27 February 2011

Beli Iphone dengan Amoi Pakai Lipstik Merah Saiko






semalam aku mimpi sesuatu yang menakutkan. maklumlah tidur lama, segala macam drama pun masuk dalam mimpi. malah kalau mimpi tu ada episod-episod aku rasa full, boleh complete satu series masa aku tidur semalam. pukul 9 malam gedebuk atas katil; (tu belum campur tidur belah petang 6 sampai 8) 6 pagi baru aku bangun. terkesima kejap. bayi pun tak tido lama macam aku. eh amboi, nak mengalahkan bayi nampak? haaa satu lagi, aku rasa diantara waktu tido tu aku macam terbangun kejap sebab ada orang ketuk pintu bilik aku mintak pinjam duit 20 ringgit. aku tak sure mimpi ke betul, nanti aku check balik kantung duit aku....


ok berbalik kepada cerita sebenar....


jalan cerita (skrip) mimpi aku semalam tu, lebih kurang skrip Harry Potter cuma pelakonnya akulah kan, bukan mamat yang berlakon cite Harry Potter tuh. ceritanya bermula dengan... aku pergi satu kedai ni, kedai DIGI. kedainya dua tingkat (rumah kedai kot) dan si peniaganya ialah sorang amoi pakai cheongsam. ok, sebab aku rajin meh aku tunjukkan air tangan aku melukis pelan lantai kedai tersebut :



haaa kau paham tak pelan lantai yang aku lukis neh? kalau tak paham sia-sia je aku bukak paint, buat penat je. harap paham la ye..... kedai handset ni macam biasalah ada kaunter kaca. handphone nye, semua display kat dalam kace tuh. alah macam kedai emas, kedai mas.... so aku pun pergilah usha-usha handset dekat dalam kace tuh....


amoi tu pulak, amboi sikit punya kerek (tapi pakai ceongsam, lipstik merah kemainn), macamla aku ni datang kedai dia nak mintak sedekah, nak mintak handset free? ceh. customer service tahap jatuh ke longkang. habuk pun tarakkkk. tapi habuk, habuk jugak. aku ushaa je koleksi handphone dekat kedai dia tu kan. daripada pintu sampai ke hujung dalam kedai. lepastu aku ternampak tangga yang naik ke tingkat atas tu kan, aku pon intai la ape lagi... (curiositi membuak-buak neh) sekali... laaaa BERSEPAH! tangga laluan naik ke atas tu dahla gelap, lepastu penuh dengan kotak-kotak semua. pemalas punya tuan kedai! dahla kerek, malas mengemas pulaktu....


macam ni la lebih kurang tangga untuk naik ke tingkat atas kedai, cuma sepanjang laluan dia tu bersepah dengan kotak-kotak, gelap dan berdebu. 


syok-syok aku mengintai atas, kau tau ape jadi? adoi nasib baik aku takde sakit jantung, kalau tidak komfem besoknye masuk MUKA DEPAN METRO: SEORANG PELAJAR IPT MAUT AKIBAT SERANGAN JANTUNG DI KEDAI TELEFON BIMBIT -___-' kau tau, tibe-tibe amoi jaga kedai tadi muncul daripada tingkat atas, AIH PELIK TAK PELIK? aku tengok kaunter dah kosong takde orang. dia turun dari atas sambil bebel dekat aku, "LU APA MAU? APA INTAI-INTAI? MAU APA BARANG BOLEH ANGKAT SAJAA" saiko gilaaaa kedai neh. pakai sihir ke ilmu ghaib ke apa boleh tukar-tukar position macamtu? aku takmau cakap banyak dengan amoi tu seriau lain macam dah neh, so aku pun ANGKAT laa IPHONE 4 sebijik. takleh belah kau, iphone teruss. ini aku bukan reka reka phone eh, memang komfem aku amik iphone. tapi dalam mimpi jelah. 


aku pun bawakla balik iphone dengan gembiranya... baru keluar depan kedai, tiba-tiba iphone aku bertukar jadi anaconda. BESARRR GILAAA warghhhh!!!! lepastu dia melompat jatuh daripada tangan aku, lepastu dia macam menggelupur dekat atas tanah. nak bersalin ke nak bertelur ke aku taktaulah. tapi magiknye, tibe-tibe muncul pedang dekat tangan aku. ala-ala pedang samurai gituw. aku pun apelagi. libas-libas la si ular tuh. action gile weh. kalah action Jackie Chan. aku kerat badan dia kepada beberapa bahagian kecik, tapi takde darah pun. alah ular iphone kannnn. walaupun badan dah terkerat 4-5 bahagian tapi dia gelek-gelek kemain tak berenti,,, aku pun taktau nak buat apa dah.




akhirnya (penutup karangan) datangla 2 orang member aku (cosmate) dengan sebuah teksi warna kuning jemput aku, aku pun ikutla diorang balik meninggalkan bahagian-bahagian ular itu yang masih buat dangdut dancing sorang-sorang.... hahaha padan muka takde orang layan. kesimpulannya, duit yang aku bayar dekat amoi kedai tu lesap begitu sahaja. Iphone takde, duit tah ke mana.... melepasszz


2 comments:

Kasih nur azie said...

sumpah seram!

Adigraphics said...

ahahahah. ni klakar ni. hahahaha :D

DISABLE