17 May 2014

Hari Guru yang Dibawak ke Tahun Depan



Last week, I got a letter from the Pejabat Pendidikan Daerah telling us (counsellors) to bring students to a program by Jabatan Kebajikan Masyarakat in Saratok on May 17th. 


Accidentally the program goes the same date with Teachers Day celebration in our school. It’s supposed to be my first Teachers Day celebration; as a teacher; in my first-posting school. Naaoooow! What is the meaning of Teachers Day if I cannot be in school for the celebration? :( But thinking twice, what is the meaning of being a teacher if you cannot undergo the teaching tasks? For the sake of duty. I need to go. (pehhh ayat. sejak bila kau patriotik Nurul? ini sudah sampai tahap boleh naik pangkat dari DG41 kepada DG54 terus kah kah)


and well… guess I have to wait another year to celebrate Teachers Day in Kabong. I hope it’s worth the wait and I pray myself to be a better Guidance & Counselling Teacher, may Allah ease the journey.




Happy Teachers Day!


01 May 2014

Kampung Budaya Sarawak, Santubong


Pada minggu lepas aku berkesempatan masuk ke Sarawak Cultural Village di Santubong, Kuching bersama-sama dengan rombongan Lawatan Sambil Belajar Pengawas SMK Kabong di mana aku merupakan salah seorang guru pengiring. Kalau tak jadi guru pengiring rasanya tak sampai jauh-jauh macamni. Hehe. 

Actually rombongan ni 3 hari 2 malam; melawat sekolah2 dekat Kuching, UiTM Kota Samarahan, dan lain-lain tapi aku malas nak cerita semua tu aku nak cerita pasal Kampung Budaya sahaja ok.



Kampung Budaya terletak di Santubong kira-kira 30 minit perjalanan daripada bandaraya Kuching. Beware jangan tido semasa perjalanan kerana kalau kita tido kita akan terlepas pemandangan Gunung Santubong yang sangat magnificent. Awasi mata anda!



Subhanallah cantiknyaaa.



Pemandangan masa lalu jambatan. Haaa lawa gila I can't stop snapping pictures. Langit yang cukup sempurna menjadi latar belakang keindahan Gunung Santubong. (skema nye ayat lulz sejak bila?)



Sampai dah Kampung Budaya. Aku lupa nak ambik gambar depan pintu masuk dia. Sebab busy nak uruskan tiket masuk budak-budak ne. Actually harga tiket masuk untuk dewasa ialah RM60 ; tapi sebab kitorang semua dalam rombongan sekolah dapat harga RM15 untuk dewasa (cikgu pengiring) dan budak budak RM5 jew. 



Mula-mula dihidangkan dengan Jambatan Buluh Bidayuh. Try lah naik. 



Budak budak semua menyeberangi jambatan dekat atas sementara aku dekat bawah mengambik gambar. Posing la korang sepuas-puasnya.



So I was among the last to cross. Dalam 1 meter kot tinggi dia. Bergegor gegor masa lalu haha. Jangan roboh sudahla. 



Cuaca masa tu sangat lah panas sabar jelah. Tapi bila cuaca panas langit jadi biru terang benderang, paling cantik ambik gambar. 



Rumah pertama di visit ialah rumah bidayuh. Dalam ni ada orang tengah buat ape dah aku tak ingat. Setiap rumah yang kita masuk akan ada orang yang berpakaian kaum masing-masing tengah buat kerja dalam tu...



Dalam kehidupan sebenar ade lagi ke rumah rumah macamni? Sekarang rumah panjang pun dah dalam bentuk rumah simen. 



Tangga kayu original. Aku turun dengan berhati hati bagi mengelakkan rasa malu dengan budak-budak sekiranya tergolek dog ke bawah itu.



Tertinggal dekat belakang kerana leka mengambil gambar huhuhu



Dalam rumah tu ada benda-benda berukir. 



And sebab aku tertinggal tadi, I was the last to get in and the last to get out. Sebelum keluar jadi BFF dengan pakcik yang mahir bermain seruling ini lalu mengambil gambar kenang-kenangan dengannya. Hee.



Ini dekat rumah yang manakah? Lupe sebab banyak sangat rumah. Walaupun tinggal dalam rumah tradisional tetapi peralatan berteknologi tinggi seperti seterika elektrik, kipas angin elektrik dan mesin jahit digunakan. Hewhew 



Baju baju Bidayuh. Mostly red.



At another corner of the house , there's this aunty making kuih. Aku panggil kuih sarang tebuan. Taktahulah dekat sini panggil kuih apa. Tapi awas, nak makan kena bayar ok bukan free. 



Inilah anak murid nye. 



Banyak bende dalam ni untuk diexplore. And yeah, Sarawak Rainforest Music Festival diadakan di sini! 



Lepastu di antara setiap rumah rumah besar ada pondok kecik. Setiap pondok kecik tu ada lah bende-bende nye. Yang ini tempat menyumpit. Nak try silakan. Aku tak masuk pun kerana khuatir tersumpit diri sendiri. 



Yang ini rumah yang paling tinggi dalam ramai-ramai. Kali ini aku mendahului yang lain di hadapan. 



See.



Dekat rumah ni kan, ada dinding dia lawa doh. Aku duk peratiii je. Kalau kita dok tengah pastu dinding tu betul betul jadi background mesti syiok. Aku suruh budak ambik gambar aku. Tau tak jadi macam mana??



K. Mana dinding nye pegi pun aku taktau. Redho jelah. 



Nilah dia rumah tadi. Tinggi gile kan. Pehhh. 



Lepastu singgah ke pondok seterusnya. Dekat sini pondok Orang Ulu. Dia bezakan parang tu pakai besi jenis apa, apa. Pastu dia ambik satu parang dia toreh dekat kulit takde kesan apa pun dekat kulit. Seriau doh. Pastu dia pakai parang yang sama untuk menebang (??? apekah istilah yang sesuai ohmybm) tunggul kayu dekat depan dia tu. Memang lekat parang tu kat situ. Maksudnya parang tu guna untuk menebang kayu jelah tapi dekat kulit manusia tak lut. 



Rumah melanau ni pun tinggi jugak tapi aku tak naik atas pun. Dekat bawah ada permainan yang kita taruk kaki dekat celah celah buluh pastu menari menari tu. 



Lepastu pergi dekat pondok buat sagu neh. Gosh the aunty yang manage here is kinda rude, I donno. Dia explain pasal bijik sagu (ke apebende nama dia) yang dah dibakar. Lepas dia explain tu dia cakap any question? Aku dengan tak bersalahnye tanya lah, bijik sagu tadi tu sebelum makan kena rebus dulu ke , goreng dulu ke macam mana? Sebab aku pernah rasa dekat Kabong dia memang tawar so aku curious takkan nak makan macamtu je kan. Pastu kau tau dia cakap ape. 



Dia kata something like, haa kan tadi dah bagitahu kita dah bakar. Ni lah rupanya orang tak bagi perhatian. Dia cakap aku tertinggal bas pastu dia gelak sinis. I was like, mendeee makcik neh dah tadi suruh tanya. Aku tak paham aku tanya lah. Depan students pulaktu, pastu ada student cakap dekat aku kenapa makcik tu cakap dengan cikgu macamtu? Hamsap sunggoh la. Pasni malas dah pergi visit pondok buat sagu tu. Forever and ever. Aku merajuk dah. Makcik buatlah sagu makcik sorang sorang dekat situ ;-(



Berjalan pulang meninggalkan pondok makcik sagu yang hamsap. Bahagian belakang rumah Melanau.  



Seterusnya ialah Rumah Melayu Sarawak. Aku lambat masuk ke atas. Budak budak ni dekat bawah dah cakap, jom cikgu jom jom bertandak. Aku nye macam, apekebende pulak ni. 

Bila masuk ke dalam rumah...


 Bertandak time!!!


Rupanya bertandak tu macam joget lambak something like that. Betulkan jika salah, dia macam adat Melayu Sarawak masa kenduri ke macam tulah yang aku paham. Pelik jugak la aku tengok sebab tempat aku takde bende bende macam ni. Budak budak pun bertandak dengan girang nye diorang ajak cikgu jomla jomla. 

Manala aku reti hahahaha aku reti gelak je di satu sudut melihat kelakuan diorang. Ada makcik dekat belakang tu main gendang . Nice. Budaya yang baru untuk dipelajari. Haha. 



Pastu masuk Rumah Cina pulak. Ada bende lawak dalam ni. Hahaha tapi takpayah cerita lah bukannya engkorang nak gelak pun. 



Habis dah melawat rumah rumah. Sekarang tunggu cultural show pulak pukul 4 petang. Nampak tak belakag aku tu ialah Gunung Santubong. Panjang, rupa dia macam badan orang perempuan yang tengah tido. Mistik tak? Heeeeheheheee 



Pukul 4 dah masuk dalam stadium dia (stadium? ohmybm again!!!) Aku ingatkan show dekat tempat terbuka macamtu je. Rupa-rupanya show dalam stadium kauu. Extravaganza gilerww. Hebak hebak. Dengan lighting nye merelap relap macam macam kaler. Best best. 



Dia tarian pelbagai budaya, aku rasa penari tu orang yang sama tapi lajuuu je depa tukar kostum. Hebak hebak. Sepanjang persembahan tu aku macam waaaa, keluar yang lain waaaa. Hahaha.



Dalam ramai ramai tu ada sorang penari lelaki hensem doww. Jap aku nak zoom. 



Haaa tuuu. Siap ada arrow untuk bagi panduan kepada pembaca. Hahahahaha gilow. 



Then persembahan Melanau kot. Diorang pakai batang kayu panjang.



Pastu one of them climb the others. I was still wondering what's going to happen...



Tiba-tiba dalam sekelip mata dia panjat sampai ke atas tu wehhh. I was like whoaaa. This is a seriouzzz biznez mannn. Tak boleh dibuat main dan takboleh dipandang ringan lagi.



Pusing pusing pulak atas tu. Huhuhu so much Jackie Chan style. And its live bukan rakaman.



Dilarang mencuba di rumah. Huhu



Kemudian tarian solo pulak. This is kaum Orang Ulu. The most entertaining of all. 



Dia menari menari pastu dia sumpit belon dekat tepi stage. 



Menari menari lagi, tiba tiba turun bawah usha garing penonton pastu dia tunjuk dekat makwe omputih ne. Dia ajak makwe ni naik ke pentas assist persembahan dia lah. Amboi high taste jugak nak yang lawa lawa aje hahaha. But its really entertaining sebab omputih ni pun macam sporting je. Dia menyumpit atas kepala perempuan tu. Hebak hebak. 



Ada menari menari lagi. Aku rasa yang ini tarian Melayu Sarawak. Pakcik dekat belakang yang pegang mic tu pakcik yang duduk dekat Rumah Melayu tadi... Lepastu dia ajak penonton untuk naik ke pentas menari tarian bertandak tadi ramai-ramai. Me? Hahahaha haram aku nak naik. Malu weyyy. 



Kau tengokla anak murid sape yang paling ramai menari atas pentas tu. Hahahahaha.



Last sekali menari lagi . Lagu Visit Malaysia . Best gila . Penutup yang cun. Rasa macam nak download je lagu Visit Malaysia tu taruk dekat fon dan jadikannya sebagai ringtone haha. Overall , cultural show dekat stadium ni paling besttt tak boring langsung. Menarikkk. 



Last pic before leaving...



Depan pintu masuk ada something like dataran dan menghubungkan ke pantai. Pergi la usha walaupun panas gila gila. Huhuhu. 



Boleh tahan pantainya. 



Ambik gambar bawah burung kenyalang ni. 



Ok byeee kalau ada peluang sampai ke Sarawak berkunjunglah ke Kampung Budaya dekat Santubong! 


Nah website:
Sarawak Cultural Village





Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE