Showing posts with label Xi'an. Show all posts
Showing posts with label Xi'an. Show all posts

24 March 2017

Thailand X China Solo Trip Day 6 : Xi'an - Bangkok


Sambungan dari:


Assalamualaikum WBT. 

Dah nak habis bulan Mac... entri Thailand X China tak habis habis lagi. Busy weh takde masa nak update blog. Adoi. Bila makin lama diperam... details kecik kecik masa trip tu tak ingat dah, sedangkan details kecik kecik tu lah yang menjadikan trip lebih bermakna untuk dikenang. Aku cuba perah otak ingat balik apa yang berlaku masa trip 4 bulan lepas ye? Sekejap je dah 4 bulan. Double adoi. 


Sebenarnya aku tengah tunggu page Malindo loading ni ha. Nak beli tiket. Tapi lambat pulak. Tetiba teringat blog. Kita update blog sambil sambil ye!




Pagi yang dingin dan foggy di Xian, aku keluar seawal jam 8.00 pagi selepas siap berkemas. Ada masa sekejap je untuk ronda ronda. Hajat di hati nak melawat Xi'an Mosque.


Untuk Muslim, tak perlu bayar kalau nak masuk ke dalam. Free je. 




Yang special nya pasal masjid ni ialah ia dibina pada zaman dinasti Ming. Dan masih digunakan sehingga sekarang sebagai tempat ibadat kaum China-Muslim Hui. 




Kawasan masjid ni agak luas. Sebelum sampai ke prayer hall kita akan melepasi beberapa pintu gerbang yang berbeza. Tak ingat dah berapa banyak...




Klasik senibina dia, walaupun dah lama tapi kawasan sekitar bersih dan terjaga rapi. 




Menara tempat azan. 




Masuk lagi ke dalam... Kalau duit lebih boleh menderma untuk kebajikan dan pembangunan masjid ni. 




Tadahh. Dah sampai ke dewan solat utama. 




Aku teringin jugak nak masuk ke dalam. Aku tengah period lagi sepatutnya tak boleh masuk masjid. Kalau dapat jenguk dari pintu pun dah ok. Nak tengok interior dia. Tapi entahla... Dekat luar tu ada  sorang pakcik jaga, aku tanya dia... can I get inside? Dia cakap, boleh masuk tapi kau pegi ambik wudhu' dulu. Hahahaha memang tak la kan. Alahhh ruginya. Tak dapat nak merasa solat di masjid dekat China ni ha. 




Menjenguk dari luar sahaja... Intai intai dari pagar jelah...




Pemandangan semasa balik dari arah yang berbeza.




Memang cantik taman dalam masjid ni. 




Macam setting dalam drama Cina kungfu dulu-dulu kan?




Lepas keluar daripada masjid... Aku terus berjalan balik ke hostel. Walaupun masih awal... aku tak berani nak berlambat lambat. Nanti nak naik metro pergi stesen bas, kemudian naik bas pergi airport dah dekat sejam. Dekat airport nanti nak kena check backpack, immigration, body scan... semua tu akan makan masa. So biar lambat asalkan selamat. Kalau tertinggal flight... Habisla kacau plan aku. Nak beli flight baru last minute bukannya harga sepuluh ringgit.




Dekat Muslim Street ada satu gerai ni. Pagi petang malam sentiasa orang beratur nak beli. Aku tak sure apa. Nampak macam roti tempayan kecik dengan kuah sup macamtulah. Aku nak beli tak berapa nak yakin, takut daging kambing. Sebab aku tak makan kambing haha. So tengok je la. Perut macam dah kruk kruk. 




Pastu nampak kuih ni. Macam best je. Macam ok je. 

So aku beli sebijik try. Dia macam kuih chek mek, rasanya kulit dibuat dari ubi keledek. Dalam inti kacang merah, bijan dengan manisan. Sedap tapi manis.




OK nak balik dah. Orang lain heret luggage. Kita bawak backpack je hehe. 

Aku naik metro daripada Zhonglou (Bell Tower) - Beidajie (tukar line) - Wulukou
*beli tiket terus kepada destinasi ye, tak payah beli tiket separuh separuh walaupun nak tukar tukar line metro

Daripada station metro Wulukou, kena exit dan cari tempat beli tiket bas & bus depart - somewhere dekat hotel. Aku lupa nama hotel apa. Agak mengelirukan jugak mula mula nak cari. Pandai pandai la tanya orang. Tapi takpe, tak jauh pun dari exit tu. 




Wulukou - Xi'an Airport 

Dekat sini bukan stesen bas banyak banyak tu ye. dia cuma serve airport bas sahaja. Harga tiket 25 yuan kadar rata. Beli tiket, tunggu bas dan bila bas dah sampai boleh terus naik. Dia jalan ikut timing tak silap aku. Bukan tunggu orang penuh. 




Aku first naik. Terus duduk seat depan. 




Pemandangan kedai kedai di tepi jalan. Semua tulisan Cina kan?




Aunty korek hidung spotted.




Pemandangan ke airport? Tak ada apa-apa yang menarik sangat rasanya. Cuma bangunan dekat sini disusun dalam bentuk grid. Kalau tengok daripada flight... lagilah jelas. Perancangan bandar yang kemas dan tersusun.




Kualiti udara dekat China memang tak berapa nak bagus. Berkabus je. 




Aku sampai awal dekat airport tapi urusan immigration & security sangatlah lama sebab beratur panjang. Aku dah berdebar gila weh takut kena tinggal flight. Tapi alhamdulillah sempat. 

Aku dapat seat tepi tingkap tau. Sebelah aku family China. Sorang perempuan dalam hujung 30-an dengan sorang budak lelaki gebu dalam 4-5 tahun. Daripada awal aku tak melayan sebab aku dah beragak budak ni mesti nakal gila gila hahahah. Memang betul pun. Sepanjang flight tu dia duk main dengan sepupu sepupu dia kot cong ceng cong ceng. Lepastu ada sekali...diorang main keretapi keretapi pegang bahu masing masing lepastu jalan sepanjang panjang aisle tu hahahahah. Ada sekali tu dia bergayut pulak antara kerusi sebelah sini dengan kerusi sebelah sana. Ya Allah! Hahahaha. 




Kau nakal ye budak? Nah makcik tempek gambar kau dekat blog sebagai pengajaran bersama. 




Aku naik flight daripada hari siang pukul 325pm sampai dah gelap 635pm baru sampai Bangkok. Alhamdulillah selamat semuanya....




Touchdown Dong Muang Airport aku pergi Domestic Departure... Cari Bang Mad Cafe. Tapau Green Tea dengan Nasi Goreng Kampung. Aku duk teringat Green Tea masa dekat China lagi kot. Memang sedap lemak manis menggelupur. Nasi goreng biasa biasa je. Sebab nasi dia pakai nasi dagang. Cepat muak. Semua tapau makan kat hotel je. 


Daripada airport aku ambik tren biasa pergi Hua Lamphong. Tren agak penuh. Tapi masih dapat seat.



Akhirnya sampai di Hualamphong Station. 

Jalan kaki balik hotel. Masa untuk berehat...



18 February 2017

Thailand X China Solo Trip Day 5 : Mount Huashan


Sambungan dari:


Assalamualaikum....


Hari ni hari ketiga di Xian, China. Matlamat aku hari ni adalah berkunjung ke Mount Huashan. Untuk ke sini korang boleh naik bas (3 jam perjalanan) atau boleh naik keretapi biasa atau bullet train. Aku pilih untuk ke sana dengan bullet train, yang mana mengambil masa lebih kurang 35 minit sahaja. Lagipun bila lagi nak try bullet train China, betul dak? hehe. 

Daripada hostel naik metro terus ke Xian Bei Railway Station

Zhonglou (Bell Tower) - Beikezhan (Xian Bei Railway Station)




Ruang menunggu dia sangat luas dan interior macam dekat airport. Setiap tren akan ada pintu dia sendiri, pandai pandai la cari. Aku malas nak tanya orang. Aku melilau cari sendiri je. Cari no tren berdasarkan tiket kita. Sebelum dilepaskan masuk ke platform, staf akan check tiket dan passport ok.

Untuk travel ke Mount Huashan ni, aku banyak dapat info daripada blog Scdha Sein (klik). Cari blog lain memang tak ada, atau mungkin aku tak jumpa. Detailed info yang dia share. Terima kasihhh :)




Semua dalam tulisan Cina. Jadi... nak kepastian (takut salah naik tren) rujuk pada nombor tren.




Test mana lagi power. Shinkansen Jepun ke, bullet train China? kehkehkeg

Xian Bei - Huashan Bei

Untuk pengetahuan korang, bullet train di China jauh lebih murah berbanding shinkansen di Jepun. Untuk trip return , cuma 114 yuan (RM65).

Kalau nak check/ usya time boleh cuba di sini.




Pemandangan sepanjang perjalanan... Cantik, tapi berkabus sangat.

Aku lupa pulak nak snap gambar dalam tren. Memang selesa, bersih. Seat 3 + 2. Macam dalam shinkansen Jepun jugak. Tapi ada la perangai tak best yang aku jumpa. Aku baru bukak roti coklat nak makan. Skali orang dekat seat seberang duk main kahak. Geli gila ok. Tak boleh pergi toilet kaaa? Pakai dah smart, sut bagai. Tapi... attitude hancurr! Tak selera aku nak makan. Simpan roti masuk beg balik. Huuu.




Dah sampai! Perjalanan tak lama 35 minit sahaja (120km).




Dah sampai Huashan Bei Station, kau cari shuttle bus dekat depan stesen,  shuttle bas ni dia punya last stop adalah Huashan Mountain Ticket Hall, iaitu our destination lerr. Percuma je. Ada orang cakap, cari bas hijau. Actually kalau bukan bas hijau pun percuma jugak. Aku naik bas yang macam bas rapid KL. Naik bas tak lama dalam 10 - 15 minit je kot. 

Nampak tak pemandangan gunung ganang yang majestic dekat depan tu? Ha tu lah pergunungan Huashan. Sayang cuaca berkabus, tak nampak jelas sangat.

Huashan Bei Station - Huashan Mountain Ticket Hall (FREE)




Huashan Mountain Ticket Hall

Sebelum meneruskan perjalanan, kena masuk dalam ni beli :
1) Tiket Masuk Mount Huashan Scenic Spot - 100 yuan (off season)
2) Tiket Bas West Line - 80 yuan return 

Okay, Mount Huashan ni luas tau. Dia ada West Peak, East Peak, South Peak, North Peak. Stesen kereta kabel ada 2 sahaja, satu kereta kable ke North Peak dan satu lagi ke West Peak

Kalau korang jenis yang fitness tinggi, korang boleh explore and hike maybe, all of the peaks. Contohnya, boleh naik ikut West Peak dan turun ikut North Peak. Tapi... bagi pemalasss macam aku, aku opt untuk naik ke West Peak dan turun semula melalui jalan yang sama. Paling senang, dan tak perlu nak hiking apa-apa. Cuma kena panjat tangga je sikit. 




Pilih route ikut kepada stamina dan fitness korang ye. You know your limit. Kalau tak sure, boleh beli tiket bas one way dahulu. 




Dah beli tiket, boleh pergi naik bas, samada West Line atau North Line.




Perjalanan dengan bas pergi ke stesen kereta kabel lebih kurang 45 minit, dengan perjalanan mendaki . Gambar atas ni, masa bas baru naik bukit. Punnn dah rasa macam tinggi gila.




Perjalanan melalui pergunungan Huashan. 




Pemandangan berbeza dan menarik. Kalau masa Winter... komfem lagi cun. Tapi aku pelik kenapa macam aku sorang je yang eksaited ambik gambar pemandangan? Orang lain macam tidur je... 




Mula-mula naik bas, konduktor akan pesan dan check supaya semua penumpang pakai seatbelt. Debor aku. Ngeri sangat ke jalannya kan... Rupanya boleh tahan jugak. 




Ok. Dah sampai dekat gate ni, hazab dunia menanti... Iaitu, kena memanjat sejauh lebih kurang 300 meter. Sekali lagi diingatkan, 300 meter tu bukan berjalan ye, tapi MEMANJAT ANAK TANGGA. Aku tengok pun dah rasa lemah lutut. Hadoi. 




Jadi... untuk menjimatkan masa dan tenaga, aku naik mende coaster ni. Heheheh. Main tipu betul kan. Coaster ni ambik masa less than 5 minutes to reach the top where you can find the cable car station. 

Harga Coaster = 20 yuan

Turun daripada coster boleh terus beli tiket cable car. Suke hati nak beli one way ke return. Aku beli return terus. 

West Peak Cable Car (Return) = 240 yuan. 





Lepastu kena panjat lagi. Naik kereta kabel dekat atas sana... Sebab aku datang agak awal. Jadi orang belum ramai. Tak perlu beratur pun naik cable car. Aku naik sama dengan 4 orang gegirls China, nampak macam diva dengan jaket bulu bulu nye duk selfie selfie. 




Gambar masa mula-mula naik kereta kabel. Tempat tujuan kita adalah yang bertanda bulatan tu, West Peak yang merupakan puncak tertinggi di Mount Huashan dengan ketinggian lebih kurang 2086 meter dari paras laut. 




Kos naik cable car ni agak mahal. Kalau convert, untuk return trip sebanyak 240 yuan, iaitu lebih kurang RM154. 




Dia punya naik tu memang tegak abes... Wuuuuu




Pastuh bila cable car lalu ikut tiang ni kan... dia macam GU GU GU GU bergegar . Boleh buat kita mengucap weyyy. Berdebar dalam hati. Aku terpikir jugak. macam mana la diorang pacak tiang dekat atas gunung tinggi tinggi macamni eh?




Makin tinggi dia naik. Yang bawah tadi semua tak nampak dah. 




Cable car akan masuk melalui terowong yang ditebuk.


Akhirnya... sampailah kita ke West Peak of Mount Huashan!




Keluar daripada kereta kabel, kena panjat tangga sikit.




Haaa lepastu ada pemandangan winter wonderland ni. Cantik takkk? Sebenarnya takde snow turun pun masa tu. Tapi seminggu sebelum aku sampai tiba tiba Xian turun salji lebat. Yang dalam city semua dah cair. Tapi dekat atas gunung ni mungkin sebab cuaca dia lagi sejuk jadi salji masih ada...




Lepas naik tangga tu sampailah dekat Lotus Flower Peak ni. Takjub kejap.




Apa-apa sebelum ribut taufan datang, ambik gambar dulu buat kenang kenangan tunjuk anak cucu nanti. heheheheh




Kemudian memanjat sikit ke atas. Nampak tak pondok dekat sebelah kanan atas bukit tu? Itu adalah pondok rehat. Bolehla berhenti makan roti dekat situ di puncak yang tertinggi di Mount Huashan.




Pemandangan gunung ganang daripada Lotus Peak




Pandangan yang berbeza... Kalau nak tengok peak yang lain bolehla teruskan perjalanan ke atas sana...




Pandangan daripada pondok rehat.




Dekat atas ni sebenarnya ada stesen meteorologi. Yang warna merah tu tokong tempat diorang sembahyang. Aku masuk intai, tapi tak ada apa yang special pun. 




Di bahagian belakang... ada tangga untuk naik ke puncak yang lebih tinggi. Tapi aku tak larat. Malass. Apa apa pun bila berseorangan, kena tahu limit diri sendiri. Kalau rasa susah, takpayah nak cabar diri ke apa. You know yourself. 




Thanks for always been there for me. 

Mak aku yang tolong packing jaket (last minute plan kan - pakai je lah jaket lama). Ayah aku yang tolong pos kan ke Sarawak (since aku tak balik rumah, dari Sarawak terus fly ke Bangkok untuk trip ni), adik lelaki aku yang tolong pickup Visa & Pasport China anddd last but not least... adik kecik yang tak buat apa apa pun hahahahha




Sebelum balik aku sempat panjat naik dekat satu spot ni, kita boleh ambik gambar keseluruhan Lotus Peak tu daripada jauh. Cantik. Barulah nampak 'keseraman' dan 'kecuraman' Lotus Peak tu.


Pastu baliklah kita. 


Masa nak beratur naik cable car, depan aku adalah 2 orang lelaki local mid-30s. Macam takut lah pulak. Macam orang jahat je mereka itu haha #paranoid. So aku tanya lady yang jaga cable car, can I take the next car? Nasib dia OK je. Sebab tak ramai orang. So aku naik the next cable car. Ingat dapat duk sorang sorang. Rupanya... belakang aku ada sorang pakcik feimau ni. Dia masuk satu car dengan aku. Hurrmm... Awas pakcik! Jangan macam macam ye!




Tapi... masuk je dalam cable car. Terus dia tutup muka pastu tidur senyap senyap. Sepanjang panjang perjalanan tu dia tidur kot. Haha. Bravo pakcik, bravo!!!




Senang keje aku nak selfie pelbagai gaya dan pesen. Hahahha.




Perjalanan turun tak kurang hebatnya berbanding perjalanan naik. Turun lagi best kot. Tegak je dia turun. Menurut apa yang aku baca kalau jatuh dekat pergunungan Huashan ni takde orang yang nak cari or selamatkan kau, sebab tempat ni dianggap sebagai tempat suci bagi orang China. Kalau mati dekat sini seolah-olah satu penghormatan. Tak tahu lah sohih ke tidak... So I was praying all the way for the machine not to suddenly stop... or please no winds or lightning or anything because I don't want to lost or die here.




Makin jauh meninggalkan West Peak.




Turun daripada cable car... kena jalan kaki 300 meter. Turun tangga. Tak jauh pun. Nampak tak pintu gerbang bawah sana. Nak turun dengan coaster pun boleh. Tapi aku jalan je. Turun tangga tak penat macam kita naik tangga. hehehe.

Lepastu... beli tiket bas untuk balik semula ke Huashan Mountain Ticket Hall. Masa aku naik, baru separuh bas penuh. Aku tak pasti ada timing atau ikut bas penuh. Duduk je la dalam bas. Lepas setengah jam baru bas bertolak balik...



Pemandangan bukit berbatu dalam perjalanan turun...




Jalan dia kona kona macamni. Bas pun slow je.

Aku sampai di Huashan Mountain Ticket Hall lebih kurang pukul 2 kot, entahla tak ingat. Terus ambik free shuttle ke Huashan Bei Train Station . 

Awal jugak sampai di stesen keretapi. Dalam pukul 2.30 petang. Sedangkan tren aku pukul 6 karang. So, aku pergi kaunter dan minta untuk tukar time to the earliest possible time. Ikut nasib, kalau ada rezeki ada seat kosong, bolehla. Alhamdulillah dapat tukar kepada tren pukul 2.50 petang. Wuhuuuu!

Keseluruhan kos melawat Mount Huashan aku boleh cakap , agak mahal. Lagi mahal daripada tiket flight return pergi Xian hahaha. Tapi berbaloi lah dengan pengalaman dan pemandangan yang kita dapat. Atas puncak gunung kot. Takkan nak bayar 10 ringgit je kot. Ok. Ini kosnya:


Return Bullet Train Xi'an - Huashan = 114 yuan
Return Shuttle Huashan Train Station - Huashan Mountain Ticket Hall = FREE
Tiket Masuk Mount Huashan Scenic Spot = 50 yuan (low season + studentcard)
Return Bus Huashan Mountain Ticket Hall - West Cable Car Station = 80 yuan
Coaster = 20 yuan (option)
Return Cable Car Trip (West Station - Peak) = 240 yuan

So total dalam 504 yuan boleh convert sendiri ke dalam RM ye. 


Sampai hostel pukul 430 petang, balik mandi & tidur kejap. Pukul 7 malam aku keluar balik. 



Mula-mula aku masuk Xi'an Mosque. Ingatkan sempat dengar orang azan Isya. Rupanya bila aku dah sampai... Orang semua dah habis jemaah. Sunyi je. Takut la pulak. Bukan takut hantu tapi takut orang jahat. So aku keluar. Esok pagi lah datang balik sini. 

Masa dalam ni kan, ada kucing gebu gebu tak. Comel gila. Kalau boleh seludup... nak je aku bawak balik Malaysia. Tapi depa macam tak jinak. Takut dengan orang. 




Lepastu macam biasa... meronda di Muslim Street




Memang tiap tiap malam aku meronda dekat Muslim Street. Sentiasa ramai orang. Weekdays pun ramai. Best. 




Beli buah-buahan kering ni. Insya Allah halal. Ada tanda halal. Pandai pandai cari yang murah. Aku beli ni 10 yuan sebungkus. Borong lah bawak balik kampung.


Kalau nak beli fridge magnet dekat lorong yang sunyi nak ke Xian Mosque tu lebih murah berbanding dekat jalan besar. Aku beli dengan sorang aunty Muslim (tapi freehair) dapat 5 yuan je sekeping magnet. Dekat luar 10 yuan. Pastu kalau nak beli batu jed ke, gelang jed ke apa-apa perhiasan pun boleh dibeli dekat Muslim Street ni. Ada jenis yang murah, ada jenis yang mahal jugak. Pandai pandai la korang. 




Lepastu singgah makan yogurt Ximu lagi. Cafe dia kecik je, tapi ada WIFI dan wifi laju. Satu bekas ni 10 yuan.




Sebelum balik ke hostel... aku tapau sotong goreng. Dia tabur dengan serbuk lada. Sedap gilakkkk. Dah lama aku terliur. Hari last baru beli. Dia ada jenis goreng dengan bakar BBQ, aku beli yang goreng. 20 yuan secucuk.


Alhamdulillah selesai untuk hari ketiga. Esok nak balik Bangkok dahhh. 

Jom kemas backpack!


Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE