27 October 2011

The Epic Day


seminggu ni sempena cuti mid-sem aku buat part time dekat Mekdi. part time terakhir barangkali. bulan depan aku dah busy dengan final year project. dalam seminggu ni jugak aku masuk average pukul 9 pagi dan balik pukul 5 petang. sampai kolej dekat-dekat Maghrib. Online sekejap (menipu sekejap! padahal lama) lepastu, tidor. 




tapi pagi tadi aku tido lambat sikit sebab menulis artikel. lepas Subuh baru aku sempat tido sejam, boleh? sedar-sedar je dah pukul 738. so bangun, aku bersiap secepat kilat supaya sempat kejar bas. serius lembik gile nak pegi keje. PENAT! even sebelum ni aku dah keje 6 bulan dekat Mekdi tu daripada cuti sem lepas, aku tak pernah rase penat dan lembik sebelum nak pegi keje macam harini. #RASE LEMBIK GILE MACAM JELLY!!!




aku sampai KTM Mid dalam 915pagi. sepatutnya masuk keje pukul 9. nak jalan pergi ke Mekdi yang letaknye diceruk Mid tu, makan masa lagi. tengah jalan tu tibe-tibe aku teringat semalam adik aku yang form5 nak ambik SPM ade post dekat wall Facebook aku. ayat dia, "i love u, sis... nyte... put me in ur doa" simple je tapi mendalam masuk ke jiwa. sebab adik aku tak pernah nak cakap sayang-sayang ni. tambah-tambah lagi dia nak SPM tak lama dah kot. macam dia mintak supaya aku doakan kejayaan dia. masa aku ondaway jalan tu aku rase touching gile bila ingat balik. sampai menitis air mata. tak boleh nak control doh. haha. sambil jalan, sambil menangis sok sek sok sek. masa tu kedai2 belum bukak, orang pun takde. taktaula knape #tibe2 nak emo. padahal tak PMS pon. aku macam, dia tak perlu nak suruh aku doakan dia kot, sebab setiap masa aku doakan adik-adik aku supaya berjaya. :"( 




sampai store Mekdi dalam 930, mata aku bengkak dah. aku cuak takut diorang gelakkan aku mata bengkak sebab terlebih tido ke ape. tapi lain pulak jadinye. dekat kaunter ada manager aku sorang je. and dekat kitchen pun ade sorang je. AIK. MANA SEMORANG? ingatkan ade yang pegi delivery (ambik stok barang dekat bawah) rupenye ada yang noshow. memang diorang 2 orang je. aku duduk dekat kaunter, pagi-pagi tu takpe takde orang. yang datang sorang, dua orang. tapi dalam 10 lebih aku dah berpeluh dahi. aku ni dahla cepat cuak, bengong pulaktu. bila customer ramai terus bengong. kesian dekat manager aku kerana mempunyai pekerja bengong macam aku. #aku blur semaksimumnye tadi. blur tak cergas, tak cergas pulak. tsk tsk. series penat. sepenat-penat aku, manager-manager lagi penat kot. bila diorang makan? ikutkan dalam jadual aku OT 2jam, balik pukul 7 tapi aku taklarat nak balik lambat. lepas cukup keje 8 jam aku mintak balik. 




dan satu lagi, tadi #aku dah kasi surat resign. FINALLY. lepas tangguh, tangguh, dan tangguh... dtulis dengan tangan. lama gile tak menulis tangan. selalu menaip je kan... kalau pikir nak cari duit tu, sampai bila-bila pun taknak berenti keje, tapi aku kena reflek balik matlamat aku datang jauh-jauh ne. nak keje ke nak belajar? setengah orang boleh multitasking, wat banyak keja dalam satu masa tapi aku ni bukannye boleh multitasking sangat. jadi, aku pilih untuk belajar betul-betul masa aku final year ni... :"( 



ngantuk la pulak. tido jap. pukul 12 bangun masak megi goreng dengan minum air vico, lepastu siapkan buku log kaunseling. boleh? sila berdoa supaya aku terbangun lepasni. jangan jadi macam aritu. balik keje, bajet nak tido sekejap. tapi last2 membuta dan terbuta sampai ke pagi. time tu, dah nak kena siap-siap pegi keje balik. bengong tul...





2 comments:

WZulhilmi said...

selama ni ko tak berenti lagi ke dr keje mcd? sejak cuti pjg ari tu?

Syahira Mansor said...

belum. aku wat part time masa weekends. skg bru berenti.

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE