11 May 2009

Sira Part 1

boring la!



Oleh itu, ape kata aku bercerita satu kisah teladan? Sangat menarik citer ini. Kalah citer dongeng Aladin dengan mentol ajaib mahupun Cinderella dan tujuh orang kerdil yang selalu digembar-gemburkan itu. Itu sudah lapuk. Ketinggalan zaman~ Citer ini lagi bagus. Tak bosan. Tajuknya ialah ‘Si Sira dan Puteri Ajaib’


Kalo korang semua mahu tahu, citer ini agak ganas sedikit. Banyak babak-babak action. Darah meleleh-leleh. Tembak-tembak. Bom-bom jangka. Kete kebal lagi. Oleh itu tak sesuai untuk budak-budak kecil. 18 tahun ke atas sahaja ye. 18SG.




Once upon a time, tinggallah sorang pompuan kecil di sebuah kampung yang permai. Namanya ialah Sira (bukan nama sebenar). Kerja Sira ini sehari-hari ialah menolong mak bapaknya menangkap ikan di sungai. Kemudian ikan-ikan yang ditangkap itu akan dijual di Pasar Minggu. Kadang-kadang kalo nasib baik, pergi mancing banyaklah hasilnya- ikan sepat, ikan puyu, ikan keli, ikan kelah. Tapi kalo nasib kureng sket, alamat tak berniaga la diorang. Tak makan la diorang aritu. Hidop diorang ni dah macam korek pagi, makan pagi. Korek petang makan petang.

Okeh, suatu hari ni, parents si Sira tak dapat pergi menangkap ikan sebab ada urusan di luar daerah. Oleh itu berkatalah mereka kepada anak tunggal mereka Si Sira itu, “Sira, mummy ngan daddy nak outstation nih. Ade meeting. Ketua Kelab Memancing buat perjumpaan. Mummy ngan daddy wajib pegi. Kalo tak, kitorang kena buang ahli. Sira tolong jaga rumah ye. Pergilah mancing. Tapi hati-hati sket. Jaga diri tu leklok. Orang tak kenal kasik gula-gula jangan amik.”


Sebagai anak yang baek ati lagi memahami, maka Sira pun merelakanlah pemergian mummy dan daddynya ke kota selama beberapa hari. Sebenarnya dia nak ikot skali, (maklumlah bukan slalu boleh jalan-jalan masa parents outstation kan. Dekat kota lak tu) Tapi mengenangkan tugasnya sebagai penangkap ikan, malah Pasar Minggu pun selang berapa ari je lagi maka terpaksalah Sira tinggal aje dekat umah. Huhuhu sedihnye~


basikal yang dinaiki, cuma ada raga je kat depan



Petang itu selepas siap-siap bersolat Asar, masuklah Sira ke dalam hutan dengan mengayuh basikal BMX keluaran 2004 perlahan-lahan. Bubu dan jala yang digunakan untuk menangkap ikan diletaknya di dalam raga basikal. Sambil mengayuh itu, menyanyilah Sira dengan girangnya. Lagu Lady GaGa tau.


what’s going on on the floor?
I love this record baby but I can't see straight anymore
Keep it cool, what's the name of this club?
I can't remember but it's alright, a-alright
Just dance, gonna be okay,
da da doo-doo-mmm
Just dance, spin that record babe,
da da doo-doo-mmmJust dance, gonna be okay,
d-d-d-danceDance, dance, just, j-j-just dance

Akhirnya selepas 1 jam perjalanan mengayuh, Sira pun sampai di tepi sungai. Langit masa tu da gelap da. Ada tanda-tanda nak hujan. Tambah lagi suasana hutan yang sunyi sepi. Ada bunyi cengkerik. Krok krek. Krok krek. Ada bunyi kucing. Miow. Miow. Eh silap. Dalam hutan takde kucing. Silap-silap. Bunyi burung lah. Baru betul. Ketekur. Ketekur. Pastu ade bunyi pelik. Sira dengar leklok. Ada bunyi pelik. Macam bunyi orang selsema sedut nafas. Ha! Macam bunyi tapir beranak. Kroh. Kroh. Macam tulah. Selang-seli bunyi-bunyi tu.

Cengkerik. Tapir. Cengkerik. Tapir. Cengkerik lagi. Tapir lagi.




jalan yang dilalui oleh sira



Oh~ seramnye. Seram tak? Seram tak? Tapi Sira masih cool lagi. Steady rock je. Dia tau, dia datang situ nak tangkap ikan. Bukan nak cari balak. Jadi benda-benda lain yang tak penting tu semua tolak tepi dulu. Ceh! Mantaplah si Sira neyh~ Bubu dah bawak keluar. Jala pun da siap tebar. Tiba-tiba......
JENG...JENG...JENG...


Air sungai tu jadi berpusar-pusar. Tadi elok-elok je kaler coklat muda Nescafe. Pastu bertukar jadi coklat gelap Milo. Then makin gelap melekit-lekit macam Kopi O tak cukup gula. Sira da mula cuak da. Tadi konon tak takut. Sekarang? Ha.... amik ko. Air sungai tu makin laju pusarannya. Terpegun Sira dekat situ. Dia da bajet nak blah terus dah. Undur punya undur, skali tersepak akar kayu. Jatuh bedebuk! (Aduh!!)~~


Masa Sira jatuh tu... keluarlah seorang sorang pompuan yang sangat MISTERI berpakaian serba putih (ala-ala pengantin) daripada pusaran air tadi. Memang lawa giler-giler ah pompuan ni. Kalo setakat si Jolie ngan Aiswarya Rai tu komfem kalah. Takleh lawan kecantikan pompuan misteri ni. Tah PUTERI BUNIAN ke PUTERI LILIN ke hape taktaulah. 

kenapa Perempuan Misteri kelihatan seperti peserta ratu cantik pula?


Maka berkatalah pompuan itu dekat Sira,


“Hei Budak Sira! Namaku Puteri Ajaib. Tapi kamu boleh panggil aku Maikel Jekson. Angin aku baik ari ni. Aku nak kasik kau satu permintaan. Ko mintaklah pape pun. Aku akan cuba tunaikan.”

Wah!! Bukan kepalang gembiranya Sira. Hajat di hati hendak mancing aje. Sekali jumpa ngan Puteri Ajaib pulak kan. Ingatkan citer Bawang Putih Bawang Merah je ade benda-benda khurafat nih. Rupanya dalam citer dia pun ade gak.
(Ish la! PENGARAH!! Ape ni? Tukar skrip. Tukar skrip.)

“Terima kasih, Puteri Ajaib. Saya nak satu je. Dah lama saya mengidam ni. Tolonglah saya. Saya nak sore sedap. Saya.....saya....nak jadi penyanyi. Hik3...Saya nak glemer macam Siti, macam Mawi.....Erm...boleh tak? Hik3...Malu la saye...” kata Sira lagi dengan gediknya sembil menggigit kuku jarinya yang tak panjang pun. Dahla kuku pendek, makin digigit makin pendek la kuku si Sira nih.

“Baiklah budak kecil. Akan ku beri kamu suara yang sedap mengalahkan M.Nasir dan M. Daud Kilau. Britney Spears sekalipun tak boleh mengalahkan suara kamu.”

Selepas berkata-kata, Puteri Ajaib merenjis-renjis cebisan roti kepada Sira. [special effect] ada kilauan cahaya keemasan di udara. Kilauan cahaya emas itu mengelilingi kepala Sira. Magik nih. Magical World of Disney~ Kemudian pulanglah Sira ke rumah dengan basikal hebatnya. Laju dia mengayuh. Sambil mengayuh tu maka menyanyilah Sira lagu Faizal Tahir.


coba kau dengar
coba kau coba
diam bila ku coba
untuk berbicara dengan kamu
pernahkah kau anggap
bila ku perlu tuk meluahkan rasa hati
dan bila kau bersuara
setia ku mendengar
agar tenang kau merasa
Chorus
siapa sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bilatiada lagi teman bermain
kau pulang mendapatkan aku
itulah aku padamu

Fuh~ BEST GILER BABENG suara Sira weyh!!! Asyik. Asyik.

Nak dipendekkan citer, pergilah Sira ke audition ONE IN A MILLION 3.
Paul Moss cakap ape tau, “Wow. Good. Good. Nice voice. You’re the one we looking for!”


Syafinaz lak, “Erm... Bagus la dik ni. Sape nama tadi? Sira, ye? Sedap suara Sira. Akak suka. Pitching oke. Vokal pun mantap. Bakat adik ni, boleh bawak international tau”


Sira dah tersengih-sengih. Sira dah terbayang-bayang Fan Club, majlis launch album, interview paper, photoshoot Mangga (tepi swimming pool), fans berebut nak dia nyer autograph, pastu dia buat show merata-rata. Dekat JOMHEBOH, dekat shopping complex... pastu bleh masuk JUARA LAGU lagi... AIM, bla..bla... ABPBH... bla..bla...


Penerbit OIAM: “Dik, maaf ye. Adik tak layak masuk competition ni. Kalau adik baca syarat-syarat penyertaan, kita terima peserta 16-27 tahun je dik. Kalau umur 12 macam adik ni kitorang reject. Maaf ye,adik. Cuba lain kali. Tahun ni adik prepare UPSR dulu ye.”

terus frust menonggeng

Tak dapatlah Sira merasa glemer+duit sejuta tu...
TOMOK tu jugak yang dapat sejuta. Sira...Sira... melepas ko. HAHAHA.



No comments:

DISABLE