25 April 2016

Japan Day 9 Sagamiko & Shibuya



03.12.2015 (Day 9)



Good Morning Hakodate!

Masa bangun Subuh aku rasa macam aku nampak cebisan salji dekat luar. Atas bumbung bangunan sebelah. Tapi sebab mamai, malas nak layan sangat jadi aku sambung tido balik.

Bila bangun semula tak ada dah salji. Hujan je renyai renyai. Cepat cepat bersiap dan terus ke Hakodate Station.

Hari ni aku akan meninggalkan Hakodate dan bergerak turun ke Tokyo menggunakan jalan yang sama macam aku datang semalam. 




Sampai di Tokyo aku akan ke Sagamiko untuk tengok lampu. 




Naik tren Super Hakucho  sekali lagi. 

Hakodate - Aomori (Super Hakucho Limited Express)




Seperti yang aku nyatakan dalam entri sebelum ni, tren Super Hakucho akan menyeberang Selat Tsugaru menggunakan terowong bawah laut dengan kedalaman kira-kira 240m. Masa tren berada betul betul di kedalaman paling dalam (ada maklumat dalam tren) aku ambik gambar pegang bendera Kelantan ni kah kah. 




Kemudian daripada Aomori ambik shinkansen terus ke Tokyo.

Aomori - Tokyo (Hayabusa Shinkansen)




Dalam tren sempat buat sandwich tuna dengan salad. Salad tu beli semalam dekat Hakodate dalam RM4 je sepaket. Makan tak tengok orang kiri kanan dah. 




Sepanjang perjalanan daripada Aomori ke Tokyo, tren ada singgah di Sendai. Ingat tak beberapa tahun dulu kawasan Sendai dilanda gempa bumi sampai berlaku tsunami teruk kan. Hajat aku nak tengok la kesan gempa tu semua, tapi sepanjang dengan tren memang tak nampak apa-apa kesan pun. Macam biasa je. Jadi aku assume, pembangunan dan pemulihan di Jepun dilakukan dengan sangat pantas. 

Sampai di Tokyo kira-kira pukul 4 petang. Fuhh. Lama gila perjalanan. 

Aku ambik tren ke Sagamiko. 

Route pertukaran tren tak ingat. Kemudian jumpa Ain dan daripada Stesen Sagamiko ambik bas ke Sagamiko Illumion. Tambang bas pun berapa yen entah aku tak ingat. Biasa la dah hujung-hujung ni jadi malas dan semua dah lupa. Malas nak cari catatan tu semua balik. MALASSSS!

Tapi aku ingat yang tiket masuk Sagamiko Illumion sebanyak 800 yen.




Tadaa! Dah sampai. Sagamiko Illumillion ni sebenarnya antara pertunjukan lampu LED yang terbesar di Jepun. Lampu pelbagai warna disusun dan dibentuk menjadi sesuatu simbol dan binaan yang menarik.




Daun maple berlatar belakangkan lampu-lampu.




Sebenarnya kawasan ni adalah kawasan taman di tepi lereng bukit, tapi dihias dengan berjuta-juta lampu LED menjadikannya seolah-olah magical place gitu. 




Tarikan paling utama... Light Tunnel ni.




Light Tunnel bewarna Pink




Yang ini pulak macam satu kawasan berbentuk empat segi yang mana dindingnya digantung dengan lampu bewarna emas. Tengah tengahnya ada replika cincin berlian yang besar. haha motip???




Pemandangan malam di Sagamiko. 




Dalam banyak banyak aku rasa yang paling menarik adalah show Buckhingham Palace of Light ni. LCD yang pelbagai warna dibentuk menjadi istana Buckingham di London. Lepastu dengan kecanggihan teknologi... lampu LED tersebut di setting untuk bernyala pada waktu-waktu tertentu supaya membentuk imej objek yang bergerak. Siap ada muzik lagi.




Show nya adalah persembahan muzik daripada band Orkestra. Semua orang tu bergerak tau, dengan menggunakan pergerakan nyalaan lampu. Muzik dia pun berdasarkan cahaya lampu. Contohnya masa budak tengah main piano, bunyi piano yang keluar. Memang hebat ahh persembahan ni. 




Ending persembahan... ada band orkestra dan ada bangunan buckingham. Kalau ikutkan semua ni lampu LED yang digantung pada dawai je. Tapi boleh menghasilkan suatu persembahan yang sangat menarik dan unik. Dia akan replay je. Jadi boleh tengok banyak kali sampai puas. 


Kemudian daripada Sagamiko kitorang naik beberapa tren sebelum sampai ke Shibuya, Tokyo. Kira-kira 1 jam perjalanan untuk sampai. 


Sebab tak kosser nak bawak backpack berjalan ke hulu hilir, bila sampai stesen Shibuya aku simpan backpack dalam locker macam biasa. Kos 400 yen.


Shibuya



Akhirnya jejak jugak dekat Shibuya Crossing yang kononnya popular sangat ni. Orang memang ramai gila. Yang best dekat sini bagi aku adalah lampu neon yang bewarna warni dan besar-besar saiznya. 




Tak jauh daripada stesen Shibuya ada lori merah jual kebab. Pemiliknya orang Turki dan ada logo halal, Insyaallah. Terus kitorang beli. Lapar yang teramat sangat. Dah berapa lama aku makan benda benda kecik dan merapu. Nak karbohidrat! Nak daging!




Kebab ayam 500 yen sebiji kira-kira RM15 tapi takde hal. Aku lapar gila ni. 

Rasa dia sangat pedas. Aku yang makan pedas pun berair mata. Sos dia tu macam ada rasa serbuk cili merah kering. Entahla. Tapi memang pedas dan sedap. 




Disebabkan malam tu kitorang berdua, jadi kitorang decide untuk cuba bermalam di mana-mana Comic Cafe.




Kalau sorang aku rasa tak berani lah kot. Sebab menyeramkan jugak tempat ni hehe. Penat kami cari tempat ni dalam setengah jam baru jumpa, lokasi dia dekat tingkat 5 sebuah bangunan kedai tak silap aku.




Dah nama pun Comic Cafe. Jadi tempat ni memang dipenuhi dengan beribu ribu komik, tapi bahasa Jepun lah haha. Tempat ni bukan untuk bermalam sebenarnya... konsepnya sewa private cubicle yang ada komputer/ headphone untuk main game, pakai WIFI atau baca komik dalam privacy. Toilet dan shower ada disediakan. 

Harga dia dalam 1200+ yen je lebih kurang RM38 gitu kot. Memang murah la. Janji, ada tempat bermalam. Sekejap je pun. Esok pagi lepas Subuh nak cau dah. Aku tak pandang pun komik komik tu. Aku cuma nak tumpang tidur je...



No comments:

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE