26 February 2016

Japan Day 2 Osaka - Kyoto


Tema untuk hari ini adalah...

Persahabatan Merentas Budaya!!! hahahah

26.11.2015 (Day 2)

Entri hari kedua macam lagi panjang. Sorry.......

Hostel aku ni shower room dekat ground floor, jadi bila nak mandi kena usung baju tuala semua turun bawah. Dah siap mandi dan kemas beg di bilik, aku turun ke ground floor lagi sekali untuk breakfast. Common room dengan kitchen dekat ground floor jugak. Aku bawak Milo 3 in 1 dengan roti Gardenia.





Common room dia bersambung dengan kitchen. Ada sofa, tv, playstation, pc, komik, guidebook. Yang uniknya, guest boleh conteng pada dinding bilik ni. Aku pun nak jugak!

Cari tempat strategik, last last aku ternampak ruangan kosong tepi tv. Aku conteng dekat situ. Niat aku nak sketch bendera Jepun tapi bila tengok balik macam bendera pakistan je... bendera PAS pun boleh jugak hahah hampeh. Siap ada love love lagik.




Lepastu aku masuk dapur, cari hot water nak buat Milo.Ada sorang brader ni. Tapi aku buat sombong je. Dekat sinki tu  ada satu extra paip (apart from the washing pipe), aku ingat, ambik air dari situ lah kot. Sebab dekat rumah aku paip sinki bersambung dengan paip water filter. Baru dok tadah mug nak ambik air, brader tadi sound......

...kau nak air panas untuk minum ke? tu bukan air untuk minum, that is for cleaning dishes, like baby bottles and so

oh? 

Ya Allah gelap mata tiba tiba, rasa nak pitam sekejap. Malu gila woi HAHAHHAHHAHA

let me show you. here, you can take hot water from here. Brader tu tunjukkan hot water dispenser dekat aku, atas rak tepi meja makan, sambil ajar cara cara nak tekan keluar air panas semua hahah. itu aku tahulah brader! 




Lepastu brader tu duduk dekat meja makan, aku macam nak duduk dekat kerusi yang membelakangkan meja makan... skali dia cakap, you can sit here if you want (maksudnya, join dia makan dekat meja)

Sure! Aku tarik kerusi , duduk. Letak pinggan berisi roti aku atas meja. 

ALAMAK. dalam hati.

JANGAN LA DIA MINTAK ROTI AKU.... JANGAN MINTAK ROTI AKU...
PLEASEEEE NOT MY BREAD... hahaha


Nama brader ni Eric, Mexican yang bekerja di Beijing. Mula-mula perbualan kami pasal travel, jarang dia jumpa Muslim women yang travel, especially alone. Bila Eric tahu aku Muslim, macam-macam soalan yang dia tanya yang menjurus kepada agama. Contohnya... betul ke perempuan muslim, perlu 100% ikut kehendak ibu bapa bila mencari pasangan? haha. pengaruh drama melayu ke apa punya soalan. Adakah agama awak melarang perempuan bercakap dengan lelaki? Betul ke tak boleh dating sebelum kahwin? Kalau tak dating, macam mana nak kenal seseorang tu? Do you have boyfriend? Bila aku cakap tak pernah ada boyfriend, dia terkejut. Dia tanya lagi... if you dont have boyfriend then how do you control lust? Pergh soalan soalan dia mencabar sungguh. Tapi aku tak offended pun, sebab aku tahu, budaya diorang sangat-sangat berbeza dengan budaya dan amalan agama kita... Jadi aku cuba terangkan sesimple mungkin supaya dia tahu dan faham asbab positif di sebalik suruhan-suruhan Islam. Jawapan tu kacang je cuma nak buat ayat BI tu yang mencabar. Erk. hahahah. 

oh, Eric ada tanya jugak pasal tudung aku. Apa yang aku pakai atas kepala? Kenapa agama aku suruh tutup? Kenapa pulak ada perempuan yang tak tutup? dan sebagainya. Apapun... berbalik kepada sejauh mana kuatnya kepercayaan dan pegangan agama seseorang. Agama itu sempurna, cuma manusia yang tak sempurna dan taknak ikut agama... 


