13 December 2013

Java Trip Day 1: Arriving Yogyakarta



Hai . Lamanya tak menyapa blog ini sob sob sedih.

Baiklah sebelum tahun 2013 berakhir , aku nak share perjalanan aku ke tanah Jawa tempoh hari. Aku sendiri suka baca travel blog orang lain, terutama yang travel secara backpacking. Sebab dari situ macam macam boleh tahu. Kadang-kadang melalui pembacaan cerita diorang, aku dapat idea dan inspirasi untuk travel ke sesuatu tempat yang sebelum ni aku tak pernah dengar pun. Thats the best thing about sharing. Nak bercerita lisan aku tak pandai, aku lebih suka bercerita melalui penulisan. Semoga penulisan aku ni bermanfaat (itupun kalau ada yang membaca) insyaallah. Erkkk. Ini semua poyo!!! hahaha



ok. Sebenarnya Indonesia tak pernah ada dalam backpacking wishlist aku sebelum ni.  Tapi macam mana entah pergi book tiket Airasia pegi Yogyakarta . Plan nye , dari KL landing di Jogja , stay di Jogja selama 2 malam kemudian travel ke Bandung menggunakan keretapi dan pulang ke KL daripada Bandung. Prinsip aku , alang alang dah sampai tu. Cover lah sebanyak mungkin tempat yang kita boleh cover. Kan. Ikut  hati nak je sambung ke Jakarta. Tapi... Hehe kemudian kemudian pulak. Over nampak?




Central to the West Java



Aku ambil flight jam 850 pagi daripada Pengkalan Chepa dan sampai di LCCT kira kira jam 950 pagi. Dekat LCCT makan kenyang-kenyang, solat jamak siap siap, tukar duit Ringgit ke Rupiah, document verification, lepastu terus masuk departure hall. Oh ye , tahu tak tukar duit dekat airport sangat lah mahal! Kalau boleh elakkan. Aku ada baca dekat blog sape entah , kadar tukaran di Malaysia lagi mahal berbanding di Indonesia. So aku tukar sikit je, nanti dekat sana tukar lagi. Aku tukar Rp1,000.000 (sejuta rupiah) bersamaan RM333. Mahal jugak tu. Sebab bila aku tukar duit dekat Jogja lepastu, sejuta rupiah tu baru RM280. Tengok! Banyak jugakla beza dia kan. Dengan 50 ringgit macam macam kau boleh beli dekat Indon tu tau. 




Tiba tiba ,masa dalam flight aku rasa kebuluran la pulak, terpaksa beli makanan. Hewhew. Hamsap betul aku punye perut time 30000 kaki dari paras laut tu jugakla dia nak buat perangai (tampar perut). Aku ambik ayam salai dengan ubi macam gitu je , dah kena RM15. Sedap la tapi nye. Dapat coke free. 




Kemudian pramugari bagitau nak sampai Jogja dah. Dan dan tu dah boleh nampak jambul gunung di atas awan. Gunung ape taktaula. Merapi kot. Macam cantik je , macam comel je jambul nye, aku suruh gegirl yang duduk tepi tingkap tu tolong ambikkan gambar. Hahaha annoying gila kan aku! What evaaa. Nasib la duduk tengah terpaksa suruh orang yang duduk tepi tingkap tolong amikkan gambar. 




Ok dah landing di Adi Sucipto Airport , Yogyakarta.




Airport dia kecik je , bila landing ada pekerja airport datang edar arrival card ( ke ape nama dia?) yang pelawat kena isi tu . Lepastu baru boleh masuk dalam untuk check passport. 

Maka bertebaranlah kitorang dekat luar tu mengisi kad , ada yang lapik dekat dinding ada yang lapik di belakang member dan sebagainye. Sob sob. Ape semua ni... 




Dalam 530 petang kot time ni , dah nak Maghrib dah. 

Time nak mengisi kad tu , aku bantai pakai pen merah sebab tu je pen yang aku ada dalam beg. Layan jelah kan. Sampai dekat kaunter imigresen , pakcik tu bagi balik kad tu dekat aku. Dia terbalikkan , dia suruh aku baca ayat nombor 4 yang berbunyik:

4. PLEASE USE BLUE OR BLACK INK PEN ONLY. 

Hahahaha hamsappp! Tak pasal pasal kena tulis balik. Pakcik imigresen tu siap bagi pinjam pen hitam lagi dekat aku untuk menambah unsur-unsur sentap di situ lol.




Keluar aje dari arrival hall , terus pergi kaunter pertanyaan tanya mbak tu nak pegi bus stop ikut arah mana. Aku rase numb sangat time tu. Palotak jadi jumud (?) bila sampai di tempat asing. 




Hallway keluar ke jalan besar. 




Keluar keluar je , nampak langit petang yang sangat indah. Biru berbalam oren. Terpanaw kejap. Ok, dari airport aku akan ke Malioboro Street , kawasan tumpuan pelancong (city centre). Dekat situ ada satu jalan lagi, namanya Sastrowijayan Street yang menempatkan hostel-hostel backpackers. 

Cara ke Malioboro Street daripada Adisucipto Airport: 

1) Teksi. Bapak mahal sampai Rp100.000
2) Prambanan Ekspres. (Keretapi)
Dia akan berhenti di Stasiun Tugu yang terletak walking distance from Malioboro Street
3) Trans Jogja Bus : Route 1A to Malioboro Rp 3000

Selepas menimbang tara akhirnya bas ialah pilihan yang terbaik. Bus stop dia dalam bentuk box , kita menunggu (dan beli tiket) dalam box tu. Bus stop dia juga agak efisien sebab ada orang yang akan bagitau bas yang sampai tu laluan ke mana, ke mana. Dia bagitahu guna mic ok. Microphone. Dalam bas pulak ada kelindan ber-uniform. Kelindan tu akan bagitau kita sampai stesen mana, dan berapa orang lagi yang boleh muat dalam bas tu . Bus stop di sebelah kanan gambar :




Ni gambar dari belakang bus stop.

Dalam bas ada couple ni . Aku tanya nak ke Malioboro berenti dekat mana. Diorang kata , diorang pun nak ke tempat sama. So ikut diorang turun je nanti. Bersyukurnya. Masa tu pukul 6++, dah gelap dah. Perjalanan dari airport ke Malioboro Street ambik masa dalam 40-45 minit. Lama jugakla. Di dalam hati ini terbit sedikit rasa cuak sebab dah gelap satu hal, lepastu hal kedua, aku belum book hostel untuk malam tu. Kompiden gila datang ke negara orang dengan riang tanpa book apa apa. Aku ingat nak walk in je, tapi aku dah get ready dengan list hotel yang aku survey melalui Hostelworld sebelum ni. 



Daripada bus stop dekat Malioboro Street, aku tak ambik masa yang lama untuk jumpa Sastrowijayan Street. Sebab ada pintu gerbang besar untuk masuk ke Sastrowijayan tu. Dari jauh dah boleh nampak. Sepanjang jalan Sastrowijayan ada banyak hotel , rasanya dalam 2-3 bintang macamtu kot. Mula mula aku try tanya Summer Season Hotel. Saje je ngusha. Dalam website , rate dia dalam Rp300.000 satu malam (RM90). Kalau travel dengan family sesuai la hotel macamni. Tapi backpacking? Harhar tak layak. Macam terlalu mewah jew (walaupun harga dah kira affordable sangat). Bila tanya kaunter... FULL! Ha amik kau. Lepastu aku try tanya lagi sebuah hotel yang bertentangan dengan Hotel Summer Season tu. Pun FULL. Ada gaya nak kena tido tepi jalan dah. Sabar, jangan nangis dulu. 



Tengah mundar mandir ke hulu ke hilir tu. Tiba tiba datang sorang Mas ni. Bukan Mas Idayu. Mas lain. Dia tanya , cari bilik kosong ke? Lepastu dia kata , dia tahu dekat mana ada bilik kosong. Betul betul sebelah Hotel Summer Season tadi , ada satu lorong kecik, muat motor & pejalan kaki je.  Katanya dekat situ ada bilik kosong. Dia bawak masuk ke lorong tu. Mencurigakan gilewww. Tapi aku takdelah ikut betul-betul belakang dia. Intai intai dulu lorong tu macam mana kan. Main ikut ni bahaya jugak. Cuma tempat tu ramai orang terutamanya pelancong. Sebab awal lagi 6.30 petang (walaupun dah gelap). Lagipun sebab berdua dengan member aku kan. 


So kemana Mas tu bawak?


Masuk sikit je dalam lorong tu , dah nampak signboard Merbabu Hotel. Masuk dalam dah ada receptionist yang menunggu. Memang ada bilik kosong pun. Rp130.000 bersamaan RM42 satu malam, and it was private room not dorms! haha murah gilow. Dahla termasuk dengan breakfast. Mintak tengok bilik dulu macam mana ok ke tak, lepas puas hati terus ambik untuk 2 malam. Hehe. Nasib baik lah tak payah tido tepi jalan malam tu. Mula mula aku ingat Mas tu tunggu ambik tip ke ape , tapi takde pun. Dia hilang begitu sahaja. Agaknye hotel tu pakcik dia yang punya kot, pasai tu dia promote. Whatever. 




Ini gambar yang aku snap pagi besoknya. Inilah lorong yang kononnya mencurigakan itu. And, Merbabu Hotel ni bangunan paling tinggi dekat lorong ni. Ada 3 tingkat kot, aku duduk di tingkat ketiga. 


Merbabu Hotel
Sastrokusuman Street, Malioboro
Standard Double Fan Room with Attached Bathroom : Rp130.000/day



So this is the room. Okeyla kan. Tumpang tido je pun. Very basic accomodation. Ada pintu beranda tapi tak bukak pun sebab dah malam kan. 




Lepastu aku keluar makan dekat Malioboro Street. Tempat ni meriah waktu malam. Takde lah rasa takut ke ape. Dalam dok berfikir nak makan apa, kat mana, mata aku terlekat pada warung-warung makan yang berlambak dekat tepi jalan tu. Aku bereh je nak makan tepi jalan. Nampak ok bersih, layan jew. Warung ni dipanggil Lesehan. Dia macam gerai makan biasa, tapi kita duduk bersila (ke bersimpuh suka hati kau lah) atas lantai. Meja dia rendah, dan lantai berlapik dengan tikar yang kita selalu bawak pegi pantai tu. Haha. Dan semestinya... menu Indonesia asli! Semua tajuk makanan pelik pelik Bebek lah  Gudeg lah. 




Last last aku order Nasi Putih dengan Ikan Nila. Aku syak ikan merah goreng kot. Entah. Tak reti jenis jenis ikan neh. Aku nampak orang dekat meja belakang makan macam sedap je, aku bagitau dekat pakcik waiter tu, nak makan macamtu. Haha pun boleh. Ada sambal belacan sikit. Tapi nasi dia kering ar. Takde kuah. Makan kering kering gitu je. Yang aku makan tu, campur dengan air Teh Botol berharga Rp35.000 dalam err RM10 kot. Boleh tahan jugak rege dia walaupun tepi jalan je pon. Hahaha. Ok lah. Ikan tu boleh tahan besar jugak saiz dia. 



Baru nak start makan ada satu geng pancaragam datang. Sorang dengan gitar menyanyi , sorang dengan tong dram besar , sorang dengan violin gesek gesek dekat tengkuk, sorang dengan biola. Aku start makan diorang start buat persembahan. Pehhh. Tepi tepi jalan macamtu pun boleh. Awkward takpayah cakap lah . Tapi persembahan diorang memang superb. Boleh dibagi standing ovation. Kenapala tak pegi try Indonesian Got Talent ke Akademi Fantasia ke. Dah kau datang menyanyi depan aku kau dapat apeee?! 



Diorang ni semua dipanggil Pengamen . Ada yang geng ada yang sendiri sendiri . Dah siap buat persembahan... "Permisi... Permisi..." Haaa diorang akan mintak ongkos. Kau ingat ini show percumaaaa? Ceh. Pakcik depan aku (Indon jugak), dia makan sekeluarga dengan anak2, aku nampak dia hulur duit kertas. Tak tahu berapa. Member sebelah aku pun hulur syiling , aku nye buat tak tahu je hahaha. Aku rasa kalau kita buat donno diorang pun takkan nak paksa kan? Sebagaimana kita tidak memaksa mereka membuat persembahan. Sebegitu jugaklah mereka takleh paksa kita bagi duit. Tapi macamtu la cara diorang cari makan. Pengamen ni bukan sorang dua orang tapi ramai. Lepas sorang , nanti datang lain pulak buat persembahan. Kalau aku kayaaa... boleh bagi semuaaa. Tapi kalau aku miskin? Haaa pandai pandai ler buat muka kering depan pengamen tu sume. 



On da way balik , singgah Tour Agent dekat lorong Hotel Merbabu tu jugak. Betul betul bertentangan dengan Hotel Merbabu. Aku book tour Borobudur & Prambanan Temple. Harga dia  Rp80.000. Nampak macam murah tapi Awas! Harga ni tak termasuk dengan tiket masuk benda benda alah tu semua. Harga ni cover pengangkutan (van), petrol, parking, dengan driver sahaja. Boleh pilih sendiri nak Sunrise tour ke, Sunset tour ke macam mana. Harga lain-lain. Bergantung pada pilihan masing masing lah ye.



Akhirnya balik hostel & rehat. Esok kena bangun awal pagi. Pukul 5.00 pakcik sopir akan datang jemput. Selesai hari pertama di Jawa.




22 October 2013

Berkenalan dengan Kuching



Minggu lepas , aku telah mem plan dengan Kakza untuk berjumpa dan meneroka bandaraya Kuching secara kecil - kecilan dek kerana tak balik berhari raya korban di Kelantan. Aku bertolak dari Kabong jam 7 pagi dengan van sapu ; singgah dekat Balai Ringin untuk ambik Kakza dan sampai di Kuching dekat dekat 1 petang. Jauh mek. Tapi tak terasa jauhnye sebab aku duduk seat belakang sorang-sorang sambil melayan pemandangan. Aku kalau tengok pemandangan hijau mesti jadi khayal macam orang ambil dadah. Sebab I loveee nature! Hihi. 


Aku dah book hostel yang amat simple siap-siap through Asiarooms , punya lah bersungguh pakcik van tu round sampai 2-3 kali tapi tak jumpa jugak hostel nye. Last last kitorang decide untuk jalan dan cari sendiri je. Siap dengan map Kuching aku pegi print out dari Google Maps, kah kah lawak tak. Lepas berpusing pusing macam gasing dekat Jalan Abell tu baru lah jumpa hostel. Patutla payah jumpe , dia punya sign board kecikkk je. Hamsap betui. 



Premium Stay Hostel

 Boooked through Asiarooms website : RM60/night.
Dekat dengan tugu kucing, Tun Jugah mall, Plaza Borneo. Air conditioned, private bathroom, bilik sangat simple ada katil & meja solek je. Padan dengan harga murah nye, takkan tibe tiba ada swimming pool dalam bilik pulak kan. Mula2 ingat nak book Tune Hotel , harga lebih kurang je tapi takde wifi , takde aircond (kena add on) so ambik sini je ada wifi laju & aircond skali. 



Lepas berkemas kan diri, kitorang keluar daripada sangkar dan berjalan ke waterfront . On da way berhenti sat (eh apesal ter cakap Utagha ne?) dekat tugu kucing yang famous ittew untuk ambik gambar dengan gaya yang biase- biase sahaja. Harhar.




Ikutkan hati nak je panjat duduk sebelah kucing tu tapi tugu ni dekat roundabout tepi jalan okey , jadi kenalah bersopan santun dan menjaga perilaku. Kalau datang Kuching wajib ambik gambar dekat sini , kalau tidak tak aci, taun depan kau kena datang balik.




Sampai dekat Waterfront , kami decide untuk naik perahu ke seberang , tambang singgit je but no life jacket. Seram tak ? Ha bagi yang pandai berenang masa ni la nak menunjukkan taring, takyah naik perahu kau kuak kupu kupu je terus, sekejap dah sampe seberang sana. 



And we are freakin close to the water ! OMG. Level punggung sama dengan level air , yang menjadi pegantara hanya pelapik kayu tersebut wuwu. Untuk keselamatan , baca doa naik kenderaan siap siap okey. Nasib baik aku masih ingat doa tersebut. 



Punca kitorang naik perahu ialah , untuk pegi Mira Cakehouse. Kedai jual kek Sarawak yang paling popular. Harga pun murah RM10 je satu loaf , sedap rasa dia. This is kek Sarawak asli! Haritu aku beli dekat mana entah , rasa dia tak se kick dekat Mira Cake house ni. Tak beli banyak pun. Banyak amik tester je kahkah. Lepastu kitorang makan dekat foodcourt depan tu , banyak pilihan menu dan harga pun ok. Tibe-tibe hujan lebat , terus terperangkap tak boleh kembali ke seberang sana. Lepak dulu. 



Air Neslo tabur Milo dengan Horlick. Banyak jenis air yang menarik menarik dekat sini. 


Bila hujan dah kembali reda , kitorang naik bot balik. Jalan jalan sepanjang waterfront. Agak ramai orang , kebanyakan nye budak budak baru nak up yang berjalan dalam kumpulan besar. Pelancong asing pun ramai. 



Inilah waterfront nye, cun nak amik gambar. Banyak jual-jual tapi petang dia tutup. Malam baru bukak. Sekarang ni hujan lagi , renyai renyai.




Dengan plastik kek lapis nye skali masuk bergambar. Lantak ler. 


Kitorang berjalan lagi hingga ke Plaza Merdeka. Dekat area sini ada pameran Sarawak. Usha sekejap, baru masuk mall. Round atas bawah , dinner dekat Piza lepastu berjalan balik ke hostel. 2 kilometer ade kot jarak dia. Jauh dol. Dia punya penat berjalan tu , sampai kitorang yang dah dinner rasa lapar balik, terpaksa singgah tapau Mekdi. Baru balik ke hostel. Harhar~


Keesokannya , aku dan Kakza menjadi malas untuk keluar bersiap tanpa diketahui kenapa, tapi kitorang check out jugak pada jam 10 pagi. Sebab malas nak berjalan kitorang naik bot dekat depan mall tu terus ke waterfront dekat Plaza Merdeka dengan harga 2 ringgit. Sampai je terus ambik gambar kawasan sekitar.





Ini fort ape dah , aku lupe. Tapi kedudukannya dekat waterfront tu je. 



Masa ni dah check out jadi terpaksa kitorang mengusung beg dekat belakang , berat nya ya ampun rasa macam kuli angkat simen. 



Lepastu kitorang ke Indian Street selling clothes, tudungs, fabrics. Ala ala Jalan Masjid India, Kuching style. Lepas lunch hantar Kakza ke stesen bas. Kakza nak balik Serian dah. Wuwuwu sedihnya meninggalkan Kakza. Aku malas nak balik Kabong lagi, aku belum habis round Kuching. So yeah I'm on my own now.



Lepas say bye bye kepada Kakza aku pergi cari hostel yang aku dah book melalui Asiarooms for only 20 ringgit! Mind my inner backpacker's spirit. Cheapskate sangat kan. It was Backpacker's Stay, a small hostel situated along the Carpenter Street. Dekat sangat dengan Plaza Merdeka. Dia punya landmark ialah pintu gerbang Chinatown , masuk dalam tu jalan sikit akan jumpa hostel ni. 



Backpacker's Stay : Female Dorm
RM20/bed/night (booked through Asiarooms.com)

Aku duduk di 6 bed female dorm. Masa aku sampai , kosong takde orang langsung. I picked the upper bed, kalau orang jahat datang sempat lah terajang mereka dulu. Bilik dia bersih, tak berbau, aircond fully function, wifi pun laju. Kekurangan dia ialah, plug ada satu je dalam bilik dan waktu malam bising sikit dengar cina menyanyi lagu klasik dekat kedai makan sebelah. Yang paling tak tahan nye, toilet/bilik air is on sharing basis. Dorm lelaki, dorm perempuan semua pakai toilet/bilik air tu. Haa. Yang nasib baik nye time aku datang tu macam takde orang lain je, kalau ada pun mungkin tak kebetulan ngan time aku pegi toilet kot.


Di sebelah petangnya aku terpikir apakah aktiviti yang aku nak buat seorang diri. Housemate aku pernah suggest pegi Spring Mall. Alang alang takde ape nak buat. Aku naik public bas daripada Waterfront dengan tambang singgit setengah je, dalam 15 minit dah sampai Spring Mall. Besar jugakla. Dia punya deco ala-ala Alamanda dekat Putrajaya. Semua branded punya outlet. Aku round check kawasan je. Tak tahu nak beli ape. Haha. Lepastu menketedarah dekat Pizza lagi, dalam pukul enam aku keluar nak balik. Time tu hujan lebat, kilat sabung menyabung langit pulak gelap macam cite Harry Potter. Lalu aku ambik cab terus ke hostel, malas nak tunggu bas dah. Kena lipat dengan drebar teksi tu RM16. Malam tu tido awal (dengan iringan muzikal klasik Cina -_-" daripada kedai makan sebelah hostel). Mesti gain tenaga balik untuk esok!



Sebelah pagi nya sebelum check out , aku keluar berjalan menikmati ketenangan udara pagi (ceh ayat poyo gilaaa) ke muzium yang terletak sebelah Hotel Merdeka Palace. Sebelum sampai muzium kena merentas padang Merdeka dulu, dekat situ ada pokok besar yang sangat sangat cantik. Syoknya kalau boleh ambik gambar guling guling dekat situ. Malangnya Kakza dan dslr nye dah balik. Waaaa. 



Dekat sini dia macam kompleks muzium, ada 3 muzium berbeza, aku masuk 2 je sebab the other one is under construction. First muzium yang aku masuk, Muzium Kebudayaan Sarawak kot. Dalam tu ada banyak benda , replika binatang, tulang buaya yang besar-besar tu, alat-alatan yang digunakan etnik etnik di sarawak, replika bahagian dalam rumah Iban dan macam macam lagi. Sangat best ok! Aku part membaca-membaca tu aku malas, aku suka tengok tengok gambar je. Hihi. 



Kalau pergi mana-mana aku suka masuk muzium sebab kita boleh tengok ape-ape bende dalam tu dengan senyap dan takde orang nak kacau kita. Jadi kalau pergi muzium janganla buat bising ok, senyap senyap sudahla.



This is the best part. Ada satu bahagian , dipamerkan topeng - topeng etnik Sarawak yang digunakan semasa perayaan/upacara tertentu. Unik sangattt. One of them even looks like the mask from the movie The Mask. Korang ingat lagi tak? Yang Jim Carrey belakon tu. Bila dia pakai muka dia jadi hijau. Patung kayu berukir pun ade banyak macam macam jenis dan rupa. 




Lepastu aku masuk Art Museum, the best thing is the entrance is free of charge! Dalam ni pun banyak benda benda yang menarik, time ni ada exhibition daripada art student UITM.


Lepas puas mencuci mata dan ambik angin ekon dalam muzium, aku balik ke hostel, ambik backpack dan balik ke Kabong. Amboi senang nya. Takdelah. Tunggu van datang ambik lepastu balik lerr. Esoknye kan Hari Raya Aidiladha. Banyak lagi tempat belum jelajah dekat Kuching ni. Muzium Kucing belum, trekking dekat Bako belum (nak! nak!), Sunday Market Kuching belum, Crocodile Farm belum, Serikin belum, takpe takpe. Banyak masa lagi. Aku kan nak duduk Sarawak 5 tahun. Harharhar (nanges!)

Ok lah bye bye. 




Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE