02 May 2010

I'm Going to Kedah Yay!

kejap lagi pukul 12 aku akan bertolak pergi Kedah untuk satu program anak angkat yang mana peserta akan buat macam-macam aktiviti khidmat masyarakat macam hias tadika, buat cat mural, organizakan program motivasi untuk budak-budak sekolah rendah, gotong-royong and all those kind of thing i know you understand what i mean rite. memang best habis la, sebab program ni memang free, pergi sana takpayah bayar ape-ape semua universiti dan kolej yang support kitorang pergi buat kebajikan je. best kan? dengar citer KPT bagi sponsor banyak jugak la untuk program ni....



hari ni jugak ialah last day untuk pelajar berada dekat UPM, esok dah start cuti semester. skali blok aku kena kosongkan. sementara nak tunggu bertolak malam ni, peserta2 program kena stay dekat blok yang satu lagi. memang penat ah aku punggah barang. pening giler nak pikir n asingkan barang yang nak bawak pegi kedah, barang nak bawak balik rumah, barang nak tinggal dekat kolej... dahla tadi takde letrik. kau bayangla. free-free dapat merasa duduk dalam spa...


ini gambar bilik sementara ak: 

takde cadar. cadar semua dah simpan siap-siap dalam kotak.


 sempat lagi bukak laptop.



ini beg nak bawak malam ni


ni beg untuk bawak balik rumah


ps: semua nak pakai beg plastik aje. ringan, mudah dan murah....


bilik nombor satu siottt.....


aku takde rumate pun, sorang sorang je dalam bilik. AH ! korang takyah nak cakap ade toyol ke, hantu raya ke, jibon ke, Penunggu Gunung Raya ke, takdenye nak seram-seram selimut satu badan, japgi aku nak naik bus dah. 



bye ! :)
assalamualaikum.



01 May 2010

Review The Crazies (18SG)

The Crazies 
Genre: Horror thriller




sebelum membuat preview, aku nasihatkan ibu-ibu mengandung dan pesakit lemah jantung jangan menggedik nak pergi beratur beli tiket tengok movie ni. sebab, akan ada banyak adegan-adegan yang boleh buat anda semua terberanak on-the-spot. jangan pulak tibe-tibe bangla yang jaga pintu wayang kena terjun jadi bidan ok! atau bagi pesakit jantung ZAPPP terkena schock terus innalillah dalam panggung wayang. mak aih, malu betul kalau sedara mara tanya nanti, 


"MENINGGAL KNAPE?"   
 "MENINGGAL SEBAB TERKEJUT MASA TENGOK WAYANG -__-"


tak ke rase malu ???



SPOILER ! ! !


starting ok, mula-mula anda akan dipertontonkan *ceh dipertontonkan? takleh belah skema* dengan kehidupan normal suami isteri yang sangat bahagia di sebuah pekan kecik. si suami seorang sherif (ketua polis kot. entah.) dan orang rumahnye pulak sorang doktor.


SECARA TIBE-TIBE dua-tiga orang kampong mula buat perangai mereng, sorang buat kecoh dekat game besbol bawak senapang nak tembak public dan sorang lagi bakar anak bini idop-idop. so si sherif tadi dengan penuh rasa berlagak sebagai Detektif Conan pergilah menyiasat apa sebenarnya yang berlaku dekat orang-orang kampung. dan dia bukan seorang, tapi dua ya kawan-kawan. hero mestilah ada sidekick, iaitu kawan baik dia sendiri merangkap sherif kecik (timbalan sherif)


kenapa 18SG???

  1. pelbagai jenis peralatan digunakan dalam movie ini untuk membunuh mangsa, samada oleh si gila, si sherif and the gang atau pihak tentera. contohnya guna garfu besar, alah yang orang buat korek-korek tanah tu, sebaliknya digunakan untuk mengorek perut mangsa sehingga tembus oleh geng2 gila. X(
  2. ada satu lagi scene dekat kedai snow wash kereta, akan ada sorang gile yang muncul tiba-tiba dari atas kereta. KORANG TUNGGULA SAMPAI SI GILE TU KELUAR. aku melompat sampai naik atas kerusi masa scene tuh korang tau ! terkejut gila babeng -___-!
  3. ada lagi satu babak, sepasang anak beranak kena tembak bertubi-tubi dengan tentera, sebab diorang ingat anak-beranak tu ialah geng gila, lepastu bila dua-dua dah mati terus ada askar yang sembur api besar dekat mayat diorang, alah yang macam api dekat sarkis tiup-tiup tuh ha. 
  4. darah, darah dan darah. memang banyak giler memancut-mancut korang tau. nasib baik aku tak beli hotdog sebelum tengok movie ni, kalo tak mesti dah termuntah dalam wayang. 


dia punya environment & surrounding dalam movie ni lebih kurang macam ZOMBIELAND, kereta tersadai terbongkang tepi jalan, kedai-kedai kosong, jalan sunyi-sepi you get what i mean. tapi ZOMBIELAND klakor, yang ni takde unsur lawak langsung. memang melompat terkejut semata-mata. tapi kalau compare dengan SAW pulak, THE CRAZIES ringan sikit. ok la.



aku kasik 3.5 bintang untuk THE CRAZIES
sape yang minat horror thriller tu boleh la pegi tengok. 
mesti layannn punye.


Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE