28 July 2016

Western Australia Day 2 Caversham Wildlife Park


Hari kedua di Australia



Aku dan ayah check out seawal jam 8 pagi daripada Fremantle Prison YHA.




Pintu masuk ke Fremantle Prison - sebelah je dengan Fremantle Prison YHA Hostel yang kitorang tinggal semalam.


Lepastu kitorang berjalan kaki ke Bayswater Car Rental untuk mengambil kereta yang aku dah booking melalui internet. rasanya… Aku dah fahamkan siap-siap map yang ada dekat board hostel. Tak jauh pun daripada hostel lebih kurang 10 minit jalan kaki.




Daripada pembacaan, Bayswater merupakan perkhidmatan sewa kereta yang termurah. Ada cawangan di Fremantle, Perth City (ada dua) dan di bandar-bandar besar lain di Australia. Tapi… mesti booking secara online dan bayaran dibuat semasa mengambil kereta menggunakan kad kredit sahaja. No cash accepted.

Makin lama kita sewa, makin murah harga yang dikenakan per day. Aku sewa untuk 3 hari… dikenakan bayaran sebanyak lebih kurang RM550 termasuk sewa GPS, Full-Coverage Insurance (maksudnya, kalau accident kita tak perlu bayar apa-apa) dan extra cost untuk lesen luar negara. Korang rasa, mahal tak? Aku rasa sangat berbaloi… sebab kereta yang disediakan memang kereta baru. Mileage baru 17000 km je kot. Aircond semua tip top lepastu kereta tak ada calar apa. Wooo seram nak bawak. Kereta diberi pada kita dengan full tank petrol, dan masa hantar pun mesti full tank. Oh satu lagi… lesen memandu Malaysia (yang baru) sah digunakan di Australia. 

Kereta yang aku sewa jenis Toyota Hatchback muat 4 orang, model ni tak ada di Malaysia. Bayswater ni kereta dia semua Auto ok. Kalau nak tahu… seumur hidup aku tak pernah bawak kereta Auto. Memang tahu bawak Manual je. Tiba-tiba datang Australia terpaksa bawak Auto. hahaha. Sebelum sampai aku dah download artikel dekat internet “How To Drive An Automatic Car” haha jakun dol. Dan ternyata bawak kereta Auto ni senang nak mamposss. Bila balik nak bawak kereta kat rumah (kereta Manual) asyikla lupa nak tekan klac. Hahah. 


Destinasi hari ni :

1) Caversham Wildlife Park
2) Pinnacles Dessert
3) Lancelin Sand Dunes


Pemanduan di Australia boleh dikatakan agak mudah. Sebab pertama, pemandu dia sangat berhemah dan kedua, jalan dia sama je macam Malaysia. No worries. 

Daripada Fremantle ke Caversham… mengambil masa selama 1 jam. Tapi kitorang sesat lebih kurang 30 minit… Masalahnya Caversham Wildlife Park tak ada dalam data GPS. Dia bawak dekat taman anjing mana entah. Ada satu geng India (orang Malaysia) sesat tak jumpa jugak. Memang masalah GPS. Jadi kitroang explore cari sendiri je sampailah jumpa Caversham Wildlife Park tu… Pukul 10.30 pagi baru sampai. Hampeh.




Caversham Wildlife Park ni macam Zoo yang menempatkan haiwan-haiwan terutama yang ada di Australia sahaja. Yang specialnya kita boleh pegang, main-main, bagi makan dengan haiwan tu (sesetengah je la bukan semua). Review pun cakap, sini lagi best berbanding Perth Zoo. So why not? Datang lah sini. Tiket masuk $27 seorang (dewasa). 




Sampai tu… terus tuju cafĂ© dia dulu. Sebab ada jual makanan halal. Jurujual dia kindly inform and guide us whats halal and whats not. Ada lah nasi berlauk (frozen, dia akan re-heat) and muffins. Aku beli muffins je besar gedabak sebijik $4.50. Satu perisa Apple Crumble satu lagi Blueberry Cheese. Memang sedap. 




Park ni terbahagi kepada banyak section. Mula-mula kitorang masuk kawasan kangaroo dulu. Hehe. Harusla kan. Kangaroo kan haiwan paling popular dekat Australia. 




Dalam kandang dia tu… Ya Allah ramainya kangaroo. Lepas macamtu je. So suka hati kita lah nak pergi dukung ke, bagi makan ke, selfie ke, Tapi yang lagi lawak… bilangan orang Malaysia dalam ni sama ramai dengan bilangan kangaroo. Hahahha. Sana sini ada Malaysian. 





Kalau nak bagi makan, diorang ada sediakan makanan. Ambik je. Lepastu boleh bagi kangaroo makan daripada tangan kita. Aku geli laaa. Last last bila dia nak makan tu mesti aku akan campak je makanan tu ke tanah. Sebab masa tu dah pukul 11 pagi… kangaroo pun macam pandang tak pandang je orang bagi makan. So better (nak best) datang awal pagi pukul 9 park baru bukak masa diorang semua tengah kelaparan kan.




Yang ni stok tak berapa nak sopan sebab tido terkangkang. Aku pergi dekat ambik video pun tak sedar -____-




Yang bagusnya park ni tak berbau busuk. Ye lah. Biasa kalau pergi zoo ke taman haiwan mana-mana mesti ada bau yang tak sedap. Tapi dekat sini ok. Padanla dengan harga tiket mahal ye dok, buat maintainence park.




Binatang lain yang pelik-pelik macam burung helang, burung hantu muka topeng (yang macam dalam Harry Potter tu), wombat yang bentuk macam beruang tapi sama besar dengan kambing, burung pelangi ni...




Koala jangan dilupa! Bila tengok secara live… Ya Allah macam anak patung! Tak rasa macam benda hidup langsung. Tapi koala ni special sikit, kita tak boleh dukung sendiri. Petugas dia je boleh dukung. Nak gosok rasa bulu dia bolehla tapi kena gentle gila, tu pun gosok pakai belakang tapak tangan dan kena basuh dengan sanitizer dulu sebelum sentuh. 





Yang aku ambik gambar ni actually mama koala. Ada anak dia menyorok dekat dalam. Susah nak ambik gambar. Orang ramai. huhu. Ni pun... penuh orang depan aku tunggu turn ambik gambar. Nak posing beriya pun segan. 




Dalam pukul 1 kitorang keluar daripada park. 

Tiba-tiba sakit migrain aku datang. Berdenyut habis kepala, maka perancangan untuk ke Pinnacles Dessert & Lancelin terpaksa ditangguhkan. Terus straight check in hotel. 

Sorry lah daddy...




Hari ni kitorang menginap dekat West Beach Lagoon. Apartment satu bilik (satu double bed, satu single bed, living room, kitchen & kitchenette appliances, bathroom & balcony). Rate RM336/night kot. Yang special nya… hotel ni terletak dekat area Scarborough Beach. Memang tepi pantai. 




Sampai dekat hotel terus aku gi check in sementara ayah uruskan parking. Masa check in tu kepala aku berdenyut gila, rasa mual macam nak muntah. So aku bayar pakai credit card je walaupun duit cash ada. Malas nak keluar duit segala. Memang rugi lah sebab bila pakai credit card... conversion rate dia tinggi sikit. Adoi.




Lepastu dah selesai check in... ambik kunci, aku pergi dekat kereta balik nak ambik barang. Tiba tiba tak tahan termuntah dekat tepi pokok tu hahaha. Ayah aku je tolong ambikkan barang semua, masuk apartment telan panadol lepastu terus kong. 




Pukul 4 petang baru aku bangun, sakit kepala dah kurang. Ayah aku dekat sofa tengok tv. Masa tu lah baru nak jamak Zohor dan Asar.




Lebih kurang pukul 4.30 petang kitorang keluar jalan kaki pergi Coles Supermarket yang letaknya 200 meter sahaja daripada hotel. Nak beli barang dapur untuk masak malam karang… esok dan lusa. 

Aku terlupa nak ambik gambar dalam supermarket. Haha. Takkan dalam supermarket pun nak bergambar ye dak. Tapi best. Alah macam Giant dengan Tesco tempat kita je. Cuma, barang-barang dia kan kita tak jumpa dekat sini. So macam jakun lah sikit. Buah-buahan memang banyak dan murah. Ayah aku memborong buah lagi – buah epal, pisang, kiwi (dia paling suka). 




On da way balik kitorang jalan sepanjang pantai Scarborough. Dah Maghrib (5.30 petang), dan pemandangan sunset masa tu cantik gile. Turun ambik gambar kejap. Alang-alang.




Semua ni aku beli $22 je haha. Kalau convert lebih kurang RM66, tapi okeylah boleh cover makan 3 hari. Kan dah bawak beras. Masak jelah. Kalau makan di kedai, maunya $30 sekali makan.

Malam tu nasib baik kepala aku tak sakit dah. So boleh masak. Tapi yang simple je lah. Haha. Simple simple pun ambik masa sampai sejam sebab nak kena samak dulu semua peralatan daripada periuk belanga, pinggan sudu mangkuk semua. Aku samak pakai sabun samak beli RM8 dekat KB. Sabun sekali, kemudian bilas dengan air paip 6 kali niat samak. 




Nah. Dah siap. Hahahahahha kesian ayah aku makan macam ni je. Telur goreng, sup sayur dengan kuah sambal taruk cendawan. Asalnya nak beli udang… tapi dekat supermarket tu, tempat letak udang, skali dengan daging-daging lain. Ayah aku cakap toksah la beli. 




Lepas habis makan semua. Turn ayah aku pulak basuh periuk. Hehe. Ayah aku memang the best daddy in the world :p

Keseluruhannya apartment ni memang best. Puas hati.




Dapur. Peralatan memasak semua lengkap. 




Bilik air. 




Single bed dekat luar mengadap pintu masuk. Ayah aku tido sini. 




Ni bilik aku double bed. WIFI dapat dalam bilik ni je. Dekat ruang tamu takde line. 


 OK goodnight!



24 July 2016

Western Australia Day 1 Rottnest Island


Assalamualaikum WBT. 

OK sambung lagi. 

Lepas check in hostel, aku dengan ayah keluar untuk naik feri ke Rottnest Island. Rottnest Island ni tak jauh pun dari Fremantle, dalam 30-40 minit je perjalanan dan dengar khabarnya memang cantik gila. Jadi rugi la kalau tak singgah alang-alang dah sampai Western Australia kan. Heh. 




Feri ke sana ada banyak company, dan kami ambik Rottnest Express yang warna merah ni. Kebetulan, aku jumpa promo half price dapat $39 je sorang. Kalau harga asal dalam $78 kot. Tapi half price promo ni cuma available untuk hari Selasa. Jadi gigihla aku susun itinerary supaya dapat jalan ke Rottnest Island pada hari pertama kitorang di Australia... Banyak kot $39 tu kalau convert lebih kurang RM120. Macam macam boleh beli. 

Tiket feri aku beli masa sampai dekat airport Perth pagi tadi haha. Pakai WIFI airport. Punye lah last minute. Sebab nya... takut trip cancel ke apa kan. Jadi dah betul-betul confirm baru beli. Boleh pakai credit card je. Huhu. Trip kali ni banyak jugak la benda yang aku terpaksa bayar pakai credit card. Sebab ada tempat yang tak terima cash. Contohnya, sewa kereta, booking apartment, dengan tiket feri ni lah. Kekurangan bila pakai credit card ni, kita rasa macam kaya je... macam banyak je duit cash lebih dalam purse. Skali bila dah balik Malaysia haa ambik kau. Pengsan tengok statement bill credit card.




Feri belakang tu feri orang lain ye, jangan salah naik feri pulak. 

Dekat sini... awal pagi sehingga lewat jam 11 pagi cuaca memang sejuk. Sebab tu bajet nak mampos pakai jacket siap. Tapi makin masuk tengah hari dia jadi panas... suhu paling tinggi boleh capai 21'C. Jaket rasa nak campak je mana-mana. Makin nak petang, dia sejuk balik. Terpaksa kutip balik jaket tadi yang dah dicampak ke mana entah. 




Perjalanan pergi : duduk di bahagian dalam feri. Selesa. Aku lelap dalam feri. Sedar-sedar dah sampai. Mengantuk kot. 




Sampai di pulau, kitorang terus beli tiket Island Explorer Bus ($20) untuk explore pulau ni secara unlimited (maksudnya, boleh naik turun bas dekat mana-mana checkpoint). 

Untuk pengetahuan, island ni takde kereta... Cuma ada Explorer Bus dan Basikal. Jadi korang boleh pilih nak explore island ni guna apa. Island ni ada banyak checkpoint (18 tak silap aku) yang korang boleh singgah. Semua cantik-cantik. 

Kalau datang geng kawan-kawan, atau datang couple laki bini, ada banyak masa dan adventure, boleh sewa basikal. Harga sama je dengan tiket bas ($20/day). Lepastu boleh cycling sepuas hati dekat pulau ni. Syok giler. Tapi... sebab aku dengan ayah aku tak banyak masa, lagipun rasa macam tak kosser je nak cycling sampai ke hujung pulau (20kms jarak) jadi naik bas je lah. 




Kitorang terus tuju ke , the west end of the island. Dia ada 3 checkpoint yang kita boleh lawat sekaligus. 




Ombak kat sini memang besar dan tinggi. Takut tengok. Tapi pemandangan sangat-sangat cantik. 




Ada banyak teluk dekat sini. Air dia berbalam-balam biru hijau gituh. 




Nah. Kakak payung selfie dengan spek love love tanda love kakak pada korang. Aku beli dekat KAISON Kuching sehari sebelum bertolak balik. RM4.90 je. Dekat bahagian kids party pack pulaktu hahahahah




Pantai dia pergh... Cun wooo. Pantai dekat sini tak boleh turun ke bawah. Sebab ombak besar kot, bahaya. Tapi ada pantai at the other part of the island yang kita boleh turun mandi manda. 




Haaa kau cari benda tersembunyi dalam gambar. Dekat sini aku terjumpa 2 orang kakak traveller dari Malaysia. Dia tolong ambikkan gambar ni. Kitorang ada ambik selfie sama-sama jugak. Cantik lah gambar tu sebab background cun. Dia kata nak send dekat aku by FB. Sampai sekarang krik krik krik je haha. Kakak if you read this please send our picture. Pleaseee!




Batu ni paling cantik, bagi aku lah. Tapi dia hidden sikit. Mula-mula aku tak perasan. Yang cantiknya... bila ombak datang jadi lah waterfall kecik tu. Cantikkk. Ralit aku tengok. 




Yang aku bersyukur sangat, cuaca good good je tak hujan. 




Cape Vlamingh side. Kalau bernasib baik boleh tengok whale dekat sini. Tapi kena bawak teropong lah baru clear hehehehe.




Sudut lain pulak.




Lepastu naik bas semula, balik ke first checkpoint semula. Tak sempat nak visit checkpoint lain. 




Jalan dia macamni lah. Banyak kali selisih dengan orang cycling. 




Wind mill pun ada. Aaa satu lagi, dekat pulau ni ada lighthouse yang korang boleh naik dan explore. Itu pun tak sempat nak singgah sebab kekangan masa...




Kawasan dia berbukit tinggi rendah macamni. Tak ada pokok tinggi. Rumput kasar-kasar je. 




Kemudian ternampak bende ni. Kau jangan ingat ini tikus, sebab bukan. Haha. Ini Quokka, spesies kangaroo jugak kalau tak silap aku... anak dia tinggal dalam kantung tapi saiz dia lagi kecik berbanding kangaroo. Quokka cuma ada dekat Rottnest Island ye murid murid. 




Berterabur dekat sini. Jinak je. Aku nak pegang macam geli. 

Tahu tak, menatang ni memang banyak dekat island. Jadi dekat kedai , (yes, ada cafe, mini market menjual groceries semua di Rottnest ni) ada macam gate rendah dekat pintu kedai... supaya quokka ni tak boleh masuk dalam. hehe. 




Dalam pukul 4.25 petang kitorang naik feri balik ke Fremantle. Sampai tu... sempat singgah pasaraya Coles. Seberang jalan dengan Fremantle Station je. Ayah aku borong buah. Pisang lah, buah kiwi lah, buah peach ke ape. Dia memang suka buah-buahan. Aku beli susu je dengan kerepek. 


bersambung...

20 July 2016

Western Australia Day 1 Preparation & Arrival



Assalamualaikum WBT.

Entri ni lebih kepada sharing persediaan /environment dekat sana. Apa-apa tips yang aku boleh kongsi dan yang paling penting online diary untuk diri sendiri. 




Aku beli tiket 2 bulan sebelum bertolak. Visa ETA Australia aku buat dengan www.iae.travel (012-2223800) dengan kos RM20 seorang murah je. Siap dalam masa 24 jam nanti dia hantar document Visa kita melalui email. Kalau tak bawa pun takde masalah document tu, sebab semua maklumat dah ada dalam sistem. 


Dari segi kerja-kerja menyusun itinerary, rasanya tak complicated macam trip-trip sebelum ni kot. Simple-simple je. Penginapan pulak aku pakai Booking.com macam biasa. Mula-mula tu, ada jugak aku book dorm hostel untuk 2 malam. Lepastu bila fikir fikir balik, macam tak sesuai jer nak suruh ayah aku stay dekat dorm yang kongsi kongsi tu. So aku tukar. Ambik private room/apartment. Beza pun tak jauh sangat, yang penting keselesaan.


2 minggu sebelum bertolak dah takde apa lagi nak buat macam, ape benda lagi yang aku tertinggal ni hah? Sampai lah hari bertolak... Jumpa ayah aku dekat KLIA2. Aku dari Sarawak , ayah aku flight dari KB. hehe. Flight kitorang ke Perth di sebelah malamnya pukul 12.05 pagi, jadi sebelum masuk boarding hall dah makan kenyang-kenyang. Masuk flight tido je...




KLIA2 (12.05am) – PERTH (5.20am)


Daripada pengalaman bloggers lain yang aku baca, Immigration / Customs Australia ni amat strict. Siap ada anjing besar hidu beg semua. Kalau tersilap bawa barang yang TERLARANG dan tak declared, boleh kena denda. Aku pun cuak jugakla sikit sikit. Sebab ada bawak makanan. Tapi semua aku dah packing asing dan buat list untuk memudahkan pihak custom check.


Alhamdulillah tak ada anjing (aku trauma anjing) cuma ada pegawai-pegawai kastam je. Sebab pagi pagi buta lagi kot... anjing pun belum bangun. HAHA. Pegawai dia scan dan check bag je. Beras, bihun, ikan bilis dengan packed foods semua lepas. Cuma dia rampas bawang putih (LOL), serai dengan daun limau purut sebab semua tu fresh plants. Benda-benda tu aku ingat nak bubuh dalam tomyam sebenarnya haha. Nampak gaya tak umphh la tomyam aku nanti. Fresh plants tak boleh bawak yerrr. Tapi tak kena denda pun sebab  dah declared dalam Arrival Card yang aku dah isi masa atas flight. 




Lepas keluar daripada Arrival Hall, kitorang solat Subuh dulu. Ada prayer room dekat Perth Airport. Paip untuk ambik wuduk pun ada dalam prayer room tu. Tapi campur lelaki perempuan, tak ada tirai.  



Dalam pukul 7.30 pagi kitorang terus ambik Bas 380 ($4.50) ke Perth CBD.

Masa tunggu bas dekat luar tu mula lah rasa sejuknya. Fuhhh. 




Perjalanan daripada airport ke Perth CBD ambik masa dalam 40 minit.  

Dia ada 3 kaedah :
1) Teksi (paling mahal)
2) Bas Connect ($18)
3) Bas No. 380 ($4.50)

Kaedah yang kitorang pilih ni yang paling murah. Bas dia macam bas rapid KL je. Dah sampai di bandar Perth, kitorang jalan kaki kira-kira 10 minit ke Perth Station.




Masa ni ramai penduduk Perth yang sibuk nak keluar bekerja, tak kurang budak-budak yang nak ke sekolah. Aku perasan orang dekat Perth ni multiracial. Ada muka Chinese, Philippines, India, Singh… Ada lah jugak 2-3 kali terserempak dengan orang Malaysia. Diorang bagi salam, tegur, senyum. 




Lorong ape kah?




Stesen Keretapi Perth

Kecik je stesen keretapi dia simple simple je. KL Sentral lagi besar kot. 




Daripada Perth Station naik tren ke Fremantle. Malam ni kitorang akan bermalam di Fremantle dulu, iaitu bandar pelabuhan yang terletak kira-kira 30 minit daripada Perth.




Sampai pukul 9.30 di Fremantle. Kena jalan kaki lagi ke hostel. Binaan bangunan di Fremantle agak klasik. Tak banyak bangunan moden sangat. Lepastu, ada satu area tu Coffee Strip tak silap aku, cafe je kiri-kanan. Konsep kedai kopi dengan meja kerusi open air tepi jalan. Macam style je...




Kebetulan masa berjalan terjumpa restoran halal. Aku tanya ayah aku, nak singgah tak? Ayah aku cakap makan dulu, baru jalan. OK lah. Sebenarnya aku pun dah lapar gilakk. 

Nama restoran ni, Ali Baba & 40 Dishes




Kitorang order Beef Kebab , Chips, Cappuccino dengan Chocolate Milk Blend.
Semua sedap (dan portion besar), total $22.

Masa dekat sini ada benda lawak sikit. Beef Kebab tu punye lah besar, kulit dia tebal lembut lepastu inti pulak penuh membuak. Jadi nak ayah aku bukak potong bagi aku sikit. Tiba-tiba... owner kedai tu datang, dia cakap... bukan macam tu makan kebab. Jangan bukak. Kena gulung, lepastu makan sekali ngap. HAHAHA adoi. Orang nak share lah pakcik... 


Lepastu terus jalan kaki cari hostel. Kalau nak naik bas free (CAT BUS) pun boleh tapi aku blur blur tak tahu bas mana, so jalan kaki jelah ikut map. Masa jalan tu aku macam, alahhh kesiannya dekat ayah aku kena jalan kaki (Walaupun dia tak cakap apa-apa). 2-3 kali aku duk cakap, Pa nak sampai dah ni... dekat dah kot. Padahal... aku sendiri pun tak tahu dekat mana hahah. Dekat dekat pun dalam 10 minit jugakla jalan kaki daripada restoran tadi. Habis hilang lemak yang makan tu semua hahah. 




Dah sampai. Fremantle Prison YHA.

Ha? Prison? Yer! Memang kitorang tinggal dekat prison betul. Penjara lama yang diubahsuai menjadi hostel. Bilik yang kitorang stay tu pun, memang dahulunya penjara. Seram takkkk. Haha. 




 Kebetulan, bilik dah ready jadi boleh terus check in walaupun baru pukul 10.30 pagi masa tu. Bilik ni private twin room ($76). Tapi bilik air di luar. Mula-mula dulu (sebelum sampai Perth), aku book dorm yang kongsi ramai-ramai tu, satu male dorm (untuk ayah) dengan satu female dorm (untuk aku).

Tak lama lepastu, ayah aku tanya. Kenapa tak book private twin je since harga dia sama je dengan harga dua dorm tu? Haha macam mana lah aku tak perasan. Sebab dah biasa duduk dorm kot, jadi terus aim dorm je. Nasib baik la ayah aku lebih alert. hehe.




Macam ni rupa dalam bilik.

Private Twin Room. ($76/room)




Deco di dinding hostel yang menyeramkan. Wanita kena gantung lah banduan cuba nak escape lah mende lah. Nak tengok lama-lama pun tak berani takut bijik mata dia bergerak gerak macam dalam cerita hantu tu. 


Review: 
Friendly reception, nice place to make friends (ramai traveller berkumpul dekat kitchen & common room), pengalaman hostel yang berbeza dan unik (sebab tinggal dalam penjara) tapi WIFI cuma available dekat kitchen & common room sahaja. Dalam bilik tak dapat. 




Ini kitchen dia. Luas gila. Belakang ada dapur tempat masak-masak. 


Lepas bersiap kejap, pukul 1045 pagi kitorang terus keluar untuk pergi Rottnest Island.




Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE