19 December 2014

Vietnam Day 5 Da Nang - Hoi An Yellow Bus Scam


Assalamualaikum...

Dah masuk hari ke lima aku di Vietnam. Hari ini aku akan meninggalkan bandar Da Nang dan akan ke Hoi An pula. 



Hoi An merupakan sebuah lagi UNESCO Heritage Site di Vietnam. Bandar ini dikatakan telah berusia 2000 tahun dan dahulunya merupakan bandar pelabuhan. Tarikannya adalah pada bangunan-bangunan lama yang di preserved oleh kerajaan. If you like the artsy Jonker Street in Melaka then Hoi An perfect place for you to explore, too. 




 Dekat Hoi An takde stesen keretapi ok, jadi daripada Da Nang kita boleh menggunakan bas, van atau teksi untuk ke Hoi An. Jaraknya cuma 30km. Maksudnya besok daripada Hoi An aku akan kembali ke Da Nang untuk ambik tren dan teruskan perjalanan ke Ho Chi Minh. 

Kaedah yang aku gunakan untuk ke Hoi An adalah menggunakan public bus.

Da Nang - Hoi An Public Bas #1 (Yellow Bus)

Daripada hostel aku berjalan kaki dalam 10 minit ke bus stop. Kedudukannya dekat simpang KFC yang aku pegi makan semalam. Baru aje duduk di bus stop (nak melepaskan penat berjalan) macam biasa muncullah jeng jeng jeng tak lain tak bukan pakcik moto and I was like Hureyhhhh!!! not.

Pakcik moto ini muncul dengan wajah manis ceria dan menyapa aku samada nak naik motonya tak ke Hoi An. Mula mula dia letak harga 200.000 dong lepastu aku macam tak layan, jadi dia kurang dan kurangkan lagi sampai 100.000 dong ($USD5). Katanya, dia akan singgah di Marble Mountain dan dia juga akan guna laluan tepi pantai, dan boleh berhenti jugak dekat pantai untuk ambikkan gambar aku. Dengan hanya 5 dollar sahaja itu adalah satu offer yang sangat WOW murahnye! Dan untuk makluman, public bas yang aku nak naik ni takkan lalu jalan pantai. Dia pakai highway so memang takde lah pemandangan pantai ape semua. 




Do I accept this pakcik best offer? NO. Of course NOT. Never.

Sebabnya :

1) Perjalanan tu terlalu jauh untuk guna motosikal. 30km beb, apa apa boleh berlaku di tengah jalan. Dahla pakai jalan pantai, kot dia berhentikan tengah jalan lepastu mintak bayaran lebih daripada 100.000 dong , kalau taknak bagi dia tinggal je situ sorang sorang. Lagi teruk kena rompak, kena buat jahat, kena tikam, kena bunuh... Aaaaaaa takutnye!

2) Kau nak suruh aku monggek naik moto dengan pakcik tu sejauh jauh perjalanan... Kau gileeeee haaa? Tak kosser aku. Takyah cakap tambang free, bagi upah pun aku takmau nye! hahaha. Ingat ye anak anak , amalan memonggek di antara bukan mahram ialah suatu budaya yang kurang sihat dahtu aku takpaham kenapa orang dekat sini menjadikannya sebagai amalan harian. Hmmm pelik. (memonggek = membonceng)

Dalam 15 minit memekakkan telinga dengar pakcik tu memujuk rayu akhirnya bas kuning nombor satu pun sampai. Segala galanya berlaku dengan pantas, aku ditarik naik ke atas bas oleh kelindan, backpack aku dicampak ke satu ruang beg di depan bas dan aku ditolak supaya duduk ke sebuah kerusi yang lonely , palinggg depan mengadap cermin bas memang dekat je dengan driver. I swear everything happened VERY FAST. 




Tercongok di kerusi single dekat depan LOL


BEWARE! THE DA NANG - HOI AN YELLOW BUS SCAM ARE REAL!!!

Mengikut apa yang aku baca dalam Wikitravel; terdapat satu bentuk penipuan harga tiket dalam kalangan pemandu & konduktor bas kuning ni terhadap pelancong asing. Harga tiket yang sebenar cuma 18.000/20.000 dong (RM3.50) tetapi bila foreigner naik , depa up harga sampai 30.000 - 50.000 dong! Ada yang teruk lagi kena up harga sampai 100.000 dong. Melampau tak. So, aku pun beringat ingat lah tentang hal ni dan sediakan not 20.000 dong cukup cukup. 


Dalam 5 minit bas bergerak, kakak konduktor datang ke depan. Muka dia gaya gaya Rosnah Mat Aris. Aku tengok ai macam hamsap je makcik neh. Macam nak kena paw ngan dia je... Aku hulur pada dia not 20.000 dong tu dengan hati yang berdebar debar. Skali dia cakap... NO NO, not this. fifty fifty (English kurang jelas) sambil dia layangkan not 50 ribu depan aku. Aku dah agak dahhhhh! 

Aku cakap dekat dia, Ehh but the hotel said its just 20.000 dong ?

NO, NO, price UP. New price, new price!!!
(duk tadah tadah tangan mintak duit)

Makcik Rosnah ni kan Eeeeee hamsap tak menyempat sungguh!!! Aku keluarkan duit aku yang bergulung dan bagi not 50.000. Dalam bas tu takde foreigner lain. Entahla ada 2 orang awek nampak macam stailo stailo aku rasa pelancong tapi orang Asia jugakla, tak tahu diorang kena berapa. Lepastu sepanjang perjalan tu adela local yang naik, dan bila aku pandang belakang time Rosnah tengah kutip tiket, dia akan cepat cepat membelakangkan aku. Agaknya dia takmau bagi aku nampak orang lain bayar 20.000 kot. Rosnah... Rosnah... tak payah lah sorok kan penipuan itu dekat travel forum berlambak lambak orang bercakap pasal scam ni.


Yang aku baca lagi , ada je mat saleh yang fight benda ni. Bila kena cas extra, diorang fight sampai dapat harga 20.000 jugak. Aku nak confront lebih lebih aku tak berani sebab aku sorang , kang kena tampar ke kena terajang ke.... Pernah ada kes foreigner fight harga, last last konduktor tu mengalah, diorang bayar 20.000 dong je tapi lepastu separuh jalan dekat highway kena halau turun dari bas. Konduktor yang kutip duit tu berdendam. Oi bahaya.


Bukan tak mampu bayar, 50.000 dong tu dalam RM8 je tapi masalahnya duit tu akan masuk ke poket  yang bukan hak, dapat ke kak Rosnah dengan si driver bas tu lah. Kita bayar, tapi tiket tak diberi. Bila aku mintak dia kata tak ada. No Ticket. PENIPUAN. JELAS JELAS MENGEPAW!!! Kalau nak kata harga extra sebab foreigner, ok.Tampal siap siap depan pintu bas... harga local berapa harga foreigner berapa. Bagi tiket as proof of payment. Dengan senang hatinya boleh bayar walaupun mahal sikit, sebab tahu duit tu akan sampai pada pihak yang sebetulnya, bukan masuk poket individu individu yang tamak kan duit. Dah berlambak orang mengadu dalam forum pasal hal ni, aku rasa post tu dari tahun 2008 lagi kot. Sekarang tahun 2014 nak masuk 2015 dah tapi ade lagi kes. Akuuu salah sorang yang terkena. Sepatutnya pihak berkuasa kenalah buat sesuatu untuk stop semua ni......




Dah sampai Stesen Bas Da Nang. Dalam 35 minit je perjalanan, menipu lah bas macam ni tambang sampai 8 ringgit. Aku naik bas mini dari Tanah Merah ke Kota Bharu sejam perjalanan pun 5 ringgit je tau. 


Turun dari bas, aku tumpang duduk dekat sebuah kedai makan open air. Tunggu pick up dari hotel. Lepas semua penumpang dah turun, bas tadi akan tunggu bas lain sampai then they will return to Da Nang. Aku nampak si Rosnah beli air botol berperisa. Eeeee mesti dia pakai duit extra yang dia paw dari aku tadik! Geramnya... Aku ni dahla tengah pokai bercatu belanja bagai sebab tak dapat tukar duit Ringgit, dia riang riang suka hati je paw orang lepastu beli air minum sedap sedap. Sabar jelah! 

[Faith in humanity : LOST HOPE]




Tunggu pick up hotel. Nampak tak pakcik pakcik baju biru tu? Diorang teksi moto yang offical , ada uniform biru lepastu siap dengan tag. Mula mula tanya tanya aku jugak, tapi bila aku cakap orang hotel nak datang ambil diorang tak layan dah. Yessss! Nasib baik!

Van hotel pickup tepat pukul 11 pagi seperti yang telah dijanjikan melalui email. 


Sunshine Hotel, 
Phan Dinh Phung Street, Hoi An.
Double Room, RM66 (Hostel.com)



Bila masuk bilik aku dah macam, Yahuuu Yahuuu Heavennnn! Bilik ni aku booked online masa dekat Hue pakai Hostel.com, dan baru aku perasan Hostel.com dia terus tarik duit kita daripada debitcard, bukan bayar cash. Haaa bagusla dengan keadaan aku yang takcukup cash ni! Haha. 


Dalam banyak banyak bilik hotel yang aku tempah dekat Vietnam, Sunshine Hotel ni yang paling mahal. ...Walaupun sebenarnya, RM66 untuk bilik macamni dah murah sangat sangat dah. Pakai apps/website Trivago.com k, dia akan bandingkan harga bilik daripada banyak website dan pilih website yang menawarkan harga paling murah.




Sepanjang duduk sini aku tengok Fashion Channel je pah ceroh. Baru ku kenal Victoria Secret tu apa benda. Perasaan sakit hati terhadap kak Rosnah hilang begitu sahaja lepas tengok bilik mewah camni (haha mewah lah sangat). Boleh bajet diva yang ada bulu bulu ayam dekat tengkuk tau. 




Toilet disinfected bagai.




Bath tub! Malamni boleh basuh baju yay!!! Tapi slack iron takdok. Hotel ada menyediakan service iron, selai baju satu dollar. Humph pakai jelah berkedut berkedut pong hahaha cheapskate. Ha satu lagi, travel adapter pun takdok jadi aku rasa kena pegi cari nanti. Nak cas fon, kamera dan powerbank.




Beranda dia mengadap swimming pool dekat bawah. Hotel ni sebenarnya boleh dikatakan jauh jugak daripada Old Town kalau nak berjalan kaki, tapi basikal ada disediakan secara percuma so aku kayuh basikal je dalam 5 minit dah sampai ke Old Town. 


......bersambung



17 December 2014

Vietnam Day 4 Da Nang Mischievous



Daripada stesen keretapi aku berjalan kaki ke hostel. Mulanya macam nak sesat sebab aku tak dapat nak pahamkan maps dalam telefon. Serabut dengan seorang pakcik motosikal yang tak henti henti mempelawa aku untuk guna perkhidmatan motosikal dia. Padahal aku dah tolak sehabis baik. Yang geramnya, dia bagitahu hostel aku tu jauh sampai 4km. Memang menipu gile lah. Agak agak la nak menipu pun. Jauh jugak dia follow aku tapi aku buat tak layan. Last last dia mengalah dan berlalu pergi. Thankyou.


Hostel aku di Da Nang ditempah awal melalui Booking.com dengan harga RM24 semalam. Di sini mampu tinggal dekat dorm je, bukan private room. Sebab aku pilih hostel ni ialah kedudukannya yang dekat dengan Stesen Keretapi Da Nang dan bus stop ke Hoi An. 


Funtastic Danang Hostel
115 Hai Phong Street, Da Nang



Kurus dan krempeng bangunannya. Bila sampai, aku disambut oleh 2 orang receptionist lelaki. Diorang ni macam budak budak lagi. By budak I mean umur 20-an sebaya aku lah. Lepas check in aku dibawa ke dorm. Harga katil kena bayar dalam dong 150.000 + deposit kunci 100.000) . 




6 BED FEMALE DORM

Yang bagus pasal hostel ni : katil besar, tilam tebal, aircond fully-function dan ada macam kain langsir di setiap katil, so will give you more privacy lah. Lagipun aku solat atas katil je. 


But! There is also the bad side of this hostel. Iaitu jeng jeng jeng...... Bilik air dia! Dah nama nya dorm, mestilah bilik air kongsi kan. Yang tu aku tahu dah. Tapi yang aku tak tahu, rupanya bilik air dia adalah untuk SEMUA. Untuk lelaki dan untuk perempuan. Stress!!! Dalam bilik air tu ada 2 toilet ; 2 shower. Jadi setiapkali nak ke bilik air memang kena berpakaian lengkap dengan tudung bagai lah. Mandi pun lajuuu je asal cepat dapat keluar. Cuma aku bernasib baik sebab tak pernah bertembung dengan lelaki.


Lepas bersiap semua. Aku keluar. Aku nak beli tiket tren ke Ho Chi Minh untuk hari Ahad nanti siap siap. Dalam tangan aku sekarang ada $USD50 dan 230.000 dong SAHAJA. Memangla tak cukup even nak beli tiket tempat duduk sekalipun. Jadi, aku kena cari money changer atau bank untuk tukar duit Ringgit ke Dong




Aku berjalan kaki sepanjang Hai Phong Street tu dan ternampak satu outlet bank bewarna kuning (lupa dah nama). Terus masuk dalam bertanya samada boleh tukar duit Ringgit ke Dong. Yang menjaga di kaunter ialah seorang akak kerani yang comel. Katanya, diorang tak terima Ringgit Malaysia. US Dollar only. Sedikit kecewa di situ. Takpelah. Aku tukar je $USD40 dapat dalam 1,050.000 dong (Sejuta lima puluh ribu). Baki USD ada lagi 10. 


Akak kerani tu baik, dia bagi cadangan supaya aku tanya di Vietcom Bank. Tapi dia macam susah nak explain bank tu dekat mana, jadi dia tanya kawan kawan dia. Kebetulan ada sorang pakcik ni yang bos bank tu ke customer ke aku taktahu. Lepas akak kerani tu tanya, dia lukiskan map atas kertas A4 dan bagitahu aku lokasi Vietcom Bank tu. Baik gila. Bila aku keluar dari bank pun diorang siap keluar sampai ke pintu dan tunjukkan arah jalan. Waaa terharunya!


[Faith in humanity : RESTORED!]


Jalan sekejap , aku ternampak sebuah coffee shop fancy dekat simpang. Ala-ala Starbucks gituh la, Macam bestnye kalau boleh minum kopi panas... Tahu tak, Vietnam kan popular dengan kopi. Tapi dari Hanoi ke Da Nang satu gelas kopi pun aku belum minum. Geram sungguh la. Jadi aku berazam, kalau dapat tukar duit kejap lagi... Aku nak duduk order kopi mahal dalam kedai tuh. OK SET. Vietcom Bank pun tak jauh dari situ. 




Vietcom Bank ni bangunan dia boleh tahan besar, bila masuk ke dalam rasa macam gah macam hebat je. Macam masuk Gringotts dalam Harry Potter alah bank ahli sihir tu (kalau korang layan Harry Potter lah) Cuma bezanya dekat Vietcom ni... pegawai dekat kaunter semuanya cun cun you'll be like WOW! Perempuan perempuan bekerjaya yang cantik berkarisma terus buat aku terpikir bila lah aku nak jadi macamtu haha. Vietcom ni bank utama dekat Vietnam la kot. So aku ambik nombor, sekejap je tunggu dan giliran aku dipanggil. Not-not 50 Ringgit yang keras dan crispy dah dibawak keluar siap siap daripada purse. Ceh. Confident diorang nak terima.

I want to change Malaysian Ringgit to Vietnam Dong (hulur duit)

Pegawai tu ambik duit aku, dia tilik dalam beberapa saat dan berkata,
Sorry we dont accept Malaysian money!

HAAAA?!!! Apediaaa?!!! Terkejut lah makcik kau ni. Alamak. 

Rilek dulu Nurul, rilek. Lagu rilek brader... brader rilek yang biasa dinyanyikan anak murid aku terngiang ngiang dalam kepala. Ok takpe. Plan B ada. Haritu aku dah activated Visa debit card untuk kegunaan overseas. So aku pergi mesin ATM dan cucuk kad aku. Belum pun masuk no pin, kad kena tendang ape pasal entah. 3 kali try 3 kali tak dapat. Habisla. 

Aku nak minum kopi mahal! Waaaaaaa

Aku belum give up lagi. Rasa macam this can't be true. Eh aku ada duit la dalam bank! Mesti ada cara punya nak keluarkan duit aku tu... Kali ni aku pegi dekat kaunter pertanyaan, dekat situ ada sorang pegawai bank yang cantik jugak. Aku tanya, Can I take my money out from my VISA debit card? But I cant use the ATM.... Kakak cantik tu hulurkan aku sekeping borang, kena isi dulu maklumat semua. Ambik nombor sekali lagi, dan tunggu giliran. Pergi kaunter, pegawai tu ambik kad dan borang aku, katanya akan ada charge dalam RM8 untuk sekali pengeluaran, boleh ke? Tak kisah, makcik bereh je. Lepastu dia pergi ke meja bos dia dekat belakang (bos pun perempuan) dan swap pada credit card reader.  


Aku takdelah letak harapan tinggi sangat. Kalau dekat ATM pun card not recognised, besar kemungkinan dekat credit card reader pun tak recognise jugak. Dan memang betul telahan aku. Memang tak dapat. Tinggalkan Vietcom Bank dengan hampa nya. Takde peluang nak merasa minum kopi mahal dekat kedai simpang tu. Huhuhuuuuuu




Dari Vietcombank aku kembali ke bank kuning tadi dan tukar baki $USD10 yang aku belum tukar. Bagitau kakak baik tu, Vietcom pun tak terima duit Ringgit. Dapat dalam 200.000 dong something. So total duit dalam tangan ada dalam sejuta++ tapi tak kira berapa exact amount nya. Kena berjimat cermat nih. Bahaye bahaye.


Aku berjalan kaki entah ke mana hala dengan sedikit perasaan lapar; tiba tiba ternampak KFC. Seharian belum makan... mungkin aku boleh maafkan diri kalau aku gunakan sedikit duit untuk beli makanan. Berjimat cermat? Eh apetuuu hahaa. Masuk dalam KFC cari tanda halal Jakim takde la pulak. Usya menu, burger hidung terangkat takde. Bagusla tak bercampur. So aku order vege burger dengan coke. Yakin je. Dalam sejam aku melepak dekat KFC (sebab ada free wifi) dan dalam pukul 4 baru aku berjalan kaki ke Stesen Keretapi Da Nang. Nak beli tiket tren yang aku tak dapat beli tadi sebab tak cukup duit. 




Da Nang waktu petang. Hai Phong Street.




Orang menjual buah di tepi jalan. 

Da Nang kalau kita tengok city map dan muka bumi dia ; agak menarik sebab ada waterfront yang mengadap bukit besar dan pantainya pun cantik. Tarikan Da Nang aku rasa lebih kepada pantainya. Mula mula aku nak book hostel dekat tepi pantai tapi pikir pulak, jauh lah daripada stesen keretapi jadi susah nak bergerak. So book hostel dalam bandar jelah. 


Plannye petang tu nak berjalan kaki ke Waterfront nak tengok lampu lip lap dekat Dragon Bridge tapi disebabkan hal hal tukar duit yang tak berkesudahan ni aku cancel je semua plan. Masa tak cukup dan duit pun dah kena catu! Haha




Sampai di Ga Da Nang. Hampir senja. Budak budak baru balik sekolah tengah main menyorok panjat panjat atas replika keretapi di depan stesen ni. Aku masuk dan terus ke kaunter. Kakak yang menjaga ialah kakak yang aku jumpa tengah hari tadi. Belum habis shif kot. Tadi lepas turun tren dari Hue, aku tanya dia tiket sleeper (tempat tidur) dari Da Nang ke Ho Chi Minh masih available dan harga dalam 600.000 dong something , tapi aku tak dapat beli sebab kan duit dong tak cukup. 


Dan dan bila aku datang balik tu... tiket sleeper untuk semua kelas dah SOLD OUT!

Hamsapnyeeeee... Sabar jelah!


Yang tinggal cuma soft seat. Harga aku tak ingat berapa tapi tak banyak beza sangat dengan tiket sleeper. Bajet nak sleeper tapi takde pulak. Yang masalah nye soft seat ialah bila nak solat. Lepastu, perjalanan aku Ahad nanti akan mengambil masa selama 17 jam. Lembik weh nak duduk je 17 jam. Hilang pedoman sekejap. Aku duduk di kerusi yang disediakan dan berpikir pikir... Akhirnya , entah macam mana aku dapat idea untuk split ticket. Iaitu, beli dua tiket yang berasingan : Da Nang - Na Thrang dan Na Thrang - Ho Chi Minh. Masih tren yang sama cuma bila sampai di Na Thrang tukar masuk koc lain. Plan aku nye untuk duduk di soft seat pada waktu malam dan tukar ke hard seat pada waktu siang

Ok.Tren dari Da Nang ke Ho Chi Minh yang bersesuaian dengan timing aku ada dua iaitu SE3 dan SE7. Tapi kedua duanya bertolak pada masa yang berbeza. 

SE3 : Da Nang (1.35 t/h) - Na Thrang (10.04 mlm) - Ho Chi Minh (5.20 pg)

SE7 : Da Nang (10.50 mlm) - Na Thrang (8.30 pg) - Ho Chi Minh (4.00 ptg)

Kalau aku naik tren SE3 bertolak siang jadi kena ambik tiket hard seat dulu. Kalau naik SE7 pulak bertolak malam jadi kena ambik tiket soft seat dulu. Jadi memang banyak lah soalan aku pada kakak kaunter tu. Kalau tren macamni... masa macamni... berapa dong, kalau tren macam gitu masa macam gitu berapa dong pulak; lepastu totalkan harga untuk dua dua tiket, bajet dengan duit yang aku ada dalam tangan, buat kira kira...  MEMANG SATU KEJE YANG RENYAH. LECEH SANGAT!!! ......dengan orang tempatan yang potong queue nak beli tiket lah refund tiket lah...


Aku rasa lebih setengah jam aku berdiri depan kaunter tu untuk atur perjalanan aku dan dapatkan harga tiket yang paling win. Aku dah tulis perjalanan aku dekat satu kertas buruk, dan setiapkali aku tanya, aku mintak kakak kaunter tu tuliskan harganya. Akhirnya... lepas dah confirm ; aku hulur kertas pada kakak tu, tunjukkan masa yang aku nak dan cakap COMFIRM!!! Kakak tu ambik kertas aku dan sambil dia menaip di komputer (untuk sediakan tiket) aku dengar dia membebel bebel dekat member dia di kaunter sebelah dalam bahasa Vietnam. Aci cakap memang mengutuk aku hahaha!




Ni lah kertas buruk tu! Hahahaha 

Sape la tak sakit hati wey kalau dah melangguk depan kaunter tanya harga sampai sejam lepastu bagi kertas buruk kejadah macam neh. Kalau aku pun sakit hati, aku boleh paham sangat la kemarahan dia tu... bila dia membebel aku pulak nak tergelak. 

Miss, Sorryyy......!
*Buat mata kucing sambil senyum senyum 

Dia tengok ke aku, pause, dan dia senyum. Senyum yang ikhlas. Yay! Magic word aku berjaya! Terima kasih ye kakak kerana memberi perkhidmatan yang baik walaupun aku ni hamsap budaknye hihi

[Faith in humanity : RESTORED]




Nak zoom gambar kakak tu tapi tak dapat pulak. 2 split tickets tren SE7 berjaya dibeli dengan harga 558.000 dong. Orang tak ramai dekat tempat menunggu, aku ambik kerusi paling hujung tepi dinding dan keluarkan semua duit yang aku ada. Kira. Exactly 800.000 dong (Dalam RM120). Tiket ketapi dengan duit ni je harta yang aku ada sekarang. 

Kena jaga elok elok , guard them with your lifeeeeee! 




Perjalanan balik ke hostel. Lama sangat dekat stesen keretapi hari pun dah gelap. 




Sampai di hostel pukul 630 petang . Mandi, solat, kemas barang dan terus tido. Esok nak tinggalkan Da Nang seawal yang mungkin! 


Selamat Malam Da Nang! 


Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE