19 March 2015

Seafood Murah di Top Spot Kuching



Assalamualaikum dan Selamat Bercuti Sekolah!

Aku nak kongsi dengan korang satu tempat makan seafood yang best kalau korang berkesempatan datang ke Kuching. Tempat yang aku maksudkan ialah Top Spot, iaitu tempat makan berkonsepkan foodcourt menjual masakan seafood segar. Aku dah lama teringin nak ke sini, kebetulan ada program di Kuching dengan Ain maka sempatlah menyinggah di sebelah petangnya. Top Spot terletak di Tingkat 6 bangunan UTC Kuching, tak jauh mana dengan Waterfront. 




Kitorang sampai di Top Spot dalam pukul 6.30 petang. Masa ni nak kata ramai takdelah ramai sangat sampai bersesak sesak kot, tapi ramai lah jugak. 





Mula-mula masuk tu terpegun kejap sebab banyak sangat stall dan ada banyak gila pilihan seafood. Macam, WOW. Nak pilih stall mana ni haa? Dan jangan risau kebanyakan stall menjual masakan halal Insyaallah. 





Sape tak terbeliak bijik mata tengok seafood fresh macam ni woi. Semua jenis ada. Ikan besar, ikan kecik, sotong, semua saiz besar. Udang pulak jenis udang gemuk gemuk, udang galah dan lobster sahaja. Udang kanak kanak tak ade ye. Tidak dijual. Ketam. kepah, kerang (pun saiz bapak kerang), sayur sayuran pun ada jugak. 





Akhirnya kitorang pilih stall Bukit Mata Nombor 25 ni ha. Sebab nya review yang best dekat blog-blog. Pekerja diorang ramai, nanti diorang akan entertain kita nak lauk apa, banyak mana, dan nak masak cara yang macam mana. Agak agak hilang pedoman tak tahu nak makan apa, mintak suggestion diorang je. Yang paling best, servis laju. Walaupun orang ramai tapi tak payah nak tunggu lama. Nak scroll timeline FB pun tak sempat hahahah. Terbaikla...



So inilah lauk pauk yang kitorang dua orang order untuk petang tu:



Sotong Masin dengan Air Asam

Nora bagi 5 bintang! Memang sedap. Patutla blogger Wonderlust DJ kata sotong masin ni sedap gila nak mampus hahah. Rasa masin sotong dengan masam air asam tu compliment each other waaaa sedapnyaaaa.





Ketam Masak Cili

Nora bagi 4 bintang. Sedap jugak, cili dia tak terlalu pedas lebih kepada manis manis gitu macam sambal dekat kenduri orang Kelantan hehehe. Kitorang order 2 ekor ketam, sebenarnya mintak sekor je tapi diorang tak jual kurang dari 300 gram so terpaksa ambik 2 ekor yang dipotong menjadi 4 kepingan.





Sotong Masak Butter Basah

Yang ini Nora bagi 5 bintang. Butter dia tak terlalu masin, tak terlalu kering. Cun cun je. Dan bagi aku, rasa dia tak muak. Rasa macam nak telan dengan kulit kulit dia skali tau sebab nak rasa butter tu. 





Udang Galah Masak Cheese

Aku dengan Ain decide ambik udang galah ni . Tokey suggest untuk masak sup asam pedas tapi hmmm macam tak menarik jew. So dia suggest grill and aku terus YESSS OK grill dengan cheese! 

Mula mula kitorang bagitau nak 4 ekor tapi tokey tu cakap, habis ke awak dua orang makan??? Sebab sekor udang tu nanti diorang akan belah dua. Haha baiknya tokey ni, macam tak pikir untung, yang penting customer tak membazir. Entahlah agaknye kitorang nampak macam budak sekolah tak cukup duit kot kalau order banyak banyak hahahahha. Last last ambik 2 ekor je. 

Nora bagi 5 bintang. Rasa dia memang menggelupur sedap gila!!! Aku cicah dengan sos pedas yang diorang bagi. Makan saje saje macamtu pun sedap jugak sebab boleh rasa isi udang yang juicy dan fresh. Memang terbaik. 





Makanan yang kitorang order dengan nasik 2 mangkuk. Cuba teka berapa RM? Berdebar debar jugak la aku dengan Ain nye nak tahu total berapa, dah semorang duk kata Top Spot ni murah kan. Murah to what extend? Ambik seafood besar besar macamni skali kena 3, 4 ratus kang ada jugak yang duduk bercangkung basuh pinggan belakang kedai karang... 

Total untuk keseluruhan makan (*drumrolls) cuma RM72. Sorang RM36 je. Murah gila hehehehheh. Alhamdulillah........ Ada rezeki boleh datang lagi bawak family pulak. 




12 March 2015

Featured In LIBUR Magazine



Alkisahnya beberapa hari sebelum banjir besar di Kelantan tahun lepas, aku ada terbaca entri di blog seseorang (hmm lupa blog sape) tentang ruangan baru dalam Majalah Libur iaitu Blog O Rama yang memperkenalkan blog blog travel di Malaysia. Kalau nak ikutkan blog aku bukannya blog travel, aku bukannya selalu travel pun. Blog aku lebih kepada personal diary kot. Entah. Hari tu aku try nasib email penyertaan. Aku bagi url blog dan ayat aku dalam email tu, semoga perkongsian yang bermanfaat. haha. Nak tulis lebih lebih tak tahu format macam mana.



The next morning, En Syahir wartawan Libur reply email dan dia bagi beberapa soalan berkaitan blog dan travel. So aku pun beria lah menjawab sebab soalan-soalan tu pun memang berkaitan dengan minat aku jugak. Aku ingatkan dia tanya banyak banyak sebab email yang aku hantar sebelum tu macam simple sangat haha. Rupa rupanya blog aku terpilih untuk featured dalam Blog O Rama Majalah Libur Bulan Februari 2015. Terima kasih! 




LIBUR Februari 2015



Tak lama lepas tu. En Syahir email aku snapshot daripada artikel yang dah siap. Mak aih terkejut gile  wey sebab gambar besar nak mampus sampai satu page. Alamak malunyaaa larikkk menyorok dalam gua! Huhuhuhu krik krik. Gambar ni diambil daripada entri di Hanoi, Vietnam. 




Blog O' Rama

Ada sorang member aku ni, aku cakap blog keluar dekat majalah Mangga lepastu dia macam percaya hahahahahah kejadah aku nak masukkan diri dalam majalah Mangga??



Salah satu soalan dalam artikel tu, destinasi travel aku seterusnya. Aku bagitau, Acheh. Aku dah booked tiket siap sebenarnya,  bulan Februari tahun ni. Tapi tak jadi. Sebab tiket aku time weekend, dengan kerja aku macamni susah pulak nak apply cuti tambahan (aku pun rasa macam tak berbaloi nak apply cuti tambahan semata-mata nak travel). So aku cancel je. Lagipun hari Sabtu yang aku sepatutnya travel tu ada acara Larian Merentas Desa di sekolah, aku jaga checkpoint okey. Tiket return ke Acheh tu aku beli dengan harga RM110 sahaja, aku bernasib baik sebab dapat refund credit shell daripada Airasia. Backpacking masa weekend tak sesuai kot. Macam keji. Kalau masa cuti sekolah panjang ok la. Takpelah jadikan pengajaran. Lain kali aku kena rasional, tak boleh beli tiket murah sesuka hati. Ermmm...



Tak lama lepastu, En Syahir email lagi tanya samada aku boleh sumbangkan artikel tentang tips di mana-mana destinasi yang aku dah masukkan dekat blog. Wow sumbangan artikel? Why not? Pilih punya pilih akhirnya aku decide untuk share pasal Jogjakarta. Jogja memang best! Aku diberi dateline, kalau siap awal boleh masuk magazine bulan Mac. Kalau lambat sikit, masuk bulan April. Benda nya semua dah ada, cuma masalah kelajuan internet menyebabkan aku tak dapat nak send gambar-gambar untuk artikel tu. Aku jadi geram dan kerana perangai aku yang tak beredam ni aku drive ke Sarikei lepas sekolah dan setelkan hal hal artikel di sana hahah. Setel jugak walaupun beberapa kali nak kena send.




LIBUR Mac 2015

Ingatkan tak sempat la keluar Mac 2015 sebab aku hantar artikel tu terlebih dateline dah tapi rupanya sempat jugak.




Keliling Dunia: Ekspresi Seni Kota Jogjakarta




Daripada 16 gambar yang aku hantar, cuma 6 keping yang dikongsi ke dalam artikel ni. Yang peliknya... gambar kereta kuda sunset dekat bawah tu gambar sape? Bila masa aku pegi pantai tengok sunset? hahahahhaha misteri nusantara sungguh. Apepun, ribuan terima kasih kepada Majalah Libur kerana memberi peluang kepada aku untuk berkongsi cerita pasal travel ni dalam Majalah Libur. Blogging lama dah, bila di featured macam ni rasa sedikit terhibur LOL (#mudahterhibur) dan rasa macam penulisan kita tu dihargai. Umur panjang boleh travel lagi.

Terima kasihhhh!



Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE