28 November 2011

Future Kita ialah Rahsia yang Allah Pegang



Tajuk entri boleh saya synchronize kan dengan kekalahan Malaysia kepada Bahrain tempoh hari. Mulanya kita semua sudah cukup bangga dan yakin bahawa Harimau Muda akan membawa pulang kemenangan apabila Malaysia mendahului dengan 2 gol. Tetapi ketentuan takdir dan masa depan itu di tangan Tuhan semuanya. Dalam sekelip mata Malaysia tewas dengan 3 gol yang disumbat di pihak Bahrain dalam masa 6 minit. Ironi.




Saya masih ingat pada semester pertama di Matrikulasi (saya mengambil jurusan Sains Hayat) saya telah membeli sebuah buku rujukan Biologi jenama 'Campbell' yang harganya lebih kurang sembilan puluh ringgit, berat, tebalnya beratus-ratus halaman manakala saiznya cukup besar pula. Saya tidak pernah membawa buku tersebut ke mana-mana, baik ke kelas atau ke perpustakaan kerana beratnya itu. Buku tersebut hanya menjadi rujukan 'kadang-kadang' ketika saya di bilik. Namun apa yang paling saya suka mengenai buku tersebut ialah pada ilustrasinya yang yang pelbagai, menarik, bewarna warni, dan sangat cantik di mata saya walaupun ilustrasi itu mungkin hanya keratan rentas usus manusia. 




Ada antara rakan-rakan yang menyarankan saya supaya tidak membeli buku tersebut kerana harganya yang agak mahal malah kandungan buku tersebut juga terlalu advanced berbanding syllabus yang dipelajari di dalam kelas. Namun saya tetap bertegas hendak memiliki buku tersebut. Saya sangat yakin bahawa saya akan menyambung pengajian selepas Matrikulasi dalam bidang Sains, dan mungkin suatu hari nanti bekerja dalam bidang yang berkaitan dengan Sains juga. Mungkin buku Cambell itu ada juga gunanya nanti. 




Tup tup saya menyambung pengajian dalam bidang Pendidikan Kaunseling. Aliran Sastera. Kalau dulu di Matrikulasi saya diajar bagaimana hendak membedah badan tikus, kini di Universiti saya belajar bagaimana hendak membedah 'hati dan perasaan' manusia. Bagaimana hendak menyelami jiwa-jiwa yang kesakitan, hati yang kesedihan, dan penyakit-penyakit yang melibatkan pemikiran akal, permainan emosi dan hal-hal sebegitu. Buku Campbell yang tebal itu apa halnya? Terbengkalai di celah-celah rak buku di rumah, entah apalah nasib buku Campbell yang suatu masa dahulu menjadi kesayangan saya. Ironi. 




Sesungguhnya ilmu dan kemahiran yang saya ada sekarang sangat sedikit, masih banyak lagi yang perlu saya perbaiki untuk menjadi seorang pendidik dan kaunselor di sekolah. Dan itupun kalau saya benar-benar ditakdirkan menjadi seorang Cikgu seperti yang saya impikan, mungkin tidak. Mungkin saya akan menjadi Penulis? Editor Majalah? Motivator terkenal? Itu semua adalah misteri kerana future kita ialah rahsia yang Allah pegang. Jodoh, Pertemuan, Ajal Maut itu semua ditentukan oleh Allah SWT, kita sebagi hamba-Nya cuma mampu untuk berusaha yang terbaik. 


Dengan penulisan ini saya berharap suatu hari nanti, mungkin 3 atau 5 tahun akan datang apabila saya telah menjadi seseorang, menjawat sesuatu jawatan penting, mungkin masih lagi menyambung pengajian, boleh jadi sudah beranak pinak, atau dilimpahi kebahagiaan, mungkin juga berada dalam kesusahan hidup... saya dapat mengingati kembali apa yang telah saya lalui pada hari ini. Siapa saya pada hari ini menentukan apa yang akan saya jadi pada esok hari. Dan apabila 'hari esok' itu tiba saya akan berkata, "Inilah misteri dan rahsia yang selama ini Allah simpan dan tentukan untuk diri saya"



belajar untuk redha' dengan apa yang ada







2 comments:

Suraya Aris said...

yes, i love this entry, we never know what Allah had plan for us in the future =)

WZulhilmi said...

ak tak pernah boleh imagine aku kena bedah tikus. husihhh. kesian rasanya. btw like this kinda entry. =)

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE