28 November 2011

Future Kita ialah Rahsia yang Allah Pegang



Tajuk entri boleh saya synchronize kan dengan kekalahan Malaysia kepada Bahrain tempoh hari. Mulanya kita semua sudah cukup bangga dan yakin bahawa Harimau Muda akan membawa pulang kemenangan apabila Malaysia mendahului dengan 2 gol. Tetapi ketentuan takdir dan masa depan itu di tangan Tuhan semuanya. Dalam sekelip mata Malaysia tewas dengan 3 gol yang disumbat di pihak Bahrain dalam masa 6 minit. Ironi.




Saya masih ingat pada semester pertama di Matrikulasi (saya mengambil jurusan Sains Hayat) saya telah membeli sebuah buku rujukan Biologi jenama 'Campbell' yang harganya lebih kurang sembilan puluh ringgit, berat, tebalnya beratus-ratus halaman manakala saiznya cukup besar pula. Saya tidak pernah membawa buku tersebut ke mana-mana, baik ke kelas atau ke perpustakaan kerana beratnya itu. Buku tersebut hanya menjadi rujukan 'kadang-kadang' ketika saya di bilik. Namun apa yang paling saya suka mengenai buku tersebut ialah pada ilustrasinya yang yang pelbagai, menarik, bewarna warni, dan sangat cantik di mata saya walaupun ilustrasi itu mungkin hanya keratan rentas usus manusia. 




Ada antara rakan-rakan yang menyarankan saya supaya tidak membeli buku tersebut kerana harganya yang agak mahal malah kandungan buku tersebut juga terlalu advanced berbanding syllabus yang dipelajari di dalam kelas. Namun saya tetap bertegas hendak memiliki buku tersebut. Saya sangat yakin bahawa saya akan menyambung pengajian selepas Matrikulasi dalam bidang Sains, dan mungkin suatu hari nanti bekerja dalam bidang yang berkaitan dengan Sains juga. Mungkin buku Cambell itu ada juga gunanya nanti. 




Tup tup saya menyambung pengajian dalam bidang Pendidikan Kaunseling. Aliran Sastera. Kalau dulu di Matrikulasi saya diajar bagaimana hendak membedah badan tikus, kini di Universiti saya belajar bagaimana hendak membedah 'hati dan perasaan' manusia. Bagaimana hendak menyelami jiwa-jiwa yang kesakitan, hati yang kesedihan, dan penyakit-penyakit yang melibatkan pemikiran akal, permainan emosi dan hal-hal sebegitu. Buku Campbell yang tebal itu apa halnya? Terbengkalai di celah-celah rak buku di rumah, entah apalah nasib buku Campbell yang suatu masa dahulu menjadi kesayangan saya. Ironi. 




Sesungguhnya ilmu dan kemahiran yang saya ada sekarang sangat sedikit, masih banyak lagi yang perlu saya perbaiki untuk menjadi seorang pendidik dan kaunselor di sekolah. Dan itupun kalau saya benar-benar ditakdirkan menjadi seorang Cikgu seperti yang saya impikan, mungkin tidak. Mungkin saya akan menjadi Penulis? Editor Majalah? Motivator terkenal? Itu semua adalah misteri kerana future kita ialah rahsia yang Allah pegang. Jodoh, Pertemuan, Ajal Maut itu semua ditentukan oleh Allah SWT, kita sebagi hamba-Nya cuma mampu untuk berusaha yang terbaik. 


Dengan penulisan ini saya berharap suatu hari nanti, mungkin 3 atau 5 tahun akan datang apabila saya telah menjadi seseorang, menjawat sesuatu jawatan penting, mungkin masih lagi menyambung pengajian, boleh jadi sudah beranak pinak, atau dilimpahi kebahagiaan, mungkin juga berada dalam kesusahan hidup... saya dapat mengingati kembali apa yang telah saya lalui pada hari ini. Siapa saya pada hari ini menentukan apa yang akan saya jadi pada esok hari. Dan apabila 'hari esok' itu tiba saya akan berkata, "Inilah misteri dan rahsia yang selama ini Allah simpan dan tentukan untuk diri saya"



belajar untuk redha' dengan apa yang ada







27 November 2011

Nazmi Faiz is My Brother




rambut dah rupa Messi. muka dah ala-ala Kaka. 








sebenarnya aku ada perkaitan dengan budak neh. perati betul-betul, bijik mata tu biar celik kasi luas sikit. kalau ade spek, sila pakai spek dulu. nampak? eh tak nampak? power spek belum tambah agaknye... ce lap-lap sikit spek tu kot-kot kelabu asap ke. nampak? nampak tak? 

eh. tak nampak jugakkk? 

adoi korang ni lambat la. soklan mudah pun fail. soklan mudah pun aku nak kena kasi jawapan. aku yang tanya, aku jugakkkk yang jawab. ade ke patut. tak patut langsung. kejap aku bukak purse, amik IC...








































 nah. ce tengok IC aku. 

Nurul Syahira Mansor. dengan Nazmi Faiz Mansor

nampak? 

sekarang dah nampak tak dia punya perkaitan? 
perkaitan tali persaudaraan. adik kandung aku sebenarnye ne... 




















adik kandung palotak kau. 



24 November 2011

Fenomena Langit Aneh di Serdang



ini fenomena (?) yang berlaku petang tadi, dekat-dekat nak maghrib. kau nampak, macam apa?





















aku cuma nampak macam ini...





































macam barney yang sedang pulang petang. -__-"








21 November 2011

Aku Buat Plastic Surgery di Korea




baru-baru ni aku ade buat plastic surgery dekat sebuah klinik di Korea. klinik ni kelasss sangat, tak ramai orang yang tau  sebab patient dia pun kebanyakan terdiri daripada mak-mak datin, nyah-nyah high class, dan lain-lain. aku pergi nipun sebab dapat kupon baucer 90 percent. kalau tidak memang takde la aku nak pegi. 














mula-mula aku cakap nak mata bulat, kaler kelabu-kelabu macam artis mexico yang lawa-lawa tu. tapi lepas surery, anak mata tak selari. walaupun aku sedang pandang kamera tapi bijik mata tu pusing belah lain. apesal entah. sangat menyusahkan aku bila nak bercakap dengan orang, sebab orang ingat aku sedang pandang tempat lain. hu hu hu. so aku mintak dokter tu repair bijik mata aku....














malangnye, masa pebedahan dokter lupa nak sambung urat mata menyebabkan bijik mata aku tersembul keluar. rupa aku macam jenglot betul, aku cakap dengan dokter, "aku takboleh teruskan hidup dengan bijik mata macam ne... aku malu ngan masyarakat" sambil menangis teresak-esak. dokter tu cuba tenangkan aku. dia kate, "takpe2. nanti saya cuba betulkan balik..."














lepas surgery kali kedua, aku tengok cermin... and kelu sekejap. taktau nak kata apa. mata aku comel, macam mata bayi. bercahaya. tapi sebab aku bukan bayi maka aku nampak macam tak cukup zat betul dengan mata tersebut. maka, pembedahan dijalankan lagi...














BAPOK! tulah perkataan pertama yang keluar daripada mulut aku bila tengok hasilnye. huhuhu aku takottt dan rasa cuak gila. aku dah bosan menjalani pembedahan. aku dah bosan ngan sume neeee!














pembedahan seterusnya, muka aku macam wanita 40-an. aku menangis dalam operation room tu jugak. aku ugut nak wat report polis, sebab hasil yang aku dapat tak seperti yang aku nak. dokter tu cuak agaknye, lalu dia cakap, next operation comfem meletopsz. dan next operation jugak free no extra charge. so aku layan jela. 














macamni, kalau balik kampung sure orang kampung takbleh nak beza antara aku dengan nenek aku. ni rupa last aku sebelum aku terbalikkan meja bedah, ambik pisau lepastu cucuk-cucuk dekat perut dokter tu dan lari laju-laju. klinik bangangggg! expectation aku tinggi sebenarnya. tapi rupa-rupanya... harommmm. aku tak dapat ape yang aku nak tsk tsk tsk. aku menyesal..... 








aku malu nak keluar dan bersosial dengan masyarakat..... lepastu family aku bawak aku berubat dekat kampung pedalaman yang terpaksa dirahsiakan lokasinye. lama jugak aku berubat. pakai sumber-sumber tradisional dan minum air akar kayu. dan hasilnya... aku dapat balik muka sebenar aku... tapi ade side effect.














side effect tumbuh misai. 










sape-sape yang rasa nak usha website clinic tu boleh klik sini. tapi aku tak reccomend. ape-ape jadi, sendiri tanggung eaaa.... ok bye.


kesimpulannya toksah nak plastik surgery sangat laa. tak reti bersyukur? 




12 November 2011

Laptop yang Kembali Pulih Selepas Kecelakaan



hai semua orang!


akhirnya aku dapat balik laptop aku lepas 5 hari tak dapat bersame. gersang gila takde laptop ni weh. takboleh bukak Facebook takpe lagi, sebab Facebook bukan aku punya keperluan pon. tapi aku takboleh kalau tak check e-mail sehari. wajib bukak Yahoo Mail! 




combination of black and silver



keyboard aku yang rosak dah bertukar baru. kaler hitam. and aku dah format balik laptop aku lepas formatting sebelum ni yang macam...... takpelah. lupakan kisah silam. sebab nak mulakan hidup baru punya pasal, aku gi koyak sticker laptop aku yang biru pastu biarkan dia bogel. aku lagi suka cover laptop kuning yang asal. kaler kuning bawak tuah, tahu?





saje desktop background pilih yang kaler ceria-ceria



so far ok. Microsoft ok function, Bluetooth pun function, SPSS function, alhamdulillah setakat ni ok, kalau tak ok aku pegi balik dekat kedai tu. and dia charge rm49 untuk formatting termasuk coverage utk software dalam laptop selama setahun. semua termasuk dalam tu. lepasni kalau de rosak ape-ape senang takpayah bayar dah. yang klakanye, siap kasi kad agi ala-ala kad kredit. elokla sangat kan. boleh tolong tebalkan purse aku yang tak berapa nak tebal dah ne. =,=



semagat nak siapkan final year projek, datanglaaa! 
kusss kusss (tiup semangat)





KL to KB in 1 Night




some random photos from my phone. 
#testing my laptop's bluetooh


































my bluetooth is functioning yay!




DISABLE