27 February 2011

Beli Iphone dengan Amoi Pakai Lipstik Merah Saiko






semalam aku mimpi sesuatu yang menakutkan. maklumlah tidur lama, segala macam drama pun masuk dalam mimpi. malah kalau mimpi tu ada episod-episod aku rasa full, boleh complete satu series masa aku tidur semalam. pukul 9 malam gedebuk atas katil; (tu belum campur tidur belah petang 6 sampai 8) 6 pagi baru aku bangun. terkesima kejap. bayi pun tak tido lama macam aku. eh amboi, nak mengalahkan bayi nampak? haaa satu lagi, aku rasa diantara waktu tido tu aku macam terbangun kejap sebab ada orang ketuk pintu bilik aku mintak pinjam duit 20 ringgit. aku tak sure mimpi ke betul, nanti aku check balik kantung duit aku....


ok berbalik kepada cerita sebenar....


jalan cerita (skrip) mimpi aku semalam tu, lebih kurang skrip Harry Potter cuma pelakonnya akulah kan, bukan mamat yang berlakon cite Harry Potter tuh. ceritanya bermula dengan... aku pergi satu kedai ni, kedai DIGI. kedainya dua tingkat (rumah kedai kot) dan si peniaganya ialah sorang amoi pakai cheongsam. ok, sebab aku rajin meh aku tunjukkan air tangan aku melukis pelan lantai kedai tersebut :



haaa kau paham tak pelan lantai yang aku lukis neh? kalau tak paham sia-sia je aku bukak paint, buat penat je. harap paham la ye..... kedai handset ni macam biasalah ada kaunter kaca. handphone nye, semua display kat dalam kace tuh. alah macam kedai emas, kedai mas.... so aku pun pergilah usha-usha handset dekat dalam kace tuh....


amoi tu pulak, amboi sikit punya kerek (tapi pakai ceongsam, lipstik merah kemainn), macamla aku ni datang kedai dia nak mintak sedekah, nak mintak handset free? ceh. customer service tahap jatuh ke longkang. habuk pun tarakkkk. tapi habuk, habuk jugak. aku ushaa je koleksi handphone dekat kedai dia tu kan. daripada pintu sampai ke hujung dalam kedai. lepastu aku ternampak tangga yang naik ke tingkat atas tu kan, aku pon intai la ape lagi... (curiositi membuak-buak neh) sekali... laaaa BERSEPAH! tangga laluan naik ke atas tu dahla gelap, lepastu penuh dengan kotak-kotak semua. pemalas punya tuan kedai! dahla kerek, malas mengemas pulaktu....


macam ni la lebih kurang tangga untuk naik ke tingkat atas kedai, cuma sepanjang laluan dia tu bersepah dengan kotak-kotak, gelap dan berdebu. 


syok-syok aku mengintai atas, kau tau ape jadi? adoi nasib baik aku takde sakit jantung, kalau tidak komfem besoknye masuk MUKA DEPAN METRO: SEORANG PELAJAR IPT MAUT AKIBAT SERANGAN JANTUNG DI KEDAI TELEFON BIMBIT -___-' kau tau, tibe-tibe amoi jaga kedai tadi muncul daripada tingkat atas, AIH PELIK TAK PELIK? aku tengok kaunter dah kosong takde orang. dia turun dari atas sambil bebel dekat aku, "LU APA MAU? APA INTAI-INTAI? MAU APA BARANG BOLEH ANGKAT SAJAA" saiko gilaaaa kedai neh. pakai sihir ke ilmu ghaib ke apa boleh tukar-tukar position macamtu? aku takmau cakap banyak dengan amoi tu seriau lain macam dah neh, so aku pun ANGKAT laa IPHONE 4 sebijik. takleh belah kau, iphone teruss. ini aku bukan reka reka phone eh, memang komfem aku amik iphone. tapi dalam mimpi jelah. 


aku pun bawakla balik iphone dengan gembiranya... baru keluar depan kedai, tiba-tiba iphone aku bertukar jadi anaconda. BESARRR GILAAA warghhhh!!!! lepastu dia melompat jatuh daripada tangan aku, lepastu dia macam menggelupur dekat atas tanah. nak bersalin ke nak bertelur ke aku taktaulah. tapi magiknye, tibe-tibe muncul pedang dekat tangan aku. ala-ala pedang samurai gituw. aku pun apelagi. libas-libas la si ular tuh. action gile weh. kalah action Jackie Chan. aku kerat badan dia kepada beberapa bahagian kecik, tapi takde darah pun. alah ular iphone kannnn. walaupun badan dah terkerat 4-5 bahagian tapi dia gelek-gelek kemain tak berenti,,, aku pun taktau nak buat apa dah.




akhirnya (penutup karangan) datangla 2 orang member aku (cosmate) dengan sebuah teksi warna kuning jemput aku, aku pun ikutla diorang balik meninggalkan bahagian-bahagian ular itu yang masih buat dangdut dancing sorang-sorang.... hahaha padan muka takde orang layan. kesimpulannya, duit yang aku bayar dekat amoi kedai tu lesap begitu sahaja. Iphone takde, duit tah ke mana.... melepasszz


23 February 2011

Sotong yang Menggatalkan



alah bukan setakat sotong; tapi udang, kerang, ketam, ngan kulit-kulit siput-siput tu semuaaa aku bedal. first round dah sepinggan besar, belum masuk second round, third round, sixty seventh round... banyak gila aku makan seafood semalam. sape-sape yang rasa nak makan seafood secara pelahap nafsu jin tapi bayar murah, bolehla pergi makan buffet seafood dekat RESTORAN MAEPS Serdang. RM19.90 sekepala. kau buat macam aku, jangan makan 3-4 hari biar berkebulurrr sekejap lepastu kau datangla makan sini. komfem berbaloi-baloi. 



pembuka mulut; ABC dengan sarsi




pilihan seafood ada ketam, udang, lala, kerang, siput2, ikan mcm2 jenis, lepastu ada daging, ayam... bebola pulak kau toksah cakap la. berpuluh-puluh jenisss. udang memang wajib ulang-alik topup 4-5 kali, sebab udang mahal wehhh! agak-agak sekilo tu adelaaa kitorang berdua makan. heh. dalam gambar tu sebelah kuah tomyam, sebelah lagi sup rempah apekebenda tah. TOMYAM SEDAP!



nampak je sikit baru first round, kau mana tau berape puluh round semua skali?




 aku macam terliur tengok salad2 segar dengan sos thousand island & mangga skali. tapi yang bengong nye, aku pergi amik secoettt je, adoiii rugi rugi




 sila ucapkan terima kasih pada Cik Eno Farhana sebab sudi bawak aku yang jakun ni datang makan. tsk. tsk. hmm menyesal pulak aku tak ambik fries besar-besar yang macam dia ambik. sebab terlampau jakun; takjub sangat tengok makanan banyak, terus terlupe ada fries. rugi... rugi... 




kitorang pegi semalam agak lewat dahla. dalam pukul 9 camtuh. tapi naseb bek makanan banyak lagi. wahaha. title pen-jakun, perut jin, malaun tamak suka ulang-alik taktahu malu amik makanan semuaa kau kasila dekat aku.  dahla malaun tamak, amik gambar tengah makan macam fake pulak tuh. tsk, tsk, tsk,




gambar ni comel! HAHAHAHA




penutup makan aiskrim dengan air mango. aku minum 2 gelas kira okey la kan, okey laaa ada orang tu sampai 4 gelas, sape eh beliau? he he he pastu balik kekenyangan. best gilaa makanan sume sedap. sos dia yang penting, ada macam-macam. thai ada, belacan ada, sambal kicap ada, sos asam pedas ada, blackpepper, sos mushroom... perghh aku bab bab sos ni tak boleh nak tolak...




TAPI KAU JANGAN GEMBIRA DULU... KUSANGKA PANAS HINGGA KE PETANG RUPANYA SNOW DI TENGAH HARI....




bangun pagi ni, aku dah menggatal semacam. GATAL DEKAT MUKA. dari pagi tadi aku duduk menggaru wajah aku macam beruk garu muka. lepastu kesan garuan dan cakaran dekat muka tu jadi bulat bulat macam kena gigit nyamuk -_-" itu tidak pe lagi, petang tadi hidung aku mula berair-rair, macam nak selsema. tekak pun rasa macam tak sedap. haaa itulah dia, memang dasar tak sedar dek untung betul, dah tau ada penyakit resdung, pegi makan seafood banyak-banyak jugak. alaaa allergic ke? aku tak puas makan lagi aku nak makan lagik! warghhhhhhhh!!!



 haaa mamposla kau sekarang. mamposlaaaa...


ADA SESAPE MENIAGA UBAT RESDONG TAK?



13 February 2011

Kena Tindih. (edisi seram)


uih banyak betul cerita 2-3 hari ni eh. macam yang aku cerita dalam entri lepas; semalam aku tido awal pukul 10 lepastu terjaga kejap pukul 3pagi. Online sekejap (sekejap pun lama jugakla...) dalam pukul 6 suku lepas subuh tu aku tido balik. 


bilik aku ni dekat tingkat palinggg atas, hujunggg skali dekat tangga. memang sunyi gilaa lah. part privacy tu memang aku suke sebab takde orang kacau nak study (ceh konon?) pun best sorang-sorang masuk sket dalam palotak. dulu aku ade roomate. tapi rumate aku keluar sebab dia sambung nurse. tinggalla aku sorang-sorang dekat bilik ni ha. lepastu aku ni kalau kau nak tau; tido malam-malam suka bukak tingkap. saje nak suruh masuk angin. kalau time hujan lagila luas aku bukak tingkap kaca ni ha, best dengar bunyik hujan. so pagi semalam macam biase aku bukak tingkap; tapi langsir tutup. 



tingkap besar yang selalu dibiarkan terbukak


mula-mula tu rilek je aku tido, tibe-tibe aku rasa something datang. aku taktau la aku mamai ke ape masa tu tapi rasa pelik la wey, sekejap lepastu aku macam takbleh nak gerakkan bahu aku (masa tu aku tidur mengiring) rasa berat semacam. lepastu aku macam, Astargfirullahalazim ape nih tak lama lepastu kurang sket bebannya. terus aku selimut sampai ke kepala. cuak woii. sebelum ni takde pulak jadi camneh. 


dulu time roomate aku ade, kitorang memang tutup lampu bila nak tido. sekarang semenjak aku duduk sorang-sorang ni, kadang-kadang je aku tutup lampu. seram jugak nak tido gelap sorang-sorang wei. lepasni aku tak bukak tingkap dah. seriauuu. ni semua FaizTapit punya pasal, sejak aku bace entri dia pasal Hantu Asrama terus aku jadi seriau seriau. cilakakkkkkk




ok bye aku nak tido dah. takot wei tido lambat!



Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE