01 April 2016

Japan Day 7 Miyajima Island


… masih lagi hari yang sama (hari ke tujuh)


Destinasi seterusnya... Miyajima Island



Daripada Hiroshima station aku ambik tren ke Miyajimaguchi.

Hiroshima 11.15am – Miyajimaguchi 11.43am (JR Sanyo Line – IWAKUNI)




JR Miyajima yang menghubungkan jeti ke Miyajima Island




Sampai stesen Miyajimaguchi, kena jalan kaki sikit (ada papan tanda) ke jetty untuk board feri ke Miyajima Island. 




Jalan kaki dalam 300m melalui lorong bawah tanah.




OK dah sampai dekat jeti. 




Tambang feri covered by JR PASS dan kekerapan dalam setiap 20 minit. Tak lama pun perjalanan dengan feri dalam 10 minit je…

Miyajimaguchi – Miyajima Island (JR FERRY)




Perjalanan pergi, aku duduk seat dalam.




Pemandangan daripada feri.




Aku tak banyak masa dekat pulau ni. Sejam je. Plan nye, nak snap gambar Torii Gate, tengok rusa lepastu blah. Sebab petang nanti nak kejar tren ke Kobe pulak. Tapi… sebaik sahaja aku menjejakkan kaki keluar dari jeti aku rasa macam menarik je pulau ni… macam tak cukup je sejam… hmmm




Rusa jinak ada bertaburan dekat seluruh pulau, and their horn has been cut-off so they don’t harm visitors.

Tapi aku ada ternampak seekor rusa ni, dia ikut ikut lepastu tanduk punggung sorang awek, dahla awek tu pakai legging je. Adooiiii hahaha. Jadi kena jaga jaga jugakla kot dengan rusa-rusa ni semua. Dan kena tutup aurat la takpayah nak ketat ketat sangat binatang pun tak suka okey. 




Miyajima Island ni memang kawasan pelancongan… Aku tak pasti kalau ada perkampungan dekat sini. Rasanya tak ada kot.

Ada banyak deretan kedai kedai yang jual souvenirs dengan desserts. Salah satu yang special… aiskrim taik rusa! keh kehkeh. Jangan terkejut dulu sebab bukan taik betul pun (duh!) cuma chocolate chip yang ditabur atas aiskrim. Nama je nak propa. 




Rusa pun nak masuk kedai...




Contoh tanduk rusa yang telah dipotong. 

Tak silap aku ada upacara pemotongan tanduk untuk setiap anak rusa yang baru lahir dan acara tu macam sacred jugakla. Sebab rusa dekat pulau ni dianggap sebagai haiwan suci. 




Dalam ni banyak kedai. Menarikkk. Tapi tak sempat masuk dalam. Jenguk macamni je. 




Dah sampai dekat tepi tebing untuk tengok Torii Gate.

Yang terbesar di Jepun kalau tak silap aku. Masa air pasang, jadi binaan ni tenggelam. Kelebihannya boleh ambik gambar cantik dan masa air surut pulak pengunjung boleh berjalan kaki dari pantai ke torii gate dan sentuh tiangnya (yang dikatakan membawa tuah).




Dekat sini ada Itsukushima Shrine, standing by the edge of the beach. Cantik. Tapi aku tak ada masa cukup untuk explore ke dalam, kalau masuk pun tak berbaloi sebab kena bayar 500 yen. Aku jalan jalan sekeliling je…




Seronok pulau Miyajima ni sebab tak ada kenderaan bermotor, semua basikal / beca je. Best jalan-jalan. Aku masuk kedai besar dekat depan tu beli souvenirs : fridge magnet kecik 3 ketul dengan harga 480 yen.




Rombongan budak-budak sekolah menengah.




Rusa memang banyak berkeliaran… boleh belai belai nak selfie ke hehe. Aku mintak tolong budak budak ni ambikkan gambar aku dengan rusa.




Anak Jepun LOL




Ada sekor lagi rusa jinak...




Bontot bentuk Love




Ikutkan hati tak puas lagi nak meronda. Tapi kena balik dah. Masa tak cukup T____T

Aku pergi jeti, ambik feri pukul 1.10 petang balik ke Miyajimaguchi. Kali ni seat dekat luar pulak, boleh ambik angin. Feri dia tak ada nombor seat ya, suka hati korang la nak duduk mana-mana pun.

Miyajimauchi 1.39pm – Hiroshima 2.01pm




Ambik angin sejuk dekat luar feri.




Ok. Turun daripada feri, naik tren di Miyajimaguchi dan balik semula ke Hiroshima...


Aku sampai di Hiroshima pukul 2.01pm, shinkansen ke Kobe pukul 2.17pm. Dalam masa 16 minit aku rasa mustahil nak balik hostel ambik backpack lepastu balik semula ke stesen Hiroshima untuk ambik tren pukul 2.17. Nak jalan kaki ke hostel ambik masa 10 minit pergi balik, nak cari platform lagi nanti, tak sempat kot. Aku macam pasrah je so aku lengah lengah tak berkejar sangat balik ke hostel. Aku ambik tren 3.17 petang nanti.


Dalam perjalanan balik aku singgah convenience store beli nasi putih harga 100 yen seketul. Aku beli 2 ketul untuk dimakan dengan serunding. Sampai hostel aku lepak dalam common room, google maklumat yang diperlukan untuk perjalanan seterusnya. Masa tu ada sorang awek Jepun ni (staff hostel) tengah tengok tv. Ya Allah cantik gila, muka putih, pipi pink ada freckles sikit lepastu mata dia cantiknya macam mata dalam komik Jepun *_* Anugerah perempuan Jepun paling cantik yang aku pernah jumpa jatuh kepada awek itu! Aku rasa baya aku jugak kot dalam 24-25.


Daripada Hiroshima aku akan ke Kobe pulak.

Hiroshima 3.17pm – Shin-Kobe 4.30pm (Sakura Shinkansen)


...bersambung



26 March 2016

Japan Day 7 Hiroshima


Tiba-tiba dah masuk hari ketujuh.

01.12.2015 (Day 7)


Breakfast pagi ni di Hiroshima dengan Maggi Kari dan free coffee provided in hostel. Tobat lapar! Ngok ngek ngok ngek…pukul 9 baru keluar. Backpack aku tinggalkan di hostel. Matlamat pertama untuk melawat Peace Memorial Park, iaitu ground zero bagi letupan bom atom pada tahun 1945.

Tema: Mahalnya Harga Sebuah Keamanan




 Daripada stesen Hiroshima boleh ambik Bas Merah yang akan round sekitar Peace Memorial Park. JR PASS valid. Tapi mula-mula pening jugak aku nak mencari bus stop. Rupanya bus stop tu dekat pintu belah lagi satu. Kena keluar masuk seberang terowong apa semua.


Ada cerita menyayat hati dekat sini.

Aku ada tanya sorang pakcik arah bus stop tu. Rasanya umur dia dalam 60-an kot. Yang buat aku terharu bila pakcik tu lead me to the exact place. Yes, bukan sekadar bagitahu arah tapi dia bawak aku. Jauh jugakla aku rasa dalam 500 meter… Ya Allah dahla laju dia lari, aku pulak yang mengah dekat belakang. Dia lagi ke depan daripada aku. Memang hebat stamina pakcik ni. Banyak kali dia suruh cepat sebab bas akan bertolak pukul 9.30 pagi.

Alhamdulillah jumpa dan terus naik bas merah. Penat weh berlari, betis pun macam nak krem dah hahaha. Baiknya pakcik tadi. Jauh sungguh dia tunjukkan jalan. Thank you pakcik.




 Aku suka Hiroshima sebab ada perkhidmatan tram di tengah tengah city. Macam macam jenis pulaktu, ada oldskool, ada yang moden… Menarik. Tapi tak sempat naik. Naik bas merah ni je. Di sebalik pembangunan… tak sangka 70 tahun dahulu bandar Hiroshima pernah menjadi padang jarak lepas bom atom digugurkan. 




Perjalanan daripada stesen Hiroshima ke Peace Memorial ambik masa 20 minit. Sepanjang perjalanan aku layan view Hiroshima city. Tenang dan ada banyak sungai.

Dalam Peace Memerial Park ada banyak attractions. Oh, whole park has been noted as UNESCO World Heritage Site ya.




Cantik…




Ini A-BOMB DOME , bom atom dijatuhkan betul betul di atas bangunan ini. Tapi sampai sekarang rangkanya masih kekal.




Ini pulak CHILDREN’S PEACE MONUMENT untuk memperingati kanak-kanak sekolah yang terkorban. Kebetulan masa aku dekat sana ada budak budak sekolah buat lawatan.




Masa aku melintas, ada sorang tegur aku… HERROOO!!!  Dia nak cakap hello sebenarnya. hahaa comel sungguh. 




Kawasan park ni cantik ada banyak pokok-pokok dengan daun autumn pelbagai color. 




CENOTAPH FOR A-BOMB VICTIM: 
Lebih kurang macam kubur sebenarnya. Ada pelawat yang letak bunga.

Lepastu masuk ke dalam PEACE MEMORIAL MUSEUM BUILDING dengan tiket masuk 50 yen sahaja, dan dapat free poskad yang dibuat daripada recycle paper.




Museum ni sangat informative dan menarik, tiba tiba aku jadi emotional. Walaupun kita tahu mengikut sejarah, dek kerana letupan inilah askar Jepun berundur daripada penjajahan di negara kita. But still… war is something that nobody deserved, no matter what race or religion.




Lepas letupan… orang ramai keluar daripada rumah/building dalam keadaan kulit yang mencair sampai keluar isi dan baju yang koyak rabak kesan daripada radiasi.

Ramai yang meninggal on the spot tak kurang juga yang menderita bertahun lamanya sebelum meninggal.  




Banyak objek sebenar daripada tempat kejadian yang dipamerkan dalam muzium ni. Contohnya botol kaca yang dah berubah bentuk (akibat suhu melampau) hingga crushed macamni.




Crushed object




Aku terbaca kisah Sadako and her paper crane – selepas perisitiwa pengeboman, Sadako mengidap penyakit kanser akibat radiasi dan dia membuat sebanyak mungkin origami burung kertas sebagai simbol doa dan harapan supaya sembuh daripada penyakitnya. Makin lama makin kecik origami dia. Tapi akhirnya Sadako mati dalam usia belasan tahun.




Kalau ada masa memang aku spend selama yang boleh dalam museum ni untuk baca semua maklumat. Memang menarik. Tapi sayang terpaksa berkejar ke tempat lain pulak.




Bangunan muzium sebijik macam peace memorial yang aku masuk dekat Ho Chi Minh.




Aku board bus merah (daripada bus stop depan Peace Museum – jadi tak perlu patah balik ke bus stop mula mula tadi) dan sampai ke Hiroshima Station. Daripada Hiroshima Station aku terus ambik JR train ke Miyajimaguchi.




Bas Merah untuk tourist. Free with JR PASS.




Inilah dia jalan bawah tanah yang aku lalui. Sepanjang panjang terowong ni pakcik tadi berlari dengan aku untuk tunjukkan jalan. Terharu! Dalam perjalanan balik tak nampak dia dah.


Destinasi seterusnya… Miyajima Island!




Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE