20 December 2011

Angry Bird Will Never Be My Menantu



adik aku yang kecik tu dapat 5A UPSR. patutnya boleh la claim hadiah ngan ayah aku kan. kau tau dia claim apa? sahibba. -,- mende tu tak dapat 5A pun boleh beli. cuba la mintak hadiah best-best sikit. tak reti nak ambik kesempatan langsung. sampai kesudah tak beli sahibba tu. 




lepas beberapa lama, tiba-tiba dia mesej aku, suruh belikan angry bird. mintak maafla terlebih dahulu. aku ne sebenarnya dari dulu tak berapa berkenan ngan angry bird. comel dekat mana pun aku taktau. muka nak ketat semacam. 





YOU WANT THIS???



kalau aku ialah seorang ibu, dan diorang2 ni sume ialah calon menantu, memang sah2 aku reject. masuk list pun tidak. ape yang menarik sangat aku taktaula sampai adik aku tertarik2 nak menatang ne ha. 




dekat kl ni dahla mahal gila. sekoq yang kecik, yang keychain buat sangkut dekat bag sekolah tu pun dah 10 ringgit. cuba bayangkan kalau yang sama saiz ngan kepala aku ni bape hengget? so takpayahla adik ye. tunggu aku balik kelantan je. kita gi shopping anak patung dekat Rantau Panjang. dekat situ patung yang besar2 diri aku yang ketot ne cuma rm30 je, murah tak murah. so tunggu la kepulangan aku ke kampong halaman, kita shopping! yabedabedu. 




eh. kejap. shopping? duit kau banyak mana nurul? bukan takde duit ke hujung2 semester ni? eh adik. cancel lah plan nak gi shopping apemende semua. ok? lain kali ye,

adik aku:




wakakaka #kakakkejam




No comments:

DISABLE