… masih lagi hari
yang sama (hari ke tujuh)
Destinasi seterusnya... Miyajima Island
Daripada Hiroshima station aku ambik tren ke Miyajimaguchi.
Hiroshima 11.15am – Miyajimaguchi 11.43am (JR Sanyo Line – IWAKUNI)
JR Miyajima yang menghubungkan jeti ke Miyajima Island
Sampai stesen Miyajimaguchi, kena jalan kaki sikit (ada papan tanda) ke jetty untuk board feri ke Miyajima Island.
Jalan kaki dalam 300m melalui lorong bawah tanah.
OK dah sampai dekat jeti.
Tambang feri covered by JR PASS dan kekerapan dalam setiap 20 minit. Tak lama pun perjalanan dengan feri dalam 10 minit je…
Miyajimaguchi – Miyajima Island (JR FERRY)
Perjalanan pergi, aku duduk seat dalam.
Pemandangan daripada feri.
Aku tak banyak masa dekat pulau ni. Sejam je. Plan nye, nak snap gambar Torii Gate, tengok rusa lepastu blah. Sebab petang nanti nak kejar tren ke Kobe pulak. Tapi… sebaik sahaja aku menjejakkan kaki keluar dari jeti aku rasa macam menarik je pulau ni… macam tak cukup je sejam… hmmm
Rusa jinak ada
bertaburan dekat seluruh pulau, and their horn has been cut-off so they don’t
harm visitors.
Tapi aku ada ternampak seekor rusa ni, dia ikut ikut lepastu tanduk punggung sorang awek, dahla awek tu pakai legging je. Adooiiii hahaha. Jadi kena jaga jaga jugakla kot dengan rusa-rusa ni semua. Dan kena tutup aurat la takpayah nak ketat ketat sangat binatang pun tak suka okey.

Miyajima Island ni
memang kawasan pelancongan… Aku tak pasti kalau ada perkampungan dekat sini. Rasanya tak ada kot.
Ada banyak deretan kedai kedai yang jual souvenirs dengan desserts. Salah satu yang special… aiskrim taik rusa! keh kehkeh. Jangan terkejut dulu sebab bukan taik betul pun (duh!) cuma chocolate chip yang ditabur atas aiskrim. Nama je nak propa.

Rusa pun nak masuk kedai...
Contoh tanduk rusa yang telah dipotong.
Tak silap aku ada upacara pemotongan tanduk untuk setiap anak rusa yang baru lahir dan acara tu macam sacred jugakla. Sebab rusa dekat pulau ni dianggap sebagai haiwan suci.
Dalam ni banyak kedai. Menarikkk. Tapi tak sempat masuk dalam. Jenguk macamni je.
Dah sampai dekat tepi tebing untuk tengok Torii Gate.
Yang terbesar di Jepun kalau tak silap aku. Masa air pasang, jadi binaan ni tenggelam. Kelebihannya boleh ambik gambar cantik dan masa air surut pulak pengunjung boleh berjalan kaki dari pantai ke torii gate dan sentuh tiangnya (yang dikatakan membawa tuah).

Dekat sini ada
Itsukushima Shrine, standing by the edge of the beach. Cantik. Tapi aku tak ada masa cukup untuk explore ke dalam, kalau masuk pun tak berbaloi sebab kena
bayar 500 yen. Aku jalan jalan sekeliling je…
Seronok pulau Miyajima ni sebab tak ada kenderaan bermotor, semua basikal / beca je. Best jalan-jalan. Aku masuk kedai besar dekat depan tu beli souvenirs : fridge magnet kecik 3 ketul dengan harga 480 yen.
Rombongan budak-budak sekolah menengah.
Rusa memang banyak
berkeliaran… boleh belai belai nak selfie ke hehe. Aku mintak tolong budak
budak ni ambikkan gambar aku dengan rusa.
Anak Jepun LOL
Ada sekor lagi rusa jinak...
Bontot bentuk Love
Ikutkan hati tak puas
lagi nak meronda. Tapi kena balik dah. Masa tak cukup T____T
Aku pergi jeti, ambik feri pukul 1.10 petang balik ke Miyajimaguchi. Kali ni seat dekat luar pulak, boleh ambik angin. Feri dia tak ada nombor seat ya, suka hati korang la nak duduk mana-mana pun.
Aku pergi jeti, ambik feri pukul 1.10 petang balik ke Miyajimaguchi. Kali ni seat dekat luar pulak, boleh ambik angin. Feri dia tak ada nombor seat ya, suka hati korang la nak duduk mana-mana pun.
Miyajimauchi 1.39pm – Hiroshima 2.01pm
Ambik angin sejuk dekat luar feri.
Ok. Turun daripada feri, naik tren di Miyajimaguchi dan balik semula ke Hiroshima...
Aku sampai di
Hiroshima pukul 2.01pm, shinkansen ke Kobe pukul 2.17pm. Dalam masa 16 minit
aku rasa mustahil nak balik hostel ambik backpack lepastu balik semula ke stesen
Hiroshima untuk ambik tren pukul 2.17. Nak jalan kaki ke hostel ambik masa 10
minit pergi balik, nak cari platform lagi nanti, tak sempat kot. Aku macam pasrah
je so aku lengah lengah tak berkejar sangat balik ke hostel. Aku ambik tren 3.17 petang nanti.
Dalam perjalanan balik aku
singgah convenience store beli nasi putih harga 100 yen seketul. Aku beli 2
ketul untuk dimakan dengan serunding. Sampai hostel aku lepak dalam common
room, google maklumat yang diperlukan untuk perjalanan seterusnya. Masa tu ada
sorang awek Jepun ni (staff hostel) tengah tengok tv. Ya Allah cantik gila,
muka putih, pipi pink ada freckles sikit lepastu mata dia cantiknya macam mata dalam komik Jepun *_*
Anugerah perempuan Jepun paling cantik yang aku pernah jumpa jatuh kepada awek itu! Aku rasa baya
aku jugak kot dalam 24-25.
Daripada Hiroshima aku akan ke Kobe pulak.
Hiroshima 3.17pm – Shin-Kobe 4.30pm (Sakura Shinkansen)
...bersambung
2 comments:
hi. nak tanya pasal zipline yg kat sabah tu. kena pakai kasut ke ut zipline tu? and lagi satu memang awak dah prepare awal2 ke tali utk sangkut fon masa main tu? tq :)
@dibnye
kena pakai lah kot. kalau tak pakai awk kena masukkan kasut dalam bag sandang belakang, nanti dah sampai pulau seberang susah pulak nak ambik balik kasut awak.
fon saya tak bawak. simpan dalam beg dekat pulau seberang. dekat kaunter.
saya gantung slr dekat leher bawak terbang sekali. since slr kan memang dah sedia ada tali panjang ? :)
Post a Comment