09 June 2012

Resipi Kek Batik Mudah



resipi daripada internet yang diubah ikut style sendiri. sebab resipi internet pakai gram-gram, aku serabut, aku pakai mangkuk-mangkuk je. 





Bahan-Bahan

Bahan A
1 buku Buttercup
1 tin susu cair
1 mangkuk gula halus
1 mangkuk serbuk Milo
3 sudu besar serbuk koko Van Houten
1 bijik telur

1 paket biskut marie (330g)



haa senang kan sebab bahan dia takpayah timbang-timbang. aku guna mangkuk melamin yang biasa. besar tu lah. kau jangan pegi pakai mangkuk ayun pulak. 



Cara-Cara

panaskan periuk, masukkan Bahan A bermula dengan Buttercup dan seterusnya, ikut susunan dekat atas tu. sebatikan Bahan A di dalam periuk. 

sementara tu, remukkan biskut marie. jangan hancur!  kremek kremek kan sikit je.

masukkan biskut ke dalam periuk, tutup api. kacau2 sekejap, kemudian dah boleh masukkan ke dalam loyang. padat-padatkan, mampat-mampatkan adunan dalam loyang.

sejukkan dalam peti ais. 




tadaaa dah siap kek batik aku. tak cantik pon tapi adelah batiknye 
hehe bye selamat mencuba :p






1 comment:

marionette.life.goes.wrong said...

wahh mudahnyaa, thanks for the resepi! nak save nih! ^^

DISABLE