26 December 2011

Final Years' B&K Batch 2008/2012















babes & boys aku. kakak2 & abang2. lagi satu semester bersama. lepastu? sobs. 






22 December 2011

Micro Teaching : Nampak Tak Dia Punya Permainan?



semalam aku buat micro teaching. micro teaching ialah, kita berpura-pura mengajar di hadapan kelas dan penyelia akan tengok, dan nilai cara pengajaran kita. cos Kaunseling memangla takde mengajar, tapi sebab aku ambik minor Pendidikan Moral jadi terpakselah mengajar. satu kelas ada 66 orang, aku pulak dapat giliran nombor 63 untuk mengajar. jenuh menunggu berminggu-minggu, baru sampai turn aku. kelas malam pulaktu. dah nama pun last class, so boleh bayang sapedia yang datang? stok-stok yang belum mengajar ni jugaklaaaa. adela dalam belas-belas orang camtu. yang akan mengajar nye 8 orang. tajuk nilai pendidikan moral yang aku ajar ialah, "Hak Kanak-Kanak" wakaka. lawak tak? lawak tak? 





kelas pukul 8, tapi aku keluar dengan Eton pukul 630 petang.sebab pegi print-out rancangan pengajaran (RP) dulu. lepas print tu dalam kol 7 kitorang jalan kaki sama-sama ke kelas sambil practice cakap-cakap. tibe-tibe... "ETONNNNN!!! Kertas Majong!!! tadi aku terlupe nak beli...........!!!" baru aku teringat kertas majong yang aku nak pakai time mengajar nanti belum beli. haramjadah. aku suruh Eton gi dulu, aku pulaknye patah balik ke kedai tadi pegi cari kertas majong. grrr.... lepas beli kertas majong 2 gulung, aku jalan gi kelas balik. sorang-sorang. masa tu pukul 725. maghrib kan awal, so dah gelap jugakla. bila gelap ni, bahaye sikit. aku tak takut ngan hantu. aku cume takut ngan binatang buas. 





baru je terpikir pasal binatang buas, tup2 aku ternampak anjing 2 ekor dekat seberang jalan. sekor kaler hitam, sekor lagi kaler oren. besar la jugak. sama besar ngan kambing. aku dah cuak dah, tapi aku bejet-bejet cool. orang kate jangan tengok dekat bijik mata hewan tu, masalahnye aku tertengok pulak. adoi... tibe-tibe yang oren tu gedik-gedik melintas jalan. alamak cuaknye cuaknye. yang hitam tu pun join skali. aku ingatkan mereka nak gi tempat lain rupenye datang ke arah aku. adoi kuase dua. aku nak nangis dah time tu, yang oren tu dekat sangat ngan aku dalam 2 meter camtu. lepastu, dia menyalak. WOOF! WOOF! T_T dasar anjing malaun nak woof woof dekat orang! apelagi. aku lempang kepala anjing oren tu pakai kertas majong. bajet samurai abes. AKU PASRAH JE APE NAK JADI!!! nasib baik yang oren tu lari. yang hitam tu pun lari ketempat lain jugak. nasib baik! heronye aku... tapi malangnye kertas majong tu dah bersentuhan dengan bulu anjing. dahjadi satu keje nak cari air tanah untuk samak kertas tu pulak. adoi. aku malasla nak patah balik beli kertas baru. takpeke kalau aku pakai je kertas tu untuk micro teaching? haram tak? lantaklah. aku pakai jelah. budak-budak ne bukan tahu pun. 





aku rasa kertas majong tu tak haram pun. tak bilas ngan air tanah pun takpe kot. sebabnye perenggan diatas adalah drama rekaan semata-mata. wakakaka jangan marah eh, ok sambung cerita. 





aku sampai kelas dalam 730, Eton tengah setting-setting komputer. aku gi solat kejap, lepastu dalam kul 8 lecturer aku sampai. cuak gilaaaaa wei. INI, ADALAH KISAH BENAR. turn aku nombor 6. sepanjang-panjang orang lain mengajar, aku cuakkk je. padahal yang datangnye belas-belas je pun. tu nak cuak. mende entah aku ne. last-last sebab nak menjimatkan masa, lecturer bagitu suruh skip-skip je part yang melibatkan perbincangan dalam kumpulan ngan lakonan tu semua. so kertas majong yang aku beriye pegi beli tu tak terpakai pon. buat penat je aku ulang alik cari kertas majong. padan muka. sape suruh menipu pasal cerita anjing. kan aku sendiri dah tertipu. KARMA~ wakaka. 





bila sampai turn aku, berdebar tu takde tapi aku jadi blank. semua yang aku menghapal terus ilang daripada ingatan. macam dalam drama tv petang-petang yang orang terantuk dekat mana-mana, pastu hilang ingatan.  aku macam merepek-repek tanpa arah tujuan. lepastu aku rasa macam, budak-budak ne sume terpinga-pinga ngan ape yang aku merepekkan. wahaha. semuanya berlaku dengan sangat pantas. last-last dah abes dah aku mengajar. dah abes tu baru aku tersedar, "eh ape yang berlaku sebentar tadik?" eh blurr gila la paham tak?!!! aku tak kisah la dapat brape-brape pun markah nye janji aku dah lepas. last class ngan lecturer tu. best gila kelas ngan dia. serius! tak pecaye try tanye budak-budak ni. Selamat Menyambut Minggu Study Semorang!!! #tibetibe bye~




20 December 2011

Angry Bird Will Never Be My Menantu



adik aku yang kecik tu dapat 5A UPSR. patutnya boleh la claim hadiah ngan ayah aku kan. kau tau dia claim apa? sahibba. -,- mende tu tak dapat 5A pun boleh beli. cuba la mintak hadiah best-best sikit. tak reti nak ambik kesempatan langsung. sampai kesudah tak beli sahibba tu. 




lepas beberapa lama, tiba-tiba dia mesej aku, suruh belikan angry bird. mintak maafla terlebih dahulu. aku ne sebenarnya dari dulu tak berapa berkenan ngan angry bird. comel dekat mana pun aku taktau. muka nak ketat semacam. 





YOU WANT THIS???



kalau aku ialah seorang ibu, dan diorang2 ni sume ialah calon menantu, memang sah2 aku reject. masuk list pun tidak. ape yang menarik sangat aku taktaula sampai adik aku tertarik2 nak menatang ne ha. 




dekat kl ni dahla mahal gila. sekoq yang kecik, yang keychain buat sangkut dekat bag sekolah tu pun dah 10 ringgit. cuba bayangkan kalau yang sama saiz ngan kepala aku ni bape hengget? so takpayahla adik ye. tunggu aku balik kelantan je. kita gi shopping anak patung dekat Rantau Panjang. dekat situ patung yang besar2 diri aku yang ketot ne cuma rm30 je, murah tak murah. so tunggu la kepulangan aku ke kampong halaman, kita shopping! yabedabedu. 




eh. kejap. shopping? duit kau banyak mana nurul? bukan takde duit ke hujung2 semester ni? eh adik. cancel lah plan nak gi shopping apemende semua. ok? lain kali ye,

adik aku:




wakakaka #kakakkejam




12 December 2011

Hikayat Manusia Bizi. Konon Bizi.






jangan pandang sebelah mata!~





kini kanak-kanak pun boleh nak bizi-bizi bagai. ingat kau sorang yang bizi? ingat dengan asaimen, fyp project paper, fyp presentation, sesi kaunseling individu, kaunseling kelompok, report kaunseling lagi, kelas tiap2 pagi, ingat dengan semua tu kau dah cukup bz?





tidak sebenarnya. tak bizi langsung. 





malah, masih ramai lagi insan-insan di luar sana yang lagi bizi daripada kau. nak call pun tak menyempat. bizi manjanggg. jeles dow dengan orang bizi neh. umur baru duabelas, tapi bizinye terlampau-lampau ngalahkan engkau student degree final year. fuhhh. 











mentang-mentang cuti sekolah. 
kau bizi main dress up dekat didigames kan? ingat aku taktau.





11 December 2011

Ini Bubur Nasik ke, Polisterin Hancur ?




tibe-tibe aku terjumpa bubur instant dalam locker. tibe-tibe. takdelah lapar sangat pon. tapi sebab boring petang-petang cani so aku terai bubur instant ne ha. 





ni lah mendenye. bubur segera 3 minit perisa cendawan. cap ayam. not cap ayam as if ayam brand, tapi cap ayam as cikai. do you get what i mean?







jangan isau walaupun tulisan guangzhou mali tapi halalnye ade, aku dah cek dah... bila cakap bubur, aku expect bubur nasik la kan. takkan tetibe ada kuey tiau pulak. 







skali kau. bukan bijik nasik. tapi bijik mende entah. dia punya tekstur tu macam polisterin hancur. gila ke ape makan polisterin. macam keropok lemau yang dapat skali ngan game tikam tu. tahu? tapi takpe, kita terai masuk air panas dulu...



lepas masukkan air panas (betul-betul 3 menet, siap pakai timer lagik kah3) ok sebenarnye tipu je pakai timer. lepas masukkan air panas menggelegak, bijik polisterin tu terus jadi lembik2 dalam sekelip mata. daripada rupa polisterin terus bertukar rupa nasik lembik. masukkan perasa, cili kering dengan ketulan cendawan kering, kacau sikit. rasa dia? rasa nasik.  




dasar makanan dari poket doremon. 











DISABLE