Bila ditanya soalan-soalan sebegitu... aku sedar, orang-orang di luar sana banyak yang kurang faham tentang Islam. Jadi dalam pada kita travel, kita kena sebarkan yang baik-baik tentang agama kita. Tak semestinya kena buat slot ceramah dekat negara orang haha, tapi tindakan kita pun mencerminkan macam mana pegangan kita terhadap agama. Dan paling penting kena sentiasa tingkatkan pengetahuan dan ilmu agama. Dekat sejam aku berborak dengan Eric. Lepastu dia mintak kebenaran untuk bergambar, dan aku mintak dia tulis catatan di buku aku sebagai kenang-kenangan. 




Dia kata bila bergambar memang dia tak ada ekspresi, neutral je... Sebab kadang-kadang ekspresi di wajah tak sama dengan apa dalam hati. K.



Aku check out pukul 10.55 pagi dan terus ke Shin-Imamiya Station yang tak jauh daripada hostel. Dari Osaka aku akan ke Kyoto. Pertama kali guna mesin untuk beli tiket. Tak susah pun, sebab ada option English. Harga tiket daripada Shin-Imamiya ke Kyoto adalah 920 yen (sehala). 

Shin Imamiya - Kyoto


Dalam tren aku secara tak sengaja duduk di reserved seat untuk orang tua, OKU dan ibu mengandung. Dekat nak sampai baru perasan. Di Jepun OKU dipanggil sebagai 'physically challenged person'. 



Kyoto


Akhirnya... sampai di Kyoto station. Stesen ni sangat besar, lebih kurang KL Sentral aku rasa. Manusia ada di mana-mana. 




Untuk pengangkutan di Kyoto selama 2 hari, aku gunakan Kyoto City Bus Pass. Harga cuma 500 yen untuk sehari, paling murah dan cover unlimited bus ride. Senang pakai. Sebab network bas dalam bandar Kyoto lebih luas berbanding subway. Setiapkali nak turun bas cuma swap kad di mesin pengimbas dekat driver bas. 

Awal sampai di Kyoto... satu peristiwa hampagas telah berlaku, di mana aku tersilap naik bas untuk ke hostel. Nombor bas tu dah betul. Cuma direction bas tu yang terbalik menyebabkan aku ambik masa 1 jam untuk sampai hostel, sepatutnya 10 minit je...

Aku turun dekat satu bus stop depan combini (convinience mart). Katanya... bus stop tu paling dekat dengan hostel aku. Tapi cari punya cari tak jumpa jugak. Tanya orang kedai, dia pun tak tahu. Beg dahla berat. Last last aku duduk dekat bangku depan kombini tu balik dan bukak roti bun, makan sampai habis. Roti tu sepatutnya bekal untuk hari lusa... hahahah




Lepas makan cari lagi sekali. Dan dan jumpa -___- Padahal aku dah lalu kot jalan tu. 
Kenapa entah hijab kena tutup tadi tak nampak.


Trip Sound Guest House (RM52/day)
Location dia dekat simpang masuk ke Kiyomizudera. 


Masa check in ada sorang adik manis check in sama dengan aku. Dorm pun sama. Nama dia Sima, daripada Xian, China yang belajar di Hiroshima. Datang bercuti di Kyoto. Dia tanya aku sorang je ke, dia pun sorang dan dia ajak jalan sama. okay, Why not?


...kitorang keluar daripada hostel pukul 3.30 petang.


Lokasi pertama yang kami singgah adalah, Shimogamo-jinja Shrine (UNESCO). Masuk percuma je. 




Dekat depan temple tu ada paip buluh ni, Sima kata, adat sebelum masuk temple kena cuci tangan. Ada step step dia. Aku layan je.


Ada satu tempat dalam temple kita boleh baling syiling lepastu buatla hajat apa-apa. Sima beriya suruh aku buat hajat tapi aku buat tak tahu je haha. Syirik pulak karang. Apebende main baling-baling syiling. Bila keluar, dia tanya aku... Awak muslim, takpe ke masuk temple? hehe. Aku jawab ok je, sebab niat aku untuk melawat je tengok senibina dan budaya orang. 


Masa dekat dalam tu, Sima lah yang tolong translate kan maksud papan-papan tanda. Sima ni agak fasih bahasa Jepun, dan English dia pun bagus. Dia belajar degree sejarah, dan katanya self-sponsored. Agaknya... bila dapat sambung belajar sampai ke Jepun tanpa biasiswa, guna duit sendiri... mesti keluarga Sima ni orang berada jugak kan? Takde la aku busybody tanya ayah dia buat bisnes apa dekat China sana.


Cuma... aku ada tanya pasal adik beradik dia. Katanya, due to one-child China policy... so yeah I'm the only kid. Adoi. Macam mana aku boleh terlupa... Dalam perjalanan tu banyak cerita yang kami kongsi. Pasal family, pasal travel... Kata Sima, dekat Xian kampung dia penempatan Muslim, dia ada ramai kawan Muslim.




Kami berjalan entah ke mana-mana. Sima pakai map dalam fon dia. Bila ada yang in charge, aku jadi malas berusaha dan serahkan semuanya kepada Sima untuk cari arah jalan yang benar. haha. 


Bila dah jauh berjalan, mengadu lapar lah pulak budak ni. Masa tu aku takde la lapar sangat. Tapi kesian aku tengok dia mengadu lapar banyak kali. So, kitorang cari restoran yang bersesuaian. Aku bagitahu dekat dia, aku teman dia je. Sebab nak cari makan halal susah. Tapi dia berkeras nak cari jugak kedai makan yang halal supaya aku boleh makan jugak. Susahla nak explain pasal halal haram ni haha. Daging babi tak makan. Daging lembu, ayam makan tapi kena halal, must be slaughtered by saying the name of the God. OK lah, Semua daging takboleh makan. Order ikan boleh? Tapi restoran tu ada menu daging babi. Haha. 

Last last aku masuk 7E beli juice dengan onigiri, baru Sima puas hati. 



Kitorang masuk sebuah restoran dan Sima order makanan dengan gembiranya... Beli kupon, kemudian bagi kupon dekat waiter. 




Yang lawaknya, sempat lagi dia tanya waiter kedai tu, ada tak makanan veggie? haha Waiter tu cakap, tak ada untuk veggie tak ada... tapi kalau tak makan daging diaorang boleh keluarkan daging tu daripada sup. Hahaha. Tak larat nak explain. Aku cakap, its okay... tak mauuu




Makanlah nakkk........




Onigiri ni , nasi yang dibalut dengan seaweed inti tuna. Baru ngap sekali aku dah rasa loya yang amat. Tak boleh pegi dengan tekak langsung. Kehidupan onigiri ni berakhir di tong sampah.....




Lepas makan aku request nak tengok main campus Kyoto University.

Sima not impressed. Sebab Uni dia pun lebih kurang camni jugak. OK Sima. Fine Sima, fine!




Sebelum balik hostel kitorang singgah di Kyoto Station beli Bus Pass untuk esok.




Kyoto Tower


Sampai hostel pukul 9.30 malam. Dalam dorm tu, jumpa pulak sorang Cina Malaysia. Hahaha seronoknya dapat cakap Melayu! Lupa dah nama dia, dia travel solo jugak. Dia suggestkan aku tempat-tempat menarik untuk hari esok. 


Penat sungguh hari ni. Semoga esok masih ada kekuatan...


14 February 2016

Japan Day 1 Osaka


Bismillahirrahmanirrahim....

Entri hari pertama panjang sikit, jangan kecam


Aku sampai di KLIA2 jam 9 pagi, 24 November 2015. Macam biasa satu family hantar ke airport awal pagi buta. Berhenti solat Subuh di Masjid Sultan yang cantik dekat Pasir Pekan. Flight ke Jepun pukul 1 pagi karang. Saja sampai awal di KL sebab nak beli baucer JR Pass dan tukar duit yen dulu.


Baucer JR Pass aku beli di Japan Travel Bureau (JTB) di Imbi dengan harga RM1063 untuk 7 hari. Pass ni membolehkan aku naik shinkansen dan tren Japan Railways (JR) secara unlimited. Kalau nak travel antara region yang berbeza di Jepun, memang sangat jimat kalau ambik JR Pass. Tapi kalau setakat nak jalan-jalan di kawasan Kansai sahaja (contoh: Osaka, Nara, Kyoto) aku rasa tak perlu JR PASS kot. Boleh ambik region pass sahaja. Bangunan JTB ni depan Plaza Low Yat. 


Selesai urusan JR PASS, aku tukar duit yen dekat NU Sentral. Antara money changer di Times Square, KL Sentral dan NU Sentral aku dapati (LOL dapati? makin meningkat usia ayat pun makin skema) NU Sentral menawarkan harga paling murah iaitu 1000 yen = RM35.40. Aku tukar sebanyak 79,000 yen = RM2796.60. Travel 12 hari dengan duit cash sebanyak tu je haha, korang rasa cukup tak? Hostel semua aku booking online, semua tak bayar lagi. Semua nak kena bayar dengan duit tu.

Kalau tak cukup merempat la kahkah.




Pukul 8.30 malam baru jumpa Ain di KLIA2. Lepas mandi, makan dan tapau roti Gardenia kitorang masuk ke departure hall.

Dalam flight tak ada apa yang menarik pun. Cuma bila pramugari buat pengumuman dalam Japanese jadi sedikit menggelupur excited hehe. Kitorang dah makan siap jadi tak order makan Airasia pun. Tidur, bangun dan tidur semula. Kalau sesapa yang dapat seat tepi tingkat memang best boleh tengok sunrise cantik gillow dalam pukul 5-6 pagi. Tapi bagi yang miskin tak mampu nak assign seat terpaksa duduk seat tengah macam kitorang ni sekadar intai intai dari jauh jelah...


25.11.2015 (Day 1)

Alhamdulillah pukul 8.05 pagi flight mendarat di Kansai International Airport. Setel imigresen semua, benda pertama yang kitorang buat adalah tukar baucer JR PASS kepada JR PASS yang sebenar. Tarikh kita nak start pakai pass ni akan dicetak di belakang pass. 




Pass aku valid 28 November (hari keempat nanti) hingga 4 Disember. Tak semestinya hari kita nak pakai baru tukar pass ni. Boleh tukar awal tau. Tukar awal supaya boleh terus booking mana-mana tiket tren yang kita nak guna nanti. 


Dah tukar, kena simpan dan jaga macam jaga nyawa sendiri. Kalau hilang diorang tak ganti dah tau. Jadi sepanjang di Jepun aku akan sentiasa check 5 benda : JR PASS, pouch duit, handset, kamera dan passport. Tercicir salah satu memang habis rosak plan semua. Alhamdulillah sepanjang 12 hari dekat sana Allah lindung, tak ada benda tak best yang berlaku...



Hari pertama kitorang beli Osaka Kaiyu Ticket (Nankai Railway Version) dengan harga 3010 yen yang sah untuk sehari sahaja. Tiket ni termasuk perjalanan tren Nankai dari airport ke Osaka, unlimited ride untuk subway dan bas di Osaka dan tiket masuk ke Kaiyukan Aquarium. Kalau rasa-rasa nak masuk Kaiyu Aquarium, tiket ni antara yang paling berbaloi. 

Kansai Airport --- Dobutsuen-mae

Hostel kitorang di kawasan Dobutseun-mae berdekatan Tennoji. Banyak hostel-hostel murah taraf backpackers dekat sini. Aku dengan Ain book hostel asing-asing, rupanya hostel kitorang tak jauh pun antara satu sama lain. 




Hotel Toyo, Osaka
Single private room, Shared bathroom (RM56/night)


Tsutenkaku Area (Dobutsuen-mae)

Pukul 1 t/hari selepas bersiap, kitorang meronda di Tsutenkaku area berdekatan hostel. Malam lebih meriah kot. Aku tak sempat pergi pun waktu malam. 




ok, ambik gambar deretan kedai dengan ikan buntal dan Tsutenkaku Tower ni cukuplah. 

Dobutsuen-mae --- Umeda

Daripada Dobutsuen-mae kitorang naik subway ke Umeda. Nak tengok Umeda Sky Building. Tengok jelah bukan naik atas pun. Masa dalam subway tu, ada sorang pakcik ni tegur nak ke mana, agaknya dia nampak kitorang macam jakun kot haha. Bila kitorang bagitahu nak ke Umeda Sky Building, dia suruh ikut dia sebab office dia pun dekat situ dan ikut jalan yang sama. 

Nama pakcik ni Honda, banyak jugaklah dibualkan. Kemudian berpisah di satu simpang. Sebelum tu dia sempat ajak bergambar selfie. Siap bagi personal name card dekat kitorang. Lepastu dia mintak email dan janji akan emailkan gambar selfie tu nanti haha




2-3 hari lepastu dia betul-betul emailkan aku gambar. 




Peribadinya aku rasa Umeda Sky Buiding tak ada apa menarik pun, kecuali kalau kita naik dekat Observation Deck atas tu which, we did not. Tak lama kemudian aku berpecah dengan Ain, dan berjanji untuk jumpa dekat Kaiyukan Aquarium nanti. 


Aku terpaksa singgah di Osaka Station untuk book tiket tren JR yang akan digunakan minggu depan. Tiket ni agak hotstuff keh keh , cepat je sold out jadi kena book seawal mungkin. Daripada 2 tiket yang aku request, aku cuma dapat satu je. Itu pun dah cukup bersyukur. 

Umeda --- Hommachi --- Osakako

Daripada Umeda, aku bertukar subway sebanyak dua kali sebelum sampai di stesen Osakako. Osakako adalah stesen subway terdekat dengan Kaiyukan Aquarium.  

Kaiyukan Aquarium


Apa yang special sangat? Kaiyukan merupakan antara akuarium terbesar di dunia dan menempatkan pelbagai spesies air. Macam menarik je... Kalau beli tiket dia sorang-sorang agak mahal 2300 yen, tapi sebab beli Osaka Kaiyu ticket jadi dah combine dengan subway, bus dan pengangkutan dari airport jadi lebih menjimatkan.




Terowong ikan yu di pintu masuk akuarium. 




Dekat dalam ni ada macam macam jenis haiwan yang kita biasa tengok dekat tv dan dalam kartun je. Contohnya memerang, singa laut, anjing laut, beaver, dolphin, penguin. Yang seronoknya jarak kita dengan haiwan sangat dekat, cuma dipisahkan oleh dinding kaca...... 




Tak silap aku ada 2-3 ekor ikan ni dalam satu akuarium, dia punya besar boleh compare dengan orang yang tengah ambik gambar tu. 




Bila tengok live rupanya besar. Dalam tv nampak macam kecik je. Contohnya penguin, ingatkan kecik tapi bila tengok aku rasa agak besar sekor tu boleh jadi 20-25kg. Body diorang padat dan mampat weh. 




Sea lion. Boleh relate dengan watak-watak kartun yang kita tengok. They are real! Bukan dunia khayalan...... dunia impian...... (*lagu tema cite Indonesia petang petang)




Ikan kecik macamni pun ada macam macam jenis dan warna.




Tapi main attraction adalah tangki aquarium besar yang berisi pelbagai spesies hidupan laut, daripada sekecik-kecik ikan hingga pelbagai spesies ikan pari, ikan yu, ikan pemalas di dasar aquarium dan sebesar-besar ikan paus. 

Sebab tangki ni besar sangat, jadi pengunjung boleh tengok ikan daripada tingkat yang berbeza. Laluan dia mula daripada tingkat atas , kemudian makin turun ke bawah. Aku paling suka view daripada tingkat bawah sebab hampir semua jenis ikan berenang ke dasar tangki, jadi boleh tengok dari dekat.




Section obor-obor pun ada. Macam macam jenis pulaktu. Dia punya ekor berjurai tu mengeliut geliut dalam air subhanallah hebat sungguh ciptaan Allah. Selama ni ingat obor obor tu hidupan dongeng dalam cerita spongebob je kan haha.




Keluar daripada kawasan aquarium, ada kolam open air. Boleh raba raba badan ikan pari yang tengah berenang. Tapi ekor dia kau jangan pegi tarik pulak. Sebab ada karan. 




Keluar daripada Kaiyukan rupanya dah gelap gelemat . Dekat sini gelap awal. Pukul 4.40 petang macamtu dah Maghrib. Masa kitorang keluar tu hujan. Dengan baju hujan nya tak ada, nak beli payung tak mampu, perut pulak lapar tak makan apa dari pagi tadi kah kah ape benda la! Nak tak nak terpaksa redah hujan dalam kesejukan dan terus ke stesen Osakako tadi untuk ke Namba pulak.

Osakako --- Hommachi --- Namba

Namba & Dotonbori



Dekat Namba ni ada banyak lampu-lampu neon. Tujuan ke sini untuk ambik gambar dekat lampu-Dotonbori. Yang kesiannya (mungkin sebab tak biasa lagi dengan sistem subway di Jepun ni), kitorang tersilap ambik exit daripada stsesen Namba. Exit dia masalahnya, ada sampai berbelas. Lepastu keluar entah dekat mana-mana, kiri kanan depan belakang semua lorong kedai berbumbung. Tak berkesudahan. 




Lepas seberapa ketika berjalan... (OK dekat sejam jugak la kot berjalan takde tujuan), akhirnya baru kitorang nampak kawasan lampu warna-warni ni. Tapi masa tu hujan boleh tahan lebat, tempat berlindung takde langsung jadi snap ala kadar je. Takut rosak kamera.


Pergi balik kawasan kedai-kedai berbumbung tadi.


Nampak Uniqlo terbesar di Osaka.




Dalam kelaparan dan kesejukan ditambah pulak hujan yang tak berhenti... Ain kata dia tahu restoran halal di Osaka. Cari punya cari, akhirnya jumpa. Agak susah jugak lokasi restoran ni. Dekat tingkat atas satu bangunan, kecik je restorannya muat dalam 7 meja je.




Kitorang order benda ni. Dah ni je yang macam murah. Nasi dengan sosej ayam, salad, yang putih tu aku tak tahu ape benda minyak sapi ke apa. Ada sup pedas pekat. Tahu tak sepinggan ni harga dia lebih kurang 60 ringgit ?!! Kitorang order sepinggan je, lepastu kongsi haha. Lemak ar order sampai 2 pinggan. Portion dia agak besar sebenarnya kalau makan sorang tak habis pun.




Lepas makan berjalan semula ke kawasan Dotonbori. Masa ni pun masih hujan, tak dapat nak ambik gambar beria sangat. Kawasan ni cuma hidup waktu malam, siang hambar je sekadar deretan-deretan kedai di tepi sungai. 




Pemandangan sungai daripada atas jambatan Dotonbori. 




Arghhh lens dah kena air!! Tapi dalam banyak banyak night photos dekat Osaka, aku paling suka yang ini. Dah ambik gambar, patah balik ke stesen Namba. Agak jauh jugak menapak. Kaki dah lenguh sangat. Penat weh. 

Namba --- Dobutsuen-mae


Sampai hostel dalam kesejukan. Syukur tak terkata. 


Bilik aku kecik je. Ada tv dan kipas angin (no aircond). Toilet dan sinki ada di setiap level tapi shower cuma di ground floor. 




View daripada tingkap bilik aku. Bangunan pink tu hostel Ain.


Esok kitorang akan bergerak sendirian dan bawa haluan masing-masing...



06 February 2016

Japan 12 Days Cross-Country : Cities & Budget


Assalamualaikum wbt


Hari ni 17 Januari tak kerja, aku tertengok Rasa Halal Hokkaido dekat Astro Oasis, pengacara dia Raja Farah pegi main ski dekat Chitose, Hokkaido. Wahhh terus terimbau kenangan bersalji salju dekat Jepun… Rupanya dah dekat 2 bulan meninggalkan Jepun. Pengalaman yang tak dapat dilupakan. Tapi aku memang tak ada masa nak blog. Post yang ini pun. Entah bila baru dapat publish. haha.


Aku pergi Jepun 12 hari, daripada 25 November – 6 Disember. Beli tiket Airasia masa awal tahun. Lepastu slow slow plan dan cari maklumat bergantung pada masa senggang yang ada. Banyak kali aku tukar route sebab Jepun ni banyak tempat best, nak buat pilihan nak pergi ke mana tu paling susah, bajet pulak tak berapa nak banyak hahah. Aku rasa macam, aku study route Jepun lagi teruk dari budak budak study exam PT3. Start dengan download bahan-bahan dari internet (semua benda nak save as), fahamkan peta-peta (peta tu aku lakar balik dan warnakan, tampal dalam notebook LOL), check network tren, compare harga pass-pass pengangkutan, survey hostel, dan sebagainya. Walaupun macam gila tapi aku enjoy buat kekdah-kekdah begitu. Satu self-terapi lepas penat bekerja di siang hari. Lepastu bukak lagu-lagu Jepun. Ambik mood. haha. 


Aku pergi di akhir musim luruh. Sebab negara Jepun ni luas, maka… sesetengah tempat masih ada daun-daun autumn, sesetengah tempat pokoknya dah togel tinggal ranting; dan ada juga tempat yang dah turun salji memutih pun, yakni kawasan tanah tinggi sikit. Sepanjang 12 hari tu jugak aku cuba untuk jejak sebanyak mungkin bandar (dapat 14 bandar semuanya), daripada tengah, ke selatan, utara dan timur negara Jepun supaya dapat tengok perbezaan antara bandar-bandar di Jepun. Macam di Malaysia lah, suasana di Kuching, Kota Bharu, Penang, dan KL pastinya tak sama kan? Yang tak sama itu lah yang aku nak tengok.


Tapi kekurangan nya, tak dapat nak tinggal terlalu lama di sesebuah tempat. Tinggal semalam je, esoknya dah gerak dan bermalam bandar lain pulak. Untuk setiap bandar tu aku terpaksa pilih satu atau dua attractions sahaja yang paling best. Lain-lain terpaksa skip, sebab sentiasa nak kejar tren ke bandar lain. 



KESIMPULANNYA 12 HARI NAK EXPLORE SATU JEPUN MEMANG TAK CUKUP!



Aku pergi berdua dengan kawan sekerja. Kami spend masa together-gether di Osaka pada hari pertama. Hari kedua berpecah, dan bawa haluan masing-masing. Jumpa balik dekat Disneyland pada hari kesepuluh. Lepastu berpecah lagi, dan jumpa dekat airport masa nak board flight balik dah. Entahla. Bagi aku, nak spend time dengan kawan, dekat Malaysia pun boleh. 


Tapi. Peluang nak merasa cari jalan sendiri di tempat asing… jarang-jarang kita dapat. Bila kita sendirian… tak ada orang yang menilai kita, hanya kita dengan Tuhan. Macam mana kita ikhlas menjaga ibadah dalam keadaan yang sukar, apa yang kita decide, semuanya atas diri sendiri. Mak, ayah, cikgu, kawan, jiran, bos kita semua tak ada dah masa ni. Apa yang kita buat dan pilih adalah berdasarkan diri kita sendiri yang sebenar-benarnya. Kalau kita buat silap, kita tak boleh salahkan orang lain melainkan diri sendiri. Dari situ boleh belajar untuk terima kelemahan diri, menjadi redha dan fikir sendiri macam mana nak atasi masalah. Bagi aku, travel sendiri adalah salah satu terapi mengenal diri yang sangat positif.


Post pertama ni, aku share bandar yang aku lawati sepanjang di sana. Yang lebih detail dalam post lain (kalau ada masa). Kot kot ada yang berkenan, boleh dijadikan rujukan. Yang mana tak berkenan, sempadankan jauh-jauh.


14 JAPAN CITIES


Osaka





Kyoto





Tateyama - Bijondaira (Japanese Alps)





Matsumoto





Shizuoka 





Minato Mirai District , Yokohama





Nagoya





Hiroshima





Miyajima Island





Kobe





Hakodate (Hokkaido)





Sagamiko, Kanagawa





Tokyo





Himeji



Budget

Ground Expense (Penginapan, Extra Pass, Makan, Tiket Masuk Attractions) sepanjang 12 hari 11 malam di Jepun sebanyak RM2350. Campur dengan 7 Days JR Pass (untuk naik shinkansen/ tren) RM1068 . Tiket flight Airasia KLIA2 -  Kansai (RM700 return) beli awal tahun, lepastu menyimpan sikit sikit tiap bulan daripada Januari sampai November untuk belanja dekat sana. Kalau ada yang nak pergi dan tertanya-tanya nak bajet berapa, banyak tu lah aku spend untuk 12 hari. Tapi trip aku makan ala kadar je. Ada hari yang minum air dengan kacang2 je untuk kenyang. Penginapan sebahagian besar di hostel (dorm),dan my travel type ni tak sesuai untuk people with kids/families. Maksudnya, kalau aku travel bawak parents ke, memang aku tak tergamak nak bawak tidur dekat dorm dorm macamni, kalau bujang bujang keparat bolehla tidur dorm haha.


Lagi satu aku tak shopping pun. Jam ke, gadget ke, memang tak ada langsung. Sebab aku memang target nak check kawasan je dan aku takde duit pun nak shopping hahah. Souvenirs boleh tahan mahal, keychain dengan fridge magnet yang kita biasa beli dalam RM3-RM4 dijual dengan harga RM12-RM15 seketul. Berdarah hidung… Jadi beli sikit-sikit je mana yang dapat, souvenirs aku cuma kirim poskad (pos dekat diri sendiri daripada sana) dengan gambar-gambar je lah. 


Apapun, apa yang aku dapat tengok dan rasa tu berbaloi dengan duit dan masa yang aku laburkan Alhamdulillah. Pinjaman-Nya. Ok cukuplah dulu sharing dalam post pertama. Selebihnya (kalau ada masa) lain kali pulak aku share. Harap harap ada masa lah untuk menulis lagi. Takmau pengalaman lupa macam tu je kan. sayang kot. 


Assalamualaikum, maaf kalau ada khilaf… bye!



Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE