Showing posts with label Siem Reap. Show all posts
Showing posts with label Siem Reap. Show all posts

09 June 2014

Cambodia Day 2 : Old Market


Okey sambung lepas balik daripada Angkor Wat terus check out hotel dan pergi ke city centre untuk check in hotel lain pulak.


Angkor Orchird Central Hotel, Siem Reap



Okay hotel ni kecik saja, 4 tingkat tapi best gilaaa. Lagi best dari hotel semalam. Cost me RM52 per night with free breakfast booked pakai Agoda. Dahla breakfast dia sedap. Lepastu dekat dengan Old Market, Night Market, Angkor Artisan, semua within walking distance je. Sangat recommended. 




Reception. Masa check in aku beli sekali tiket untuk ke Phnom Penh. Aku bajet nak naik bas je tapi ayah aku cadangkan naik van lagi cepat 6 jam berbanding bas 7 jam dan lagi selesa. Harga tiket USD15. 




Tempat makan. Pekerja dia agak ramah la. Katanya boss dia orang Malaysia dan breakfast yang disediakan dekat sini semuanya menu halal.




Bilik simple je. 




Ada balkoni.




Gambar daripada balkoni. Night Market sebelah tu je. 


Dalam pukul 3.15 drebar tuk tuk tadi datang balik dan bawak kitorang ke Muslim Family Kitchen ataupun Restoran Haji Musa untuk lunch. 




Masa ni full house. Sebab ada geng budak budak lawatan sekolah. Aku duk peratiii je diorang ni, kemudian baru perasan rombongan sama yang jumpa dekat Ababa Curry House semalam dan pagi tadi masa buffet breakfast dekat hotel pun jumpa jugak budak budak ni. Student primary school daripada Singapore. Hebak lah school trip sampai ke Cambodia. Padahal baru sekolah rendah tuu. Jumpa jugak satu family Malaysia dan sekumpulan hijabista yang naik flight di KLIA2 sama sama semalam. 




Order Lembu Naik Bukit dish yang agak glamer di kalangan pelancong Malaysia yang pernah datang ke Restoran Haji Musa ni. Dia campurkan daging, telur, dengan sayur sayuran je pun. 




Pekerja restoran datang masak depan kita. Hehe.




Lauk dia sedap, cuma nasik dia melekit macam pulutsikit aku kurang gemar. Total USD13




Lepas makan drebar hantar ke kawasan Old Market. Ayah aku salam salam dengan dia cakap terima kasih apebende semua. Bayar dia total USD20 untuk trip Angkor, hantar ke hotel dan hantar kedai makan tadi. 




Cadbury! Cadbury everywhereee. Pemandangan dalam Old Market. Dia ada bahagian jual sayur, daging, dan ada jugak bahagian jual cenderamata... 




Aku suka Old Market berbanding Night Market. Sebab peniaga dekat Night Market letak harga tinggi lepastu mungkin jugak, masa aku shopping dekat Night Market semalam aku tak berpikir, naif, malas nak tawar, belum tahu limit harga dan sebagainya. Bila dekat Old Market ni rasa macam dah power sikit skill tawar menawar dan boleh pikir rasional apebende yang patut beli, apebende yang tak patut beli. 




Kekacang made in Cambodia.




Rempah ratus dalam packaging comel.




Tuk tuk batman.




Dekat deretan kedai tu aku terjumpa satu kedai yang jual poskad, lalu aku beli sekeping untuk poskan dekat diri sendiri. Harga USD1 untuk poskad dan setem. Orang kedai tu kata dia boleh tolong pos so okey la. Jangan pos ke tempat lain sudahla.




Bahan bahan jualan yang bergantungan.




Kalau dekat Bandung, peniaga panggil "Blanja buk blanja blanja" tapi dekat sini lain pulak cite dia. Bila aku lalu, diorang akan cakap, "Sir, Lady, Buy SomeSing Buy SomeSing..." somesing? OHMYENGLISH! hahahaha




Aku paling berkenan dengan mangkuk tempurung ni. Lawa gila. Beli 2 biji dengan harga USD5 untuk letak atas meja makan sebagai hiasan. 




Banyak cenderamata. Antara nak beli dengan takmau beli. Fridge magnet boleh tawar sampai 3 ketul untuk USD1 kot. 


\

Shawl pun sangat banyak dijual tapi malasla aku nak beli. 




Lukisan pun banyak cantik cantik. Hajat nak beli jugak tapi usya usya hehe mak tak mampooo.




Moto pengangkutan utama dekat sini, kereta jarang jarang. 




Depan Old Market ada jambatan ni. Seberang je ke sebelah sana untuk balik ke hotel. Dekat je. 




Lepas seberang ni akan masuk dalam Night Market. Tapi Night Market yang dalam kedai berbumbung lah, dia ada banyak banyak kedai kecik jual mostly cenderamata jugak. Dekat Siem Reap ni rupanya ada banyak Night Market.




Okey dah sampai hotel. Masa ni baru pukul 6 tapi dah gelap. Malam tu kepala aku berdenyut teruk, maybe sebab berbungkus lama lepastu panas sangat masa jalan jalan dekat Angkor Wat tu. So tak keluar pegi mana mana pun. Telan penadol, tampal kuyok, lepastu tido kumpul tenaga untuk perjalanan ke Phnom Penh besoknya...



08 June 2014

Cambodia Day 2 : Angkor Archeological Park



Hari kedua di Siem Reap. Penjelajahan dimulakan dengan melawat Angkor Archeological Park. Excited sebab tapak Warisan UNESCO! Hehehe. 




Buffet breakfast dekat hotel ni banyak gila dan nampak sedap. Tapi aku dengan ayah aku mampu cuci mata je. Nak ambik macam tak berani. Cari sijil halal takdok. Hahaha. 




Koko Crunch , Koko puff semua ada...




Ni tempat orang masak mee sup ke apebende macam tulah. 




Ayah aku ambik teh dengan fresh fruits je. Aku pulak ambik air kopi, roti kosong dengan madu. 




Dekat luar restoran ada orang tengah main alat muzik keletung keletang bunyi dia. 




Semalam janji dengan drebar tuk tuk bertolak pukul 7.30 pagi tapi pukul 7.30 pagi kitorang baru turun nak breakfast. Janji Malaya... hahaha Nasib baik dia masih setia menunggu dekat depan hotel.




Ok. Tak jauh mana pun hotel dengan Angkor Wat tu dalam 15 minit je kot perjalanan. Sampai , pergi ke kaunter untuk ambik gambar dan beli tiket. Harga tiket ialah USD20 untuk satu hari. 




Tadaaa! Dia akan jadi macam ni tiket kita. Hebak tak? Boleh bawa balik sebagai kenang kenangan. Hari tu aku letak dekat poket belakang seluar. By the end of the day dakwat dia tu dah cair sebab basah berpeluh. Hahahaha nak bagitahu panas nak panas cuaca dekat sana. Dan, tiket tu takboleh bagi hilang sebab setiapkali kita nak masuk temple yang berlainan, ada pekerja akan check tiket. 




Lepas beli tiket, naik tuk tuk semula. Drebar tu akan bawak ke pintu masuk Angkor Wat. Angkor Wat ni dikelilingi kolam buatan, empat segi sama bentuk dia. Cantik. Aku duk bayang kalau boleh bawak basikal aku dekat sini lepastu cycle keliling tasik ni bestnya bestnya huhuhu. Banyak je basikal kalau nak sewa, antara ada stamina dengan takde je. Tapi nak explore temple lagi, nak mengayuh lagi, fuhhh kepenatan dia level +9999. Sebab tempat ni luas gila lepastu jarak dari satu temple ke satu temple boleh tahan jauh jugak..




Sampai dah pintu masuk dia. Masa ni drebar tuk tuk tunggu dekat seberang jalan. 




Berjalan kaki ke dalam  dengan penuh keyakinan. 




Dalam ni sangat besar I never thought it would be THAT BIG. 




And I thought half day is enough...




My cheerful face didn't know that... Yet. One half day is actually never enough. 




Monk remaja yang duduk menetap dekat dalam Angkor Wat ni sebab katanya its peaceful than the city. Tahu tak, mula mula aku duduk gembira gembira ambik gambar dekat bawah tu dengan ayah aku tetiba budak ni muncul like , perlahan lahan daripada bawah ke atas lepastu muncul dekat jendela tu and we were shocked to death LOL. 




Tangga yang tinggi ni naik ke menara. Sebenarnya tangga daripada binaan asal curam je, kecik je anak tangga tapi dibina tangga kayu yang baru untuk pelancong naik ke atas. Lepastu sama-sama panjat dengan ayah aku walaupun aku gayat sebenarnya. Ayah aku yang ajak naik. Bukan la gayat sangat tapi takut tiba tiba hilang pertimbangan lepastu tergolek dog ke bawah tu huhu.




But the view from above is worth it. 




Believe it or not the temple was built 1200 AC it stood more than 800 years! Aku terbayang kalau binaan ni dicat baru dengan warna warni... haha mesti kena keji dengan pencinta sejarah. 




Masa ni nak balik dah, lama sangat dekat Angkor Wat sedangkan banyak lagi temple lain nak pegi tengok. Takkan nak perabih masa dekat sini je. 




Lepastu naik tuk tuk lagi, tiba tiba drebar singgah dekat kedai runcit untuk beli air mineral. Katanya dekat sini murah. 1 dollar boleh dapat 4 botol air tapi kalau beli dekat dalam temple 1 dollar dapat sebotol je. 




Next ; Bayon. Ni adalah gerbang pintu masuk. Temple dia jauh lagi ke dalam. Drebar turunkan dekat sini sekejap untuk ambik gambar, lepastu dia tunggu belakang pintu gerbang tu. Tahu tahu je dia suruh ambik gambar padahal takde sapa-sape mintak pun. Bagus bagus. 




All this statues remind me of Harry Potter movie. Last part during the war when Professor McGonagall made a spell and penjaga Hogwart yang terdiri daripada patung patung batu macam ni hidup lepastu mempertahankan sekolah tu ingat tak ingat tak? This statues in Bayon might function the same, only if we have the spell. Anyone? Nak try?




Budak budak bawak beskal dengan riang nya macam takde masalah hidup langsung. Oh ye, kalau orang tempatan takde bayaran masuk yang dikenakan untuk melawat temple temple ni. Hmmm best ler korang jimat 20USD. 




Mesti banyak buaya dalam ni. 




Pandangan dari dalam lepas melepasi pintu gerbang tu. 




Berbanding dengan Borobudur & Prambanan yang aku tengok dekat Jogja, kompleks binaan dekat Siem Reap ni lagi luas sebab dia ada banyak binaan dan scattered di pelbagai tempat. Kalau betul betul nak explore sehari memang tak cukup. Yang aku ambik ni pun Mini Tour, melawat yang dekat dekat je.




Aku rasa Bayon lagi cantik sebab ukiran dia lebih halus dan kompleks berbanding senibina Angkor Wat. 




Dia punya menara tu ada ukiran wajah yang memandang setiap arah timur barat utara selatan. Spooooky. 




Kalau nak cantik ambik gambar dekat sini pakai baju yang warna funky funky macam kuning ke baru naik dalam gambar. Sebab sini kan batu dia semua kelabu asap je. 




Ade la pulak oram putih yang nak feeling feeling buat modelling dekat situ. Mat saleh, Korea, Jepun memang ramai dekat sini dan kebanyakannya muda, hensem dan cantik macam bintang filem. Kebanyakan stok stok model doh. 




How can people hundred of years before us can built something like this with limited technology? Mind blowing sekejap.




Ibu bapa dekat Siem Reap senang, kalau anak anak buat salah boleh ugut untuk tinggalkan dekat sini malam malam komfem anak tu behave dah. Hehuhuhueheheuuu




Pemandangan dari arah belakang Bayon. 




Ni temple lain pulak. Dekat je dengan Bayon tadi. Tapi tak masuk dalam pun sekadar usha dekat depan ni je. Sebabnya dah penat gila dan cuaca panas menceceh ceceh. 




Sebelah ni pun ada binaan lagi yang tak berbumbung, dia berkonsepkan gajah. Dekat dinding, tangga dia semua ada motif ukiran dan patung gajah. Yang ni sekadar tengok daripada tuk tuk je.  




Akhir sekali dibawa ke Ta Phrom ; yang ni spesel sebab; nombor satu nya binaan dia bergelumang dengan pokok yang mempunyai akar besar besar. Yang kedua spesel sebab merupakan tempat penggambaran filem Angelina Jolie Lara Croft Tomb Raider kalau korang masih ingat. 


Dekat sini lawak. Ada la sorang mamat ni promote buku pasal Angkor, memang best la buku tu glossy paper lepastu gambar bewarna pulak kan. Harga dekat belakang buku tulis USD27.50 mahal nak mampos. Tapi dia duk cakap, ONE dollar ONE dollar. Aku pun nak la kan. Tup tup ayah aku bukak wallet hulur satu dollar, dia kata bukan bukan. Pastu dia lukis dekat tanah, nombor 11. Rupanya ELEVEN bukan ONE! Sebutan dia memang dengar macam ONE dollar, ape punya English edukasyen yang dia belajar sampai sebut pun tak betul. Adoila punah punah. Lepastu aku pulak mengajar dia E-LE-VEN not ONE. Tensen sebab dia duk memujuk rayu suruh beli. Last last memang tak beli lah. 




Ta Phrom ni paling lawa , paling klasik paling eksotik sebab pokok dan merge dengan binaan tapi malangnya spend masa kejap je dekat sini. Dua dua dah penat, cuaca panas (37'C) dan nak berkejar check out hotel. Sayang nye. 




Lagi sedih tak explore habis. Tak sempat cari pintu yang berselirat dengan akar kayu tu tempat Angelina Jolie berdiri tu. 




Dalam perjalanan nak keluar jumpa budak budak ni. Yang kecik tu muka dia dah kena conteng misai kucing siap bibir pun berlipstick hitam bagai. Hahahahahah sape punye keje hah?!!!




Lepastu bila keluar, drebar tuk tuk tak ada. Mulalah rasa cuak kena tinggal. Rupa-rupanya Ta Phrom ni ada 3 exit. Terpaksa masuk balik, lepastu keluar ikut exit yang sebelah sana. Penat woo menapak. Ni budak ni dia nak meniaga fridge magnet dengan aku. Tapi muka ketat sepanjang sesi memujuk, tak mesra pelanggan langsung haha




Menapak daripada exit tadi ke exit sebelah sini. Jauh di hujung jalan sana. 




Akhirnya menemui jalan benar. Dekat depan ni ada tuk tuk menunggu... Terus naik, dan dia bawak balik ke hotel untuk check out.



Okey bye bye Empress Angkor Hotel. Pindah ke hotel lain pulak, tapi hari kedua masih lagi di Siem Reap.



Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE