31 July 2017

#siblingsgoal Trip Sabah (Day 2) – Kota Kinabalu


Penginapan hari kedua – dekat Winner Hotel KK, tengah tengah bandar juga tapi masih awal, belum boleh check in. So lepas dah hantar kereta dengan sayu… tinggalkan backpack dekat hotel dan kitorang berjalan kaki dalam 15 minit ke Jesselton Point…Ada kereta pun tak guna jugak dalam bandar macamni, buat menyemak je nak parking susah.

On da way ke Jesselton Point tu aku duk saiko adik aku supaya tak payah pergi pulau. Dulu aku dah pergi, macam bosan, panas… Aku bagi cadangan masuk mall tengok Fast 8 je hahaha boleh regangkan kaki yang lenguh, berehat bersandar dekat kerusi empuk sambil makan popcorn dalam aircond sejuk. Duit pun tak habis banyak.

Lepastu dia macam, 
ALAH NURU… TAKKAN DATANG SABAH TAK PERGI PULAU T_____T  

k. fine. Tak pegi kang ada yang pulak tak puas hati lah apa lah. Pergi lah ke pulau kalau kau nak gi. Jadi ikan duyung terus takpayah balik UNIMAS pun takpe.




Kitorang beli tiket ke satu pulau sahaja, Pulau Sapi RM25 (student price hehe) tak termasuk Conservation fee (bayar dekat pulau) RM3. Lepastu orang jual tiket tu offer main water sports – adik aku ajak main Parasailing RM75 per person. ok la boleh la layan jerrr. 




Dekat Pulau ni kan, aku perasan ramai gile orang Korea. Aku ni dekat Korea ke Malaysia? Tak silap aku ada route baru bukak Seoul – KK tapi tak ingat flight apa, mungkin la. 




Pukul 130 kitorang dibawa oleh sebuah bot untuk main Parasailing tu. Pergi tengah-tengah laut, kemudian dia pakaikan harness semua, sambungkan dengan belon tu and perlahan lahan ditarik ke atas. Lepastu terbanglah kami di udara…. hahhahah

Gambar buruk sebab send pakai Whatsapp je dari handphone adik aku. Reso jadi kecik. Takpelah malas dah aku nak edit edit nanti sampai ke sudah tak update entri ni. 




Pengalaman dekat atas tu memang best walaupun dalam 10 minit je. Takpelah. Sekali seumur hidup. 

Yang seram sikit… masa dia nak turunkan balik kitorang. Aku seriau takut salah mendarat lepastu jatuh atas kipas bot. Matila nakkkkk. Nasib baik semua ok je.




Wey wey wey ikan jows gigit kaki... Ingat boleh basuh basuh kaki tapi tak kena pun air laut.

Dahtu. Siap main baru berani wasap gambar dekat mak aku. Itu pun mak aku dah YA ALLAHHH!!! huehuehueh




Lepas main parasailing kitorang dihantar semula ke Pulau Sapi. Adik aku gi mandi manda sorang sorang. Aku duduk bawah pokok je. Boring gila. Bot balik ke jeti pukul 3 petang. 

Pendapat aku, antara pulau pulau yang aku pernah pergi - Pulau Sapi, Pulau Perhentian, Pulau Pangkor… Pulau Perhentian yang paling lawa. Dekat sini tak banyak yang nak explore, dan aku pulak jenis yang cepat bosan hehe. Aku rasa… pulau dekat Sabah yang betul betul cun dekat sebelah Tawau/ Semporna sana. 

Sampai di Jesselton, kitorang masuk Suria Sabah Mall and beli tiket Fast 8 malam karang. Why not have both? Hahaha. Lepastu balik ke hotel pakai UBER je. Malas jalan kaki. 



FILIPINO MARKET



Dalam pukul 5 petang lepas solat jamak, keluar balik ke Filipino Market. Tengok pasar dia.




Dalam market pun jadi bergambar. 




Sayur murah murah weh. Kau tengokla satu beg dia tu baru RM3. Dekat sini (Kabong) RM3 dapat 3 batang je timun. haha




Makan seafood sekejap. Sotong bakar cicah air asam ni RM15. Lepastu beli street foods – apam, keropok, minum air mangga duduk lepak kejap.




Berkejar ambik gambar sunset.


Lepastu masuk semula ke Filipino Market bahagian souvenir tu semula. Aku TER-beli gelang mutiara. huhu hajat taknak beli pape tapi TER-beli, apakan daya aku nak menidakkannya. Beli brooch untuk orang rumah. Tu je. Tak shopping banyak, fulus takdok. Adik aku beli Tshirt dengan kuih cincin LOL macam makcik makcik beli kuih sebagai buah tangan.


Daripada Filipino Market, berjalan kaki ke Suria Mall tadi. Tengok Fast 8. Nang BEST! hahaha harga tiket mahal sikit tapi berbaloi. Sama best dengan Fast 7 yang aku tengok 2 tahun lepas – dengan adik aku jugak. 


Habis movie, balik ke hotel dengan UBER lagi. Senang ada UBER ni. Murah pun murah. Sebelum naik bilik, singgah mamak dekat belakang hotel. Esok awal pagi nak balik Kuching dah… 


WINNER HOTEL KK

Twin Room, RM110/night




Hotel Pemenang. Duk sini rasa macam menang percutian yang ditaja tapi hakikatnya...




Sampai hotel, solat, kemas beg terus takut esok rushing. Pukul 6 dah check out sebab flight kitorang pukul 7.55 pagi di KK Airport. 




Pemandangan Subuh di bandar KK daripada tingkap bilik.


Dari hotel ke airport pakai UBER jugak. 




okey, selesai trip ringkas adik beradik #siblingsgoal hehe. Sangat berpuas hati walaupun tak lama... at least boleh spend time bersama. Adik aku nak habis study, nak balik Semenanjung dah. Aku ni tak balik balik lagi huuuu. 


Thnaks Sabah for the nice memory, hingga ketemu lagi!



24 July 2017

#siblingsgoal Trip Sabah (Day 2) – Kinabalu Park


Good Morning!

Seperti yang dirancang, pukul 6 dah check out daripada hostel. Pukul 6 dekat sini dah cerah ya. Lambat lambat rugilah. Nak tido lebih lebih sila balik rumah ya. 




Perjalanan daripada Ranau ke Kundasang memang smooth and mabeles. Sama level je dengan awan.




Lagi best, pemandangan Gunung Kinabalu memang nampak jelas di depan mata. Tak ada terlindung awan. Satu tips kalau nak tengok Gunung Kinabalu, pastikan keluar awal pagi sebab awan belum naik ke atas. Jadi pemandangan clean & clear. 




Gunung ganang dekat sini mengingatkan aku pada suasana di Bandung & Bali dekat Indonesia.




Perjalanan balik, adik aku drive pulak. So aku ada peluang ambik gambar hehe. 



Singgah bergambar dekat Kundasang lagi!



Dekat pekan Kundasang berhenti tepi jalan ni lagi sekali. Semalam tak nampak gunung, berkabus je. Pagi ni nampak Gunung Kinabalu seketul seketul dengan urat urat dia sekali. Masya Allah meme comey!




One for the family album...




Tadi bergembar dekat bawah. Lepastu masa pusing roundabout kobis tu kitorang nampak ada satu lagi tempat bergambar dekat jalan sebelah atas. Terus macam, weh pusing weh pusing ambik gambar dekat atas pulak hahahhah




Aku dah cakap adik aku ni kalau ajak bergambar dia lagi laju daripada kita tahu tak.




Layankan! Selagi tak puas hati jangan balik. Posing sampai muntah haha! Nampak tak jalan dekat bawah tu? Tadi kitorang berenti kereta bergambar dekat situ lah...



KINABALU PARK



Perjalanan diteruskan dan kitorang singgah dekat Kinabalu Park pula, lebih kurang pukul 7.00 pagi. Fuh dekat sini sejuk ok. Kitorang park kereta dekat bawah, masa berjalan naik tangga tu siap keluar asap dari mulut. Oh jakunnnnsss. 




Bayar dekat pintu masuk RM3/ person. 




Dekat dalam macam blur, apa yang kita boleh buat dekat sini sebenarnya? Hmmm. So jalan je lah ikut laluan pejalan kaki yang disediakan. Kat sini ada satu benda lawak. Aku ternampak anjing dekat bawah gaung, mungkin anjing pengawal ke apa tak tahulah. So aku duk panggil MEOW MEOW ADIK! ADIK! Dia tenung BAIKKKK punya. Nasib baik dia dekat bawah haha. Lepastu anjing tu pergi ke arah tangga. Ah sudah. Cepat cepat kitorang meninggalkan tempat tu. haha.




Makin jauh kitorang jalan, rasa macam tak berpenghujung je. Kita nak ke mana sebenarnya ni? Kadang-kadang ada kereta yang melintas. 

Kenapa kita tak naik dengan kereta? Jom lah patah balik ambik kereta sebelum makin jauh. Buat penat je berjalan. Tapi kat sini memang sejuk, best sangat.




Masa patah balik tu… berselisih dengan siapa kau tahu? Dengan anjing bawah gaung tadi. Terus macam,WEH BUAT TAK KENAL, BUAT TAK KENAL. JANGAN TENGOK MATA DIA. YA ALLAH hahaha. Nasib baik dia pun buat buat tak kenal.

So kitorang turun parking dan naik semula pakai kereta… Pegawai dekat ticket booth tu kata boleh bawa kereta sampai ke kaki bukit (pintu Timpohon Gate) kira-kira 4km daripada pintu masuk. So drive lah.




Checkpoint pertama: Ada tugu/ memorial mangsa yang terkorban dalam kejadian gempa bumi tahun 2015 dulu. 




Drive sikit lagi dan korang akan sampai ke pintu masuk untuk mendaki ni. Kalau korang nak berjalan ke dalam pun boleh, tapi masalahnya tempat parking sangat terhad (almost none dekat depan gate ni) and jalan sempit. 

Aku seriau gila masa adik aku nak reverse kereta takut terundur jatuh dalam gaung, adoi matilah aku nak menjawab dekat mak aku nanti hahhah.




Posing berlagak dengan kereta sewa baru.




Masa nak turun kena hati hati sebab jalan sangat curam macam cilake. Bahaya, 




Dekat depan HQ ada viewpoint lagi, meme comey boh. So ambik ler gambar lagi. Sorry la. Banyak pulak gambar sendiri. Huhuhuhu.




Perjalanan diteruskan meninggalkan Gunung Kinabalu. Sedih tak boleh move on. Itu pun sekejap sekejap jumpa view cantik tepi jalan nak berenti ambik gambar.




Teruskan perjalanan sampai ke Pekan Nabalu lebih kurang pukul 830 pagi, berhenti untuk breakfast dekat kedai semalam РRestoran Nur Caf̩.




Lepas makan, ambik gambar lagi dekat viewpoint dia. Semalam, berkabus tak nampak apa. Pagi ni Alhamdulillah clear cantik.




Kebetulan ada sorang pelancong Thailand tolong ambikkan gambar kitorang so ade la gambar berdua. 



Tengok daripada bawah pun dah rasa best. Macam mana lah perasaan orang yang dapat naik sampai puncak atas tu ye... Mesti syok gila. 


Lepastu drive terus ke bandar KK, sampai lebih kurang pukul 10.30 pagi di hotel and tunggu owner kereta datang pickup. Sedih sungguh nak kena berpisah dengan kereta cantik ni sob sob sob. 


Penginapan hari kedua – dekat Winner Hotel KK, tengah tengah bandar juga tapi masih awal, belum boleh check in. So… tinggalkan backpack dekat hotel dan kitorang berjalan kaki dalam 15 minit ke Jesselton Point…


…bersambung

17 July 2017

#siblingsgoal Trip Sabah (Day 1) - Kundasang



Mukadimah (skip pun takpe) 

Punyalah susah payah nak set trip dengan adik sorang ni. Sebab masing-masing busy. Aku busy sekolah, dia busy final year degree dekat UNIMAS. Tiba tiba terjumpa long weekend. Bolehla buat trip adik beradik sementara dia masih ada dekat Sarawak ni ha. Lepas raya dia balik Kelantan buat praktikal lepastu tunggu konvo dah. 

Sebenarnya aku cadangkan pergi tempat lain. Tapi adik aku ni beria nak pergi Sabah. Aku dah backpack Sabah dulu. Tapi takpelah. Kali ni pergi Kundasang pulak. Buat #siblingsgoal trip. Kebetulan aku check harga tiket Airasia Kuching - KK agak okey RM180 return, terus beli. hehe.

Dan hari-hari pun berlalu dalam kesibukan… 

Sibuk sampai aku bagitahu adik aku takpayah berharap sangat sebab trip mungkin tak jadi, and aku pun takde nak booking accommodation ke, kereta ke apa semua. Tapi... last last, jadi jugak YAY! 

Aku drive ke Kuching hari Jumaat. Tumpang tido sekejap rumah kawan adik aku dan awal pagi esoknya pukul 4.30 dah bertolak ke Kuching Airport.




Flight Kuching (6.05 pagi) sampai KK (7.30 pagi) awal gila okeh!



KK ARRIVAL

Sampai KK, kitorang blurr. Nampak kedai Dunkin Donut. Beli donut sekotak. Pastu baru terpikir. Weh, kereta macam mana? Kereta belum booking. Dekat airport baru nak mesej-mesej tanya. Nak myvi or axia tapi dapat Saga yang ada, rate RM120 sehari. OK lah. Nak demand demand karang lagi lama nak kena tunggu dekat airport. Aku mesej dalam pukul 830, dan agen tu bagitahu dia akan sampai dalam 930. Sape suruh last minute kan, itu pun nasib baik ada kereta. 

Sejam melangut tunggu kereta sambal makan donut. Dan dan pulak hujan. Ya Tuhan… Macam mana nak berjalan ni? Harap-harap hujan akan cepat reda.

Bila kereta sampai, masing-masing terkejut. SAGA BARU WEH! hahaha. So shining & glossy… Warna biru pulaktu, cun gila. Meter baru 14k. Nak bawak pun menggigil. Tapi adik aku yang bawak sebab semalam aku dah drive 5 jam dari Kabong ke Kuching. 

Itupun sebelum keluar bandar KK dia bawak slow, 

Aku tanya “…apesal slow. laju la sikit” 

“Excess damage RM1500 Nuru…” (Excess damage tu maksudnya kalau ada kemalangan / kerosakan pada kereta, penyewa kena bayar RM1500 fix price pada owner.) 

and I was like, “Oh… ye ke. okey okey. Bawak macam ni okey lah” HAHAHA

After one hour driving, he started to nag… 
“Nuru aku letihlaa… Nuru aku sakit tangan… Nuru aku nak muntah…” 
Serabut aku. Padahal kereta auto je pun. Aku boleh drive, tapi kalau dilayan kehendak dia tu nanti dia jadi pemalasss. Aku biarkan je. 

“Bawak jelahhh. MU JATE KO PONDEYYY HENN?!!!” 

“Pondeyyy......” YA ALLAH ADIK AKU. hahahah



KOTA KINABALU- TAMPARULI - PEKAN NABALU - KUNDASANG - RANAU



Jambatan Tamparuli kitorang tak singgah. Lalu je. Ada jambatan gantung dia tu. Kalau banyak masa boleh la singgah...




Lepas Tamparuli, dah masuk kawasan berbukit yang makin tinggi. Jalan pun dah kona kona, kena bawak di bawah 60kmj. Kalau korang taknak masuk dalam gaung lah.




Kabus pun agak tebal, keluar masuk kabus je.



PEKAN NABALU




Kemudian sampailah kitorang dekat Pekan Nabalu. Actually dekat sini ada banyak pasar jual barang-barang local handmade. Souvenirs. Harga lagi murah dari KK tapi pilihan agak terhad. Sekejap sekejap hujan, nak berjalan pun tak berapa best.




Berlagak YB check kawasan is a must! 


Lunch dekat Restoran Nur Café. Order Nasi Goreng Patayya. Ok rasa dia. Anjing besar berkeliaran dekat tepi kedai, itu perkara biasa. Aku agak terhibur tengok anjing buat muka lucu tunggu makanan free dekat tepi kedai. Tapi dia tak kacau, gesel gesel ke, takde. Cuma dia berdiri tegak macam nak menyanyi lagu Negaraku je haha. 

Dekat sini ada pelantar yang mana korang boleh tengok view Gunung Kinabalu sejelas jelasnya… Tapi sebab hujan, keadaan jadi berkabus putih tak nampak apa. Kalau ambik gambar tunjuk dekat orang kampung pun, people will be like… weh kau ambik gambar apa macam syok sendiri je haha. Memang putih je...




Blerghhh esok cuba lagi k. 


Kitorang duk semalam je dekat Kundasang, nanti esok balik dah. Perjalanan balik tengoklah macam mana kalau view okey boleh singgah lagi ambik gambar. 

Lepas Pekan Nabalu, aku sambung drive pulak sampai bandar Kundasang. Dalam itinerary sepatutnya singgah Kinabalu Park, tapi dah hujan… kau nak park macam mana? Bertabahlah harap harap esok ada sinar bahagia untuk kami adik beradik! 




Dalam 40 minit drive dari Pekan Nabalu, akhirnya sampai Kundasang. Dekat Kundasang tak hujan (tapi masih berkabus). Kitorang nampak scenery cantik tepi jalan terus, weh berenti weh berenti. Masya Allah so so so beautiful. Tak sangka tengah bercuti dalam Malaysia...




Ambik gambar tanpa mengira faktor persekitaran lagi. Pedulikan orang! haha



Adik aku ni bila aku cakap, EH SINI BACKGROUND CANTIK JOM AMBIK GAMBAR... masalahnya dia yang akan pergi situ posing dulu instead of me. Lepastu bila tengok gambar he’ll be like, Nuruuu YA ALLAH HAHAHA comelnya aku Nuruuu Ya Allah Nuru 

Dasar narcissistic betei.




Effect angin ribut ON POINT, thankyou very much heheee


Lepas ambik gambar tepi jalan tu… pergi Desa Dairy Farm. Ladang lembu yang view macam New Zealand tu. Tempat dia atas bukit, lagi dekat dengan Gunung Kinabalu.




Masa ke situ hujan rintik-rintik jugak, ahh redah je. Kitorang plan nak duduk je situ sampai pukul 4 petang baru check in hostel. Kalau hujan pun bia lah, tunggu sampai hujan berhenti. 



DESA DAIRY FARM



Tiket masuk RM5 seorang dewasa.Dekat gate dia ada air bertakung aku ingat banjir ke apa. Rupanya memang sengaja… air tu ada chemicals untuk disinfect tayar kereta. 




Tempat ni sumpah cantik weh. Tapi, sebab masa sampai hujan… jadi kitorang berkejar masuk dalam building dia dulu. 



Beli gelato RM5.30 sebekas. YANG PUTIH SEDAP GILA. Yang coklat biasa-biasa je. 

Gambar ni… aku nak ambik berlatar belakangkan rumput hijau tu. So kena keluar kejap, masalahnya hujan…. sampai berhujan aiskrim tu demi sekeping gambar. Weh cepat weh kamera dah basah ni. hahaha. Adik aku layan je.

Susu dengan yogurt pun ada tapi kitorang tak beli. Aku kureng sikit susu segar. hehe. 




Yang ni, tempat memproses susu lembu. Boleh tengok daripada atas macam mana diorang buat kerja. 




Dalam setengah jam lepas kitorang sampai… dah siap makan aiskrim semua, hujan macam berhenti. Terus cepat cepat turun bawah. Rasanya kitorang first turun kot, hahaha baru orang lain pun start turun slow slow.




Sepanjang masa aku update lokasi dekat mak through Whatsapp. So I send her this beautiful pic *ekhem ekhem* and guess what my mum said? “Beraninya… nampak sunyi tu” 


So I reply with this picture of my brother tengah ber jomblo happy among the crowds:



 “Meme sangat sunyi.” hahaha




Masya Allah cantik sangat. Ni semua gambar tak edit. Bila orang post Kundasang cantik aku ingat diorang exaggerate je rupanya memang mabeles. 




Dekat bawah ada petting house ke apa. Boleh main/ bagi makan anak lembu & kambing. Kalau nak bagi rumput/ bagi minum susu boleh beli dekat kaunter. Kau tahu tak adik aku kutip sisa rumput dekat lantai je weh buat modal hahahah.




Lembu tu literally kissing my head. Kau dah kenape nak kena buat sup ke.




Satu gaya kasual. 




Satu gaya menunggu zaujah. Blerghhhh.




Lepastu tak hujan dah, boleh jalan jalan explore kawasan. Tak sejuk sangat pun, aku rasa sebab dah petang. Kalau datang awal pagi mungkin sejuk.




Lepas hujan tu... pemandangan makin cantik sebab awan pun dah tak ada lagi, makin nampak bukit bakau semua.




Baru nampak hidung lembunya...




Serius. Cantik! Tak tipu. 




Sebelum keluar sempat ambik gambar sekeping lagi. Yang ni dekat pintu masuk. Tiba tiba Gunung Kinabalu menampakkan diri. Ape lagi. Ambik la gambar sebanyak mungkin. Rare wehhs



KUNDASANG WAR MEMORIAL PARK



Daripada Desa Dairy Farm, bergerak ke Kundasang War Memorial Park. Menarik jugak Bayaran masuk RM2 je seorang. Dia ada 3 garden – Australia, Borneo, satu lagi lupa British garden kot.



Dekat atas ada viewpoint boleh nampak Gunung Kinabalu. Cantik. Tapi masa kitorang dekat situ ramai pulak rombongan kak kiah duk berselfie bagai hnffssss. Nak menyelit pun susah. 




Atas ni cantik jugak kalau nak bergambar.... simetri.




Rumput cantik ni bukan sebarang rumput, jangan suka suka hati pijak ye. Nanti siren berbunyi nenong nenong… Satu Kundasang boleh dengar hahaha.


Kemudian dalam pukul 4.30 petang bergerak ke Ranau. Ranau jarak dalam 25 minit dari Kundasang. Aku book Ranau Backpackers Hotel, betul betul dekat tengah bandar. Tak dapat nak stay chalet cantik cantik dekat Kundasang yang ada view gunung sebab lambat booking. Nak booking awal takut trip tak jadi. So last last dapat ni je. Ini pun okey je.




Twin Room with Private Bathroom, RM60/night

Tapi kan, dekat area Kundasang tu ada banyak sebenarnya homestay/ chalet yang takde dalam Booking.com atau web web lain. Kalau ada banyak masa, dan bukan datang time cuti sekolah, boleh je gamble tanya satu satu yang berkenan – ada bilik kosong tak.


Malamnya kitorang keluar gi makan dekat KFC Ranau je. Pekan Ranau ni cepat mati, pukul 6-7 kedai kedai kedai dah tutup. KFC dia besar and bukak sampai pukul 11 malam. Balik hostel pukul 9 dan aku bagitahu, boleh main fon sampai pukul 10 je lepastu kena off semua and TIDUR. Esok nak bangun pukul 5 and check out pukul 6 pagi. 


bersambung...


Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE