20 May 2016

Shinkansen Experience in Japan



Masa di Jepun haritu, aku telah berpeluang naik beberapa jenis shinkansen dan ni 20 benda pasal shinkansen yang aku boleh kongsi: 




1) Shinkansen and other transportation in Japan is very reliable. Kita boleh plan masa mengikut kesesuaian perjalanan kita.


2) Shinkansen akan berhenti lebih kurang 2 minit sahaja dekat stesen. Kadang kadang kita baru masuk tren, seat pun tak jumpa lagi... skali tren dah bergerak.




3) Kebanyakan penumpang shinkansen adalah orang smart smart pakai kot bawak suitcase/beg kulit. Orang keje pejabat. Kalau dalam drama Melayu… orang bisnesman yang ada projek juta juta tu.


4) Orang Jepun dekat mana-mana pun jenis tak hirau ke orang. Kau buat pelik macam mana pun diorang tak layan and they do not stare. Ada skali dalam tren aku punyalah ambik gambar dari pelbagai angle, letak fon atas birai tingkap, buat video dokumentari majalah 3, lepastu bawak keluar bendera Kelantan berselfie dengan bendera macam gile. …but nobody cares! haha. Diorang kisah hal sendiri je. Tido, baca buku, layan handphone etc. 




5) A shinkansen trip from Tokyo to Osaka coat RM300 to RM400 ONE WAY. So, if you are just a marhaen Malaysian (like me) who wants to experience shinkansen ride, buying a JR PASS is the best option. Only, if you stay in Japan for more than 7 days. 


Aku beli JR PASS  RM1068 (Nov 2015) dan bila aku kira… total price yang aku kena bayar kalau beli tiket asing asing ialah RM2600. Dua kali ganda daripada harga pass.




Contohnya… harga tiket paling mahal yang aku guna dengan JR PASS ialah Hayabusa Shinkansen yang berharga lebih kurang RM545 one way. Kalau return, RM1090. Tapi tiket ni dah cover dalam JR PASS. Jimat kan? Itu baru Hayabusa. Belum campur shinkansen lain dengan tren-tren lain… Memang berbaloi ambik JR PASS walaupun kita rasa macam mahal sikit nak membelinya. Dan pass ni kalau hilang tak ada ganti ganti ea. Jadi kau jaga benda tu bagus bagus.


6) Driver shinkansen pulak sangat smart bergaya. Kebanyakannya muda, fit dan handsome (muncul love love dalam bijik mata). Macam pilot dol. Tapi aku tak sempat ambik gambar. Yang lelaki berkot dan akan bawa suitcase hitam bila board tren. Yang perempuan pun comel, pakai coat, berskirt dan pakai topi bulat. Dekat coat diorang ada pin sayap macam yang aviation punya. Cool. Kalau drama Rindu Awak 200% ada remake versi Jepun, hero dia bukan keje pilot tapi keje driver shinkansen.




7) Interior dalam shinkansen macam dalam flight. Exclusive gila. Sebelah, row 2-seat dan sebelah lagi row 3-seat. Ada flip table, dan kalau duduk window seat boleh charge sebab ada power socket dekat dinding. Kerusi cantik, selesa, dan ruang kaki 2 kali ganda luas compared to Air Asia punya.




 8) Biasanya di setiap stesen shinkansen atau subway di Tokyo tangga dia gayat macamni. Kalau tak biasa bersenam dan berjalan kaki memang boleh tahan lelah. Lif ada, tapi kena cari lah. Waktu malam time aku snap ni takde orang. Tapi kalau time rush hour... memang packed sampai nak tergolek pun takde ruang.




9) Ada sesetengah tren yang ada free WIFI.


10) Ada perempuan cantik bawak troli jual makanan dan minuman dalam shinkansen.




11) Dalam setiap shinkansen akan ada 1-2 koc yang mempunyai multipurpose room yang mana dinyatakan kegunaannya adalah for sick person, for making calls and changing clothes. Jadi aku agak, boleh digunakan untuk bersolat juga. Tapi berkunci. Kena dapatkan kunci daripada train attendant.


12) Toilet dalam shinkansen pulak, luas macam apa. Jamban dekat hujung lepastu depan tu lantai kosong je. Boleh muat 10 orang kot. Dan bersih. Tak ada air bersepah dekat lantai. Lantai kering je. Pintu dia pulak jenis tekan tekan dia terbukak automatic dan kunci automatic.




13) Dalam satu tren, akan ada ruang khas yang kosong untuk penumpang dengan kerusi roda naik bersama kerusi roda mereka. 


14) Masa menunggu suatu tren, aku pernah ternampak seorang pekerja pegang satu board plastik tebal macam penghadang FRU tu. Rupanya… bila tren sampai, pekerja tu letak board sebagai alas antara pintu tren dengan platform – supaya seorang penumpang OKU dengan kerusi roda dapat keluar. Bagus kan? Tren belum sampai dah ada pekerja yang menunggu.




15) Aku jugak sempat tengok cleaning team yang kononnya bersihkan shinkansen dalam masa 2 minit … yang masuk dalam dokumentari tv tu. Kebetulan aku sampai di platform awal, tren dah ada tapi takboleh masuk sebab cleaner tengah cuci. Memang laju diorang buat keje. Bila siap, diorang akan bukak laluan, dan berdiri depan pintu untuk greet (tunduk hormat) sorang sorang penumpang yang nak masuk.


16) Setiapkali shinkansen berselisih dengan shinkansen lain, (terutama bila tren dalam full speed) mesti akan rasa bergegar. Macam kena tolak dengan electromagnetic power gitu. Setiapkali mesti aku terkejut lepastu takbir. 10 kali berselisih 10 kali aku terkejut.


17) Bercakap dengan telefon dalam tren adalah suatu yang tak ada adab. Bila ada panggilan… (itu pun dalam quiet mode) biasanya penumpang tu akan bangun daripada tempat duduk dan jawab di luar koc dekat pintu/toilet.




18) Dekat dekat nak sampai stesen, dalam 5 minit macamtu akan ada bunyi muzik dongdeng dongdeng. Nak kejut penumpang tido kot. Lepastu pengumuman ketibaan tren akan dilakukan dalam bahasa Jepun dan English.


19) Attendant yang check tiket sangat peramah. Setiap kali dia check tiket, setiap kali tu lah dia akan ucap terima kasih (arigatou gozaimasu). Kalau 100 penumpang… 100 kali lah kot.




20) Setakat 7 hari guna JR PASS, aku sempat naik shinkansen Hakutaka, Kagayaki, Kodama, Hikari (paling laju dan berhenti di stesen utama sahaja), Hayate, Sakura, dan Hayabusa. Yang paling jauh perjalanan adalah Hayabusa – daripada Tokyo naik ke utara Aomori sejauh 813km selama 3 jam sahaja. 





18 May 2016

Seni Penutup Lubang di Jepun


...catching every cities' manhole covers


Hari keempat di Jepun, betul betul selepas keluar daripada stesen keretapi Matsumoto aku perasan penutup lubang atau manhole covers di sini mempunyai design yang unik dan berwarna. 

Penutup ni tujuannya (obviously) untuk menutup saluran paip bawah tanah dan pembersihan.

Dalam kesejukan aku keluarkan kamera, dan terus ambik gambar. 




Penutup lubang pertama yang aku capture di Matsumoto

Rupa-rupanya, corak pada penutup lubang adalah satu trend dan keunikan tersendiri di Jepun. Punyalah kreatif, benda macam ni pun boleh di seni kan. Lepastu setiapkali aku singgah di mana-mana bandar, aku akan cari benda ni.Design pada penutup ni menunjukkan identiti sesuatu bandar. Kalau kebetulan ternampak, terus ambik gambar. 





Motif bunga Shizuoka





Yang ini pun di Shizuoka. 

Paling cantik sebab color dia masih terang. 





Kobe





Design berbeza di Kobe.





Bentuk empat segi pun ada. 





Nagoya.





Yang dekat Hiroshima ni bukannya penutup pun mozek je hahahaha dah tak jumpa yang betul. Yang ini pun bolehlah asal ada lambang Hiroshima. 





Hakodate





Satu lagi design Hakodate. 

Bentuk bintang tu aku rasa melambangkan Goryokaku dekat Hakodate





Shibuya, Tokyo.





Design pokok bunga sakura dekat Ueno Park, Tokyo. 





Burung jenjang di Himeji.




Pengembara miskin/bajet rendah macam aku..... cukupla sekadar ambik gambar kenang-kenangan dekat penutup lubang ni haha. Dahtu nak beli keychain ke, magnet ke tak mampu. Kau tahu tak dekat sini sekeping magnet yang tampal dekat peti ais tu harga dia dalam RM12-RM17?!! Kalau setiap bandar yang aku singgah nak beli benda tu memang kopak la wey. 

Dekat seluruh Jepun ada kira-kira 6000 jenis design penutup lubang ni. Seorang photographer, S. Morita telah travel ke seluruh Jepun untuk capture seni pada penutup-penutup lubang. Kalau nak tengok banyak lagi design design lain boleh tengok di sini





OK dekat sini penutup lubang dah kena timbus dengan salji.



12 May 2016

Penginapan Murah di Jepun [Reviews]


Assalamuaikum wbt.

Aku nak sharing penginapan yang aku pilih semasa di Jepun. Kesemuanya sangat berpatutan. Cuma... antara sanggup atau tidak je korang nak stay dekat situ. Sebab, kebanyakan penginapan aku pilih adalah jenis hostel/dorm yang mana kita perlu berkongsi dengan orang lain. Apa yang aku kongsikan adalah berdasarkan pengalaman aku tinggal di hostel tersebut. Lain orang, mungkin lain pengalamannya kan.


1) HOTEL TOYO (OSAKA)

Type of Accomodation : Single Room (Futon Bed) (Shared Bathroom)
Price: 1600 yen/night (RM56)
Nearest station: 2 mins walk from Dobutsuen-mae Station
WIFI ok.




Bahagian depan hotel dan reception.



Bilik aku. Sangat basic ada tilam futon gaya Jepun, TV, selimut, selipar bilik dan kipas angin. No aircond. 



Common room & kitchen yang unik. 

Review: Kalau datang Osaka lagi, aku akan stay dekat sini sebab murah, bilik mandi bersih (cuma bilik mandi terletak di tingkat bawah sebelah common room), lokasi sangat strategik dekat gila dengan exit stesen Dobutsuen-mae.





2) TRIP SOUND GUEST HOUSE (KYOTO)

Type of Accomodation : 6 Bed Female Dorm (Double Decker) (Shared Bathroom)
Price: 1500 yen/night (RM52)
Nearest station: 5 mins walk from Gojo-zaka Bus Stop (Kyoto City Bus)
WIFI ok.




Review: Lokasi dia tepi jalan je. Tapi sebab jalan di sekeliling macam complicated ada simpang dan ada flyover , aku sedikit pening nak mencari. Tapi lokasi menarik, dekat je dengan Kiyomizudera Temple. Check in hanya bermula jam 3 petang ke atas. Kons dia, bilik agak sempit, bathroom dan toilet cuma ada 2 di setiap floor tapi itu okay dan memadai dengan harga yang aku bayar. RM52 di Jepun untuk one night accommodation is dirt cheap. Aku stay dekat sini 2 malam. 





3) MATSUMOTO BACKPACKERS (MATSUMOTO)

Type of Accomodation : 3-Bed Female Dorm (Futon Bed) (Shared Bathroom)
wooden Japanese house.
Price: 3300 yen
Nearest station: 5 mins walk from JR Matsumoto
WIFI ok.




Special sebab rumah Jepun sebenar. Ditukar menjadi hostel.



Masa nak check out kena lipat futon bed tu jadi bentuk Z. Berat weh, aku dah sakit pinggang nak melipatnya last last aku lipat 2 kali je. Tak kuasa nak bentuk Z bagai. 



Suasana waktu malam. Matsumoto Castle jarak 1km daripada hostel.




4) CAPSULE HOTEL ASAKUSA RIVERSIDE (TOKYO)

Type of Accomodation : Female Capsule Room (Shared Bathroom)
Price: 2250 yen (RM78)
Nearest station: 2 mins walk from Asakusa Train Station (Tokyo Metro)
WIFI in common room only (Kena turun Level 2)



Reception



Female Capsule Room : Ok la bagi aku selesa. Satu capsule ada tv, alarm, lampu.

Kasut tak boleh bawak naik ke dorm. Kena tinggal dekat reception. Lepastu pakai house slipper. Macam leceh. Kalau nak keluar masuk hostel dia jadi sangat sangat leceh. 



Bathroom dekat top level. Ada bathroom lelaki, dengan bathroom perempuan. Tapi seram gila. Seram dalam erti kata masyarakat kita. Kenapa aku cakap seram? Sebab betul-betul Japanese style. Mandi secara terbuka. Lepastu kalau nak masuk dalam hot tub TIDAK BOLEH berpakaian walhal pakaian mandi. 

Haram aku nak mandi kalau macam gini gaya. Nasib baik pagi tu masa aku masuk dalam, tak ada sapa-sapa. Kalau ada makcik mane tengah mandi... free free dapat show. huhuuuu. Satu lagi, toilet dia tak ada hos. Tapi sebelah toilet ada sinki. Pandai pandai la.




5) HYBRID INN HIROSHIMA HANA HOSTEL (HIROSHIMA)

Type of Accomodation : 6-Bed Double Decker Female Dorm (Attached Bathroom)
Price: 2500 yen (RM85)
Nearest station: 5 mins walk from Hiroshima Train Station (JR)
WIFI in common room only.



Reception



Common room and kitchen is very nice and clean. Friendly staff. 

Hostel ni best sangat-sangat sebab katil dia selesa dan setiap katil ada private curtain. Yang paling best, bathroom & toilet sangat bersih dan berada di dalam dorm room tersebut, jadi kita kongsi dengan penghuni dorm kita sahaja. Katil dia selesa. I wish I could stay here longer because I love Hiroshima so much!



6) HOTEL SHAROUM INN 2 (HAKODATE, HOKKAIDO)

Type of Accomodation : Single Room (Private Bathroom)
Price: 3250 yen
Nearest station: 5 mins walk from Hakodate Train Station (JR)
WIFI SANGAT OK.



Hotel ni dekat dengan Hakodate train station, and this is the only 'real' hotel I stayed during my whole experience in Japan. 



Reception



Bilik dia bersih, selesa dan best gila. Even bathroom siap ada tub padahal harga bilik lebih kurang RM139 je. Ada water heater, room heater, fan, desk, tv and a Japanese style bath robe. Wifi dalam bilik sangat laju sampai tido lewat malamnya sebab melayan internet ;) Very recommended. 




7) MEDIA CAFE POPEYE (SHIBUYA, TOKYO)

Type of Accomodation : Private Small Cubicle
Price: 1180 yen/ 6 hours
Nearest station: Shibuya Train Station (JR)
WIFI VERY OK. haha



Reception. 

Pakcik dekat reception tak tahu English, dia pakai google translate lepastu pusingkan skrin LCD komputer tu tunjuk dekat kitorang. 



This accomodation is basically a place full of comics! - in Japanese , of course. Pelanggan boleh pilih pakej yang diperlukan (berapa jam nak stay) dan harga mengikut jam dan jenis cubicle kita tu. Aku ambik cubicle yang ada kusyen kulit untuk baring, personal table lamp and power plug. Selama tempoh kita menyewa, kita boleh guna seberapa banyak wifi, komik dan majalah yang ada dekat situ. Aku cuma nak tumpang tido je lah...

Toilet ada (free of charge), bathroom pun ada tapi kena bayar around 100-200 yen. Sebenarnya Comic Cafe ni bukan tempat tidur. Ia lebih kepada private place untuk orang yang nak spend time baca komik. Tapi sebab tempat ni unik, rasa macam nak try sekali. Dahla murah kan. Lagipun aku nak stay kejap je, pukul 11.30pm check in pagi esok lepas Subuh terus check out jadi Comic Cafe ni sangat menjimatkan.

Dari segi kebersihan okeyyy la. Tapi kan... aku rasa macam diorang tak semestinya bersihkan kusyen kulit tu setiap kali pelanggan keluar. So... macam geli geli sikit. Alah macam kita naik Airasia, bukannya diorang cuci kerusi kulit tu hari hari kan? Kalau rasa ok. Boleh je nak try. 



Macam macam jenis pakej. Aku dengan member aku ambik cubicle asing tapi bersebelahan. Cubicle double pun ada tapi malaslah aku nak bersumbat sumbat dalam tuh 2 orang. Huh!





8) KHAOSAN TOKYO LABORATORY (ASAKUSA, TOKYO)

Type of Accomodation : 4-bed Female Dorm (Attached Bathroom)
Price: 3600 yen
Nearest station: Asakusa (Metro Station)
WIFI ok.




Reception



Hostel ni comel, colorful dan sangat selesa. Bathroom dalam dorm jadi tak perlu nak bawak tuala semua ke luar. Recommended!


OK itu sahaja perkongsian kali ini semoga bermanfaat bye!



11 May 2016

Japan Day 12 Himeji (Last Day)


06.12.2016 (Day 12 - Last Day)

Akhirnya... dah masuk hari terakhir siri penjelajahan negara Jepun ni. Sedih. Sedar tak sedar dah masuk bulan Mei dah sekarang. Dah separuh tahun. Haha punyalah lama nak habiskan entri kan.

Okey... aku sampai di Osaka daripada Tokyo kira-kira jam 5.30 pagi dalam kesejukan. 

Daripada hentian bas (berdekatan Umeda Building) aku berjalan kaki ke Osaka Station. Urus diri sekejap. Dalam pukul 7.00 pagi aku beli 1- Day Kansai Pass dengan harga 2300 yen yang membolehkan aku ke Himeji. Agak mahal jugak sebenarnya. Sepatutnya cover Himeji masa pakai JR PASS. Tapi apakan daya tak sempat. Nak cancel Himeji macam rugi pulak so aku layan je lah. 

Aku naik JR daripada Osaka ke Himeji perjalanan lebih kurang setengah jam. Kot. Tak ingat tapi kurang daripada sejam. 




Matlamat pergi Himeji sebab nak tengok Himeji Castle dari dekat. Himeji Castle adalah castle yang terbesar, tercantik dan baru sahaja di renovate. Daripada stesen Himeji dah nampak castle, jalan kaki terus je dalam 1 km nanti sampailah ke perkarangan castle. Kalau pemalas nak jalan boleh naik shuttle bas tapi berbayar.




Dah sampai pintu masuk dia. UNESCO site. 

Nak lepas pintu pagar ni tak ada masalah. Tapi kalau nak masuk dalam castle. Kena bayar 1000 yen. 




Cantik. Besar gila istananya. Dari shinkansen pun boleh nampak castle ni. Nampak tak pokok kering sebelah kanan tu? Tu sebenarnya pokok sakura. Sebab dah masuk musim sejuk memang tinggal ranting je lah tapi kalau datang April ke... dia berbunga cantik.


Aku duk teragak agak nak masuk castle ke nak masuk zoo. Last-last aku pilih masuk zoo je. Kah kah. 




Zoo Himeji ni kecik comel je tak banyak haiwan pun, tiket masuk 200 yen. 




Kangaroo...




Tak ramai orang pun. Binatang nye pun ramai yang tidur lagi. 




Zebra




Deer




Penguin




Gajah pun ada. Tengah minum air tuan dia siram. Aku peratiii je get ready nak cabut kot kot dia sembur air ke aku. 




Ada lagi daun autumn yang tak habis gugur.




Pemandangan Himeji Castle daripada dalam zoo.




Ya habibi Ya maulana




Polar bear ada. Besarrrr. Tapi tengah tidur. Lion pun ada jugak, memang besar. Rasanya tu first time aku tengok polar bear dengan lion secara live. 

Lion tu macam mamai mamai lagi...




Autumn leaves dekat perkarangan Himeji Castle




Dalam sejam lebih aku meronda. Cukuplah kot. Baliklah. 




Amboi kakak ni sedapnya silang kaki. Patung macam ni cukup banyak di tepi jalan bandar Himeji. 




Jalan dia lurus je. Ada lorang pejalan kaki/ basikal macamni. Pokok maple kuning di kiri kanan jalan. 




Daripada Himeji aku berkejar naik tren balik ke Osaka semula, kemudian terus ke Kansai Airport. 


Kalau korang baca cerita aku daripada awal... korang boleh tahu macam mana aku rushing ke sana ke mari kejar train macam main explorace, kadang-kadang dengan backpack 10 kilo skali. Apa yang aku bawak datang. Itu lah yang aku bawak balik. beli souvenir sikit sikit je. Jadi, bagi yang berkirim barang dan aku tak sempat nak cari/beli, aku mintak maaf sangat sangat. 


Masa ni, bibir aku dah pecah pecah sebab perubahan suhu. Tak selesa gila. Kesilapan aku, tak pakai balm. Manalah aku tahu. First time kot merasa winter. Pengajaran untuk masa depan. Kalau korang travel , jangan lupa pakai lip balm untuk protection bibir kita. Dahla guna tenaga banyak, minum air kosong kurang, makan pun ala kadar. Mungkin jadi penyebab kepada bibir kering seterusnya merekah. 


Bila dah balik... aku rasa macam trip Jepun ni macam trip city touch-and-go, banyak lagi yang belum diteroka. Harap harap ada rezeki nak datang lagi lain kali Insya Allah. 




Sempat masuk lunch dekat restoran Jepun. Ada 3 kedai halal tak silap aku. Menarik tak? Nak habiskan duit yen. Ni lah baru nak mencuba makanan Jepun hahaha.





Tak ingat ape benda. Tapi tak sedappp! Tak kena dengan selera aku. Sebab takde rasa pedas kot. Aku ni jenis makan pedas. Kuis kuis macamtu je.  Manisan bebola dia tu sedap.


Kalau last minute korang nak send poskad, dekat Kansai Airport tu ada bookshop jual poskad dan ada post office jugak. Sangat convinient. Kedai jual souvenirs macam fridge magnet, keychain pun ada. Harga lebih kurang kedai dekat luar jugak :) 


Flight balik KL pukul 4.50 petang. Alhamdulillah smooth tak ada masalah. 

Bye Bye Jepun ;)

Sampai KLIA2 dan esoknya pagi pagi buta naik  flight ke KB. Penat penat. Nak rehat, nak makanan Kelantan yang sedap sedap!

Terima kasih kerana membaca entri-entri Jepun dari awal sampai akhir !



Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE