07 December 2014

Vietnam Pre Departure


2 minggu lepas , aku telah ber backpacking ke Vietnam selama 8 hari bermula dari north ke central dan berakhir di south Vietnam. Kali ni aku pergi bersendirian lagi, dan ini merupakan trip bersendirian paling lama aku pergi setakat ni. 

KL - Hanoi - Halong - Hue - Da Nang - Hoi An - Ho Chi Minh - KL

Perancangan bermula pada bulan Februari 2014 apabila Airasia mengadakan sale dan aku ternampak tiket murah ke Vietnam. Aku berpikir, Vietnam macam menarik sebab ada banyak UNESCO site dan aku terperasan Reunification Express Route (iaitu laluan keretapi yang menghubungkan bahagian utara dengan selatan Vietnam); dahla aku ni peminat tegar keretapi. Kalau buat trip trans Vietnam dari utara ke selatan dengan keretapi pun cun jugak. Hehehehe OK set! Lepas merangka itinerary ringkas bandar-bandar yang akan aku lawati, aku pun beli tiket KL - Hanoi , Ho Chi Minh - KL dengan harga RM252 sahaja (return). Masa berlalu dan dek kesibukan kerja sehari hari, aku pun dah terlupa dengan tiket yang aku beli tu.


......Sehinggalah apabila aku balik Kelantan masa cuti sekolah baru baru ni. Betul-betul seminggu sebelum berangkat ke Hanoi. Seminggu tu memang tu aku tak cukup tidur, hari hari tidur lambat sebab mengadap laptop kumpul maklumat. Masa tu lah baru aku tengok balik itinerary yang aku buat dulu. Masa tu jugaklah baru aku nak pahamkan balik route perjalanan, pahamkan map, nak compare & book hostel, google harga entrance, harga tiket bas, tiket keretapi, timing keretapi, beli travel insurance dan sebagainya. Bila travel secara sendirian, dia punya preparation mesti lebih daripada travel berdua atau berkumpulan, sebab its just going to be youAku tak mahu sesat atau kena tipu di tempat orang. Apa-apa yang berlaku dekat sana, aku yang kena tanggung sorang-sorang jadi perancangan mesti hebat dan ber ketebabow. 



Biskut, sedikit ubat-ubat basic dan makanan dalam tin sebagai bekalan untuk kehidupan.


Merancang punya merancang sampai aku kena migrain teruk malam sebelum bertolak nye. Flight aku dari KB ke KLIA2. Family aku hantar ke airport KB, masa dalam kereta tu ya Allah berdenyut gile kepala ni rasa nak cancel je takmau pegi mana mana, rasa nak duduk berguling dekat rumah tido je. Tapi... takkan la nak menyerah kalah awal pulak? Buat malu ke family aku je. Aiii aritu beriya nak pergi Vietnam sorang seorang, konon berani sangat, tiba tiba sakit kepala sikit dah nak mengadu manja manja? Eyyy no no. Jadi aku pendamkan je sakit migrain aku tu dalam hati. Mengadu sakit karang tak boleh pegi pulak kang... haha gigih nye nak backpacking apebende la! 


Sebelum pegi airport kitorang singgah Satay Malaysia somewhere dekat Pengkalan Chepa. Masa tu aku memang dah start loya teruk tak dapat nak masuk ape pun. Muntah sampai 2 kali dekat toilet, nasib baik lepastu tak loya dah, migrain pun tahan sikit. Sampai di airport KB jam 9.15 malam, dan bestfriend aku pun ada sekali untuk mengucapkan bye bye. 




Flight dari KB berlepas jam 10 malam dan mendarat di KLIA2 jam 11.15 malam, orang pun dah tak berapa nak ramai. Aku ronda ronda sekejap pergi lepak makan froyo (perut kosong sebab tadi tak makan apa apa) dan kemudian cari port tidur dekat Level 2. Agak agak macam OK, aku bukak sleeping bag dan masuk bergulung dalam tu. Bolehlah layan. Besoknye flight ke Hanoi jam 6.15 pagi. Kumpul tenaga untuk hari esok. Selamat malam ;)



02 August 2014

Wanita Sejati



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Agak lama aku tidak menaip di sini. Aku pikir kerana aku terlalu sibuk dengan urusan kerja, sibuk bermalas-malasan bermain Wechat... lalu aktiviti menaip di blog (yang dulunya hobi) tiba tiba menjadi pekerjaan yang membosankan bagi aku. Buktinya aku sekarang menaip menggunakan bahasa baku, tidak lagi bahasa pasar seperti dahulu. 


Sebelum membebel dengan lebih panjang , aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengenali diri ini. Ok. Pergi kepada topik yang ingin dibincangkan. 



Malam tadi , telah berlangsungnya majlis akad nikah sepupu aku tapi bukan itu yang aku nak ketengahkan di sini. Aku nak cakap pasal bendalain. Masa orang-orang wanita sedang merewang dekat dapur tu, aku telah terperasan satu bende... iaitu cer engkorang teka. Bende nye ialah... semua makcik makcik tuh pakai emas! Mak-mak sedara aku, mak aku sendiri, makcik yang tua dan muda, miskin dan kaya bahkan nenek nenek tua pon memakai barang kemas pada diri mereka samada dalam bentuk rantai, gelang ataupun cincin tapi kebanyakannya gelang lah ada yang nipis halus ada gelang yang tebal-tebal tapi aku. Tidak ada sebarang emas pon di badan ku! Sob sob sob membuatkan aku terpikir , am I less-woman (kurang kewanitaan) by not wearing any gold? Kah kah menyedihkan betul.



Dekat sekolah pun sama kekdah nya. Aku duk perati semua cikgu perempuan baik yang muda mahupun yang tua mesti pakai perhiasan emas bling bling dekat badan mereka. Aku soranggg je yang takde. Dulu aku bukan nak perasan pon orang pakai barang kemas banyak mana, tebal mana... Tapi suatu hari yang barakah seorang rakan sekerja yang senior telah menasihatkan (er nasihat ke bagi cadangan) supaya aku beli seutas gelang emas yang nipis sebagai tanda kenang-kenangan bekerja. And I was like... duh malassss. Semenjak dari itu aku selalu memerhatikan betapa cikgu cikgu wanita di sekolah dan wanita-wanita (real woman) di sekeliling aku memakai gelang emas, tetapi aku tidak pun. 



Bagaimanapun itu tidak menjadikan aku semakin teringin untuk memiliki perhiasan emas. Sebaliknya menjadikan aku lebih mengenali diriku yang amat berharga ini. I know what I need... for now. I want to collect memories now, not things.  If I have (let say, ) $2000 I'd rather use that money to travel to someplace I've never been to. Somewhere I can see and feel and explore new things, somewhere I can wander around. Daripada beli barang kemas masa aku umur 24 tahun sekarang; aku akan pilih untuk guna sedikit duit yang aku earned untuk meneroka tempat baru, untuk backpacking. Pendapat aku lah, barang kemas umur 35, 40, 45 nanti pun boleh beli kan. Eleh. Pegi kedai, beli, setel. Tapi... pengalaman nak lihat tempat orang, tempat yang kita tak pernah terpikir, tempat yang kita hanya lihat dalam gambar dan Nat Geo, tempat yang akan beri pengalaman dan akan buat kita berkata Wow, ialah semasa kita muda dan sihat sekaranglah. I mean bila umur meningkat sikit, katakan bila aku dah bekeluarga ada anak esok esok (LOLOL) mesti nak fokus pada keluarga, fokus pada tumbesaran anak anak. Travelling won't be the same as when you're single and young and fit right? Jadi masa aku masih single and young and fit ni lah aku nak gunakan that little money I have to travel and see the world! Gold can wait. Entah. Kalau gold tu taknak tunggu pun takpe sebab aku tak minat pon nak pakai emas emas kejadah tu semua. 




...see the world lepastu menari nari dekat tempat tinggalan sejarah tanpa mem pedulikan orang ramai. 



But! Itu tidak membuatkan aku against atau opposed women yang memakai gold jewelleries (my mom my aunties and my friends wear gold jewelleries), I mean anda semua awesomeee sebab emas ialah pelaburan dan wanita yang pandai melabur adalah wanita bijak genius. Tapi awas, aku tak pandai melabur emas bukan bermaksud aku tak genius okay, aku pun melabur jugak tapi dalam bentuk memories melihat tempat orang maka aku pun wanita bijak jugaklah kan? kah kah gila berbelit bercakap tak lawak pun k bye. Serius wey sekali lagi... what I mean is, setiap wanita adalah berharga and deserve to be treated (and treat themselves) for whatever they love, may it be gold jewelleries, nice clothes, good food, or whatever it is and I respect that. Treat yourself nicely, respect your choice and others as well. 

Because why? Because you're worth it... because we are... (drum rolls) Wanita Sejatiiii 

heh heh heh gilo. 



Wanita Sejati kena rajin membasuh pinggan semasa kenduri kendara di kampung okey? sehingga bertemu lagi dalam entri raya tahun depan episod wanita abadi ke ape ke aku malas nye nak blogging sekarang bye






Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE