinggi, majestic, padat dan simetri. Tapi gunung ni kendur kendur sikit dan lebih landai haha. Tak tinggi, tapi besar. Tak tahu apa nama gunung nya. Memang cantik kan? Komfem gunung berapi jugak ni. 




Sampai di Stesen Aomori, aku terpaksa bertukar ke tren Super Hakucho Limited Express untuk meneruskan perjalanan ke Hakodate di kepulauan Hokkaido. Setakat yang aku pergi, shinkansen belum ada servis sampai ke Hokkaido. Tapi bermula Mac 2016 shinkansen Hayabusa tadi akan travel sampai ke Hokkaido. Jadi perjalanan Tokyo - Hokkaido lebih pantas. 




Tren ini pun masih covered by JR PASS. Tak perlu bayar cas tambahan.




Bahagian dalam tren yang bersih. Penumpang tak penuh pun.


Yang menariknya pasal tren ni ialah, ia akan merentas daripada bahagian kepulauan Honshu ke kepulauan Hokkaido (iaitu merentas Selat Tsugaru) bukan melalui jambatan tetapi melalui terowong bawah laut.

Terowong ni namanya Seikan Tunnel. 

Dekat setiap flip table di kerusi ada ditampal maklumat berkenaan dengan Seikan Tunnel ni. 

Panjang keseluruhan Seikan Tunnel ni sejauh 53.85km. 

Manakala panjang bahagian terowong yang berada di bawah laut adalah sejauh 23.0km. 

Deepest point of tunnel is 240meter down under. 

Perghhh. Hebat sungguh kejuruteraan Jepun ni kan. Macam mana diorang korek terowong tak tahu. Berdebar jugak aku buatnya masa dekat dalam tu tiba-tiba ada gempa lepastu habis timpa terowong... Memang sampai ke sudah la tak de orang jumpa dah. Hhahaha




Dekat maklumat ni ada jugak dinyatakan exact time tren start masuk terowong, exact time tren berada pada kedalaman laut yang paling dalam dan sebagainya. Jadi bolehla feeling feeling duduk bawah laut gitu. Tapi tak nampak apa pun. Gelap gelita je kat luar. Dah nama pun dalam terowong kan. 

Mula mula aku ingat... boleh tengok pemandangan laut ikan berenang renang semua. Kah kah kah. 




Keluar daripada terowong, tren dah berada di bahagian Hokkaido. Yahhuuuu! Tak sangka dapat sampai sejauh ini... Masa yang aku ambik untuk sampai ke Hakodate adalah 2 jam tak silap aku. 




Pemandangan di sebelah Hokkaido lain sikit, kalau perasan banyak kawasan rumput kering gitu. Tapi cantik sebab berlatarbelakangkan gunung-ganang. 




Sebelah kiri ada gunung, sebelah kanan pun gunung. Sebab tren tak penuh, jadi bolehla aku beralih ke kiri & kanan ambik gambar. Macam gila. hahahah.




Kalau datang lewat sikit lagi mesti dah bersalji kawasan ni. 




Semakin hampir dengan Hakodate... tren melalui kawasan lereng bukit tepi laut. Pemandangan yang hampir sama dengan pemandangan dekat Vietnam dulu. Daripada Hue ke Da Nang. Tapi Vietnam lagi cantik ah. 




Banjaran bukit cantik dekat dekat nak sampai Hakodate




Akhirnya... tren sampai di Hakodate kira-kira jam 1.30 tengah hari. Alhamdulillah!




Stesen Hakodate akan mula serve shinkansen bermula Mac 2016




Stesen Hakodate. 

Ni sebenarnya gambar yang aku ambik lepas balik semula ke stesen, sebab tu jam dah pukul 3.10 petang.

Oh, daripada stesenHakodate nak berjalan ke hotel boleh nampak banjaran gunung dengan snow capped tadi, cantik gila. Boleh berangan sikit-sikit macam dekat Swiss. 




Hotel aku Shaoroum Inn 2, dalam 5 minit jalan kaki daripada stesen. Dekat je...

Aku check in pukul 2 petang. Yang seronoknya... inilah satu satunya penginapan private aku dekat Jepun. hahahha. Yang lain lain semuanya dorm yang konsgi dengan orang. 




Bilik kecik je tapi ada tingkap, heater, dan yang paling penting ada bilik air sendiri siap tab mandi lagi hahaha! Rehat kejap bukak makan roti lepasni kita explore apa yang menarik dekat Hakodate ni. 


... bersambung


Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE