aku takmau menipu pembaca. lagi-lagi masa bulan puasa. mari sini aku hendak mengaku. sebenarnya, aku seorang yang sangat selebeh dalam berpakaian. aku paling tak suka benda yang leceh-leceh.
kebanyakan baju kurung aku, jenis kain yang tak perlu hendak iron banyak-banyak kali. iron sekali, sudah boleh pakai setahun. HAHAHA. hebat kan? bukan sahaja boleh menjimatkan tenaga malah boleh menjimatkan kos elektrik lagi :) :)
bab tudung pulak, aku memang tak pandai nak melawa belit sana belit sini. nak-nak tudung bawal. selalu sememeh. aku jeles betul dengan perempaun yang boleh pakai tudung bawal dengan sangat kemas. nak je tanya, MACAM MANA ANDA MELAKUKANNYA? SAYA SEJAK SEKOLAH RENDAH LAGI FAIL BAB TUDUNG BAWAL nih. so kadang-kadang aku sibai je terus.
sekarang, bolehlah ucapkan TERIMA KASIH kepada Tudung Indon, atau nak sedap sikit Tudung Ikin. sarung aje, dah siap! terus boleh pergi bergembira dengan rakan-rakan.

itu baru bab tudung. belum lagi masuk chapter mekap, beg, dengan selipar kaki. mekap tu memang aku tak layan sangatlah. bajet je beli liquid eyeliner konon nak buat efek cat's eye. sekali... kau tahu tak mendalah tu jadi apa sekarang? PERMANENT MARKER. okayyy bolehla tepuk tangan laju-laju atas usaha yang sangat kreatif itu. aku taram bedak serbuk dengan lip balm je hari-hari. sadis betul. tapi ok la, haritu pergi Guardian ada promotion silkygirl 20% maka belilah lipgloss sebatang. huyyoh dah pandai pakai lipgloss sekarang? DAH MAJUUU OHH
oh ya. satu lagi. bab selipar kaki. aku ada 2-3 pasang heels, jenis strap yang kalau hendak pakai, kena duduk dekat bangku dan ikat dia punya tali kemas-kemas. KAU TAHU TAK PUNYELAH LECEH NAK MENGIKAT-NGIKAT PULAKDAH? itulah. dulu degil hendak beli. asal nampak cantik, terus beli. kononnya hendak masuk geng ladies. sekarang? KASUT CROCS 20 HINGGIT TU JUGAKKK YANG KAU PAKAI ! walaupun, setiapkali berjalan dekat lantai terpaksa cover, takboleh jalan laju-laju sebab risau nanti licin dan jatuh. dia punye tapak dah hausss kot?
dan satu lagi, kau tahulah cuaca sekarang. PANASSS JE MANJANG. aku tak pakai stokin. separuh kaki dekat atas tertutup, separuh kaki dekat bawah terdedah matahari.
KAU RASA, LAMA-LAMA KAKI AKU JADI MACAM MANA?
JADI MACAM KAKI JIBON.
ps: selamat berbuka puasa. bye-bye.