23 February 2011

Sotong yang Menggatalkan



alah bukan setakat sotong; tapi udang, kerang, ketam, ngan kulit-kulit siput-siput tu semuaaa aku bedal. first round dah sepinggan besar, belum masuk second round, third round, sixty seventh round... banyak gila aku makan seafood semalam. sape-sape yang rasa nak makan seafood secara pelahap nafsu jin tapi bayar murah, bolehla pergi makan buffet seafood dekat RESTORAN MAEPS Serdang. RM19.90 sekepala. kau buat macam aku, jangan makan 3-4 hari biar berkebulurrr sekejap lepastu kau datangla makan sini. komfem berbaloi-baloi. 



pembuka mulut; ABC dengan sarsi




pilihan seafood ada ketam, udang, lala, kerang, siput2, ikan mcm2 jenis, lepastu ada daging, ayam... bebola pulak kau toksah cakap la. berpuluh-puluh jenisss. udang memang wajib ulang-alik topup 4-5 kali, sebab udang mahal wehhh! agak-agak sekilo tu adelaaa kitorang berdua makan. heh. dalam gambar tu sebelah kuah tomyam, sebelah lagi sup rempah apekebenda tah. TOMYAM SEDAP!



nampak je sikit baru first round, kau mana tau berape puluh round semua skali?




 aku macam terliur tengok salad2 segar dengan sos thousand island & mangga skali. tapi yang bengong nye, aku pergi amik secoettt je, adoiii rugi rugi




 sila ucapkan terima kasih pada Cik Eno Farhana sebab sudi bawak aku yang jakun ni datang makan. tsk. tsk. hmm menyesal pulak aku tak ambik fries besar-besar yang macam dia ambik. sebab terlampau jakun; takjub sangat tengok makanan banyak, terus terlupe ada fries. rugi... rugi... 




kitorang pegi semalam agak lewat dahla. dalam pukul 9 camtuh. tapi naseb bek makanan banyak lagi. wahaha. title pen-jakun, perut jin, malaun tamak suka ulang-alik taktahu malu amik makanan semuaa kau kasila dekat aku.  dahla malaun tamak, amik gambar tengah makan macam fake pulak tuh. tsk, tsk, tsk,




gambar ni comel! HAHAHAHA




penutup makan aiskrim dengan air mango. aku minum 2 gelas kira okey la kan, okey laaa ada orang tu sampai 4 gelas, sape eh beliau? he he he pastu balik kekenyangan. best gilaa makanan sume sedap. sos dia yang penting, ada macam-macam. thai ada, belacan ada, sambal kicap ada, sos asam pedas ada, blackpepper, sos mushroom... perghh aku bab bab sos ni tak boleh nak tolak...




TAPI KAU JANGAN GEMBIRA DULU... KUSANGKA PANAS HINGGA KE PETANG RUPANYA SNOW DI TENGAH HARI....




bangun pagi ni, aku dah menggatal semacam. GATAL DEKAT MUKA. dari pagi tadi aku duduk menggaru wajah aku macam beruk garu muka. lepastu kesan garuan dan cakaran dekat muka tu jadi bulat bulat macam kena gigit nyamuk -_-" itu tidak pe lagi, petang tadi hidung aku mula berair-rair, macam nak selsema. tekak pun rasa macam tak sedap. haaa itulah dia, memang dasar tak sedar dek untung betul, dah tau ada penyakit resdung, pegi makan seafood banyak-banyak jugak. alaaa allergic ke? aku tak puas makan lagi aku nak makan lagik! warghhhhhhhh!!!



 haaa mamposla kau sekarang. mamposlaaaa...


ADA SESAPE MENIAGA UBAT RESDONG TAK?



7 comments:

Hapiz Rahman said...

kita adalah satu spesies. Tak boleh makan seafood. haha

-padan muka ko-

len kali makan beringat wei.. lama dah tal jenguk blg ko. aku agak mungkin ko dah lupa blog aku kan? :)

miszlullaby said...

oi oi oi syira!!!!ML dengki!!!!warghhh..ni yang lapaq niiii..hahaha..

raudhah said...

Ya Allah, apesal la aku tak penah pi sana ha? dah la umah dekat tet ngn upm ngn restoran ni.

aku jelez kat eno ngn syira yg jimba2 ngn seafud kat sana...nak pegiiiiii!!!!

sebelum pegi sana,nak posa ar spy berbaloi telan seafud kat sana =)

faRa_diLa said...

tul ke harga mcm tu? nk try la. hehe.

mye said...

tliur tgk mknan tu..
haha..
nway tbah mlawan nafsu..
hehe

Adigraphics said...

tak padan perut kecik, sume telan. haha :P

si pendek dan moody said...

sama lah kita ada resdung , seksa nya kalau kena serang ulat ulat gatal argh lagilagi kat hidungggg

DISABLE