06 May 2012

3 Minggu Sebagai Seorang Cikgu



Assalamualaikum w.b.t

Lama gila blog ini tidak bersentuh. Banyak nak cerita, tapi malas nak mengarang. Dulu bolehla mengarang panjang-panjang lepastu edit ayat kasi sedap sikit untuk dibaca tapi sekarang malas dah. Apa -apa yang terkeluar dekat palotak terus aku taip, and lepasni malas nak edit-edit dah. 








so far sudah 3 minggu menjadi seorang Cikgu (pelatih je) dan esok, Isnin akan masuk minggu ke-4. sekejap je! ramai yang tanya, "camana jadi cikgu? seronok tak?" itu boleh kira basic question. aku boleh cakap, seronok tu seronokkk sangat cuma penat sikit. minggu 1st badan aku lenguh gila, masuk minggu kedua asyik mengantuk, lapar, mengantuk, lapar. bangun pagi dalam 530 pagi. bertolak pergi sekolah dalam 630 pagi dan balik ke kediaman antara 2-4 petang, bergantung lepas sekolah ada aktiviti ke takde. kadang-kadang penat sangat tu, petang tido sampai ke Maghrib. pukul 10-11 malamnya dah start ngantuk-ngantuk, nak tido dah. habis bila nak buat keje nyaaaaa?! sekarang dah ok sikit kot dah boleh adjust-kan diri dengan lifestyle orang bekerje ni. 



good things about school and being a teacher, banyak



aku paling suka berlegar-legar dan berkeliaran di kawasan sekolah. sebab nanti budak-budak akan greet, "Assalamualaikum Cikgu" takpun "Selamat pagi Teacher" serius, bahagia gila weh! buat kaunseling pun seronok jugak. cuma AWAS, apa yang kau belajar dalam kelas tak sama dengan real-life counseling session. yelah masa simulasi dengan cosmate dalam kelas, share kes simple. pengurusan masa bla bla bla... tapi bila buat kaunseling betul betul baru kau jumpa kes-kes hardcore, kau yang innocent tak pernah dengar benda pelik-pelik terus, haaaa... tapi kaunselor takboleh nak haaa haaa sangat. kena maintain cool, kau buat muka terkejut klien kau lagilah terkejut dengan kau.



aku bab2 nak buat garang & tegas sangatlah payah. kemahiran tu takde. problem aku bila aku tengok budak/remaja ramai-ramai, aku jadi nak tergelak. taktahulah kekdah apa jadi perangai macam tu. sekali tu, ada perjumpaan rumah sukan. budak2 ni semua duduk dekat dataran, and cikgu2 berdiri (termasukla aku). yang cerdiknya, dah tau jenis mudah tergelak tu pegi duduk depan skali mengadap budak-budak. (-_-") time sorang cikgu berucap, aku tengok budak2 ni kusyuk gila dengar, lepastu aku rasa macam klaka terus tergelak, (-_-") skali cikgu sebelah pandang serta merta dan apa yang aku boleh buat cuma cover dengan buat-buat batuk. *triple facepalm!






bahaya sebenarnya pesen gelak tanpa sebab neh



ha, satu lagi problem ialah ketinggian & wajah aku ini. students keep asking umur berapa, aku cakap 28 lantak nak percaya ke tidak. ada sehari tu aku pakai track suit pegi sekolah sebab kem. lepastu pegi kantin sekolah, sarapan. cikgu-cikgu beli makanan dekat tempat spesel sikit. masa tengah pilih-pilih lauk tu, adelah sorang cikgu wanita & sorang pakcik. pakcik ni tengok aku pilih-pilih lauk (banyak) masuk pinggan, dia tanya cikgu wanita tu "anak ke tu?..." -____-" AWKWARD GILA WOI! btw, pengetua dengan cikgu-cikgu dekat sekolah semuanya friendly. Kaunselor2 dekat Unit Kaunseling pulak baik sangat, diorang banyak tolong untuk dapatkan klien dan mesra. hehe.



sebenarnya banyak lagi topik nak dicover tapi masa tak mengizinkan. lain kali lah pulak. cuma aku bersyukur sebab setakat ni aku melalui hari-hari yang gembira. (jangan kata masalah!) cabaran tu ada, takde cabaran tak drama lah hidup. cumanya, apa-apa kecelakaan & kesedihan yang berlaku, no matter how worst the condition is, how hopeless... carilah sekecil-kecil kebahagiaan disebaliknya dan bersyukurlah. nescaya kita akan jadi orang yang paling gembira. haa gitu. doakan aku, partner aku, dan cosmate aku semoga berjaya melalui praktikal dengan berjaya.



till next post, bye. 


Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE