13 July 2011

Customer Bengong dekat McD


ada sorang auntie cine ni tau, umur dalam 60 camtu, tapi songeh boleh tahan. dia order Fillet O Fish set (skali ngan coke + fries). order dekat kaunter aku la. lepas 30-40 menet macamtu dia datang kaunter balik marah-marah, cakap Fillet dia tu takde cheese slice. so manager aku pun bagitaula dia, ok kitorang kasi Fillet baru untuk ganti dengan Fillet lama yang takde cheese tu. tapi bila mintak fillet yang lama, auntie tu cakap dia dah makan habis. pastu manager aku bagitau dia balik, takbleh tukar sebab yang lama dah makan. auntie tu pun satu hal, dah tau takde chesee cepat-cepat la gi tukar, yang dia pegi ngap jugak tu apesal??? 

so manager aku cuma boleh kasi cheese je sekeping, sebagai ganti balik cheese dia yang (kononnya) takde tu. pastu tetibe dia marah-marah. dia cakap nak duit dia balik. kalau tidak, dia buat komplen. ek eh, nak cover malu lettew sebab dah makan abes. hahaha. pastu saje nak tinggikan suara membebel depan kaunter yang tengah ramai-ramai orang. macam watde... ade ke patot? dah habis makan perut kenyang baru nak kecoh takde cheese, pastu mintak duit. ai lemak betul. nak makan free ke ape oi? sebab muka dia macam serius bebenau time tu, urat bijik mata semua terkeluar, so manager aku pun kasila balik duit dia, 100% full harga set fillet o fish yang dia beli. customers always right kannn. padahal coke, fries, dengan fillet semua dah abes dia makan. takpelah. aku harap walau di manapun dia berada, semoga dia bergembira selalu .



nilah dia Fillet O Fish. roti dia lembut sesangat. macam nak penyet-penyet je...


ps: elok la sangat kan. 2-3 minggu tak blogging. muncul je tibe-tibe, terus up entri mengumpat orang tua. bagus sangat-sangat.
-___-"



17 June 2011

McDonalds' Crew Picnic


hari Rabu lepas, aku telah join piknik crew McDonalds. Piknik diadakan dekat Pantai Tanjung Biru, Port Dickson. terharu gila weh diorang ajak aku skali, sebab aku baru keje sebulan. lepas taklimat tu diorang buat cabutan bertuah. nama aku first kena panggil dapat hadiah. haha. lepastu ada celebration untuk birthday boy & girl bulan Jun. sebab aku lahir bulan Jun aku pun kena panggil menyemak ke depan untuk potong kek...


nah, layankan gambar. sorry tak ikut urutan:



sambutan birthday




ni semua pekerja-pekerja yang baru keje sebulan. 





gambar takde motif. 





ni games. bawak belon sambil pakai topeng beruk. 





masa ni air surut. woh, panas gilaaaaaa. 





ade rupa bangla pembancuh simen tak aku punye stail?





tema baju McDonalds branch tempat aku keje warna merah, tapi aku takde baju cam diorang sebab baru keje. so pakai jelaaa mana-mana baju merah yang ade dalam stok. tsk, tsk, 





ni Alin, dia amik Korean Studies dekat UM. tiap-tiap tahun pegi Korea. bulan Julai ni nak pegi lagi. haaa jeles tak? jeles tak? 





gambar keluarga I




gambar keluarga II




ni antara manager aku, muda trang tang tang lagik. macam artis pun ade. hehehe





air yang jernih





takde orang pun dekat pantai ni. 





ni atifah, lagi muda daripada aku. lepasni dia nak fly ke mesir buat dentist. 





menatang apa aku taktau. batu karang kot? air tengah surut sebab tu boleh nampak. buruk benau rupanya. 





air surut. 





sini ada beruk...



kalau ikutkan aku malas nak upload gambar ni semua dalam blog, tapi sebab nak tunjuk kehidupan aku bekerja dekat mak yang berada di kampung so aku layan jelaaaa, ok bye. Terima Kasih McDonalds!





Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE