28 September 2016

Pulau Perhentian Underwater Photos (SJCAM4000)



Nah. Nak kongsi gambar.

Some underwater photos taken using SJCAM 4000 during my trip to Pulau Perhentian.

Aku rasa, kualiti video lagi cantik berbanding gambar (still image). 

Semua gambar original ok, tak edit. 













Gambar ikan nemo ni semua aku screen shot daripada video. Memang cantik videonya mak nemo dengan anak-anak dia bergerak keluar masuk dekat anemon tu. 




















Yang atas ni pun semua screen shot daripada video jugak.




Yang ini pun gambar screenshot daripada video. Gambar lagi clear sebab air tak dalam sangat. Cecah cecah permukaan je, jadi lighting bagus. 




Pelik tak. Tiba tiba kosong kat tengah tengah tu tak ada terumbu. Kekuasaan Allah. Dari atas nampak cerah dan air setompok warna biru muda. 




Nampak tak ikan yu dekat bawah tu? Ada seekor. Yang ini gambar, bukan screenshot daripada video tau. 




Guide yang bawak bot. Untungla pandai berenang. 




Ni ikan dekat Romantic Beach. Air cetek, pasir cantik tapi ikan tak variasi. 





Okey bye! 



14 September 2016

Western Australia Day 5 Perth City & Fremantle Part 2




Aku harap boleh habiskan cepat entri Western Australia ni. Insya Allah yang ni last entri. btw... Selamat Hari Raya Aidiladha :)

(sambungan...)


daripada E-Shed... aku dengan ayah naik CAT bus ke Fremantle Markets.




Fremantle Markets. 

Hanya dibuka hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Jadi kena rancang perjalanan betul betul. Kalau korang rasa nak melawat Fremantle Markets ni lah. 





Dalam ni ada macam macam... Macam pasar kat tempat kita cuma lebih bersih dan kering. Ada makanan, buah, sayur, barang antik, pakaian, souvenir... 





Dekat pintu masuk aku ternampak adik ni main keyboard. Dia kumpul duit nak pergi soccer trial dekat UK. Perghhh. Hebak hebak. Muka gaya gaya Justin Bibah. Kacak tu dah cukup.  Tapi... yang kau gi pakai baju besar sangat tu dah kenapa dik. Takpelah. Teruskan usahamu dik. Janji sukses. 





Dalam Fremantle Market ni banyak barang rare. Contohnya patch ni macam macam jenis dan warna menggelupur tengok weyyy. Tapi tak beli pun takdok pitih. Sekeping $4 kalau 3, $10. Agak mahal la kalau convert duit kita... Gigit jari je lah huhu.




Ni friendship bracelet. Comel comel jugak...





Buah-buahan memang banyak. Segar segar pulaktu. Pilih lah nak buah apa semua ada. Buah hati je takde -_- ok bai.





Nak kata murah tu ermmmm.... asal tak convert duit Malaysia memanglah murah. 





Pastu masa nak balik ternampak dog ni. Comel tu memang la comel tapi ekspresi muka kerek taknak kalah. Eh eh budak ni... cuba lah senyum sikit orang nak ambik gambar. Sekeh karang baru kau tahu erti tergolek dog tu macam mana. #takpuashati

Daripada Fremantle Markets naik CAT bus pergi dekat area pelabuhan. 




Ferris Wheel tepi laut. Masa ni dah start sejuk.




Sebelum balik semula ke Perth, aku plan nak makan fish fillet yang famous dekat sini iaitu Cicerellos dengan Kailis. Kitorang pergi Kailis. Insya Allah halal.





Dekat bahagian dalam memang dah full house. Orang Melayu pun ramai. So terpaksa makan dekat luar. Mula mula kitorang ambik meja tepi laut. Bajet nak privacy. Last last tukar masuk ke sebelah dalam sikit sebab tak tahan sejuk gila.





Menu nya. Ermmm.





Dekat luar tak ramai orang. Sejuk gilaaa! Masa ni aku pakai 3 lapis baju - sweater selai dengan jaket 2 helai. Sweater yang baru beli tadi pun dah pakai terus. 





Lepas dah order and bayar, orang kaunter akan bagi pager ni... bila order kita dah siap dia berbunyik pastu kena la gi ambik dekat kaunter semula.





Aku order, Fish Fillet 2 keping dengan fries. Dia set untuk 2 orang. Pastu Ice Lemon Tea. Makan ringan ringan je sebab balik Perth nanti nak makan nasi briyani dekat restoran Malaysia yang popular tu. Tapi ringan lah sangat... Kalau dah fillet sama besar dengan tapak tangan... fries sebatang sebatang tu dah sama besar dengan jari orang dewasa...

Atas nasihat 2 orang kakak yang aku jumpa dekat Rottnest Island haritu, diorang cakap Traditional Fish Fillet (bergoreng) lagi best dari grill punya. So aku order yang Traditional jelah. Total $20. 

Mula-mula aku ingatkan overrated sebab orang duk cakap sedap sedap. Sedap sangat ker??? Ke poyo je hahaha tapi rupanya memang sedap. Rasa ikan fresh. Tak hanyir. Goreng pun cun cun. Tak berminyak sangat. Berbeza dari fish fillet yg murahan yang aku biasa makan sebelum ni. haha. Bagi penggemar sos cili... dekat Kailis ni memang tak ada sos cili. Depa cuma bagi tartar sauce dengan tomato sauce je. Aku nye kan dah beli sos cili haritu... tapi lupa pulak nak bawak. Tinggal dekat hotel. Hampehhh. 




Makanan seafood lain pun banyak. Kalau kaya raya bolehla cuba. Lobster ni RM270 sekilo. Heheheeh. 




Aiskrim pun ada... Tapi aku tak beli. Usha usha je... Gelato & sorbet.

Lepas dah siap makan... Jalan kaki ke Fremantle Station dan terus balik Perth City... Aku dengan ayah plan nak solat jamak Maghrib & Isya' di Airport sahaja nanti sebab dekat airport ada surau. Senang sikit. 




Perth City memang mati awal. Seawal pukul 8 malam... kedai kedai kebanyakannya dah ditutup. Lengang. 




Macam pukul 11 malam dah. Plan nak masuk meronda dalam kedai-kedai dekat Hay Street terkubur. Tapi kedai souvenirs masih dibuka. 

Aku dengan ayah cuba cari restoran Malaysia tu. Tapi... malangnya bila masuk dalam (dan disambut dengan ramah oleh owner budak budak Melayu) diberitahu bahawa semua makanan dah sold out. Diorang pun dah kemas-kemas. Katanya... ramai sungguh orang Malaysia datang hari tu. Rasa macam dekat Malaysia dah. haha. Takpe lah, lagipun kitorang masih kenyang makan dekat Kailis tadi.

Dekat sesetengah bahagian... dah ada golongan homeless yang duduk di kaki kaki lima. Waktu siang diorang tak ada. Malam baru muncul. Aku rasa diorang takde lah mengacau orang kot. Tapi nampak menakutkan juga. Kalau sorang memang aku takde la keluar jalan jalan macamni. Nasib dengan ayah aku je...





Kemudian, terus balik hotel, ambik backpack semua. Terus pergi Bus Station untuk ke airport. Kebetulan, Bus Station dekat Perth yang terbesar terletak di belakang blok hotel kitorang. Jalan kaki dalam 5 minit. Tak payah naik bas ke apa.

Bus Station dia pun dah lengang. Tapi, jangan risau tentang keselamatan sebab ada polis yang jaga. Gambar atas ialah ruang menunggu dekat tingkat atas. Bila bas kita nak sampai (dalam 5 minit lagi ke...) baru kita turun dekat platform dekat bawah. Aku malasla nak turun awal sebab... sejuk dol. Untuk makluman masa aku datang ni permulaan musim sejuk di Australia (bulan Jun).





Tungu bas dekat tingkat bawah.





Last selfie dengan big boss. 




Okay, bas dah sampai. Bas No. 380 ke Perth Airport.


Perjalanan dalam 40 minit. Kitorang sampai airport pukul 10 lebih.




Suasana dalam Perth Airport. Rasa rasanya KLIA2 best lagi hehe sebab banyak kedai. Aku dengan ayah aku naik tingkat atas lepak minum kopi dekat tingkat atas. Lepastu ronda ronda kedai. Tak banyak pun. Souvenirs ada dijual dekat sini tapi biasa lah harga berlipat lipat kali ganda lagi mahal daripada harga di Perth City & Fremantle. 






Dalam pukul 11 lebih kitorang turun ke tingkat bawah dan duduk dekat kerusi depan arrival hall. Orang tak ramai. Kebetulan ada satu family Malaysia yang sama melepak tunggu flight pagi esok jugak. 

Aku bergilir pergi solat dengan ayah aku. 




Pukul 3-4 pagi sempatla tido sekejap. Ni ha ayah aku dan dan pulak dia ambik gambar. haha. 

Flight kitorang pukul 6.20 pagi berlepas. Mula-mula macam serba salah jugakla nak tunggu Subuh dulu, baru masuk boarding hall ke... nak masuk awal. Sebab Subuh dalam pukul 530 macamtu kot aku tak ingat. Last last kitorang masuk boarding hall awal dalam pukul 5 pagi. 

Nasib baik... Sebab beratur check immigration agak panjang jugakla. 

Kitorang solat Subuh dalam boarding hall. Takde surau pun, solat dekat tepi dinding macamtu je. Sama dengan family Malaysia tadi jugak. Flight bertolak tepat pada masa dan sampai pun tepat pada masa jugak 12.30 tengah hari di KLIA2. Sampai je terus cari nasik weyyy. Hahaha. Esoknya dah puasa. 


Kesimpulan: 

Total belanja 5 hari 5 malam (Flight, accommodation, car rent, public transport, makan & souvenir sikit2) RM2400/person. A little bit pricey aku rasa sebab stay apartment/full service hotel bukan dorm huhu. Apepun trip kali ni ke Australia memberi makna yang tersendiri sebab datang dengan ayah and we DO LOVE Australia very much. Western Australia is very recommended to everyone ^_^

Byeee!


Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE