07 February 2015

Trans Borneo 2 Miri - Brunei



Sambungan dari:



Day 2, Tuesday 16 September 2014
Miri - Brunei


Yahuuu dah sampai di stesen bas Miri selepas perjalanan yang sangat panjang...


Humble je stesen bas dia. Turun daripada bas, aku menjadi terpinga pinga. Azan Subuh kedengaran sayup sayup tapi dekat situ tak ada surau. Aku nampak tempat duduk tidak berbumbung di depan kedai menjual jajan yang terletak jauh sikit daripada tempat bas berhenti. So aku jalan kaki ke sana. Malas nak serabut dengan orang.


Tiba tiba... lelaki India Mumbai 2 orang yang duduk depan aku dalam bas tu , kalau korang masih ingat cerita aku dalam entri lepas... tiba tiba diorang datang dan duduk bertentangan dengan aku. Ai menyibuk betui. Lelaki pertama tanya macam macam soalan yang menguji minda dan kesabaran. Lepastu dia minta Facebook (amboi) tapi aku kata tak ada. Tup tup sekejap lepastu aku pegi scroll timeline FB depan dia hahaha OPPS!




Mereka datang tanpa diundang dari arah sana.... 


 Tak lama lepastu member aku datang ambik. Member aku ni Cikgu Kabong jugak, dia memang asal daripada Miri. Kitorang pegi makan dekat sebuah restoran, borak borak dan dalam pukul 7.30 pagi member aku hantar aku balik ke stesen bas. Aku akan teruskan perjalanan ke Brunei pulak. 

Miri sekadar persinggahan... mungkin lain kali kalau panjang umur boleh menerokainya.




Pukul 7.30 pagi di Stesen Bas Miri.


Oh ye, Hari ni 16 September. Selamat Hari Malaysia!!!




Kaunter tiket bas ada banyak, tapi yang menjual tiket direct dari Miri ke Bandar Seri Begawan cuma ada satu, iaitu kaunter bas Bintang Jaya yang terletak paling hujung di sebelah kanan.

Tapi ingat, kita bukan naik bas Bintang Jaya, mereka cuma agen jual tiket je. Bas yang kita akan naik ialah PHLS Express. Tambang RM50 dan kerani di kaunter akan mintak passport sebelum tiket dikeluarkan. 




PHLS Express 
Miri - Bandar Seri Begawan , RM50


Kekerapan bas dari Miri ke Brunei cuma 2 kali sehari iaitu,
pukul 8.15 pagi dan 3.30 petang

Jadi aku beli tiket pukul 8.15 pagi . Bas dia ON TIME. 
Jangan ter miss bas sudahla.

Sebelum naik bas aku ternampak lelaki lelaki India Mumbai tadi masih duduk di tempat yang sama. Tak tahu diorang tunggu sape. Dan mereka ternampak aku naik bas...




Begini lah keadaan dalam bas. Aku duduk di belakang supaya senang hendak selfie har har. Sebenarnya bas tak penuh pun.


Tiba-tiba perkara yang sangat menyayat hati telah berlaku, salah seorang daripada India tu rupa rupanya datang dekat bas bila dia ternampak aku tadi. Dia berdiri dekat bawah sambil lambai lambai ke aku dalam bas. Terharu sungguh hahahaha. 

Sejak bila kita jadi bestfriend ni? Belum declare bestfriend lagi masalahnya ni. Boleh jadi aku sahabat pertama yang mereka kenali sahaya tiba di Malaysia. Dahtu pulak aku melayan mereka dengan teruk sekali... nak add Facebook tak kasi, tanya soalan jawab acuh tak acuh, bila diorang datang duduk dekat aku tarik muka patbelas...... Berdosakah aku? huhuhuhu (kesat air mata).


Whatever.

NEXTTTT!




Penumpang akan diberi Arrival Card oleh konduktor bas untuk diisi. 


Mula mula bas berhenti di Sg Tujuh Checkpoint untuk check dan cop passport keluar daripada Malaysia. Tak lama lepas tu sampai di Kuala Belait Checkpoint untuk check dan cop passport masuk ke negara Brunei. Masa menjejakkan kaki ke dalam bangunan imigresen ni. Aku terhidu bau minyak atar yang sangat kuat lalu diri ini terasa seperti hendak menari tarian padang pasir.....




Beratur dia punya panjang macam nak ambik duit BRIM.




Seterusnya ialah pemeriksaan beg dan untuk perhatian, pemeriksaan adalah secara manual. Ya, manual. Maksudnya pegawai imigresen akan bukak dan selongkar beg kita depan depan tu jugak. Nasib baik aku sorokkan benda benda pelik yang aku bawa di bahagian yang lebih tersembunyi kalau tidak... ermm.




Akhirnya sampai juga ke Brunei. Excited aku nak tahu apa yang menarik dekat Brunei ni ya? Brunei kan negara pertama di dunia yang melaksanakan undang-undang Islam. Lebih menarik, tulisan jawi masih diguna pakai di sini. Semua signboard pejabat kerajaan, swasta dan bangunan kedai mempunyai traslation dalam tulisan jawi. So cute. 


Pukul 12 tengah hari, bas berhenti di tengah tengah Bandar Seri Begawan (dekat waterfront). Cuaca sangatlah panas. Malam ni aku akan stay dekat Pusat Belia. Pusat Belia ni kiranya tempat penginapan paling murah yang ada di Bandar Seri Begawan, iaitu $10 sahaja. Dia macam asrama dan di bawah seliaan kerajaan.


Aku berjalan lebih kurang 15 minit dari tempat aku turun bas tadi ke Pusat Belia. Sebenarnya bas tadi dah lalu dekat Pusat Belia, so aku takde masalah nak mencari balik bangunan dia. Tapi masa berjalan tu malu gila. Aku sorang je kot jalan kaki tepi kaki lima, dahla bawak backpack besar tengah tengah panas macamtuh. Traffic light nye pulak banyak, bila lampu merah kereta semua berhenti lepastu driver driver dalam kereta mewah tu semua macam pandang keji je... ape bende kah yang sedang bergerak dengan beg besar itu??? hahahaha




Bangunan Pusat Belia yang besar dan mudah dilihat. Kaki lima di sebelah kanan. 


Akhirnya aku sampai dekat Pusat Belia. Masuk dalam cari kaunter. Buat muka paling manis.

Assalamualaikum. Saya nak tanya, boleh tempah dorm lagi kah? 

Oh bahagian asrama bukan dekat sini. Pergi sebelah sana ya?

OK. 

Assalamualaikum. Boleh tempah dorm lagi? Untuk satu malam. 

Oh. Maaf. Minggu ni hingga minggu depan kita tutup asrama untuk pelawat luar. Asrama ada pakai untuk peserta program. 

HAH??? NO!!!!!!

Alamak.  Aku takde backup hotel lain langsung. Memang bajet nak stay dekat Pusat Belia je. Skali Dorm di reserved untuk peserta program pulakdah. Nak stay hotel takde duit. Mahal kot! Dahla aku belum tukar duit Brunei. OMG.


Takkan nak terus ke Labuan hari ni ? Eh. Tak boleh. Takkan takmau explore Brunei. Alang alang dah sampai. Rugi. Lagipun daripada semalam naik bas bontot dah kejung seperti batu bata, takkan nak sambung travel lagi? Baju taknak tukar? Taknak mandi? Taknak tidur elok, selesa, rehat sikit? Takboleh. Nanti sakit, susah. Macam mana pun, kena stay di Brunei jugak malam ni. 


Nak google cari hotel tak dapat sebab line Celcom aku dah disabled. Automatik jadi line telco Brunei, memang data plan disabled terus. Ah sudah. Tapi takpe, jangan panik dulu, kekalkan pedoman diri. Aku jalan kaki balik semula ke tempat aku turun bas tadi, dekat Kianggeh Market. Dekat situ aku ternampak satu resthouse yang macam murah. K.H. SOON Budget Stay. Lokasi dia depan The Brunei Hotel, tingkat atas. So aku naik dan tanya dekat kaunter. Ada bilik kosong tak? Alhamdulillah ada, tapi the cheapest room was $35 waaaa mahalnyaaa! Itu pun bilik air dekat luar and NO WIFI. Adui.


Life is not fair huhuhu tapi aku terpaksa ambik, karang takde tempat tidur pulak. Huhuhuhu




Aku tukar duit di sebuah money changer. Money changer ni letaknya di bangunan yang bertentangan dengan KHS tu. Cer teka dapat berapa dollar??? $78.40 dollar Brunei je wey! Aaaaaaa menangis lagi sekali...


Dengan duit tersebut aku bayar harga bilik $35 dan beli air botol oren $1.20. Air oren tu best, yang aku minum dekat Indon dulu. Dekat Malaysia belum ada jual lagi. Lepastu bila kira-kira, duit dollar aku tinggal $42.20 je. Bolehkah aku survive di Brunei sehingga hari esok berbekalkan duit sebanyak ini? Semoga aku tidak mati kebuluran.....




Inilah biliknya. Ada dua katil single, meja buruk, rak buruk dan aircond. Oldschool sangat bilik hostel ni. Layan jela. Aku berehat mandi sekejap, lepas Zohor nanti aku keluar mencari benda yang menarik di Bandar Seri Begawan ni.

...bersambung


01 February 2015

Trans Borneo 1 Kabong - Sarikei - Sibu - Miri



Pada September tahun lepas, aku telah terpikir untuk pergi backpacking secara sendirian merentas Borneo bermula daripada tempat tinggal aku di Kabong, Sarawak sehingga berakhir di Kota Kinabalu, Sabah menggunakan pelbagai jenis jalan dan mod pengangkutan.



Kabong - Sibu - Miri - Bandar Seri Begawan - Labuan 
- Menumbok/Sipitang - Beaufort - Kota Kinabalu



Yang sebenarnya route ini aku dah rancang (dan idam idamkan) semenjak minggu pertama aku kena hantar posting di Sarawak, Julai 2013. Kah kah kah over nya perangai. Tapi tak tahu bila dapat pergi. Tiba tiba masa cuti hari tu rasa macam peluang baikkk je so aku pun pergi lah dengan persiapan yang tak berapa nak rapi dan ala kadar sahaja.



Day 1, Monday 15 September 2014
Kabong - Sarikei - Sibu - Miri




Aku bertolak daripada pasar Kabong dengan menaiki bas yang di dalamnya cuma ada beberapa penumpang. Semasa di dalam bas aku terpikir beberapa kali.. apebende yang aku sedang buat ni... apebende yang aku sedang buat ni... haha 



1) Bas Kabong - Sarikei
3.30pm - 5.00pm/RM11.20




Sampai di Stesen Bas Sarikei, baru aku perasan bahawa aku terlupa nak bawak pisau dalam poket! (Haaaa pisau?!!) Dari dulu lagi kalau aku berjalan sorang memang aku bawak pisau (untuk keselamatan hehehe) tapi entah macam mana boleh terlupa bajet diri ini Jackie Chan boleh kungfu musuh kot. Tapi aku cepat sedar diri bahawa aku bukan Jackie Chan, terus pergi kedai runcit untuk cari stationery knife yang harga singgit tu letak dalam poket seluar (tapi kena hati hati supaya tidak tertikam diri sendiri). Mana tahu ada penjenayah ke, penjahat ke, kena culik ke, maka boleh lepaskan diri menggunakan pisau yang tersembunyi di dalam poket seperti yang kita biasa tonton di dalam filem aksi di tv. 






2) Bas 8B Sarikei - Sibu
6.15pm - 8.00pm/RM10.00


Bila dah beli pisau dan topup Celcom sepuluh ringgit. Tak payah tunggu lama, aku naik bas 8B trip terakhir ke Sibu. 




Sebelum naik bas ni terserempak pulak dengan seorang cikgu SMK Kabong. Dia tanya aku buat apa dekat stesen bas petang petang macamtu . Kantoi. Aku punyela takmau terserempak dengan sape sape, buat malu je dengan beg beg siap hoi macam remaja yang nak lari dari rumah. Aku cakap nak pegi ke Sibu je. Betul la kan? 




Sampai di Sibu pukul 8 malam, tapi bas berhenti di tengah tengah bandar ye, bukan di Terminal Bas Ekspres Sibu. Dari sini kena naik teksi dalam 10 minit dengan tambang RM15. Sebenarnya aku macam paranoid nak naik teksi because why? well... bila travel bersendirian its just me and the driver. Anything could happen. Kena korek bijik mata ke, kena jual organ ke huhuhu serammm tapi nak seram seram telebih tak ke mana pulak so just depends your instinct jelah. Kalau agak-agak rasa selamat, naik je lah. 



3) Teksi Bandar Sibu - Terminal Bas Ekspres Sibu/RM15



Akhirnya sampai dekat Stesen Bas Sibu dan bila tapak kaki keluar dari teksi menjejak tanah terasa seperti hendak terus menari nari macam dalam filem muzikal. I mean, this is it. This is the beginning! Beginning kepada perjalanan yang sangat panjang... Terus pergi ke kaunter Bus Asia dan beli tiket Sibu - Miri dengan harga RM40 dan sementara menunggu bas , selesaikan dulu apa yang wajib diselesaikan... (dan membeli jajan juga)




Tunggu punya tunggu (dengan muka kerek tak senyum makan chewing gum taknak bagi sape sape masuk dekat) akhirnya Bus Asia ke Miri pun sampai. Aku naik dengan gembiranya. Seat double tapi sebelah aku takde orang. Memang bas tak penuh pun. 



4) Bas Ekspress Sibu - Miri
10.00pm - 5.30am/RM40




Belakang aku ialah pakcik pakcik dari Semenanjung entah la nak buat apa dekat Miri. Depan aku pulak ada dua orang mamat dari tanah besar India yang nak pergi bekerja dekat Miri. Cakap pasal India ni diorang memang terlebih friendly pulak mula mula tanya satu soalan, lepastu dua, lepastu tiga, lepastu empat lepastu aku dah serabut dah. Maksud aku, aku takpaham apebende yang dia tanya sebab dia bajet bajet nak cakap Melayu tapi ayat berterabur entah dengan sape dia belajar. Last last aku buat taktahu macam tu sahaja. 



Sepanjang perjalanan yang panjang... aku tak dapat tido sebab bas terhuyung hayang ke kiri dan ke kanan seperti sedang belly dancing, dahla seat aku tak boleh nak adjust. Tegak 90 darjah ok. Nasib baik aku tak mual ke muntah ke ape. Dalam perjalanan tu aku banyak berfikir secara ilmiah dan kritis (thoughtful moment with myself) tentang banyak benda. I am alone. I am going to the place where I know nobody, I have to take care of myself because there's nobody to take care of mine now. Anything could happen I can't afford to lose anything or did any mistake. I must be brave and independent. Be very independent. (silang kaki, hisap cerut).



Elok elok tengah berfikir secara ilmiah, bas berhenti dekat sebuah R&R di Selangau dan aku dikejutkan lagi dengan soalan kacau daun dari orang depan. Dia tanya, is this Bintulu??? Bintulu apebende nye oi... ini restoran laaa. Baru sejam setengah bergerak takkan dah sampai Bintulu kot. Tapi aku iye kan jelah. Yes this is Bintuluuuu. Welcome to Bintuluuuu. Lantak pi dia lah, suatu hari nanti dia akan tahu jugak kebenarannya... Its okay. Perjalanan diteruskan lagi, bas singgah sekejap dekat Bintulu (Bintulu yang sebenar) jam 3 pagi dan kemudian sampai di Miri jam 5.30 pagi. 


(bersambung)


Total Expenses Day 1: 
RM72.60 + Pisau RM1 + Jajan RM5 = RM78.60




Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE