15 April 2016

Macam Gila Nak Dapatkan Tiket Murah MAS


Semenjak aku mencari rezeki di negeri seberang laut… naik turun flight menjadi suatu kebiasaan malah masa penerbangan menjadi tempoh yang paling membosankan bagi aku. Aku cuma seronok bila sampai airport sebelum naik  flight dan masa touchdown. Selebihnya atas flight… jibek sahaja.


Urusan membeli tiket flight juga menjadi suatu kebiasaan. Gaji bulan ni, beli tiket untuk balik bulan depan. Gaji bulan depan, beli tiket untuk cuti bulan seterusnya pulak. Jadi jangan cakap orang yang kerja dekat Borneo banyak elaun ye… sebab sebenarnya banyak duit dihabiskan untuk membeli tiket flight. Bila musim cuti sekolah, faham faham jelah harga tiket pun melambung-lambung mahal. Setiapkali balik aku terpaksa beli 4 flight: Kuching – KL, KL – Kota Bharu (dan return) dan biasanya kos boleh mencecah RM450-RM600 untuk perjalanan pergi-balik.


Tapi aku akan cari dan tunggu harga tiket flight promo baru aku beli. Sebab aku tahu, tiket yang murah akan datang kepada orang-orang yang bersabar. Haha. Aku rasa orang lain pun semua nak tiket murah kan, antara nak gamble tunggu tiket semakin murah atau makin mahal.


Aku dah usya lama tiket KB - KL & KL- Kuching untuk perjalanan sehala hari Ahad 12 Jun. Sehari sebelum habis cuti sekolah. Dahla bulan puasa. Berminggu-minggu aku duk usya, harga dia memang mahal gila.  Daripada Airasia, MAS (paling murah 400+), Malindo, Firefly… semua mahal takpun masa flight yang tak cun. Aku kalau boleh taknak bermalam di airport dan aku taknak ambik flight lewat malam sebab kesian ayah nak kena hantar airport dan drive balik rumah malam-malam buta. Jadi aku hold dulu beli tiket nak tunggu yang murah.


Nak dijadikan cerita.

Hari keluar gaji 25hb Mac. Aku pergi servis kereta dekat pekan Sarikei (79km daripada rumah aku) dan sambil menunggu servis selesai… aku survey tiket MAS.

Aku masukkan; KB – KUCHING tarikh 12 Jun, Ahad.

OK satu tips. Search direct destination (walaupun flight akan split kepada dua) adalah lebih murah berbanding search flight satu-satu (contohnya KB – KL, KL - KUCHING). Aku dah lama perasan benda ni dan selalu dapat tiket MAS murah dengan cara ni.

Tup tup keluar harga RM188. Ada satu masa je, 6.25am bertolak daripada KB. Sampai di Kuching pukul 10 lebih. Cun gila timing dia. Terus aku macam, Takbir! Takbir! Tiket murah! Tiket murah! I mean, RM188 untuk flight MAS pada hari Ahad dalam cuti sekolah… memang murah nak mampos… MAS kot. Dapat free 30kgs luggage lagi kan. Macam, menemui keajaiban alam.

Terus booking.


OK nilah cerita sebenarnya. Dah macam drama Pilipina petang-petang suspen dan tragisnya kisah cerita aku ni.


1) Sampai dekat online payment dengan Maybank. Baru aku perasan… aku dah tukar PHONE dengan NOMBOR PHONE skali. Kod TAC untuk pembelian online dihantar ke phone lama. Dan malangnya… aku tinggalkan phone lama tu dekat rumah.


2) Nak beli pakai CIMB tak dapat sebab duit aku tak cukup dalam CIMB. Nak transfer daripada MAYBANK ke CIMB pun tak dapat sebab perlukan kod TAC jugak kan.


Ok takpe.


3) Selesai servis lebih kurang pukul 4, aku terus ke cawangan Maybank untuk tukar nombor fon TAC dekat mesin ATM. Senang je. Sampai bank… orang boleh tahan ramai beratur sebab hari gaji kan.


4) Dekat mesin ATM Tuhan uji aku. Tiga-tiga mesin ATM reject kad. Tak dapat nak detect. Puas dah aku tonyoh dia punya sim tapi tak dapat jugak. Sampai orang pun pelik campur kesian, makcik ni dah kenapa semua ATM reject kad dia. Kad curi ke. Takde duit ke. Padahal mula mula tadi sebelum pergi servis kereta aku dah cucuk duit gaji guna kad yang sama... tak ada masalah pun.


5) Aku nak tukar kad ATM baru tak dapat sebab dah pukul 4 lebih, bank pun nak tutup dah.


6) Takpe lah. Aku call housemate aku mintak cari phone lama yang tertinggal dekat rumah. Nanti aku beli tiket, dia stanby bagitahu TAC yang sampai dekat phone di rumah.


7) Sedihnya… fon tak dijumpai. Tak apalah. Aku cakap, aku balik je. Beli tiket dekat rumah nanti je. Perjalanan daripada Sarikei ke rumah aku lebih kurang sejam lebih. Harap-harap nasib masih menyebelahi aku.


8) Aku sampai rumah pukul 6.40 petang. Aku selongkar rumah dan terjumpa phone dekat bawah toto dekat ruang tamu. OK. Terus bukak website MAS.

To find out… that the RM188 ticket has gone! Waaaaaa sedihhh! Tapi yang peliknya… timing 6.25 pagi tu hilang terus, kan biasanya masih available tapi harga dah meningkat lagi mahal. Pelik pelik.


9) Lepas Maghrib, aku drive ke sekolah cari line telefon yang clear. Aku contact MAS customer centre untuk tanya kalau-kalau diorang dapat retrieve booking aku petang tadi. Waiting list nak menjawab call punya lah lama. Aku giliran ke 17. Yang bagusnya, kita tinggalkan nombor lepastu orang MAS call back. Tunggu punya tunggu. Akhirnya aku dapat call. Booking number tak ada. Aku bagi IC dengan masa flight je.


10) Tup tup (berapa kali tup tup dah) bila dicari dalam sistem memang nama aku tak ada. Patah hati. Hancur berkecai berterabur atas lantai. Tapi… nasib baik caller tu macam friendly gila. Maaf Cik Nurul, Bye Bye Cik Nurul terubat lah sikit kekecewaan aku haha.

Tak lama kemudian member aku dari Kuching sampai rumah. Sebab aku pun dari Sarikei tadi tak sempat nak sediakan makan apa benda… jadi kitorang makan luar je. Sempat la update status frust dekat FB. Poyo gila ok. Kalaula orang tahu kes nye pasal tiket flight je. Hahahahahah.


11) Lepastu balik rumah, mandi-mandi apa semua hampar toto depan tv. Tido depan tv je ramai-ramai. Dalam duk bergolek golek tu… (susah nak lelapkan mata) sambil online. Aku bukak lagi website MAS. Pukul 12.04 pagi. Aku check. Ajaib nya… tiket RM188 tu muncul balik. Woi sorcery ape kah??? Sape main ilmu hitam neh?


12) Terus booking. Malangnya, sekali lagi stuck dekat payment sebab masalah line internet slow. Website Maybank2u tak dapat load.


13) Aku terus bangun, sarung sweater tudung apa semua. Ambik kunci kereta lepastu berbisik dekat member aku yang dah tidur, “Kakza Kakza. Orang keluar kejap. Pergi sekolah. Kalau esok tak balik, call polis.” LOLOLOLOLOLOL


14) Aku start kereta, drive pergi sekolah malam malam buta pukul 12 cari WIFI sekolah. Aku parking, duduk dalam kereta je. Memang gelap ah, sunyi takde orang. Tapi aku tak heran pun yang aku herankan macam mana nak bagi dapat tiket ni ha.


15) Kali kedua nak buat payment… Tak dapat pakai online banking dah. Dapat pakai credit card je. (Sekarang baru aku tahu kenapa. Sebab pukul 12 pagi kan biasanya CIMB Clicks/ Maybank2u buat website maintainence) Masalahnya nak pakai credit card… credit card tak bawak tinggal dekat rumah. HARAMMMMMMM JADAH!


16) OK. Aku patah balik ke rumah, ambik credit card, (*member aku masih nyenyak tido) drive balik ke sekolah. Since the connection has lost while I was driving… I have to start the flight searching process all over again… TO FIND THAT THE TICKET HAS DISSAPEARED AGAIN. Berkali-kali aku search balik. Tapi tiket RM188 puku 6.25 pagi tu memang tak ada dah. Yang tinggal harga 500++ (dan timing lain)


17) Dah pukul 12.30. Aku terfikir. Apa benda la aku buat tengah tengah malam macamtu dekat sekolah tak ada orang. Gila betul. Pakcik guard tengok pun depa ingat aku nak merompak harta sekolah. Hands up, I’m giving up. Ini semua kebodohan yang melampau!

Balik rumah dengan rasa kecewa. Ya Allah kenapa macam ni? Kenapa hari ni macam ni?

Takpe lah. Sekurang-kurangnya aku dah cuba. Everything. Kalau nak dapat, awal-awal tak ada masalah dekat mesin ATM masa nak tukar TAC. Maksudnya  bukan hak aku lah tu. Walaupun benda yang kita dah nampak… tak semestinya akan jadi milik kita.


Kalah. Redha. Pasrah. Menyerah.


18) The next morning. During Subuh time. Pukul 6 macamtu. Aku bukak website MAS lagi. Search lagi. Haha. Redha konon. Memang dasar tak boleh nak move on.


19) Buat kali ketiga… tiket tu keluar balik. Aku tak letakkan harapan tinggi. Banyak kali dah kecewa. Tapi aku cuba booking untuk kesekian kalinya. Kebetulan line internet rumah ok, terus dapat redirect to payment website. Dan berjaya buat payment dengan senang lenang. Which means… tiket tu akhirnya jadi milik aku buat selama-lamanya. Happy ending. Cuma lambat sikit. haha


Pengajarannya, Kalau sesuatu tu dah tertulis rezeki dan hak kita, sejauh mana pun ia pergi atau hilangkan diri… akhirnya ia akan balik semula kepada kita. Never give up no matter how hard (and hopeless) it could be. Just don’t stop trying. Just don’t.

Acah acah deep padahal pasal tiket flight je pun hahahahahah
Thank you Allah for giving me cheap flight ticket! :)


7 comments:

des said...

Ahahaha..sori2 xleh tahan gelak.faham sgt perasaan tu masa kena kerja sbh dulu.frust berhari2 kalau xdpt..
Silent reader.jealous bc solo travel adik ni.teruskan travel so akak boleh imagine travel skali.hehe

WZulhilmi said...

TAK MOVE ON KONON!! Sesubuh dah capai phone balik. lol

Ko punya semangat tidak putus asa itu wajib dipuji lah. Aku yang baca ni pun stress ya ampun mende banyak halangan ni.

Syahira Mansor said...

Sekarang tak silent dah sebab boleh feeling2 frust saya tu kan haha.

Terima kasih sudi singgah :)

Syahira Mansor said...

Drama sangat kan haha.

Hanis Amanina said...

sy dgn kawan pernah nak beli tiket balik Msia. Bila dah set tarikh & masa, masing2 nak bayar lah kan, paling sedih bila time sorang dah buat pembayaran, tiba-tiba je tiket utk sorang lagi naik. Sedih betul. T_T

Jea Mohamad said...

berperang utk tiket murah..hahaha thorbaik!!

Myra Arshad said...

hahaha yeayy! finally happy ending! tahniah2 :D

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE